Ogos 19, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 Ogos, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 Ogos, 2023EUR/USD: Faktor yang Mengukuhkan dan Melemahkan Nilai Dolar

Mata wang AS meneruskan pergerakan ke atasnya pada minggu lalu. Minit mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) Rizab Persekutuan AS untuk bulan Julai telah dikeluarkan pada hari Rabu, 16 Ogos dan ia menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa polisi kewangan akan lebih diperketatkan.

Lagi



Ogos 12, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Ogos, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Ogos, 2023EUR/USD: Kadar Inflasi, KDNK, dan Prospek Polisi Kewangan

Melihat pada trend mendatar sepanjang dua minggu dalam carta EUR/USD, perlu diingat bahawa bulan Ogos adalah bulan percutian. Malah data inflasi di AS yang dikeluarkan pada hari Khamis, 10 Ogos gagal untuk mengganggu suasana tenang para pelabur. Namun begitu, mereka tetap memberi tumpuan teliti. Pertumbuhan kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk tahun ke tahun sebanyak 3.2% dan juga inflasi teras sebanyak 4.7% adalah lebih rendah berbanding unjuran (masing-masing diunjur sebanyak 3.3% dan 4.8%). Kadar CPI bulanan kekal tidak berubah pada 0.2%, menjadi kadar paling rendah dalam tempoh dua tahun. Untuk kadar KDNK, data yang dikeluarkan sebelum ini mengesahkan tidak wujud lagi risiko untuk ekonomi negara itu menjadi gawat. Setelah kadar tahun ke tahunnya mengalami pertumbuhan sebanyak 2.0% pada suku pertama tahun 2023, suku kedua merekodkan pertumbuhan sebanyak 2.4%, lebih tinggi berbanding 1.8% yang diunjur pasaran.

Lagi



Ogos 5, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 07 - 11 Ogos, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 07 - 11 Ogos, 2023EUR/USD: NFP Mengecewakan Bull Dolar

Sepanjang minggu lalu, sehinggalah pada hari Khamis, 3 Ogos, dolar terus mengukuhkan kedudukannya serta menguatkan serangan yang telah pun bermula sejak 18 Julai lalu. Pasaran sekali lagi dilihat telah beralih kepada mata wang Amerika sebagai aset selamat akibat bimbang dengan keadaan ekonomi global.

Lagi



Julai 29, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 31 Julai - 04 Ogos, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 31 Julai - 04 Ogos, 2023EUR/USD: Helang Belum Berubah Menjadi Pipit

Minggu lalu telah dipenuhi dengan bermacam-macam peristiwa serta penyiaran data makroekonomi. Berkenaan dengan mesyuarat Rizab Persekutuan pada 26 Julai dan mesyuarat Bank Negara Kesatuan Eropah pada 27 Julai lalu, tiada sebarang kejutan diberikan dari segi kenaikan kadar faedah mereka. Kenaikan untuk kedua-duanya adalah seperti yang dijangka, naik sebanyak 25 mata asas (bp): menjadikan kadarnya 5.50% untuk dolar dan 4.25% untuk euro. Justeru, perhatian para peserta pasaran lebih tertumpu kepada kenyataan kedua-dua ketua penggubal dasar tersebut yang dibuat selepas mesyuarat berakhir.

Lagi



Julai 22, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 24 - 28 Julai, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 24 - 28 Julai, 2023EUR/USD: Menanti Mesyuarat Rizab Persekutuan dan ECB

Semasa kadar Indeks Dolar DXY susut ke paras bulan April 2022 (99.65) pada 14 Julai lalu, kebanyakan peserta pasaran membuat kesimpulan bahawa tempoh terbaik untuk mata wang Amerika sudah pun berakhir. Kadar inflasi hampir mencapai sasarannya, dan bagi tidak membantutkan ekonomi mereka, pihak Rizab Persekutuan akan memulakan kempen untuk melonggarkan polisi kewangan mereka. Walau bagaimanapun, segalanya tidak semudah itu. Setelah kadarnya mencecah paras tertinggi 1.1275 pada hari Selasa, 18 Julai, pasangan EUR/USD mengubah arah pergerakannya dan mula turun.

Lagi



Julai 15, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 17 - 21 Julai, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 17 - 21 Julai, 2023EUR/USD: Penyusutan Inflasi Menghancurkan Dolar

Jadi, kita boleh mengucapkan tahniah (atau sebaliknya, takziah) kepada semua atas kejayaan proses menyingkirkan dolar di peringkat global. Seperti yang dilaporkan Bloomberg, setelah kadar inflasi menghampiri 3.0% di AS, kadar yang tidak begitu jauh daripada sasaran Rizab Persekutuan iaitu 2.0%, titik perubahan dilihat kian menghampiri ekonomi AS.

Lagi



Julai 8, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 10 - 14 Julai, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 10 - 14 Julai, 2023EUR/USD: Terlalu Bergantung Kepada Kadar CPI

Kadar Indeks Dolar (DXY) bertumbuh dengan stabil sepanjang minggu lalu, mencapai kadar tertingginya pada hari Khamis, 6 Julai. Disebabkan itu, kadar EUR/USD lebih cenderung memihak kepada mata wang Amerika, hingga mengakibatkan pasangan ini menduduki kedudukan terendah mingguannya pada paras 1.0833. Nilai dolar yang menjadi semakin kukuh itu telah didorong oleh penyiaran minit mesyuarat Federal Open Market Committee's (FOMC) yang telah diadakan pada 14 Jun lalu. Dalam mesyuarat berkenaan, para ahli jawatankuasa menekankan tentang risiko akibat tekanan inflasi serta memberikan komitmen mereka dalam mencapai kadar inflasi sasaran 2.0% secepat yang mungkin. Mereka juga maklum dengan kesesuaian dengan sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan kadar faedah selain daripada kenaikan bulan Julai nanti yang mampu merangsang keyakinan bull indeks DXY. Jika diingat ketua penggubal dasar tersebut iaitu Jerome Powell juga ada menyatakan sebelum ini bahawa “sebahagian besar pemimpin Rizab Persekutuan telah menjangkakan dua atau lebih lagi kenaikan kadar menjelang hujung tahun ini".

Lagi



Julai 1, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 03 - 07 Julai, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 03 - 07 Julai, 2023EUR/USD: Bila Pasangan Ini Akan Kembali ke Paras 1.1000?

Merumuskan dua minggu terakhir bulan Jun, keputusan yang diperoleh daripada konfrontasi antara EUR dan USD boleh dianggap sebagai neutral. Pada hari Jumaat, 30 Jun, kedudukan terakhir pasangan EUR/USD adalah sama seperti pada 15 dan 23 Jun lalu.

Lagi



Jun 24, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 26 - 30 Jun, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 26 - 30 Jun, 2023EUR/USD: Kenyataan Rasmi Menjadi Pendorong Pasaran

Sebagai peringatan, pihak Federal Open Market Committee (FOMC) Rizab Persekutuan AS telah memutuskan untuk menghentikan sementara proses pengetatan polisi kewangan serta membiarkan kadar faedah mereka tidak berubah pada kadar 5.25% pada hari Rabu, 14 Jun lalu. Keesokan harinya, pada hari Khamis, 15 Jun, pihak Bank Negara Kesatuan Eropah (ECB) telah menaikkan kadar faedah euro sebanyak 25 mata daripada 3.75% kepada 4.00%. Presiden ECB iaitu Christine Lagarde telah memaklumkan bahawa pengetatan polisi kewangan serta kredit mereka akan terus dilaksanakan pada bulan Julai.

Lagi



Jun 17, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 Jun, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 Jun, 2023EUR/USD: Kejayaan Euro Menentang Dolar

Perkara utama yang berlaku pada minggu lalu adalah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (Federal Open Market Committee atau FOMC) Rizab Persekutuan AS pada hari Rabu, 14 Jun, dan juga mesyuarat Jawatankuasa Polisi Kewangan Bank Negara Kesatuan Eropah pada hari Khamis, 15 Jun. Hasil keputusan daripada mesyuarat-mesyuarat ini telah menjadi penentu kepada kejayaan dolar terhadap dolar.

Lagi



Jun 10, 2023

XAU/USD: Tinjauan Sejarah dan Unjuran Sehingga Tahun 2027

XAU/USD: Tinjauan Sejarah dan Unjuran Sehingga Tahun 2027Emas adalah salah satu instrumen dagangan yang menjadi kegemaran bagi kebanyakan pedagang paling berjaya di NordFX. Perkara ini dengan mudah boleh dilihat pada ulasan kedudukan teratas pedagang paling berjaya yang dikeluarkan syarikat broker ini setiap bulan. Disebabkan itulah wajar untuk kami sediakan ulasan khas bagi memfokuskan pasangan XAU/USD secara khusus.

Lagi



Jun 3, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 Jun, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 Jun, 2023EUR/USD: Bolehkah Dolar Kembali Mengalami Pertumbuhan yang Stabil?

Nilai dolar telah naik sejak 4 Mei lalu. Kadar Indeks DXY mencecah ketinggian 104.609 pada 31 Mei, hari terakhir musim luruh. Kadar tersebut tidak pernah naik setinggi itu sejak Januari 2023. Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, dua faktor utama telah menjadi pendorong kepada pergerakan ke atas mata wang Amerika tersebut.

Lagi



Mei 28, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 29 Mei - 02 Jun, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 29 Mei - 02 Jun, 2023EUR/USD: Dolar Menunggu A.S. Bankrap

Nilai dolar semakin kukuh sejak 4 Mei lalu. Pada minggu lepas, 26 Mei, Indeks DXY mencecah kadar 104.34. Ini adalah ketinggian yang biasa didudukinya sejak pertengahan Mac 2023. Apa yang mendorong pertumbuhan nilai mata wang A.S. itu, dan seterusnya, menolak pasangan EUR/USD ke bawah? Menurut para penganalisis di Commerzbank, “keadaan yang benar-benar tenang dalam pasaran opsyen menggambarkan bahawa kuasa pendorong di sebalik kadar tukaran EUR/USD adalah pertimbangan mengenai polisi kewangan dan bukannya rundingan kadar siling hutang A.S.” Perlu sedia maklum bahawa kadar kebarangkalian untuk kenaikan kadar faedah semasa mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) pada 14 Jun nanti semakin bertambah sepanjang bulan Mei. Pada awal bulan, kemungkinan kadar faedahnya dinaikkan adalah hampir 0%, tetapi menjelang akhir bulan, kadar kebarangkaliannya telah mencecah 50%. Ekonomi A.S. rupa-rupanya dapat bertahan dengan lebih baik berbanding ekonomi di negara lain, manakala kemerosotan jumlah pembiayaan tidaklah seteruk dan sepantas seperti yang dibimbangi pada awalnya.

Lagi



Mei 20, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 22 - 26 Mei, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 22 - 26 Mei, 2023EUR/USD: Kenapa Nilai Dolar Terus Melonjak

Kami berikan judul “Punca Nilai Dolar Bertambah” untuk ulasan minggu lalu dan mengulas secara terperinci sebab-sebab kepada pengukuhan nilai mata wang Amerika itu. Judul “Kenapa Nilai Dolar Terus Melonjak” adalah sesuai diberikan untuk ulasan baru minggu ini, dan secara lumrahnya, kami akan berikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Lagi



Mei 13, 2023

Forex and Cryptocurrencies Forecast for May 15 - 19, 2023

Forex and Cryptocurrencies Forecast for May 15 - 19, 2023EUR/USD: Why the Dollar Rose

We named the previous review "Market at a Crossroads." We can now say that it finally made a decision and chose the dollar last week. Starting from 1.1018 on Monday, May 8, EUR/USD reached a local low of 1.0848 on Friday, May 12. Interestingly, this growth occurred despite the cooling of the U.S. economy. Not even the prospects of a U.S. debt default or the possibility of a reduction in federal fund rates could stop the strengthening of the dollar.

Lagi



Mei 6, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 08 - 12 Mei, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 08 - 12 Mei, 2023EUR/USD: Pasaran Dalam Keadaan Berbelah Bagi

Segalanya berjalan seperti yang dijangka. Pihak Federal Open Market Committee (FOMC) Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah utama mereka sebanyak 25 mata asas (bp) menjadi 5.25% semasa bermesyuarat pada 2 dan 3 Mei lalu. Pada masa yang sama, pihak Bank Negara Kesatuan Eropah juga mengambil tindakan yang serupa pada 4 Mei, menaikkan kadar faedah euro juga sebanyak 25 bp menjadi 3.75%. Kenaikan ini sudah lama diambil kira di dalam sebut harga pasaran. Tumpuan yang lebih besar diberikan kepada kenyataan serta sidang akhbar oleh barisan kepimpinan kedua-dua bank pusat itu.

Lagi



April 29, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 01 – 05 Mei, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 01 – 05 Mei, 2023EUR/USD: Menunggu Mesyuarat Rizab Persekutuan dan ECB

Faktor utama yang menjadi penentu kepada dinamik Indeks Dolar AS (DXY) dan, seterusnya kepada pasangan EUR/USD untuk minggu lalu adalah … keadaan senyap sepi. Jika baru-baru ini ucapan daripada wakil Rizab Persekutuan hampir menjadi panduan pasaran yang paling penting, maka keadaan senyap sunyi pula mengambil alih daripadanya sejak 21 April. Sementara menunggu sidang akhbar oleh Jerome Powell selaku Pengerusi Rizab Persekutuan selepas berakhirnya mesyuarat FOMC untuk bulan Mei, kesemua barisan kepimpinan penggubal dasar itu diarahkan untuk berdiam diri. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum berlangsungnya mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) yang akan menjadi penentu kepada masa depan polisi kewangan penggubal dasar tersebut, dijadualkan pada 2/3 Mei. Tambahan pula, pada hari Khamis, 4 Mei, pihak Bank Negara Kesatuan Eropah juga akan bermesyuarat, pertemuan yang akan menentukan kadar faedah mereka. Secara umumnya, tempoh lima hari akan datang sudah pasti menjanjikan keadaan yang tidak suram setidak-tidaknya.

Lagi



April 22, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 24 – 28 April, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 24 – 28 April, 2023EUR/USD: Unjuran Kadar: USD +0.25%, EUR +0.50%  

Disebabkan kurangnya berita ekonomi yang membawa erti, kebelakangan ini dinamik EUR/USD ditentukan oleh kenyataan daripada wakil-wakil penggubal dasar utama berkenaan kenaikan kadar faedah mereka menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan ECB yang dijadual akan diadakan masing-masing pada 2/3 Mei dan juga 4 Mei.

Lagi



April 16, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 – 21 April, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 – 21 April, 2023EUR/USD: Nilai Dolar Terus Menjadi Lemah

Kadar indeks dolar DXY memperbaharui paras paling rendah sepanjang tempoh 12 bulan pada minggu lalu, manakala kadar EUR/USD pula melonjak ke paras tertinggi (1.1075) sejak 4 April, 2022. Nilai mata wang AS terus lemah untuk lima minggu berturut-turut: siri penurunan paling panjang sejak musim panas tahun 2020.

Lagi



April 8, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 10 – 14 April, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 10 – 14 April, 2023EUR/USD: Tilikan Kadar Rizab Persekutuan Diteruskan

Nilai dolar dilihat tidak begitu lemah mahupun lebih kukuh. Dari satu sudut, kadar indeks dolar DXY memperbaharui paras terendah sepanjang dua bulan pada 4 April, turun lebih rendah daripada paras sokongan 101.50, dan kadar EUR/USD naik ke paras tertinggi baru pada 1.0972. Dari sudut yang lain pula, minggu lalu telah melihat pasangan ini kembali ke paras yang telah didudukinya pada 23 dan 31 Mac.

Lagi



April 6, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 03 - 07 April, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 03 - 07 April, 2023EUR/USD: Punca Nilai Dolar Lemah

Minggu lalu berakhir tanpa sebarang kejutan. Nilai dolar terus menjadi lemah, manakala pasangan EUR/USD kembali berada di kedudukan yang sama ia didagangkan seminggu lalu pada 30 Mac. Paras tertinggi mingguannya adalah 1.0925, dan mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.0842.

Lagi



Mac 18, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 20 - 24 Mac, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 20 - 24 Mac, 2023EUR/USD: ECB Tidak Terkesan Dengan Krisis Perbankan

Lilin hitam yang besar telah terbentuk pada minggu lalu setelah kadar EUR/USD susut daripada 1.0759 kepada 1.0515. Hal ini tidak berlaku semasa pihak ECB memutuskan tentang kadar faedah mereka pada hari Khamis, 16 Mac, tetapi sehari sebelum itu. Punca kepada kemerosotan nilai mata wang Eropah itu tidak lain tidak bukan adalah disebabkan oleh ketua Bank Negara Arab Saudi.

Lagi



Mac 11, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Mac, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Mac, 2023EUR/USD: Pasaran Buruh AS Menghalang USD

Pendirian Jerome Powell menyebelahi mata wang dolar pada minggu lalu. Pastinya, Pengerusi Rizab Persekutuan itu sedar bahawa pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bp) akan diputuskan pada mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) yang berikutnya. Namun beliau tidak menolak bahawa organisasi di bawah pimpinan beliau itu boleh mengambil langkah yang lebih drastik dalam membendung kadar inflasi dan menaikkan terus kadar faedah sebanyak 50 bp pada 22 Mac nanti. Lebih-lebih lagi, kadar faedah paling tinggi yang dijangka sebelum ini mampu mencecah sehingga 5.00-5.25%. Kini, Powell dan rakan sejawatnya tidak menolak bahawa kadar maksimumnya akan menjadi 5.50%. (Malah, menurut pakar strategi di Commerzbank, kenaikan kepada 6.00% juga mungkin boleh berlaku).

Lagi



Mac 4, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 06 - 10 Mac, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 06 - 10 Mac, 2023EUR/USD: Tersekat di Zon 1.0600

Indeks dolar DXY sekali lagi menembusi halangan pada kadar 105.00 mata pada hari Khamis, 2 Mac namun gagal untuk terus berada di situ. Seperti biasa, nilai dolar menerima sokongan daripada pertambahan hasil bon kerajaan AS. Hasil sekuriti 10 tahun itu melonjak kepada jumlah tertingginya sejak 10 November lalu iaitu 4.09%, hasil sekuriti 2 tahun pula naik kepada 4.91% dan memperbaharui jumlah paling tinggi sejak tahun 2007. Statistik pasaran buruh di AS bagi Q4 2022 serta kadar Indeks Aktiviti Perniagaan Pembuatan (PMI) ISM  bagi sektor pembuatan di negara itu yang telah disemak semula turut menyokong nilai mata wang AS. Dalam pada itu, mata wang dolar menerima tekanan daripada mata wang yuan yang semakin bertambah kukuh disebabkan oleh statistik makroekonomi dari China. Kadar indeks pembuatan PMI di China berada pada paras tertinggi sejak tahun 2012. Kadar aktiviti dalam sektor perkhidmatan juga meningkat, dan pasaran hartanah di China juga sudah kembali stabil.

Lagi



Februari 25, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 27 Februari - 03 Mac, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 27 Februari - 03 Mac, 2023EUR/USD: Polisi FOMC Mengukuh Nilai Dolar

Statistik makroekonomi dilihat bercampur-campur di AS dan di Eurozone. Kadar inflasi di kedua-dua rantau semakin berkurang (sesuatu yang baik), namun pertumbuhan kadar KDNK juga menjadi perlahan (tidak baik untuk ekonominya). Menurut Jabatan Perdagangan AS, perkembangan kadar perbelanjaan pengguna di negara itu adalah +1.4% untuk Q4 setelah mencapai +2.3% pada Q3 (diunjur pada +2.1%). Mengikut anggaran awal, kadar pertumbuhan tahunan KDNK di AS mungkin adalah lebih rendah berbanding unjuran iaitu +2.7% (kadar unjuran dan sebelum ini adalah +2.9%). Namun, walaupun begitu, statistik bagi pasaran buruh masih lagi positif. Jumlah tuntutan awal bagi manfaat pengangguran sebenarnya berkurang daripada 195K kepada 192K dan bukannya 200K seperti yang diunjur. Mengikut data akhir yang dikeluarkan oleh Eurostat, kadar inflasi di Eurozone susut kepada +8.6% untuk tahun ke tahun pada bulan Januari (+9.2 bulan lalu). Keadaan menjadi lebih sulit di Jerman, negara penggerak ekonomi utama Eropah. Mengikut data bulan Januari, kadar inflasi tahunannya adalah 9.2% berbanding +9.6% pada Disember lalu, namun dalam masa yang sama, kadar KDNK negara itu juga turut berkurangan, susut sebanyak -0.4% (kadar unjuran dan sebelum ini adalah -0.2%). Data CPI terbaru untuk bulan Februari juga tidak memberangsangkan, menunjukkan peningkatan daripada +8.1% kepada +8.7%.

Lagi



Februari 18, 2023

Forex and Cryptocurrency Forecast for February 20 - 24, 2023

Forex and Cryptocurrency Forecast for February 20 - 24, 2023EUR/USD: The Fed Doesn't Hinder the US Economy

January data released on Tuesday, February 14 showed that the US Federal Reserve's victory over inflation is still very, very far away. The core Consumer Price Index (CPI) remained unchanged on a monthly basis at +0.4%. At the same time, although the annual data were slightly lower than the previous value: +6.4% against +6.5%, they exceeded the forecast of +6.2%. Another portion of American statistics came out the next day, February 15.  After two months of decline, retail sales in the US showed the highest growth rate in almost 2 years, jumping from -1.1% in December to +3.0% in January (against the forecast of +1.8%).

Lagi



Februari 11, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Februari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Februari, 2023EUR/USD: Pendirian Dovish Rizab Persekutuan Bertukar Kepada Hawkish Sekali Lagi

Setelah berakhirnya mesyuarat Rizab Persekutuan dan ECB, kadar Indeks Dolar DXY susut ke paras terendah sepanjang 9 bulan iaitu 100.80 pada 2 Februari lalu. Hal ini berlaku setelah ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell memberikan petunjuk bersifat dovish dengan mengakui buat pertama kalinya bahawa “proses deflasi telah pun bermula” pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tersebut. Pasaran memutuskan bahawa ini adalah permulaan kepada pengakhiran, dan gelombang bullish akan berakhir tidak lama lagi.

Lagi



Februari 4, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Februari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Februari, 2023EUR/USD: Tiga Minggu Keadaan Tidak Menentu

Mesyuarat Bank-Bank Persekutuan yang telah diadakan pada minggu lalu adalah benar-benar seperti yang dirancang. Seperti yang dijangka, kenaikan kadar utama yang diputuskan dalam mesyuarat Rizab Persekutuan AS adalah sebanyak 25 bp (basis point atau mata asas) dan kini mencecah 4.75%, manakala mesyuarat Bank Negara Kesatuan Eropah pula menaikkan kadarnya sebanyak 50 bp, naik kepada 3.00%. Disebabkan keputusan yang diambil itu sendiri tidak memberi sebarang kejutan, peserta pasaran memfokuskan kepada perancangan penggubal-penggubal dasar tersebut untuk masa hadapan.

Lagi



Januari 28, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 30 Januari - 03 Februari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 30 Januari - 03 Februari, 2023EUR/USD: Minggu Hadapan: Lima Hari Kekecohan dan Kekacauan

Sepertinya perayaan Tahun Baru Cina disambut di seluruh dunia pada minggu lalu. Sudah tentu berlakunya sedikit turun naik terhadap pasangan mata wang utama, namun kita dapat lihat trend mendatar yang hampir sempurna pada akhirnya. Kami tidak menafikan tentang betapa pentingnya perayaan Tahun Baru itu, namun keadaan tenang yang berlaku ini sudah pasti bukan disebabkan olehnya, tetapi akibat daripada perkara penting yang menanti kita pada minggu hadapan.

Lagi



Januari 21, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 23 - 27 Januari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 23 - 27 Januari, 2023EUR/USD: Tenang Sebelum Ribut Melanda

Kadar Indeks Dolar DXY (nisbah antara USD dengan kelompok enam mata wang asing utama lain) telah bergerak dalam saluran mendatar yang agak sempit sejak 12 Januari lalu. Kadar turun naik yang melonjak sedikit telah berlaku disebabkan oleh penyiaran data jualan runcit di AS pada hari Rabu, 18 Januari. Walau bagaimanapun, keadaan pulih seperti sedia kala dengan cepat, dan indeks DXY terus bergerak secara mendatar dalam julat yang sempit di antara 102.00-102.50. Pergerakan kadar EUR/USD juga agak serupa, setelah bermula pada kedudukan 1.0833 pada hari Isnin, pasangan itu mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.0855.

Lagi



Back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... 15 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami