Dagangan Saham Kini Terdapat Pada Akaun Fix, Pro dan Zero

Barisan akaun dagangan yang tersedia pada syarikat broker NordFX mendapat sentuhan baru pada bulan Mac lalu apabila akaun Stocks diperkenalkan, bertujuan untuk menjalankan transaksi ke atas saham syarikat-syarikat gergasi dunia. Disebabkan oleh keadaan dagangan yang menguntungkan, akaun ini mendapat sambutan yang hangat, dan oleh itu syarikat telah memutuskan untuk menyertakan dagangan CFD ke atas saham sebagai salah satu instrumen dagangan pada akaun Fix, Pro dan Zero.

Para pelanggan kini tidak lagi perlu membuka akaun berasingan bagi menjalankan operasi itu kerana terma dan spesifikasi kontrak dagangan pada akaun Fix, Pro dan Zero adalah sama dengan akaun Stocks.

Dagangan pada akaun Stocks akan dihentikan. Namun begitu, order dagangan yang masih terbuka akan terus berjalan sehingga para pelanggan memutuskan untuk menutup transaksi tersebut.

返回 返回
Receive training image
接受培训

新手上路?
请利用“入门指南”部分。

开始训练
本网站使用cookies。了解更多关于我们的Cookie政策