November 5, 2023

Sejak tahun 2017, firma broker NordFX telah menerima pelbagai anugerah di atas pencapaian serta inovasi yang dihasilkan dalam bidang dagangan mata wang kripto. Anugerah-anugerah ini telah diberikan oleh juri-juri profesional yang berwibawa serta menerusi undian terbuka daripada para pedagang. Kali ini, berdasarkan kepada hasil undian oleh pelawat portal AllForexRating, NordFX telah sekali lagi berjaya menggondol anugerah dalam kategori Broker Kripto Terbaik. Menerima pengiktirafan seperti itu untuk dua tahun berturut-turut menunjukkan tahap keselamatan serta servis kewangan yang tinggi yang diterima para pelanggan syarikat tersebut.

NordFX Sekali Lagi Memenangi Kategori Broker Kripto Terbaik di AllForexRating Awards1

Industri kripto berdepan dengan masa-masa yang agak mencabar untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Faktor-faktor seperti pandemik COVID-19, kebankrapan beberapa pemain utama industri, tekanan yang diberikan pihak Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) A.S., polisi kewangan Rizab Persekutuan (FRS), dan lain-lain bank pusat negara-negara terkemuka lain telah memberi kesan ketara terhadap jumlah modal pasaran mata wang kripto, kadar kemeruapan, dan sebut harga aset digital itu. Dalam situasi seperti itu, para pelanggan NordFX sangat-sangat menghargai kebolehpercayaan servis yang diberikan, peluang untuk mendapat pulangan bukan saja apabila nilai mata wang kripto naik malah semasa nilainya jatuh, serta kelebihan dagangan margin yang membolehkan mereka mendapat untung besar walau dengan modal permulaan yang kecil. Sebagai contoh, pedagang hanya memerlukan $150 untuk membuka 1 posisi Bitcoin, $15 untuk membuka 1 posisi Ethereum, $0.3 untuk membuka 1 posisi EOS, $0.02 untuk membuka 1 posisi Ripple, dan $0.001 untuk membuka 1 posisi Doge.

Akaun Savings NordFX juga telah meraih lebih banyak populariti dalam kalangan pedagang dan pelabur. Ia adalah satu inovasi unik yang berasaskan teknologi DeFi. Kelebihan yang ada pada DeFi bukan saja membolehkan para pemilik akaun untuk memperoleh pendapatan pasif sehingga 35% setahun, malah juga menambah jumlah pulangan menerusi dagangan biasa di pasaran kewangan. Anda boleh membuat pinjaman dagangan segera dengan mudah pada kadar hanya 3% berbanding dana yang ada dalam akaun Savings. Baki akaun itu boleh menggunakan denominasi USD, BTC, ETH, USDT, DAI, BUSD atau stablecoin yang lain. 

 


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami