Jun 25, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 27 Jun - 1 Julai, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 27 Jun - 1 Julai, 2022EUR/USD: Minggu Yang Tenang

Keadaan agak tenang buat pasangan EUR/USD pada minggu lalu. Ia bergerak di sepanjang Pivot Point 1.0500, dan julat maksimum turun naiknya adalah kurang daripada 140 mata (1.0468-1.0605), jumlah yang agak kecil mengikut situasi sekarang ini.

Lagi



Jun 18, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 20 - 24 Jun, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 20 - 24 Jun, 2022EUR/USD: Keputusan Mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan

Pergerakan minggu lalu adalah berdasarkan kepada statistik kadar inflasi AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 10 Jun, dengan jumlah sebanyak 8.6% berbanding 8.3% yang diunjur. Mengetahui data yang membimbangkan itu, peserta pasaran mula menyertakan kadar faedah yang mungkin dinaikkan sebanyak 0.75% ke dalam sebut harga dolar dan bukannya 0.5% seperti yang diramal sebelum ini. Malah ada segelintir peserta yang bersikap terburu-buru mengatakan kadarnya akan terus dinaikkan sebanyak 1.0%. Oleh itu, pihak FOMC (Federal Open Market Committee) yang bermesyuarat pada hari Rabu, 15 Jun telah menaikkan kadar utama mereka sebanyak 0.75%, menjadikan jumlahnya 1.75% sekarang.

Lagi



Jun 11, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Jun, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 13 - 17 Jun, 2022EUR/USD: Kami Menunggu Keputusan Mesyuarat Rizab Persekutuan

Pergerakan pasangan EUR/USD dari 23 Mei sehingga 9 Jun boleh dianggap sebagai mendatar dalam julat antara 1.0640-1.0760 (tanpa mengambil kira beberapa pergerakan mendadak di kedua-dua arah). Walau bagaimanapun, keadaan yang agak tenang ini berakhir apabila mesyuarat Lembaga Bank Pusat Kesatuan Eropah berlangsung pada hari Khamis, 9 Jun. Pasaran kembali sedar, kadar pasangan ini jatuh, dan setelah susut lebih daripada 200 mata menjelang tengah hari Jumaat, kedudukannya terhenti dalam menunggu untuk data kadar inflasi di AS dikeluarkan.

Lagi



Jun 4, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Jun, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Jun, 2022EUR/USD: Kadar Inflasi dan Pasaran Buruh Menentukan Segalanya

Jumlah hasil mingguan boleh dianggap hampir tiada. Jika kedudukan pasangan EUR/USD ditutup setelah berakhirnya lima hari dagangan pada paras 1.0730 pada minggu sebelumnya, kali ini ia ditutup pada paras 1.0720. Dalam masa yang sama, kami tidak boleh mengatakan keadaan pada minggu lalu adalah membosankan: kadar turun naik maksimumnya adalah 160 mata, paras tertinggi adalah 1.0786 manakala paras terendah adalah 1.0626.

Lagi



Jun 1, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 30 Mei - 3 Jun, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 30 Mei - 3 Jun, 2022EUR/USD: Mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan yang "Membosankan"

Indeks dolar DXY mencecah kadar tertinggi bertahun-tahun pada hari Jumaat, 13 Mei iaitu 105.05 setelah naik selama enam minggu. Kali terakhir ia naik setinggi ini adalah pada 20 tahun yang lalu. Namun begitu, arah pergerakannya berubah, dan kadarnya betul-betul berada pada paras 101.50 dua minggu selepas itu. Melihat pada trend secara umumnya, pasangan EUR/USD juga mengalami pertumbuhan sejak 13 Mei lalu, mencecah paras 1.0764 pada 27 Mei. Nilai euro juga lebih kukuh berbanding dolar sebanyak 415 mata sepanjang masa itu. Hal ini bukanlah disebabkan oleh mata wang Eropah tersebut, tetapi berpunca daripada mata wang Amerika. Lebih tepat lagi, oleh pihak Rizab Persekutuan AS.

Lagi



Mei 21, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 23 - 27 Mei, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 23 - 27 Mei, 2022EUR/USD: Mengalami Pertumbuhan Akibat Pembetulan Indeks DXY

Indeks dolar DXY mencecah kadar tertinggi dalam beberapa tahun iaitu 105.05 pada hari Jumaat, 13 Mei setelah mengalami pertumbuhan sepanjang enam minggu. Kali terakhir ia berada pada kadar itu adalah pada 20 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, arah pergerakannya berubah, dan kedudukan indeks DXY berada di bawah kadar 103.00 pada 19-20 Mei. Menurut sebilangan penganalisis, penurunan seperti itu berkemungkinan adalah berpunca daripada pembetulan teknikal, bukan disebabkan oleh perubahan faktor fundamental. Mata wang Amerika masih mengekalkan faktor fundamental mereka. Namun, isyarat yang agak membimbangkan sudah pun mula kelihatan kerana pengetatan mendadak polisi kewangan oleh pihak Rizab Persekutuan menambah perasaan takut berkenaan pertumbuhan ekonomi AS dan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk berlakunya kemelesetan ekonomi.

Lagi



Mei 15, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 16 - 20 Mei, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 16 - 20 Mei, 2022EUR/USD: Menuju Ke Paras 1.0000

Nilai dolar terus bertambah, manakala kadar pasangan EUR/USD terus menyusut. Kadar indeks DXY dolar terus melonjak menghampiri paras 104.9 pada hari Khamis, 12 Mei. Kali terakhir ia berada setinggi ini adalah pada 20 tahun yang lalu. Paras terendah mingguan pasangan ini berada di kedudukan 1.0349, di sekitar paras terendah antara Disember 2016 - Januari 2017. Sedikit saja lagi, dan jika ia mengikut jejak langkah indeks DXY, pasangan itu akan berada di kedudukan sama seperti yang didagangkan pada 20 tahun lalu. Kemudian, kesetaraan 1:1 tidaklah jauh daripada sasaran.

Lagi



Mei 7, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 09 - 13 Mei, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 09 - 13 Mei, 2022EUR/USD: Minggu yang Dipenuhi Rekod Bertahun-tahun

Walaupun terdapat sebilangan orang yang bersifat terburu-buru yang percaya bahawa kadar faedah mungkin akan dinaikkan terus sebanyak 0.75% seperti ketua Bank Rizab Persekutuan St. Louis, James Bullard, segala yang berlaku di pasaran sudahpun dijangka. Berikutan mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) pada 4 Mei lalu, kadar faedah persekutuan telah dinaikkan daripada 0.5% kepada 1.0%. Kenaikan ini adalah yang terbanyak sejak Mei 2000 kerana pihak Bank Pusat AS telah menaikkan atau menurunkan kadar faedah mereka sebanyak 0.25% setiap kali sejak 22 tahun yang lepas.

Lagi



April 30, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 02 - 06, Mei 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 02 - 06, Mei 2022EUR/USD: Euro Mencapai Paras Terendah Sepanjang Lima Tahun, Kini Menunggu Mesyuarat Rizab Persekutuan (FOMC)

Indeks DXY yang menjadi pengukur nilai mata wang dolar AS dengan kelompok enam mata wang utama lain telah memperbaharui paras tertingginya selama 20 tahun pada hari Khamis, 28 April. Punca kepada pertumbuhan ini masih lagi sama, dan kami telah berulang kali menyatakannya: pihak Rizab Persekutuan lebih awal untuk mula mengetatkan polisi kewangan mereka berbanding bank-bank pusat yang lain. Pihak FOMC (Federal Open Market Committee) dijangka akan menaikkan kadar faedah mereka mungkin sebanyak 0.5% pada mesyuarat yang seterusnya pada 5 Mei nanti. Itu adalah kenaikan minimum. Sebagai contoh, James Bullard, ketua Bank Rizab Persekutuan St. Louis tidak menolak kadar itu mungkin akan terus dinaikkan sebanyak 0.75%.

Lagi



April 23, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 25 - 29 April, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 25 - 29 April, 2022EUR/USD: Trend yang Didorong Kata-Kata

Kenyataan daripada para pegawai penting ECB dan juga Rizab Persekutuan pada minggu lalu menjadi pendorong utama. Walau bagaimanapun, keadaan agak tenang semasa tempoh lima hari bermula: kesan daripada hujung minggu perayaan Easter. Tidak seperti di Amerika Syarikat, hari cuti bukan saja jatuh pada hari Jumaat, 15 April, tetapi juga pada hari Isnin, 18 April. Nilai dolar mendapat sedikit sokongan daripada komen wakil penggubal dasar Amerika pada hari Isnin. Menurut Rafael Bostic, Presiden Bank Rizab Persekutuan Atlanta, kadar faedah asas mungkin akan mencecah 1.75% menjelang akhir tahun 2022, manakala Presiden Bank Rizab Persekutuan Chicago iaitu Charles Evans pula percaya kadarnya itu akan mencecah antara 2.25-2.50%. Ketua Bank Rizab Persekutuan St. Louis, James Bullard mengumumkan bahawa kenaikan kadar utama sebanyak 0.75% mungkin akan dibuat serta-merta pada mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) untuk bulan Mei nanti.

Lagi



April 17, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 18 - 22 April, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 18 - 22 April, 2022EUR/USD: Pendirian Berbeza Rizab Persekutuan dan ECB

Nilai dolar terus kukuh, manakala kedudukan pasangan EUR/USD turun ke bawah. Paras terendah mingguan direkodkan pada 1.0757 selepas pihak ECB bermesyuarat pada hari Khamis, 14 April. Setelah mengalami pembetulan, kedudukan terakhirnya berada pada paras 1.0808.

Lagi



April 9, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 11 - 15 April, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 11 - 15 April, 2022EUR/USD: Tiga sebab Pengukuhan Nilai Dolar

Margin bagi kelompok penganalisis yang menyokong nilai dolar lebih kukuh pada unjuran minggu lalu adalah sangat kecil. 50% penganalisis memilih pertumbuhan, 40% lagi sebaliknya dan baki 10% berpendirian neutral. Punca bagi ketaktentuan dan perselisihan pendapat seperti itu adalah pasaran sudahpun mengambil kira kenaikan kadar faedah dolar pada tahun 2022 dalam sebut harganya. Namun, walaupun begitu, nilai mata wang AS terus mengalami pertumbuhan. Kadar indeks DXY telah bertambah kira-kira 2% sepanjang minggu lalu, manakala pasangan EUR/USD pula, seperti yang dijangka penyokong bearish, telah berjaya menembusi paras sokongan di zon antara 1.0950-1.1000 dan mensasarkan paras terendah 7 Mac lalu iaitu 1.0805. Benar, pasangan ini belum berjaya mencapainya, dan ia berakhir pada paras 1.0874.

Lagi



April 2, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 04 - 08 April, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 04 - 08 April, 2022EUR/USD: Ketaktentuan yang Melampau

Pergerakan mata wang-mata wang utama untuk bulan Mac telah dipengaruhi oleh laporan dari sempadan Rusia-Ukraine, perang sekatan tenaga dengan Rusia, serta kadar pengetatan polisi kewangan. Nilai dolar AS telah mengukuh dengan mendadak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh peningkatan hasil bon kerajaan AS dan juga jangkaan kadar faedah Rizab Persekutuan akan dinaikkan. Paras pasangan EUR/USD susut kepada 1.0805 pada 7 Mac, kedudukan paling rendah sejak pertengahan Mei 2020. Walau bagaimanapun, pertumbuhan nilai dolar itu terhenti, dan pasangan ini bergerak secara mendatar di sepanjang Pivot Point 1.1000. Kenyataan bersifat hawkish oleh pihak pengurusan Rizab Persekutuan telah menolak pasangan ini ke bawah, harapan konflik ketenteraan antara Rusia dan Ukraine dapat diselesaikan menolak pasangan ini di atas garis itut.

Lagi



Mac 26, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 28 Mac - 01 April, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 28 Mac - 01 April, 2022EUR/USD: Keadaan Huru-Hara dan Paradoks Yang Mengusutkan

Judul bagi ulasan EUR/USD sebelum ini menimbulkan persoalan adakah pasaran sudah menjadi semakin gila. Ramai penganalisis setuju bahawa pasaran kewangan setidak-tidaknya bertindak di luar jangkaan selepas mesyuarat Rizab Persekutuan untuk bulan Mac. Kebanyakan daripada mereka mengatakan ia langsung tidak masuk akal.

Lagi



Mac 19, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 Mac, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 Mac, 2022EUR/USD: Adakah Pasaran Semakin Menggila?

Apa yang telah berlaku di pasaran setelah mesyuarat Rizab Persekutuan AS berakhir boleh dianggap sebagai “keadaan tidak masuk akal”. Seperti yang dijangka, pihak penggubal berkenaan telah menaikkan kadar faedah utama mereka kepada 0.5% daripada 0.25% pada hari Rabu, 16 Mac, kenaikan setinggi itu sejak tahun 2018. Seperti yang telah dijangka juga, nilai dolar mula bertumbuh selepas keputusan tersebut dibuat. Namun tiada siapa yang dapat menjangka pengukuhan itu hanya bertahan kira-kira sejam dan hanyalah berjumlah 50 mata. Kemudian, bukan mata wang Amerika yang mula mengalami pertumbuhan, tetapi mata wang Eropah. Akibatnya, pasangan EUR/USD telah menetapkan kedudukan tertinggi mingguannya pada paras 1.1137 keesokan harinya.

Lagi



Mac 12, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Mac, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Mac, 2022EUR/USD: Acara Mega Minggu Ini: Mesyuarat Rizab Persekutuan AS

Seperti yang dijangka, tumpuan utama untuk minggu lalu berlaku pada hari Khamis, 10 Mac, disebabkan oleh mesyuarat Bank Negara Kesatuan Eropah. Kadar faedah dibiarkan kekal pada 0%, dan ia tidak mengejutkan sesiapa pun. Tetapi, walaupun keputusan ini sudah dijangka terlebih dahulu, pasangan EUR/USD naik ke paras 1.1120 pada mulanya selepas pihak bank mengeluarkan kenyataan mereka, dan kemudian turun di bawah paras 1.1000. Semuanya akibat percubaan gagal untuk “memuaskan” kedua-dua pihak helang dan pipit.

Lagi



Mac 5, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 07 - 11 Mac, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 07 - 11 Mac, 2022strong>EUR/USD: Nasib Euro Bergantung Kepada Ukraine

Statistik makro bercampur-campur pada minggu lalu. Namun hanya beberapa pihak saja yang memberikan perhatian mereka buat masa ini. Dinamik pergerakan mata wang Eropah itu telah ditentukan dengan perkara yang berlaku di Ukraine untuk dua minggu berturut-turut sekarang. Ketegangan dalam konflik ketenteraan antara Rusia-Ukraine semakin memuncak, menambah lagi permintaan aset tanpa risiko. Dalam hal ini mata wang dolar menjadi pilihan, dan bukannya mata wang pan Eropah.

Lagi



Februari 26, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 28 Februari - 04 Mac, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 28 Februari - 04 Mac, 2022EUR/USD: Perang Bukan Saja Menumpahkan Darah, Malah Melumpuhkan Perniagaan

Dinamik pergerakan mata wang Eropah kini ditentukan oleh perkara yang berlaku di Ukraine. Anda boleh lupakan saja semua jenis indikator makroekonomi buat sementara waktu. Mata wang manakah yang akan memperoleh lebih banyak kelebihan daripada pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya, dan siapa pula yang akan mengalami kerugian, semuanya akan menjadi lebih jelas hanya apabila situasi menjadi lebih stabil. Ia tidak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Lagi



Februari 19, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 Februari, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 21 - 25 Februari, 2022EUR/USD: Menunggu Peperangan Meletus dan Kenaikan Kadar Faedah

Tempoh antara 10 dan 14 Februari lalu bergolak tanpa disangka-sangka. Keadaan panik sedikit demi sedikit mula timbul akibat desakan media yang membincangkan dengan aktif kenyataan para pemimpin dunia, terutama sekali Presiden Amerika Syarikat berkenaan pencerobohan Rusia di Ukraine. Malah pentadbiran di White House membuat keputusan untuk memindahkan misi diplomatik mereka dari Kiev, ibu negara Ukraine, ke Lviv, lokasi yang lebih jauh berbanding zon di mana operasi ketenteraan mungkin didirikan dan lebih dekat dengan sempadan EU.

Lagi



Februari 12, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Februari, 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Februari, 2022EUR/USD: Bencana Akibat Inflasi di AS

Orang Yunani purba mula mengisytiharkan gencatan senjata pada Sukan Olimpik lebih daripada 2,800 tahun lalu. Nampaknya bull dan bear EUR/USD juga memilih untuk meneruskan tradisi tersebut semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing. Pemerhatian kami menunjukkan bahawa keadaan begitu tenang sekali setidak-tidaknya pada awal minggu, dan pasangan ini bergerak secara mendatar dengan sedikit tekanan di saluran sempit yang tidak lebih daripada 60 mata iaitu di antara 1.1400-1.1460.

Lagi



Februari 5, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 Februari, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 Februari, 2022EUR/USD: Satu Lagi Kejutan, Kali Ini Oleh Pihak ECB

Agak sukar untuk bertahan jika diserang dari pelbagai arah. Dolar menerima dua serangan hebat pada minggu lalu: satu oleh Bank of England, dan satu lagi datang dari pihak ECB, dan dolar gagal menahan kedua-duanya. Kadar indeks DXY USD jatuh. Kadarnya berada pada kedudukan 97.36 mata pada 28 Januari, tetapi turun kepada 95.14 mata pada 4 Februari. Ia bukan setakat penurunan, tetapi jatuh rebah ke bawah, agak sukar bagi mata wang AS untuk pulih dengan cepat dari kedudukan itu.

Lagi



Januari 30, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 Januari - 28 Februari, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 Januari - 28 Februari, 2022EUR/USD: Kejutan oleh Rizab Persekutuan AS

Mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS serta sidang akhbar oleh pihak pengurusannya selepas itu sudah pasti menjadi peristiwa penting pada minggu lalu. Penganalisis di JP Morgan menggelar ucapan ketua bank pusat AS tersebut iaitu Jerome Powell sebagai ucapan paling “hawkish” sepanjang beliau memegang jawatan itu.

Lagi



Januari 22, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Januari, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Januari, 2022EUR/USD: Mesyuarat FOMC: Hari yang Dinantikan oleh Pasaran

Peristiwa yang bukan saja penting untuk minggu hadapan, tetapi untuk keseluruhan bulan ini sudah pastinya adalah mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS pada 26 Januari nanti. Adakah para penggubal dasar akan menaikkan kadar faedahnya sekarang? Atau pada bulan Mac? Adakah mereka akan menangguhkan pengurangan insentif mereka buat selama-lamanya? Masih tiada jawapan untuk persoalan ini.

Lagi



Januari 16, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Januari, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Januari, 2022EUR/USD: Khabar Angin Menggerakkan Pasaran

Suasana di pasaran sering dikaitkan dengan khabar angin yang kebiasaannya amat berbeza sekali dengan keadaan sebenar. Atau langsung tidak sama. Namun mereka yang menyebarkannya dengan membuat spekulasi mampu memperoleh pulangan yang besar. Sesuatu yang agak sama telah berlaku pada minggu lalu.

Lagi



Januari 8, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Januari, 2022

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Januari, 2022EUR/USD: Menanti Mesyuarat FOMC bagi Bulan Januari

Pasangan EUR/USD telah mengikuti trend mendatar untuk tujuh minggu berturut-turut, bergerak di sepanjang ufuk 1.1300 dalam saluran di antara 1.1220-1.1385. Malah penerbitan protokol yang dinyatakan dalam mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee atau Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan) untuk bulan Disember lalu yang mengesahkan kesungguhan niat bank pusat tersebut dalam mengetatkan polisi kewangan mereka serta mengukuhkan nilai dolar juga tidak dapat mengeluarkan pasangan ini daripada keadaan itu. Rupa-rupanya, para penggubal dasar berasa takut dengan kadar inflasi di negara berkenaan. Disamping itu, mereka juga tidak menjangka strain coronavirus Omicron mampu memberi kesan besar terhadap aktiviti ekonomi di Amerika Syarikat.

Lagi



Januari 1, 2022

Ramalan Bank-Bank Utama untuk 2022: JPY, GBP, CAD, AUD, CHF, SEK, CNH

Ramalan Bank-Bank Utama untuk 2022: JPY, GBP, CAD, AUD, CHF, SEK, CNHKami telah rumuskan pendapat para penganalisis dari bank-bank serta agensi-agensi terkemuka dunia seminggu yang lalu mengenai arah pergerakan pasangan EUR/USD untuk tahun 2022 yang akan tiba. Pada hakikatnya agak logik mengapa kami menumpukan perhatian terhadap pasangan itu: sekian lama, pasangan ini paling banyak didagangkan dalam pasaran Forex, dan mata wang Eropah itu sendiri menjadi pendorong dalam pembentukan Indeks Dolar AS dengan margin yang agak besar, iaitu sebanyak 57.6%.

Lagi



Disember 26, 2021

Ramalan: Apa yang Boleh Diharapkan dari Euro dan Dolar untuk tahun 2022

Ramalan: Apa yang Boleh Diharapkan dari Euro dan Dolar untuk tahun 2022Adalah sesuatu yang menarik untuk mengetahui unjuran siapakah akan menjadi kenyataan dan unjuran siapakah yang salah. Genap setahun lalu, kami siarkan ramalan yang diberi oleh para penganalisis dari bank-bank terkemuka dunia mengenai kadar EUR/USD untuk tahun 2021, dan sekarang bolehlah kita memilih siapakah antara mereka yang membuat jangkaan tepat dan sejauh mana kebenarannya. Jika tidak, pihak manakah yang salah.

Lagi



Disember 18, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 Disember, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 Disember, 2021EUR/USD: Kisah Sama dari pihak Rizab Persekutuan dan ECB

Minggu lalu adalah berkisarkan tentang bank-bank pusat. Untuk kali terakhir tahun ini, pihak Rizab Persekutuan AS bermesyuarat pada hari Rabu, 15 Disember, manakala pihak ECB serta Bank of England mengadakan mesyuarat mereka pada 16 Disember, dan Bank of Japan pula pada hari terakhir minggu bekerja, Jumaat, 17 Disember.

Lagi



Disember 11, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 Disember, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 Disember, 2021EUR/USD: Sebelum Berlangsungnya Mesyuarat Rizab Persekutuan dan ECB

Kami berikan judul “Kadar Inflasi dan Tenaga Kerja Menentukan Segalanya” untuk ulasan bahagian ini pada minggu lalu. Kedua-dua parameter inilah yang menentukan polisi kewangan bagi bank-bank pusat buat masa sekarang. Mesyuarat pihak Rizab Persekutuan AS yang seterusnya akan berlangsung pada hari Khamis, 16 Disember, dan pasaran menjangkakan pihak penggubal dasar itu akan mempercepatkan prosedur untuk penamatan insentif, dan malah, mungkin akan menaikkan kadar faedah. Tidak syak lagi, keputusan-keputusan ini akan bergantung pada statistik makro yang dikeluarkan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Lagi



Disember 4, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 Disember, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 Disember, 2021EUR/USD: Kadar Inflasi dan Tenaga Kerja Menentukan Segalanya

Pasaran kini dikuasai oleh dua faktor: kebimbangan terhadap strain COVID yang baru serta pengetatan polisi kewangan oleh bank-bank pusat. Masih belum diketahui lagi betapa bahayanya strain Omicron dan bagaimana ia akan memberi kesan terhadap ekonomi. Justeru, fokus utamanya beralih kepada bank-bank pusat, dan bank paling utama adalah, Rizab Persekutuan AS. Oleh yang demikian, 19 orang penganalisis Reuters memilih perbezaan kadar faedah akan menjadi pendorong utama di pasaran, manakala 15 orang lagi memilih Omicron.

Lagi



Back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... 16 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami