Disember 28, 2018

Penyata Kewangan 2018 dan Ramalan Forex 2019

Penyata Kewangan 2018 dan Ramalan Forex 2019Rangkuman: Tahun 2018

Seperti biasa, penganalisis di Deutsche Bank membuat rumusan pada penghujung bulan Disember. Hasilnya sangat mengagumkan, dan terdapat sedikit konotasi negatif. 93% dari kesemua aset jatuh jika dibandingkan pada Januari 2018, malah nilai ini lebih teruk dalam tempoh 118 tahun kebelakang, hingga melepasi paras 84% yang dicatat pada tahun 1920.

Lagi



Disember 22, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 Disember, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 Disember, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Walaupun pengukuhan dolar telah diunjurkan oleh 70% penganalisis dan turut disokong oleh 100% indikator menjelang kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, namun ianya tidak berlaku. Euro berkembang sepanjang minggu, mencatatkan kadar tertinggi untuk lapan minggu dagangan pada hari Khamis di ketinggian 1.1485...

Lagi



Disember 15, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 December, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 December, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika unjuran pergerakan lateral di antara saluran 1.1310-1.1415 menjadi ramalan biasa pada minggu lalu, mesyuarat yang diadakan oleh Bank Sentral Eropah (ECB) dan pertemuan dengan presidennya iaitu Mario Draghi boleh dianggap perkara biasa. ECB menunaikan janjinya dan membuat keputusan untuk menyelesaikan program kemudahan kuantitatif bermula 1 Januari, 2019, dan Draghi menambah derita pelabur dengan kenyataan mengenai risiko kenaikan. Berdasarkan semua ini, ramalan pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2018-19 turun, dan nilai euro jatuh sebagai respon terhadapnya, tetapi masih lagi bergerak dalam had saluran tersebut...

Lagi



Disember 8, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 December, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 December, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan kami mengenai data pasaran buruh yang lemah ternyata 100% tepat. ADP dan juga ISM pada sektor perkhidmatan juga tidaklah begitu menyakinkan, dan salah satu indikator utama, NonFarm Payrolls, jatuh daripada 237K ke 155K, iaitu hampir 35% penurunan...

Lagi



Disember 1, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 December, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 December, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, berita baik pertama yang mampu meningkatkan nilai euro adalah Sidang Kemuncak pemimpin Eropah mengenai Brexit. Hasil perbincangan yang positif membolehkan matawang Euro melonjak ke paras 1.1383 pada hari Isnin, 26 November, dan selepas itu pasaran dikuasai oleh dolar semula...

Lagi



November 24, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26-30 November, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26-30 November, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika dilihat carta pasangan ini, jelas bahawa menjelang petang hari Jumaat, 23 November, nilainya kembali menyamai nilai pada pagi Jumaat, 16 November. Hampir tiada hasil yang ditunjukkan pada minggu ini, dan ramalan yang hampir tepat adalah daripada indikator trend dan pengayun pada D1 yang hanya mengambil posisi neutral.

Bagi penganalisis pula, satu pertiga daripada mereka meramalkan pasangan ini akan terus mengalami fasa pembetulan sehingga paras 1.1450-1.1550 (paras maksimum minggu lepas adalah 1.1460), dan kemudian nilai dolar kembali kukuh. Ia benar-benar berlaku, dan hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1330...

Lagi



November 17, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19-23 November, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19-23 November, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan awal bagi pasangan ini mengatakan bahawa ia bukan saja akan turun ke paras terendah tahunan iaitu 1.1300 tetapi ia juga mungkin mencecah nilai sekitar 1.1200-1.1250. Itulah yang benar-benar berlaku: pasangan ini merekodkan nilai terendah pada hari Isnin, 12 November, dan kemudian menjunam ke paras 1.1215.

Kemudian pasaran dikuasai dengan berita mengenai Brexit. Akhirnya terma pengunduran Great Britain daripada Kesatuan Eropah telah dipersetujui, melonjakkan matawang Eropah, dan pasangan ini naik sebanyak 200 poin pada penghujung hari Jumaat, dan mengakhiri sesi mingguan pada paras 1.1415...

Lagi



November 10, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12-16 November, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12-16 November, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika diingat semula, 60% penganalisis menjangkakan pertumbuhan nilai euro ke zon 1.1480-1.1525 apabila membuat ramalan pada minggu lalu, dan ianya 100% tepat: pasangan ini melonjak ke ketinggian 1.1500 pada hari Rabu 7 November...

Lagi



November 3, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 November, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 November, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika diimbas semula kebanyakan penganalisis (55% berbanding 45%) memilih nilai dolar yang lebih kukuh, menjadikan nilai terendah tahun ini iaitu 1.1300 yang direkodkan pada 15 Ogos sebagai sasaran. Ramalan ini ternyata benar, dan pasangan ini berjaya mencecah nilai itu pada hari terakhir bulan Oktober yang turut dibantu oleh sikap optimistik Presiden AS berkenaan dengan rundingan bersama China. Memang benar, Larry Fink, ketua salah sebuah dana pelaburan BlackRock terbesar mempunyai pendapat bertentangan dengan D. Trump, bahawa beliau menjangkakan perang dagangan secara besar-besaran terhadap China pada minggu yang mendatang...

Lagi



Oktober 27, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Oktober - 02 November, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Oktober - 02 November, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Semasa membuat ramalan, kami menganggap tiada satu pun peristiwa pada kalendar ekonomi yang berlaku mampu untuk memberi impak terhadap pasaran. Ternyata ramalan kami tepat: reaksi pasaran adalah perlahan walaupun selepas kenyataan Pengerusi ECB Mario Draghi dikeluarkan, serta terhadap data KDNK AS yang 0.2% lebih tinggi berbanding daripada apa yang telah dijangka.
Ramalan kedua kami untuk minggu lalu adalah pertumbuhan nilai dolar, yang turut disokong oleh 70% penganalisis. Sememangnya ia lebih kukuh berbanding euro kira-kira 200 mata. Nilai pasangan EUR/USD turun secara teratur sepanjang minggu, sedikit demi sedikit, sehingga nilainya berada pada paras 1.1335. Kemudian nilai matawang euro meningkat sebanyak 65 mata, dan pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada zon 1.1400...

Lagi



Oktober 20, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22-26 Oktober, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22-26 Oktober, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, minggu lalu telah dipenuhi dengan pelbagai peristiwa. Ini termasuklah statistik makroekonomi AS, data inflasi Eropah, UK dan juga China, indeks sentimen ekonomi terkini di Jerman dan juga Kesatuan Eropah, mesyuarat Jawatankuasa Rizab Persekutuan AS mengenai Pasaran Terbuka, data KPNK negara China dan juga kemuncak Brexit Kesatuan Eropah...

Lagi



Oktober 14, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15-19 Oktober, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15-19 Oktober, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Pasaran AS dilihat mengalami pembetulan secara berterusan dan melemahkan nilai dolar. Pada hari Khamis, 11 Oktober, indeks saham S&P500 AS kerugian 2% seterusnya, dan ia menyebabkan ramai pelabur melepaskan aset dolar. Proses itu turut didorong oleh khabar angin yang mengatakan Donald Trump akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari China Xi Jingping semasa kemuncak G20. Ia dilihat berkemungkinan akan melemahkan kedudukan AS. Akibatnya, setelah pasangan ini dapat bergerak ke atas, ia kembali ke sempadan sisi jangka sederhana yang bermula pada bulan Mei dan berada di sekitar 1.1525-1.1830, kemudian mengakhiri dagangan lima hari pada paras 1.1560...

Lagi



Oktober 5, 2018

Trend Lama yang Diperbaharui Broker NordFX: Berdagang Emas

Trend Lama yang Diperbaharui Broker NordFX: Berdagang EmasDengan pasaran matawang kripto yang menyusut, logam kuning yang megah ini boleh menjadi salah satu alat kewangan paling menyerlah bagi pedagang dan spekulator.

Lagi



September 29, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01-05 Oktober, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01-05 Oktober, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti dijangka, terdapat pelbagai masalah yang berlaku terhadap kedua-dua matawang euro dan dolar AS minggu lalu. Pasangan ini melepasi kedua-dua sempadan atas dan bawah sisi koridor jangka sederhana antara 1.1525-1.1830 sepanjang minggu dagangan. Ternyata, kemenangan milik dolar. Ini disebabkan oleh hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS, turut memainkan peranan ialah pertumbuhan KDNK AS serta inflasi yang berlaku di Eurozone, dan tidak lupa juga masalah yang berlaku di Itali selepas pembentangan bajet 2019 yang dibuat kerajaan itu, yang menunjukkan defisit sebanyak 2.4% (bukan seperti yang dijangka iaitu 2%). Hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada 1.1602 selepas menunjukkan kemeruapan sebanyak 245 mata...

Lagi



September 23, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 September, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 September, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika diimbas kembali kebanyakan penganalisis (55%) meramalkan peningkatan dalam pertumbuhan pasangan ini serta peralihannya ke zon 1.1745-1.1845. Ternyata semua itu 100% tepat, dan ia berada pada paras 1.1802, iaitu paras tertinggi sepanjang minggu pada hari Jumaat pagi, setelah meningkat sebanyak 180 mata dalam tempoh lima hari.

Sebab utama dolar menjadi lemah adalah harapan orang ramai terhadap perang dagangan berskala besar antara China dan Amerika Syarikat yang boleh dielakkan. Kemenangan mutlak rakyat Amerika semakin samar, dan pelabur pula mengalihkan perhatian mereka kepada aset yang lebih berisiko dan mula mengurangkan jumlah dolar.

Lagi



September 15, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 September, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 September, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Dolar mendapat tekanan hebat sepanjang lima hari dagangan dengan perbezaan tinggi rendah mingguan adalah sebanyak 200 mata. Tiada apa yang menarik disampaikan semasa sidang akhbar selepas berakhirnya mesyuarat ECB, tiada perubahan dalam rancangan untuk mengetatkan polisi kewangan di Eurozone. Justeru, kejatuhan mata wang AS yang digelar "the Fed's nightmare" ini adalah disebabkan oleh keadaan deflasi yang berlaku di Amerika Syarikat, dan juga keputusan pihak berkuasa Turki untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 625 poin. Ia bukan saja mengakibatkan peningkatan nilai lira Turki, malah nilai matawang negara-negara membangun lain termasuklah euro juga turut meningkat...

Lagi



September 8, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 September, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 September, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti trend dan perubahan-perubahan yang berlaku, ramalan yang diberikan pada minggu lepas ternyata tepat: bermula pada hari Selasa, 6 September, kita dapat melihat nilai dolar yang lemah dan pertumbuhan pasangan ini, dan kemudian pada penghujung minggu, nilai dolar menjadi semakin kukuh akibat data pasaran buruh yang positif di AS menyebabkan penurunan nilainya. Walaupun berada di penghujung musim panas, turun naik pasangan ini jauh lebih rendah daripada yang dijangka: ia hanya bergerak 130 mata sahaja. Pasaran bertindak balas perlahan walaupun NFP (Non-Farm Payrolls) telah berkembang sebanyak 36.7% (naik dari 147K menjadi 201K), dan akibatnya, pasangan itu mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.1552, peningkatan sebanyak 50 mata sahaja bagi kedudukan dolar...

Lagi



September 2, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 September, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 September, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, minggu ini dipenuhi dengan berita ekonomi yang tidak menentu, mengakibatkan pasangan ini bertumbuh pada awalnya, dan kemudian mengalami kejatuhan. Jika diingat, 45% penganalisis meramalkan nilai dolar menjadi semakin lemah dan menjangkakan pasangan ini akan bertumbuh ke paras 1.1750 disebabkan oleh rundingan antara AS-China yang bermasalah serta kenyataan presiden AS yang bercanggah dengan ketua Perbendaharaan. Ia benar-benar berlaku apabila pasangan ini mencecah paras tertinggi pada 1.1735.

Statistik yang lemah dari zon euro telah menyokong ramalan 35% penganalisis yang bersetuju mengenai pengukuhan dolar. Akibatnya, ramalan 25% penganalisis yang tidak dapat memutuskan arah aliran utama pasangan ini ternyata benar, kerana akhirnya ia kembali ke nilai seminggu yang lalu dan mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.1600.

Jika dilihat pada carta D1 dan W1, sudah jelas pasangan ini telah kembali ke saluran sisi dimana ia bergerak sepanjang pertengahan musim panas pada paras antara 1.1575-1.1750 setelah mencecah paras tertinggi pada bulan Ogos dan jatuh ke paras 1.1300...

Lagi



Ogos 26, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27-31 Ogos, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27-31 Ogos, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti dijangka, hasil perbincangan antara AS-China tidak begitu jelas: satu-satunya maklumat datang dari Kementerian Perdagangan RRC, Kementerian Kewangan China hanya dilaporkan berkata perbincangan tersebut adalah sesuatu yang jujur dan bermanfaat. Kenyataan seperti itu hanya boleh dianggap seperti tiada kata putus. Ucapan Pengerusi Perbendaharaan Jerome Powell juga tidak menerangkan apa-apa dan menyebabkan kejatuhan dolar sebanyak 30 mata.

Umumnya, pada minggu ini, euro meningkat hampir 200 mata, disebabkan oleh masalah serius yang melanda presiden AS dan pasukannya, sehinggakan pembantunya boleh dikenakan hukuman penjara dan Trump sendiri boleh didakwa. Keputusan Amerika Syarikat untuk menangguhkan kenaikan duti import kereta daripada EU juga memihak kepada euro. Hasilnya, pasangan itu mengakhiri minggu ini pada 1.1622, hampir pada rintangan 1.1630, seperti yang dijangka 45% penganalisis...

Lagi



Ogos 18, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20-24 Ogos, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20-24 Ogos, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Kebanyakan penganalisis (60%), menyokong analisis grafik dan indikator yang menjangkakan pasangan ini untuk jatuh ke zon 1.1120-1.1300. Sememangnya benar, pasangan ini mencecah ke paras 1.1300 pada hari Rabu 15 Ogos, tapi tidak terus jatuh, bertukar arah dan kembali ke zon 1.1400 pada akhir minggu. Penganalisis menggelarnya sebagai penstabilan situasi dengan lira Turki menjadi sebab utama perubahan trend, walaupun mereka tidak menolak tempoh tenang ini hanya sementara, dan ribut akan melanda tidak lama lagi...

Lagi



Ogos 11, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13-17 Ogos, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13-17 Ogos, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Tidak kira apa pandangan anda mengenai Presiden Trump, polisi ekonomi AS telah berjaya dilaksanakan. Ramalan GDP AS bagi tahun 2018 berkembang pesat ke atas indeks saham, dan kadar pengangguran pula akan menurun pada tahap terendah sepanjang 50 tahun lepas menjelang pertengahan tahun hadapan. Hasil dari perang perdagangan yang diterajui AS, ekonomi di Eurozone dan juga China telah mula menampakkan permasalahan. Berkemungkinan Donald Trumo akan menaikkan duti import bagi memperhebatkan lagi kemenangannya, sesuatu yang tidak perlu ditakuti oleh para pengeluar di Amerika jika nilai dolar menjadi lebih kukuh...

Lagi



Ogos 5, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06-10 Ogos, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06-10 Ogos, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Minggu lepas dipenuhi dengan pelbagai acara-acara, yang jika berlaku di masa yang lain, mampu menyebabkan pergerakan pasaran yang kuat. Tetapi sekarang adalah puncak musim cuti dan tiada apa-apa pergerakan yang hebar. Kami juga tidak menjangka sebarang kejutan daripada data mengenai GDP Eurozone atau daripada nilai indeks harga pengguna. Harapan adalah tipis bagi keputusan Rizab Persekutuan AS dalam kadar faedah dan bagi data mengenai pasaran buruh AS, tetapi tidak wujud sebarang lonjatan dalam kemeruapan juga. Kejatuhan dalam NFP sebanyak 36.7% (daripada 248K ke 157K) juga tidak memberi kesan hebat kepada pasaran.

Hasilnya, seperti mana yang telah diramalkan oleh ramai penganalisis, pasangan ini kekal di dalam zon dua-minggu 1.1575-1.1750, mencapai ketinggian maksimum pada 1.1745, kemudian mecapai tahap terendah 1.1560 dan mengakhiri sesi lima hari di 1.1567...

Lagi



Julai 29, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Julai - 3 Ogos, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Julai - 3 Ogos, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Sama seperti sebulan setengah yang lepas, sepanjang minggu yang lepas, tiada apa-apa acara yang besar dan oleh sebab itu, pasaran adalah di dalam mood cuti. Kemeruapan pasangan ini adalah 130 mata dan sisihan maksimum dari Titik Pivot saluran lateral jangka sederhana (1.1660) adalah lagi kurang - hanya 90 mata, selepas itu, pasangan ini kembali ke zon tengah. Pada penghujung sesi perdagangan, pasangan ini terhenti di 1.1658...

Lagi



Julai 22, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 23-27, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 23-27, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Sebelum ini, 80% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada D1, meramalkan bahawa pasangan ini akan terus jatuh ke zon 1.1500. Pandangan yang berbeza oleh hanya 20% daripada penganalisis menyatakan pasangan ini akan sekali lagi mencuba paras 1.1790. Walau bagaimanapun, ramalan-ramalan ini dipengaruhi oleh percutian musim panas. Hasilnya, pasangan ini secara malas naik ke 1.1745 dan kemudian turun ke paras 1.1574. Pada penghujung minggu, dengan kritikan Donald Trump ke atas polisi Fed dan dolar yang kuat, euro berjaya menawan kembali kerugian dan pasangan ini kembali ke separuh atas saluran sisi musim panas, dan berhenti di 1.1720...

Lagi



Julai 14, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 16-20, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 16-20, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan bagi pasangan ini terbukti tepat. Ramalan menjangkakan suatu pertumbuhan kecil bagi pasangan ini sehingga 1.1800 (realitinya, pasangan ini naik ke 1.1790), dan kemudian jatuh (jatuh ke paras 1.1620). Setelah itu, diikuti dengan suatu lantunan balik dan pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan di zon sokongan/rintangan kuat 1.1685...

Lagi



Julai 8, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 09-13, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 09-13, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan majoriti pakar (55%) meliputi paras 1.1725, yang mana pasangan ini harus mencapai dalam minggu ini dan ini adalah apa yang telah berlaku. Data ekonomi positif daripada Jerman, bersama statistik yang kurang menarik daripada pasaran buruh dalam AS (NFP menurun sebanyak 12.7%), dan juga perang perdagangan di antara AS dan China memihak kepada Euro. Hasilnya, pasangan ini naik secara berperingkat sehingga 1.1765, diikuti dengan pembetulan kecil dan sesi perdagangan diakhiri pada paras 1.1745...

Lagi



Julai 1, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 02-06, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 02-06, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan bagi pasangan ini terbukti tepat hampir 100%. Kami menyatakan pertumbuhan yang sedikit ke 1.1725-1.1750 (pasangan ini berjaya naik ke 1.1720), dan juga kemungkinan berlakunya kejatuhan dan percubaan untuk mencapai paras 1.1500 (pada Khamis pasangan ini jatuh ke zon 1.1525). Akhirnya keseimbangan di antara trend bull dan bear tercapai dan pasangan ini kembali ke zon Titik Pivot bagi sebulan setengah dan mengakhiri tempoh lima hari di paras 1.1680...

Lagi



Jun 24, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 25-29, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 25-29, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Kebanyakan pakar-pakar (65%) menjangka pasangan ini akan cuba melintasi sokongan 1.1500. Walau bagaimanapun, percubaan ini gagal dan trend bear melemah, dengan kelegaan sementara dalam perang perdagangan antara US dan China, dolar jatuh 160 mata berbanding euro. Pasangan ini kembali ke zone Titik Pivot dalam enam bulan yang lepas dan mengakhiri tempoh lima hari pada 1.1657...

Lagi



Jun 17, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 18-22, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 18-22, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jutawan George Soros yakin dolar yang semakin kuat akan menyebabkan suatu krisis kewangan yang baru. Pada masa yang sama, 10 daripada 60 penganalisis yang diwawancara oleh Reuters berpendapat pertumbuhan matawang AS akan berakhir dalam sebulan, 35 yakin pertumbuhan dolar akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga musim luruh, dan 15 menyatakan pertumbuhan USD akan berterusan sehingga penghujung tahun. Pakar-pakar dari ABN Amro berpendapat euro akan jatuh ke paras 1.1000, dan hanya mampu pulih kembali dalam 2019...

Lagi



Jun 10, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 11-15, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 11-15, 2018Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan asas bagi pasangan ini, yang disokong oleh kebanyakan penganalisis, adalah pertumbuhan ke zon 1.1800-1.1830. Pasangan ini naik sehingga ketinggian mingguan 1.1839. Dengan mengambil kira tindak balas pasaran yang biasa, ramalan ini terbukti tepat. Pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan dalam zon 1.1770...

Lagi



Back 1 ... 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ... 16 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami