November 13, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 November, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 November, 2021EUR/USD: Peningkatan Kadar Inflasi Bermaksud Peningkatan Nilai USD

Ternyata semua statistik makroekonomi yang ada di AS adalah lebih teruk daripada jangkaan. Namun demikian, nilai mata wang Amerika terus meningkat. Bacaan indeks dolar DXY yang membandingkannya dengan kelompok enam mata wang utama lain mencecah 95.26 pada hari Jumaat, 12 November, pertumbuhan kira-kira 2% sepanjang dua minggu yang lalu. Pertumbuhan ini tidak sepatutnya berlaku. Jadi, apakah punca kepada situasi yang pelik ini? Rupa-rupanya ia disebabkan oleh lonjakan kadar inflasi.

Lagi



November 6, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 November, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 November, 2021EUR/USD: Tertumpu pada Pasaran Buruh di AS

Peristiwa penting pada minggu lalu adalah mesyuarat oleh dua penggubal dasar iaitu Rizab Persekutuan AS dan juga Bank of England. Para pelabur juga sudah pastinya berminat dengan data daripada pasaran buruh AS, termasuklah indikator penting seperti NFP, iaitu bilangan pekerjaan yang ada bukan dalam sektor agrikultur.

Lagi



Oktober 30, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 November, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 November, 2021EUR/USD: After ECB Meeting, Ahead of Fed Meeting

Judul bagi ulasan EUR/USD sebelum ini adalah “Dalam keadaan tidak menentu”, seperti yang berlaku pada minggu lalu. Bermula pada paras 1.1643, pasangan ini turun ke paras 1.1581, dan kemudian naik ke paras 1.1691, mengakhiri sesi dagangan di kedudukan terendah paling baru, kali ini pada paras 1.1560.

Lagi



Oktober 23, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Oktober, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Oktober, 2021EUR/USD: Dalam Keadaan Tidak Menentu

Apabila memberikan ramalan mereka seminggu lalu, 20% penganalisis bersetuju dengan penyusutan kadar EUR/USD, 50% lagi memihak kepada pertumbuhan, manakala baki 30% pula adalah neutral. Hasilnya, keputusan berpihak kepada 80% yang menjangkakan pertumbuhan dan pergerakan mendatar. Setelah bermula pada paras 1.1600, pasangan ini naik ke paras 1.1668 pada awalnya, kemudian turun ke paras 1.1616, dan kemudian bergerak secara mendatar dalam saluran ini. Setelah Gabenor Rizab Persekutuan berucap pada hari Jumaat, kadar pasangan ini turun ke sempadan bawah julat dagangannya namun berakhir hampir di tengah-tengah pada paras 1.1643.

Lagi



Oktober 17, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Oktober, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Oktober, 2021EUR/USD: Pembetulan atau Perubahan Trend?

Setelah mencecah paras terendah mingguan 1.1523 pada hari Selasa, 12 Oktober, pergerakan menurun pasangan EUR/USD selama lima minggu berakhir, mengubah arah pergerakannya, dan naik ke atas. Sejak bermulanya musim bunga, dolar telah memperolehi semula 385 mata daripada euro. Adakah mata wang pan-Eropah ini dapat menebus semula kerugiannya sekarang?

Lagi



Oktober 10, 2021

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi Tahun 2022

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi Tahun 2022EUR/USD: Mula-Mula Turun, Kemudian Naik

Ekonomi global sedang pulih kesan dari pandemik COVID-19 yang melanda, dan proses ini akan berterusan pada tahun 2022. Setidak-tidaknya. Unjuran bagi kadar pertumbuhan KDNK di peringkat global sebanyak 6% masih lagi kekal tahun ini. Menurut jangkaan awal, pertumbuhan sekurang-kurangnya pada kadar 5% akan terus berlaku (melainkan terdapatnya “kejutan” baru) pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah indikator purata saja, dan kadar pemulihan ekonomi yang berbeza di negara-negara yang berbeza akan memberi kesan terhadap nilai mata wang negara masing-masing.

Lagi



Oktober 2, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 – 08 Oktober, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 – 08 Oktober, 2021EUR/USD: Kemenangan Baru Bear

Kadar EUR/USD susut kepada 1.1562 pada minggu lalu, menembusi paras sokongan utama 1.1630 yang memisahkan trend bearish daripada trend bullish sejak ianya bermula pada Mac 2020.

Lagi



September 25, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 September - 01 Oktober, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 September - 01 Oktober, 2021 EUR/USD: Hampir Mula Menamatkan QE

Pihak Rizab Persekutuan tidak membuat sebarang perubahan terhadap polisi kewangan mereka semasa bermesyuarat pada 21-22 September. Walau bagaimanapun, penggubal dasar itu menyatakan dengan jelas dalam komennya bahawa mereka mungkin sudah bersedia untuk mula menamatkan program rangsangan kewangan (QE) beransur-ansur seawal bulan November.

Lagi



September 18, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 September, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 September, 2021EUR/USD: Menunggu Keputusan Rizab Persekutuan AS

Nilai dolar terus mengukuh, dan pasangan EUR/USD mengalami penurunan. Bermula pada paras 1.1810 pada hari Isnin, 13 September, pasangan ini mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada kedudukan 1.1730. Sudah pastinya penurunan ini tidak begitu teruk, hanya mengambil 80 mata saja. Namun perlu diingat bahawa kedudukannya dua minggu lalu, pada 3 September adalah 1.1908.

Lagi



September 11, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 September, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 September, 2021EUR/USD: Penentukuran Semula QE di Eurozone

Mesyuarat ECB pada hari Khamis, 9 September lalu berlangsung seperti yang dijangka tanpa berlakunya sebarang kejutan. Kadar faedah kekal tidak berubah pada 0%. Para penggubal dasar di Kesatuan Eropah telah mencadangkan untuk mengurangkan program rangsangan kewangan (QE) secara “dovish”. Lebih tepat lagi, menurut gabenor bank itu, Christine Lagarde, program tersebut bukanlah “dikurangkan” secara mendadak tetapi lebih kepada “ditentukur semula”. Pengurangan pembelian aset pada Q4 nanti adalah bertentangan dengan keputusan untuk menambahnya yang dipersetujui pada bulan Mac lepas. Untuk berbuat demikian, pihak ECB kekal fleksibel, dan mungkin akan mengubah kadar kelajuan pembelian pada awal tahun hadapan jika perlu.

Lagi



September 4, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 September, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 September, 2021EUR/USD: Penyusutan Nilai Dolar dan Peningkatan Selera Risiko

Pendapat majoriti tidak selalunya betul. Justeru, hanya 30% daripada penganalisis bersetuju dengan pertumbuhan EUR/USD ke paras 1.1900 pada minggu lalu. Namun unjuran mereka adalah yang terbukti tepat. Setelah data pasaran buruh di AS dikeluarkan pada hari Jumaat, 3 September, kedudukan pasangan ini naik ke paras 1.1908, dan mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.1880. Penyusutan nilai mata wang AS terus berlaku setelah ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell mengeluarkan kenyataan yang bersifat dovish semasa persidangan di Jackson Hole dan juga ketaktentuan yang menyelubungi tentang bilakah pengurangan program rangsangan fiskal (QE) akan dimulakan.

Lagi



Ogos 29, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Ogos - 27 September, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Ogos -  27 September, 2021 EUR/USD: Tiga yang Mendesak dan Seorang yang Memahami di Jackson Hole

Kembalinya pasangan EUR/USD ke paras antara 1.1700-1.1900 telah diramal oleh 35% penganalisis dan turut mendapat sokongan 25% pengayun yang menunjukkan ia memiliki lebihan jualan. Setelah memperbaharui paras terendah tahun ini di paras 1.1665 pada 20 Ogos, pasangan tersebut mengalami pembetulan, mencecah kedudukan 1.1775 pada hari Khamis.

Lagi



Ogos 21, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Ogos, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Ogos, 2021strong>EUR/USD: Rizab Persekutuan Idamkan Dolar yang Kukuh, ECB Mahu Euro yang Lemah

Ulasan sebelum ini ada menyebut tentang minit mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan yang dikeluarkan pada hari Rabu, 18 Ogos sebagai dokumen paling penting untuk minggu lalu. Dokumen ini seharusnya menjelaskan tentang situasi berkenaan waktu program rangsangan kewangan (QE) akan ditamatkan. Sudah pasti, tiada penerangan 100% yang jelas. Beberapa orang eksekutif Rizab Persekutuan masih lagi percaya bahawa terdapat keperluan untuk mula menghentikan program rangsangan tersebut seawal musim bunga 2022. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan berbeza yang mengatakan penamatan QE seharusnya berlaku sebelum berakhirnya tahun ini. Pendapat seperti inilah yang menyebabkan pengurangan selera risiko para pelabur serta pengukuhan nilai dolar yang lebih tinggi.

Lagi



Ogos 15, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 Ogos, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 Ogos, 2021EUR / USD: Fokus pada kadar Inflasi

Ramalan yang dibuat pada minggu lalu adalah 100% tepat. Jika diingat 70% daripada penganalisis berpendapat pasangan EUR/USD akan menguji paras terendah bulan Mac iaitu 1.1700 sekali lagi. Kedudukannya turun ke paras 1.1705 seawal hari Rabu. Walau bagaimanapun, pendorong kepada pengukuhan lebih tinggi nilai matawang AS tidak begitu kelihatan, dan pasangan ini bergerak ke arah bertentangan, ke atas, pada separuh kedua minggu.

Lagi



Ogos 7, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 Ogos, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 Ogos, 2021EUR / USD: Semua Berkisar Tentang Pasaran Buruh

Pasangan EUR/USD sekali lagi menunjukkan gelombang sinus pada carta: penurunan yang berlaku pada minggu pertama bulan Ogos sama jumlahnya dengan pertumbuhan yang dialaminya pada minggu terakhir bulan Julai.

Lagi



Julai 17, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 Julai, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 Julai, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Semakin banyak data makroekonomi diperoleh pada minggu lalu, ini menandakan ekonomi di AS serta pasaran buruhnya kian pulih. Kadar inflasi yang dikeluarkan pada hari Selasa, 13 Julai juga melebihi nilai unjuran. Indeks harga pengguna naik 0.9% untuk bulan Jun, dan pada asasnya nilai tahunannya adalah sebanyak 5.4%, pertumbuhan kadar tertinggi sejak 2008. Indeks utama yang mengecualikan harga makanan dan tenaga telah menunjukkan kadar pertumbuhan tertinggi sejak 1991, pada kadar 4.5% untuk tahun ke tahun.

Lagi



Julai 10, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 Julai, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 Julai, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang diramal oleh majoriti penganalisis (65%), nilai dolar terus menyusut pada awal minggu, dan kedudukan pasangan EUR/USD bertambah. Data pasaran buruh AS yang dikeluarkan pada 2 Julai agak mengecewakan dan memberi kesan kepada dolar. Menurut unjuran, kadar pengangguran seharusnya turun daripada 5.8% kepada 5.7%, namun sebaliknya pula yang berlaku, meningkat kepada 5.9%.

Lagi



Julai 3, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 5 - 9 Julai, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 5 - 9 Julai, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Membuat ramalan pada minggu lalu, majoriti penganalisis (60%), disokong oleh 85% pengayun serta indikator trend memilih pengukuhan dolar serta penyusutan pasangan EUR/USD ke paras terendah pada 18 Jun lalu iaitu 1.1845. Ternyata ramalan itu tepat, dan pasangan tersebut mencapai matlamatnya seawal hari Rabu, 30 Jun. Namun pergerakan dolar tidak terhenti di situ dan indeks DXY memperbaharui paras tertingginya selama tiga bulan pada hari Jumaat, 2 Julai, mencecah 92. 699.

Lagi



Jun 27, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Jun - 2 Julai, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Jun - 2 Julai, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Data pasaran buruh dan juga ekonomi di AS yang dikeluarkan pada minggu lalu tidak banyak memberi kesan positif. Pertumbuhan kadar KDNK bagi Q1 (6.4%) menunjukkan kebetulan dengan data yang diunjur, kedua-duanya tidaklah begitu baik mahupun teruk berbanding dengan apa yang pasaran jangkakan. Kemudian terdapat banyak perkara yang mengecewakan. Tuntutan awal bagi pengangguran adalah 411K berbanding 380K yang diramal. Peningkatan pesanan barangan tahan lama untuk bulan Mei adalah lebih rendah iaitu 2.3% berbanding 2.7% yang diunjur. Pesanan barangan modal turun ke zon negatif, negatif 0.1%. Semua ini adalah berdasarkan data pertumbuhan perniagaan Markit di Jerman (60.4 bagi Jun berbanding 56.2 bagi Jun) serta di Eurozone secara keseluruhannya (59.2 vs. 57.1).

Lagi



Jun 19, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21 - 25 Jun, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21 - 25 Jun, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada hari Rabu, 16 Jun menjadi tajuk utama untuk minggu lalu. Tiada keputusan khusus yang penting diambil pada hari itu: kadar faedah tidak berubah pada kadar 0.25%. Pihak Rizab Persekutuan juga akan terus mencetak wang dan membeli semula aset dengan jumlah sama seperti sebelum ini sebanyak $120 bilion. Namun, seperti yang dijangka, hasil daripada mesyuarat tersebut, satu pelan hala tuju para penggubal dasar telah dilancarkan, ia menyebabkan penantian bull terhadap dolar seperti yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.

Lagi



Jun 12, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 - 18 Jun, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 - 18 Jun, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Hari penting untuk minggu lalu adalah hari Khamis, 10 Jun. Dua peristiwa telah berlaku pada hari tersebut: berlangsungnya mesyuarat European Central Bank serta pengeluaran data pasaran pengguna di AS. Mari bincangkan tentang kedua-duanya dengan teratur.

Lagi



Jun 5, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 Jun, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 Jun, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Apabila memberikan ramalan mereka pada minggu lalu, 50% daripada penganalisis menjangkakan pengukuhan nilai dolar serta penyusutan kadar pasangan EUR/USD ke sekitar 1.2000, 30% pula memilih pergerakan mendatar terus berlaku di saluran 1.2125-1.2265, manakala baki 20% lagi menyokong sempadan atas saluran tersebut berjaya ditembusi.

Lagi



Mei 29, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 31 Mei - 04 Jun, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 31 Mei - 04 Jun, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika anda lihat carta pasangan ini pada D1, selamat untuk mengatakan trend ke atas yang berlaku sejak lapan minggu lalu. Namun jika anda beralih ke jangka masa yang lebih kecil, H4 atau H1, jelas menunjukkan pergerakan yang “mendatar” telah dilaluinya sejak dua minggu lalu, terhimpit pada julat antara 1.2125-1.2265. Kedudukan terakhir setelah lima hari berlalu juga berada di sekitar Pivot Point saluran berkenaan, pada paras 1.2194, tanpa memberi sebarang gambaran untuk minggu hadapan.

Lagi



Mei 22, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Mei, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Mei, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. “Sesetengah ahli jawatankuasa menganggap wajar untuk mula membincangkan topik pengurangan jumlah rangsangan kewangan jika ekonomi AS berada di landasan yang betul mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak Rizab Persekutuan,” perkara yang ditunjukkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dikeluarkan pada hari Rabu, 19 Mei. Kata-kata itu samar-samar dan tidak jelas. Namun disebabkan perkara inilah bear cuba untuk mengukuhkan nilai dolar dan menurunkan pasangan EUR/USD ke bawah. Hasilnya, setelah melantun ke paras tertinggi mingguan sejak lapan minggu lalu di kedudukan 1.2245, pasangan ini kehilangan 85 mata - ke paras sokongan 1.2160.

Lagi



Mei 16, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang dijangka oleh kebanyakan penganalisis (60%), permulaan minggu memberi kelebihan kepada dolar, nilainya mengalami pengukuhan dan menurunkan pasangan EUR/USD ke paras sokongan 1.2050. Laporan kadar inflasi di AS yang dikeluarkan pada hari Rabu, 12 Mei menunjukkan kenaikan yang memberangsangkan untuk bulan April serta memberi tekanan hebat kepada pasaran saham. Indeks harga pengguna naik 0.8%, perolehan bulanan terbaik sejak 2009. Dari segi tahunan, kadar inflasinya naik sebanyak 4.2% berbanding 2.6% antara bulan Mac 2020 sehingga Mac 2021 serta menunjukkan pecutan paling pantas sejak 2008.

Lagi



Mei 9, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Mei, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Mei, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Sudah banyak dan sering kali diperkatakan mengenai betapa cepat ekonomi di AS pulih dan keadaan yang bertambah baik. Namun ketua Rizab Persekutuan, Jerome Powell memberi amaran pada minggu lalu bahawa segalanya masih agak rapuh, dan lonjakan kadar inflasi hanyalah faktor sementara. Nampaknya beliau sedar akan perkara tersebut pada waktu itu, dan kini semua orang turut mengetahuinya: segalanya tidaklah seindah seperti yang digambarkan.

Lagi



Mei 1, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 - 07 Mei, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 - 07 Mei, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Tiga perkara telah menjadi penanda bagi minggu terakhir bulan April: mesyuarat Rizab Persekutuan, serta pengeluaran data KDNK di AS dan juga di Eurozone.

Lagi



April 24, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26 - 30 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26 - 30 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ekonomi di AS menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan. Sebaliknya, Eropah kini berada di bawah sekatan pergerakan yang dijalankan secara meluas, dan nampaknya sedang mengalami kemerosotan ekonomi kali kedua. Kelompok yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin COVID-19 di EU adalah sebanyak 25.1%, manakala di Amerika syarikat pula jumlahnya adalah 2.5 kali ganda daripada itu, iaitu 63.2%. Bolehkah euro mengalami pertumbuhan dalam situasi seperti ini? Hanya 25% penganalisis memberi jawapan positif terhadap persoalan itu pada minggu lalu, dan jangkaan mereka adalah tepat: pasangan EUR/USD mencecah paras 1.2080 pada hari Selasa, 20 April.

Lagi



April 17, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Minggu lalu adalah mercu kepada dua peristiwa ekonomi yang penting: statistik makro yang memberangsangkan dari AS serta pengurangan hasil bon 10 tahun kerajaan AS.

Lagi



April 10, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ekonomi A.S. terus pulih dengan aktif. Indeks S&P500 mencatatkan kadar rekod tertinggi yang baru, nilai bon Perbendaharaan Amerika terus bertambah, dan disebabkan itu, jumlah hasilnya berkurangan. Nilai dolar juga turut sama menyusut.

Lagi



Back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... 15 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami