Februari 11, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Februari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Februari, 2023EUR/USD: Pendirian Dovish Rizab Persekutuan Bertukar Kepada Hawkish Sekali Lagi

Setelah berakhirnya mesyuarat Rizab Persekutuan dan ECB, kadar Indeks Dolar DXY susut ke paras terendah sepanjang 9 bulan iaitu 100.80 pada 2 Februari lalu. Hal ini berlaku setelah ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell memberikan petunjuk bersifat dovish dengan mengakui buat pertama kalinya bahawa “proses deflasi telah pun bermula” pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tersebut. Pasaran memutuskan bahawa ini adalah permulaan kepada pengakhiran, dan gelombang bullish akan berakhir tidak lama lagi.

Lagi



Februari 4, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Februari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Februari, 2023EUR/USD: Tiga Minggu Keadaan Tidak Menentu

Mesyuarat Bank-Bank Persekutuan yang telah diadakan pada minggu lalu adalah benar-benar seperti yang dirancang. Seperti yang dijangka, kenaikan kadar utama yang diputuskan dalam mesyuarat Rizab Persekutuan AS adalah sebanyak 25 bp (basis point atau mata asas) dan kini mencecah 4.75%, manakala mesyuarat Bank Negara Kesatuan Eropah pula menaikkan kadarnya sebanyak 50 bp, naik kepada 3.00%. Disebabkan keputusan yang diambil itu sendiri tidak memberi sebarang kejutan, peserta pasaran memfokuskan kepada perancangan penggubal-penggubal dasar tersebut untuk masa hadapan.

Lagi



Januari 28, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 30 Januari - 03 Februari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 30 Januari - 03 Februari, 2023EUR/USD: Minggu Hadapan: Lima Hari Kekecohan dan Kekacauan

Sepertinya perayaan Tahun Baru Cina disambut di seluruh dunia pada minggu lalu. Sudah tentu berlakunya sedikit turun naik terhadap pasangan mata wang utama, namun kita dapat lihat trend mendatar yang hampir sempurna pada akhirnya. Kami tidak menafikan tentang betapa pentingnya perayaan Tahun Baru itu, namun keadaan tenang yang berlaku ini sudah pasti bukan disebabkan olehnya, tetapi akibat daripada perkara penting yang menanti kita pada minggu hadapan.

Lagi



Januari 21, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 23 - 27 Januari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 23 - 27 Januari, 2023EUR/USD: Tenang Sebelum Ribut Melanda

Kadar Indeks Dolar DXY (nisbah antara USD dengan kelompok enam mata wang asing utama lain) telah bergerak dalam saluran mendatar yang agak sempit sejak 12 Januari lalu. Kadar turun naik yang melonjak sedikit telah berlaku disebabkan oleh penyiaran data jualan runcit di AS pada hari Rabu, 18 Januari. Walau bagaimanapun, keadaan pulih seperti sedia kala dengan cepat, dan indeks DXY terus bergerak secara mendatar dalam julat yang sempit di antara 102.00-102.50. Pergerakan kadar EUR/USD juga agak serupa, setelah bermula pada kedudukan 1.0833 pada hari Isnin, pasangan itu mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.0855.

Lagi



Januari 15, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 16 - 20 Januari, 2023

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 16 - 20 Januari, 2023EUR/USD: Dolar Menjadi Lemah Akibat Kadar Inflasi yang Rendah

Perkara penting yang memberi satu lagi tamparan hebat kepada dolar pada minggu lalu adalah penyiaran data kadar inflasi pengguna di AS yang dikeluarkan pada hari Khamis, 12 Januari. Kadar sebenarnya adalah selari dengan kadar yang dijangka pasaran. Kadar tahunan indeks harga pengguna (CPI) untuk bulan Disember susut ke paras terendahnya sejak Oktober 2021: dari 7.1% kepada 5.7%. Maka, kadar inflasi di AS telah mengalami kelembapan untuk 6 bulan berturut-turut, manakala kadar inflasi teras pula telah terbantut untuk 3 bulan berturut-turut, petanda kepada pemangkin yang kuat untuk Rizab Persekutuan melonggarkan polisi kewangan mereka.

Lagi



Januari 5, 2023

USDJPY dan GBPUSD: Yang Berlaku Pada Tahun 2022, Yang Bakal Berlaku Pada Tahun 2023

USDJPY dan GBPUSD: Yang Berlaku Pada Tahun 2022, Yang Bakal Berlaku Pada Tahun 2023Kami telah bincangkan minggu lalu bagaimana pakar-pakar ekonomi dari institusi-institusi kewangan utama dunia melihat masa depan pasangan EUR/USD untuk tahun 2023. Namun, ulasan kami turut mengulas tentang dua lagi pasangan yang telah lama menjadi peneraju, USD/JPY serta GBP/USD. Adalah tidak adil untuk mengecualikan kedua-dua pasangan pada kali ini. Lebih-lebih lagi, mata wang yen Jepun dan pound British adalah komponen terpenting dalam pembentukan Indeks DXY Dolar AS selepas mata wang euro (masing-masing adalah sebanyak 13.6% dan 11.9%).

Selain daripada unjuran untuk masa hadapan, menjadi kebiasaan untuk kami bincangkan perkara-perkara yang penganalisis jangkakan pada tahun lalu, 2022, serta sejauh manakah jangkaan-jangkaan tersebut daripada menjadi kenyataan.

Lagi



Disember 29, 2022

Apa yang Boleh Dijangka Daripada Dolar dan Euro Untuk Tahun 2023

Apa yang Boleh Dijangka Daripada Dolar dan Euro Untuk Tahun 2023Minggu lalu, kami telah membuat analisis tentang apa yang berlaku kepada dua mata wang paling popular antara tahun 2020-2022, apakah unjuran yang diberi oleh pakar-pakar strategi institusi kewangan utama terhadap EUR/USD pada waktu itu, dan berapa tepatkah ramalan mereka. Tiba masanya untuk kami sampaikan apakah ramalan mereka untuk tahun 2023.

Lagi



Disember 23, 2022

Dolar dan Euro 2020-2022: Unjuran dan Realiti

Dolar dan Euro 2020-2022: Unjuran dan RealitiMenjadi kebiasaan untuk kami berikan unjuran daripada institusi-institusi kewangan utama dunia menjelang akhir tahun dan tahun yang akan tiba nanti. Kami telah sediakan unjuran seperti ini pada dua tahun yang lalu, dan juga tahun lepas. Justeru, kami bukan saja perlu melihat pada masa hadapan, malah juga menganalisis sama ada unjuran yang diberi para penganalisis sebelum ini benar-benar tepat atau tidak.

Lagi



Disember 17, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 Disember, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 Disember, 2022EUR/USD: Rizab Persekutuan Enggan Bersifat Dovish. Pihak ECB Juga Sama.

Minggu lalu boleh dibahagikan kepada dua bahagian: sebelum dan selepas mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS. Data kadar inflasi di AS yang dikeluarkan sehari sebelum berlangsungnya mesyuarat itu pada hari Selasa, 13 Disember telah memberi kesan yang mengejutkan. Kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) dengan unjuran sebanyak 7.3% susut pada bulan November, daripada 7.7% kepada 7.1% (tahun/tahun), mencecah kadar terendahnya dalam masa hampir setahun, manakala kadar inflasi teras pula turun daripada 6.3% kepada 6.0%. Oleh itu, disebabkan segalanya dilihat bertambah baik, pasaran berpendapat inilah masanya untuk pihak Rizab Persekutuan mengubah pendirian mereka daripada hawkish menjadi dovish. Atau setidak-tidaknya melonggarkan polisi mereka dengan ketara. Berdasarkan kepada jangkaan pasaran ini, hasil bon 10 tahun Perbendaharaan susut daripada 3.60% kepada 3.43%, manakala kadar Indeks Dolar DXY memuncak dan kemudiannya turun ke paras paling rendah sejak enam bulan lalu, daripada 105.07 kepada 103.60 mata. Maka yang demikian, kadar indeks saham (S&P500, Dow Jones dan Nasdaq) bertambah, dan kadar EUR/USD naik kepada 1.0672.

Lagi



Disember 11, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 12 - 16 Disember, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 12 - 16 Disember, 2022EUR/USD: Menantikan Mesyuarat Rizab Persekutuan dan ECB

Dua perkara penting akan berlaku pada minggu hadapan. Pertama adalah mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS yang akan diadakan pada hari Rabu, 14 Disember. Jika diingat kadar faedah utama dolar buat masa ini adalah 4.00%, dan Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell telah mengesahkan pada 30 November lalu bahawa kadar pertumbuhan untuk kadar faedah mereka mungkin akan menjadi lebih perlahan pada bulan Disember. Kenyataan ini menyakinkan peserta pasaran bahawa kadar yang akan dinaikkan pada bulan Disember nanti bukanlah sebanyak 75 mata asas (bp), tetapi hanya 50 bp. Langkah sebenar yang akan diambil pada 14 Disember nanti akan menetapkan sikap penggubal dasar itu untuk tahun 2023. Secara umum, keputusan mengenai kadar faedah itu sendiri bukanlah faktor utama yang ada di sini, tetapi unjuran ekonomi oleh pihak FOMC serta sidang akhbar pihak pengurusan organisasi tersebut selepas mesyuarat berakhir juga memainkan peranan penting.

Lagi



Disember 3, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 Disember, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 Disember, 2022EUR/USD: Tertumpu Kepada Pasaran Buruh AS

Kadar indeks dolar DXY susut 5% sepanjang bulan lalu. Ini adalah penyusutan bulanan terbesar sejak September 2010. Nilai mata wang Amerika susut lebih daripada 10% berbanding nilai euro dalam tempoh yang sama. Pasangan EUR/USD telah didagangkan pada kadar 0.9451 pada 28 Oktober lalu, dan kadar itu mencecah paras tertingginya iaitu 1.0544 pada 2 Disember. Terdapat beberapa sebab berlakunya perkara ini, dan sudah pasti sebab utamanya adalah berpunca daripada unjuran kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Lagi



November 26, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 28 November - 2 Disember, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 28 November -  2 Disember, 2022EUR/USD: Dolar Susut Akibat Protokol FOMC

Minggu lalu berakhir dengan tenang: Hari Kesyukuran disambut di AS. Namun punca sebenar kepada keadaan itu adalah disebabkan oleh penyusutan nilai dolar, dan hasilnya kadar EUR/USD naik melebihi 200 mata, daripada 1.0222 kepada 1.0448. Kenaikan itu menyebabkan kadarnya berada di atas paras pergerakan purata (SMA) 200 hari buat kali pertama dalam tempoh 17 bulan, sejak 16 Jun, 2021.

Lagi



November 19, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 November, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 November, 2022EUR/USD: Pasangan Ini Berada Di Dalam Dilema

Kami tertanya-tanya di permulaan ulasan kami sebelum ini jika lonjakan nilai dolar telah berada di penghujungnya. Jika diimbau semula data kadar inflasi di AS yang dikeluarkan pada 10 November lalu ternyata adalah lebih baik berbanding kadar sebelumnya dan juga yang diunjur. Kadar teras inflasi pengguna (CPI) naik sebanyak 0.3% untuk bulan Oktober, kadar yang lebih rendah berbanding 0.6% pada bulan September dan juga 0.5 yang diunjur. Kadar pertumbuhan tahunan untuk inflasi teras juga menjadi sedikit perlahan kepada 6.3% (berbanding 6.5% yang diunjur dan 6.6% pada bulan sebelumnya).

Lagi



November 12, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 November, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 November, 2022EUR/USD: Adakah Pertumbuhan Nilai Dolar Sudah Berakhir?

Adakah lonjakan nilai dolar sudah sampai di penghujungnya? Persoalan ini semakin hari semakin jelas terjawab. Penyusutan nilai mata wang AS ini adalah berpunca daripada kenaikan kadar faedah yang dibuat oleh pihak Rizab Persekutuan. Sebaliknya, perkara ini bergantung kepada keadaan di pasaran buruh serta kadar inflasi di AS, yang akan menentukan polisi kewangan penggubal dasar tersebut.

Lagi



November 5, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 07 - 11 November, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 07 - 11 November, 2022EUR/USD: Lebih Perlahan, Lebih Lama, Lebih Tinggi

Secara keseluruhan, minggu lalu berjalan seperti yang dijangka tanpa sebarang situasi yang mengejutkan. Perkara penting yang berlangsung adalah mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS yang diadakan pada hari Rabu, 2 November, di mana mereka sebulat suara memutuskan untuk menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 75 mata asas (bp) kepada 4.00%. Kadar ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2008. Keputusan yang diambil itu seperti sudah dijangka. Justeru, sidang akhbar yang diadakan oleh penggubal dasar tersebut selepas itu menjadi tumpuan para peserta pasaran. Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell menyatakan dalam mesyuarat itu bahawa walaupun kadar inflasi perlu dikurangkan secara “drastik”, parameter polisi kewangan boleh diubah jika terdapat keperluan. Bayangan yang diberikan adalah kenaikan kadar faedah mungkin akan menjadi lebih perlahan bermula pada Disember ini, namun paras kadar terakhirnya mungkin menjadi lebih tinggi berbanding kadar yang diunjur sebelum ini.

Lagi



Oktober 29, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 31 Oktober - 04 November, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 31 Oktober - 04 November, 2022EUR/USD: Adakah Persaingan Kadar Faedah Sudah Menghampiri Penghujungnya?

Kadar EUR/USD mengalami pertumbuhan sehingga hari Khamis, 27 Oktober, malah kenaikan itu meletakkan kedudukannya di atas paras penting 1.0000, mencecah 1.0092. Punca kepada pertumbuhan ini berkemungkinan disebabkan oleh sebilangan pelabur yang mengharapkan pihak ECB tidak hanya menaikkan kadarnya sebanyak 0.75, tetapi 1.0 mata asas (bp) atau lebih apabila mereka bermesyuarat nanti. Namun, impian itu hanya tinggal impian. Apa yang berlaku benar-benar seperti yang peserta pasaran jangkakan: penggubal dasar Kesatuan Eropah itu menaikkan kadarnya sebanyak 0.75 bp, daripada 1.25% kepada 2.0%. (Walaupun kadar itu adalah yang tertinggi sejak 10 tahun lalu).

Lagi



Oktober 16, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 17 - 21 Oktober, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 17 - 21 Oktober, 2022EUR/USD: Adakah Pasaran Dirasuk Hantu?

Sepanjang minggu lalu, pasangan EUR/USD bergerak secara mendatar di sepanjang garis 0.9700 kerana pasaran menunggu data kadar inflasi di AS dikeluarkan. Hanya pada hari Khamis, Jabatan Statistik Buruh mengeluarkan data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang baru, dan kadarnya melebihi nilai unjuran. Dari segi bulanan, kadar CPI untuk bulan September mencecah 0.6% berbanding 0.5% yang diunjur, dari segi tahunan - 6.6% berbanding 6.5% yang diunjur dan nilai sebelumnya iaitu 6.3%.

Lagi



Oktober 8, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 10 - 14 Oktober, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 10 - 14 Oktober, 2022EUR/USD: Keadaan Semakin Teruk di EU, Namun Bertambah Baik di AS

Pasangan EUR/USD memperbaharui satu lagi paras terendah sepanjang 20 tahun pada 28 September dengan berada di kedudukan 0.9535. Kemudian pembetulan pula berlaku, dan pasangan ini hampir mencecah paras setaranya pada hari Selasa, 4 Oktober, naik ke kedudukan 0.9999. Walau bagaimanapun, kegembiraan bull tidak bertahan lama, satu lagi penyusutan ke bawah berlaku dan kedudukan terakhirnya berada pada paras 0.9737.

Lagi



September 24, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 26 - 30 September, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 26 - 30 September, 2022EUR/USD: Mencari Paras Paling Rendah yang Baru

Minggu lalu, semua perhatian pasaran tertumpu kepada mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan AS yang diadakan pada 21 September. Kadar kebarangkalian untuk satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas (bp) dianggarkan sebanyak 74%, manakala kenaikan sebanyak 100 mata asas adalah 26%. Unjuran yang pertama ternyata menjadi kenyataan: kadar faedahnya dinaikkan daripada 2.50% kepada 3.25%. Kenaikan ini sudah cukup untuk melonjakkan kadar indeks dolar DXY dan telah melebihi 113.00 mata, memperbaharui lagi paras tertinggi sepanjang 20 tahun. Sehubungan itu, seperti yang dijangka oleh majoriti (75%) penganalisis, pasangan EUR/USD memperbaharui satu lagi paras terendah sepanjang 20 tahun, mencecah paras 0.9667.

Lagi



September 17, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 September, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 September, 2022EUR/USD: Menantikan Mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan AS

Minggu lalu pihak Bank Dunia berkata bahawa risiko untuk berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 2023 semakin meningkat walaupun pengetatan polisi kewangan terus dilaksanakan oleh bank-bank Persekutuan utama dunia serta krisis tenaga di Eropah. Menurut pakar strategi Citigroup, dolar terus kekal sebagai satu-satunya aset selamat bagi para pelabur untuk melindung nilai modal sedia ada terhadap risiko penyusutan portfolio pelaburan mereka.

Lagi



September 10, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 12 - 16 September, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 12 - 16 September, 2022EUR/USD: Dua Peristiwa Penting Minggu Lalu

Dua perkara penting telah berlaku pada minggu lalu. Pertama, pasangan EUR/USD sekali lagi telah memperbaharui paras terendahnya selama 20 tahun pada hari Selasa, 6 September, turun ke paras 0.9863. Kemudian, Bank Negara Kesatuan Eropah telah menaikkan kadar faedah mereka buat kali pertama sebanyak 75 mata asas (bp) menjadi 1.25% pada hari Khamis, 8 September, serta memberikan komen-komen bersifat hawkish semasa melaksanakannya.

Lagi



September 3, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 September, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 September, 2022EUR/USD: Minggu yang Agak Membosankan

Minggu lalu boleh dianggap sebagai minggu yang membosankan. Statistik makro yang dikeluarkan daripada 30 Ogos sehingga 2 September rupa-rupanya agak bertepatan dengan jangkaan pasaran, walaupun keputusan yang ditunjukkan agak bergaya. Sebagai contoh, kadar indeks harga pengguna diselaras di Jerman adalah 8.8%, kadar yang diunjur adalah 8.8%. Indeks harga pengguna di Eurozone berada pada kadar 9.1% dan bukan 9.0% seperti yang dijangka. Indeks aktiviti perniagaan di AS dalam sektor pembuatan (PMI) tidak berubah sepanjang bulan dan berada pada kadar 52.8 (diunjur 52.0), manakala jumlah pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur di AS (NFP) juga tidak berada jauh daripada jangkaan, 315K berbanding 300K. Disebabkan itu, pasangan EUR/USD bergerak di sepanjang garis pariti 1.000 untuk kelima-lima hari, mengalami turun naik dalam julat antara 0.9910-1.0078, dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 0.9955.

Lagi



Ogos 27, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 29 Ogos - 02 September, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 29 Ogos - 02 September, 2022EUR/USD: Ekonomi Global Sekali Lagi Dalam Bahaya

Jadi, kedudukan EUR/USD telah jatuh melepasi paras sokongan utamanya yang dibentuk pada tahun 2016. Kedudukan terendah mingguannya berada pada paras 0.9899 pada hari Selasa, 23 Ogos, Pasangan ini didagangkan lebih rendah daripada itu pada 20 tahun lalu, antara bulan November-Disember 2002. Euro telah kerugian kira-kira 485 mata berbanding dolar dalam tahun ini saja.

Lagi



Ogos 20, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 22 - 26 Ogos, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 22 - 26 Ogos, 2022EUR/USD: Kembali Menjadi Setara 1:1

Pasangan EUR/USD telah bergerak secara mendatar dalam saluran antara 1.0100-1.0270 lebih daripada tiga minggu. Semua percubaan untuk menembusi sempadan atas mahupun bawah berakhir dengan kegagalan. Pergerakan itu berterusan sehinggalah 10 Ogos, apabila kedudukan pasangan ini naik mendadak setelah data kadar inflasi di AS dikeluarkan, mengubah paras 1.0270 daripada rintangan kepada sokongan. Walau bagaimanapun, kegembiraan bull tidak berpanjangan. Hanya dua hari selepas itu, pasangan ini kembali bergerak dalam saluran sebelumnya, turun menembusi sempadan bawah saluran tersebut pada hari Khamis, 18 Ogos, dan mengakhiri minggu pada paras 1.0039.

Lagi



Ogos 13, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 15 - 19 Ogos, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 15 - 19 Ogos, 2022EUR/USD: Inflasi Rendah Melemahkan Nilai Dolar

Pasangan EUR/USD telah bergerak secara mendatar dalam saluran 1.0100-1.0270 lebih daripada tiga minggu. Setiap percubaan untuk menembusi sempadan atas mahupun bawah berakhir dengan kegagalan. Walaupun dengan data pasaran buruh yang kukuh yang dikeluarkan pada minggu pertama bulan Ogos juga tidak dapat membantu dolar. Jika diingat kadar pengangguran di AS kekal pada 3.6% sejak bulan Mac dan ia adalah satu indikator yang sangat baik. Malah kadarnya turun lebih rendah pada bulan Julai, iaitu 3.5%. Indikator penting seperti NFP iaitu bilangan pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur dengan unjuran sebanyak 250K sebenarnya mencecah 528K. Hal ini berlaku walaupun pada hakikatnya jumlah pad bulan sebelumnya adalah sebanyak 372K.

Lagi



Ogos 7, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 08 - 12 Ogos, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 08 - 12 Ogos, 2022EUR/USD: Berita Dari AS yang Tidak Dijangka-jangka

Pasangan EUR/USD telah bergerak secara mendatar di sepanjang saluran antara 1.0100-1.0270 sejak hampir tiga minggu. Percubaan teragak-agak untuk menembusi sempadan atas atau bawah saluran itu asyik berakhir dengan kegagalan. Adakah cuti musim panas harus dipersalahkan? Berkemungkinan besar, puncanya ialah statistik ekonomi dari AS yang tidak dijangka-jangka serta prospek yang tidak jelas telah mengakibatkan kekeliruan di pasaran.

Lagi



Julai 30, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 01 - 05 Ogos, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 01 - 05 Ogos, 2022EUR/USD: Keputusan Mesyuarat FOMC: Mengapa Nilai Dolar Menyusut dan Indeks Saham Bertumbuh

Jadi, mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS telah diadakan pada hari Rabu, 27 Julai. Memang tidak disangkal lagi kadar faedah utama mereka akan dinaikkan. Namun berapa banyak? Adakah sebanyak 100 mata asas (bp), kadar yang tidak pernah dinaikkan sebanyak itu sejak tahun 1981, atau sebanyak 75 mata? Pasaran dilihat mengharapkan pilihan pertama, namun pihak Rizab Persekutuan memilih polisi yang lebih longgar iaitu pilihan kedua. Disebabkan itu, kadar pasangan EUR/USD naik dan kembali berada di saluran yang memang dilaluinya sejak 19 Julai lalu iaitu antara 1.0150-1.0270 dan bukannya membuat serangan baru terhadap paras 1.0000. Ia kemudian diikuti dengan percubaan bear yang gagal untuk menembusi sempadan bawah saluran itu (puncanya dijelaskan di bawah, di bahagian pasangan GBP/USD) dan kedudukan terakhirnya berada pada paras 1.0221.

Lagi



Julai 23, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 25 - 29 Julai, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 25 - 29 Julai, 2022EUR/USD: Eksperimen Polisi Kewangan ECB: Memintas Helang dengan Pipit

Kadar mata wang tunggal Eropah ini mengalami sedikit pertumbuhan pada awal minggu lalu, menetapkan paras tertinggi mingguannya pada kedudukan 1.0272. Terdapat tiga punca kepada situasi ini. Yang pertama dan paling teruk adalah perubahan arah pergerakan selepas pembetulan pasangan EUR/USD yang menemui kedudukan terendah mingguannya iaitu 0.9951 pada 14 Julai setelah berjaya mencapai kadar kesetaraan 1.0000. Yang kedua ialah penyambungan semula bekalan gas Rusia ke EU menerusi saluran paip Nord Stream. Akhir sekali, yang ketiga dan paling penting adalah jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah euro. Ini adalah faktor yang penting, lebih-lebih lagi kerana pasaran menjangkakan kadarnya akan dinaikkan terus sebanyak 50 mata asas (bp) seperti yang diumumkan sendiri oleh pihak ECB dalam mesyuarat sebelum ini, dan bukannya sebanyak 25 mata asas. Apa yang berlaku adalah seperti berikut. Buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun, penggubal dasar Kesatuan Eropah itu menaikkan kadar pembiayaan mereka daripada 0% kepada 0.5% pada hari Khamis, 21 Julai, dan mengeluarkan kadar deposit mereka daripada zon negatif, naik daripada -0.5% kepada 0%.

Lagi



Julai 16, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 18 - 22 Julai, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 18 - 22 Julai, 2022EUR/USD: Keseteraan 1:1 Berjaya Dicapai

Semua yang kami bincangkan sejak beberapa bulan yang lalu telah menjadi kenyataan: kadar EUR/USD berjaya mencapai paras 1.000 pada hari Selasa, 12 Julai. Paras terendah mingguan berada di kedudukan 0.9951 pada hari Khamis, 14 Julai. Kali terakhir pasangan ini berada pada kedudukan serendah ini adalah pada Disember 2002. Sila maklum bahawa nilai dolar bukan saja lebih kukuh berbanding euro, malah juga lebih kukuh berbanding mata wang utama dunia yang lain. Kadar indeks DXY juga berada di zon paling tinggi dalam tempoh 20 tahun, menghampiri ketinggian 108.99 pada 14 Julai.

Lagi



Julai 9, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 11 - 15 Julai, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 11 - 15 Julai, 2022EUR/USD: Semakin Menghampiri 1.0000

Kami telah berulang kali nyatakan mengenai keinginan dolar untuk mencapai kesetaraan nilai 1:1 dengan euro. Namun kami tidak jangkakan ia akan berlaku secepat ini: pasangan EUR/USD mencecah paras terendah mingguannya iaitu 1.0071 pada hari Jumaat, 8 Julai. Hanya tinggal 71 mata lagi sebelum mencecah kadar 1.0000. Kali terakhir kadarnya serendah ini adalah pada bulan Disember 2002.

Lagi



Back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... 16 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami