April 17, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Minggu lalu adalah mercu kepada dua peristiwa ekonomi yang penting: statistik makro yang memberangsangkan dari AS serta pengurangan hasil bon 10 tahun kerajaan AS.

Lagi



April 10, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ekonomi A.S. terus pulih dengan aktif. Indeks S&P500 mencatatkan kadar rekod tertinggi yang baru, nilai bon Perbendaharaan Amerika terus bertambah, dan disebabkan itu, jumlah hasilnya berkurangan. Nilai dolar juga turut sama menyusut.

Lagi



April 3, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  05 - 09 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ekonomi di A.S. terus pulih dengan pesat. Buktinya adalah data yang mengagumkan daripada pasaran buruh. Bilangan pekerjaan baru yang terhasil bukan dalam sektor agrikultur (NFP) hampir berjumlah dua kali ganda berbanding pada tempoh sama sebelumnya (naik daripada 468K kepada 916K) dan ia melebihi hampir satu pertiga (647K) daripada jumlah yang diramalkan. Kadar PMI Pembuatan ISM meningkat daripada 60.8 kepada 64.7. Menurut laporan ADP, kadar pekerjaan dalam sektor swasta telah meningkat daripada 176K kepada 517K. Semua ini bermaksud rangsangan fiskal ekonomi serta suntikan wang ke dalam pasaran membuahkan hasil. Namun adakah ia sesuatu yang baik untuk dolar?

Lagi



Mac 28, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Mac - 2 April, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Mac - 2 April, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Status matawang dolar telah berubah secara berkala sejak bermulanya pandemik COVID-19, sama ada menjadi matawang selamat ataupun aset berisiko buat para pelabur. Sebagai contoh, nilai matawang AS turun walaupun kadar pasaran saham bertambah antara bulan November-Disember 2020. Sejak bulan Januari, nilai dolar mula naik bersama-sama dengan kadar S&P500. Indeks tersebut kini berada pada kadar tertinggi dalam sejarahnya: 3.795. Kadar indeks dolar DXY juga berada di sekitar paras tertinggi tahunannya: 92.72.

Lagi



Mac 20, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 Mac, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 Mac, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Sudah semakin jelas bahawa pihak Rizab Persekutuan AS tidak berniat untuk menaikkan kadar faedah mereka sekurang-kurangnya sehingga 2023 berdasarkan hasil mesyuarat Open Market Committee (FOMC). Rizab Persekutuan juga tidak akan mengubah lain-lain parameter dalam program pelonggaran kuantitatif (QE) mereka, selagi kadar inflasi di Amerika Syarikat terus naik, sektor pembuatan akan kembali pulih, dan dalam masa yang sama turut memulihkan sektor perkhidmatan. Menurut pihak Rizab Persekutuan, rang undang-undang pakej bantuan baru bernilai $1.9 trilion yang ditandatangani Presiden AS Joe Biden adalah suatu langkah rangsangan ekonomi yang mencukupi buat masa ini.

Lagi



Mac 13, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 18 Mac, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 18 Mac, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika diingat ucapan oleh ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell pada 4 Februari lalu secara harfiahnya telah meruntuhkan pasaran saham Amerika. Powell terus bersikap acuh tak acuh dengan lonjakan hasil bon Perbendaharaan AS yang mencatatkan jumlah tahunan tertinggi. Dalam masa yang sama, beliau membayangkan mungkin belum tiba masanya polisi kewangan mereka akan diketatkan.

Lagi



Mac 6, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 Mac, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 Mac, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pepatah ada mengatakan, “lain orang lain caranya”. Jika Donald Trump memegang jawatan Presiden AS yang dimiliki Joe Biden sekarang, beliau mungkin akan menyelar tindakan ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell sebagai “khianat” kerana ucapan yang disampaikannya pada hari Khamis, 4 Februari lalu secara tidak langsung telah menjatuhkan pasaran saham di Amerika. Powell terus tidak mempedulikan tentang lonjakan hasil bon Perbendaharaan AS yang memperoleh hasil tahunan tertinggi. Dalam masa yang sama, beliau memberi bayangan tentang pengetatan pramatang yang mungkin akan dikenakan ke atas polisi kewangan mereka.

Lagi



Februari 27, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Mac, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Mac, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti dijangka, ucapan oleh ketua Rizab Persekutuan ternyata agak menarik. Jerome Powell membentangkan laporan setengah tahun polisi kewangan mereka kepada Kongres, dan apa yang beliau bentangkan itu agak membimbangkan jika dilihat pada sudut pemulihan ekonomi AS. Lonjakan dalam aktiviti ekonomi berlaku pada musim panas 2020 dan kemudian diikuti pula dengan kelembapan pertumbuhan nilai. Penurunan kadar pengangguran mula terhenti, manakala perbelanjaan isi rumah juga tidak bertambah.

Lagi



Februari 20, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 Februari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 Februari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kenaikan mendadak hasil bon di AS dan Eropah bukan saja memberi kesan terhadap pasaran saham, malah juga “carry trade”, menyediakan bantuan kepada matawang pembiayaan, terutama sekali euro dan juga dolar AS. Jika diingat matawang pembiayaan kebiasaannya adalah matawang dengan kadar faedah yang rendah. Dengan menggunakan strategi carry trade, para pedagang membuat pinjaman dan kemudian meletakkannya sebagai deposit dalam matawang yang lain, seperti matawang negara-negara maju yang memiliki kadar lebih tinggi. Penurunan sentimen risiko yang berlaku sekarang telah menamatkan urusan perniagaan seperti itu, serta pengukuhan nilai EUR dan USD. Nampaknya, ia menjelaskan penyatuan yang berlaku kepada pasangan ini. Jika kelebihan berpihak kepada dolar pada awal minggu, para pelabur mula membeli euro dengan nilai yang lebih rendah pada hari Rabu, 17 Februari. Akhirnya, setelah memulakan dagangan pada paras 1.2120, pasangan EUR/USD menamatkan minggu juga hampir pada paras itu, di kedudukan 1.2115;

Lagi



Februari 13, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 Februari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 Februari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Menjadi kebiasaan ramalan bulanan lebih cepat menjadi kenyataan berbanding ramalan mingguan. Itulah juga yang berlaku pada kali ini. Jika diingat hanya 30% daripada penganalisis yang menjangkakan pertumbuhan pasangan EUR/USD mengikut perspektif mingguan. Beralih pada ramalan bulanan, mereka yang bersetuju sudah pun menjadi majoriti, 60%.

Lagi



Februari 6, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 Februari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 Februari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai dolar mengalami pertumbuhan sepanjang minggu, dipenuhi sikap optimis mengenai ekonomi AS yang pasti pulih. Jangkitan coronavirus turun dengan mendadak: dalam tempoh tiga minggu sejak jumlah jangkitan tertingginya, purata bergerak selama tujuh hari turun hampir 50%. Kejayaan program vaksinasi, berserta dengan pakej bantuan ekonomi yang baru membolehkan ekonomi di negara itu berkembang pesat.

Lagi



Januari 30, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Februari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Februari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Perang dagangan yang dimulakan oleh Presiden Trump sebelum ini nampaknya mula reda, namun sekarang bolehlah kita mengucapkan “tahniah” kepada semua orang untuk permulaan perang yang baru - perang matawang. Hal ini boleh menjadi sesuatu yang menarik dan juga tidak menentu. Kali ini, ia disebabkan oleh European Central Bank, diketuai oleh Christine Lagarde yang mengisytiharkan permusuhan. Lawannya, Seperti yang anda jangkakan, adalah Sistem Rizab Persekutuan AS.

Lagi



Januari 23, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Januari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Januari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kami telah tunjukkan dengan jelas pada minggu lalu carta korelasi antara indeks S&P500 dan EUR/USD yang sudahpun berakhir sejak awal Januari lalu. Namun kini segalanya sudah kembali normal: indeks S&P500 terus mengalami pertumbuhan, mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu 3859.84 pada 21 Januari, dan pasangan EUR/USD turut naik, mengiakan ramalan yang dibuat majoriti penganalisis (65%). Mencecah paras terendah 1.2053 pada hari Isnin, matawang euro kemudiannya naik ke paras 1.2190, dan paras terakhirnya sedikit rendah, iaitu pada kedudukan 1.2170.

Lagi



Januari 16, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Januari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Januari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Menyampaikan ramalan untuk minggu lalu, majoriti penganalisis (60%) lebih memihak kepada penurunan pasangan ini ke paras sokongan 1.2100 pada awalnya, dan kemudian mungkin berada 50 mata lebih rendah. Hampir semua yang diramalkan berlaku: pasangan EUR/USD berada pada paras 1.2075 semasa berakhirnya minggu dagangan.

Lagi



Januari 9, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Januari, 2021

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Januari, 2021Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai dolar susut nilainya, manakala pasangan EUR/USD pula mengalami pertumbuhan sejak bermulanya wabak COVID-19 pada Mac lalu. Kini nilainya tidak lagi jauh daripada paras tertinggi yang dicapai pada Q1 2018. Memang benar, hasil yang ditunjukkan sejak tiga minggu lalu boleh dianggap sifar. Bukan cuti Krismas dan Tahun Baru saja yang harus dipersalahkan, malah pertumbuhan hasil bon Perbendaharaan AS dan kenyataan bersifat hawkish yang dibuat oleh wakil Rizab Persekutuan juga perlu bertanggungjawab.

Lagi



Januari 3, 2021

Ramalan 2021: Jangkaan Terhadap Matawang Euro dan Dolar

Ramalan 2021: Jangkaan Terhadap Matawang Euro dan DolarJika seseorang bertanyakan pasangan matawang manakah yang paling penting dan paling cair di pasaran Forex, dengan serta-merta jawapan boleh diperoleh. Pedagang baru juga pasti akan mengatakan: “Sudah tentulah EUR/USD”. Tiada apa yang boleh menyangkal jawapan tersebut: jumlah dagangan pasangan ini mencecah $1.1 trilion setiap hari. Kedua-dua matawang itu mewakili dua ekonomi terkuat di dunia, dan dolar AS adalah rizab matawang pertama paling penting. Kebanyakan bank-bank pusat terus menyimpan sejumlah besar rizab matawang asing dan juga emas mereka (melebihi 60%) dalam dolar AS. Matawang euro berada di tempat kedua dengan 22%.

Lagi



Disember 27, 2020

Ramalan 2021: Adakah Berbaloi Untuk Melabur Dalam Bitcoin?

Ramalan 2021: Adakah Berbaloi Untuk Melabur Dalam Bitcoin?Adakah bitcoin akan menjadi “emas kurun ke-21” atau gelembung nilainya akan pecah tidak lama lagi? Telah banyak kali kami bincangkan tentang kelebihan serta kelemahan bitcoin sepanjang tahun ini, serta menyediakan analisis kepada punca peningkatan dan juga penurunannya. Justeru, kami telah mengambil keputusan untuk hanya memetik pendapat para penganalisis mengenai prospek matawang kripto utama itu dalam ulasan kali ini.

Anda boleh memilih untuk bersabar dan melabur dalam bitcoin bagi keuntungan jangka panjang. Sebaliknya, anda juga boleh untuk tidak mahu mengambil sebarang risiko dan lebih suka untuk tidak terus membaca artikel ini. Secara umum, keputusan untuk membeli, menjual bitcoin atau tidak berbuat apa-apa sentiasa berada di tangan anda.

Lagi



Disember 19, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21 - 25 Disember, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21 - 25 Disember, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Menurut Bank of America Merrill Lynch, strategi paling popular yang ada di pasaran kini selepas “beli saham” adalah “jual dolar”. Spekulasi posisi short untuk matawang ini mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun. Indeks USD (DXY) telah turun di bawah paras 90, dan kedudukannya berada pada paras 102.82 pada 15 Mac, 2020. Bagi penyusutan nilai dolar baru-baru ini, ia berlaku akibat daripada perbincangan Kongres AS berkenaan pakej rangsangan fiskal tambahan. Lagipun, setiap dolar yang masuk ke dalam ekonomi negara tersebut akan menjurus kepada penurunan kuasa membeli.

Lagi



Disember 12, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 - 18 Disember, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 - 18 Disember, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang dijangka, Bank Pusat Kesatuan Eropah mengekalkan kadar faedah mereka pada paras 0%. Matawang euro berpeluang untuk berada lebih rendah berbanding dengan dolar. Namun, mereka seperti membiarkan saja peluang itu berlalu pergi disebabkan oleh keputusan ECB untuk menambah lagi jumlah Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) sebanyak €500 bilion dan juga komen yang dibuat oleh ketua bank tersebut iaitu Christine Lagarde. Sejujurnya, tiada apa yang mengejutkan daripada keputusan itu, kami telah ramalkannya pada minggu lalu. Tambahan pula, jumlah itu berada di tengah-tengah nilai yang diramal oleh peserta pasaran iaitu di antara €400-600 bilion. Namun disebabkan oleh ramalan yang tepat itulah pasangan EUR/USD ini dihalang daripada bergerak ke bawah.

Lagi



Disember 5, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 Disember, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 Disember, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai dolar terus terus, manakala nilai dolar terus meningkat. Pasangan ini telah bergerak dari paras 1.1600 ke paras 1.2175 sejak awal November. Punca utama penyusutan matawang AS itu adalah berpunca daripada pertambahan selera risiko global. Memandangkan terdapat berita positif berkenaan vaksin menentang coronavirus, pasaran percaya ekonomi global pasti akan pulih. Tambahan pula, bukan hanya ekonomi di AS, malah ekonomi di lain-lain negara, termasuklah negara membangun. Situasi yang berlaku di Amerika Syarikat sendiri tidak begitu memberangsangkan: indikator utama, termasuklah indikator aktiviti perniagaan serta kadar pekerjaan mengikut populasi bertukar menjadi merah pada minggu lalu. Cukup dengan mengatakan jumlah pekerjaan baru yang terhasil di luar sektor agrikultur (NFP) jatuh daripada 610K pada bulan Oktober kepada 245K pada bulan November, semua berpunca daripada langkah-langkah kuarantin yang baru.

Lagi



November 28, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 November - 04 Disember, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 November - 04 Disember, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Membuat ramalan untuk minggu lepas, kebanyakan penganalisis (65%) memihak kepada matawang Eropah. Analisis grafik, 90% indikator trend dan 75% pengayun pada D1 juga menyebelahi bull. Ternyata ramalan ini hampir-hampir tepat. “Hampir”, kerana apa yang dijangka adalah, selepas melepasi rintangan pada 1.1900, pasangan EUR/USD akan mencecah zon 1.2000-1.2100. Walau bagaimanapun, ia hanya berjaya untuk berada di ketinggian 1.1960 pada penghujung minggu. Mungkin ia berpunca daripada hujung minggu di Amerika Syarikat - Hari Kesyukuran pada Khamis, 26 November dan juga Black Friday pada 27 November.

Lagi



November 21, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 November, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 November, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Minggu lalu, sekali lagi kami tekankan berkenaan ketaktentuan yang menyelubungi pasaran apabila para pelabur hanya berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan, semuanya kerana mereka tidak mampu untuk menjangka apakah yang bakal berlaku selepas ini. Ramalan yang dibuat pula adalah mengikut keadaan tersebut: 50% daripada penganalisis berpihak kepada bull, 40% lagi menyokong bear, dan baki 10% mengambil posisi neutral. Ternyata ia memberi gambaran yang paling tepat: pasangan ini bergerak pada julat yang sangat sempit di antara 1.1815-1.1890 sepanjang minggu dan mengakhiri tempoh dagangan selama lima hari di bahagian tengah, pada kedudukan 1.1858.

Lagi



November 14, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 November, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 November, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Minggu lalu, kami mula nyatakan tentang ketaktentuan sepenuhnya yang berlaku di pasaran, dan pelabur tidak membuat sebarang percaturan akibat tidak pasti dengan apa yang akan menanti mereka pada masa hadapan. Ya, Joe Biden telah memenangi pilihan raya presiden. Kemenangan yang belum pasti. Pasukan Donald Trump sudah pun mengumpulkan banyak fakta berkenaan pencabulan serta pemalsuan yang berlaku semasa undian dijalankan dan kini bersedia untuk mencabar keputusan pilihan raya itu di mahkamah. Buat masa ini, sebilangan daripada badan-badan negara, termasuklah Jabatan Pengarah Risikan Negara (Office of the Director of National Intelligence atau ODNI), enggan memberi sokongan terhadap peralihan kuasa presiden. Agihan bilangan kerusi di dewan Senat AS juga belum selesai, dan polisi utama negara tersebut, termasuk langkah-langkah fiskal serta program bagi menyokong ekonomi mereka amat bergantung kepadanya.

Lagi



November 7, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 November, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 November, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang dijangka dalam ramalan sebelum ini, disebabkan oleh kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden A.S., pertumbuhan kadar saham di A.S serta perkembangan terkini mengenai COVID-19, matawang euro dan lain-lain matawang yang bersaing dengan dolar dengan mudah mendapatkan semula kedudukan mereka yang hilang sebelum ini.

Lagi



Oktober 31, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 November, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 November, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nampaknya pasaran sudah mengambil keputusan untuk tidak lagi hanya tertumpu kepada pilihan raya presiden AS. Para pelabur kini lebih bimbang mengenai perkara yang bakal berlaku apabila gelombang kedua wabak COVID-19 melanda di Amerika dan juga Eropah, serta langkah-langkah yang akan diambil oleh para pemimpin di kedua-dua sisi benua Lautan Atlantik itu.

Lagi



Oktober 24, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26 - 30 Oktober, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26 - 30 Oktober, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR / USD. 40% penganalisis mengunjurkan pertumbuhan pasangan ini ke zon 1.1900 dan ternyata telaan itu benar: paras tertinggi mingguan dicatatkan pada 1.1880, dan kedudukan terakhir selepas lima hari adalah pada paras 1.1860.

Statistik makro yang kukuh dari Amerika Syarikat, serta peningkatan jumlah kes COVID-19 yang direkodkan di Eropah telah mengubah arah pergerakan trend ke bawah pada 21 Oktober. Namun, sebahagian negara-negara di Eropah bersama-sama dengan Jerman menunjukkan peningkatan dalam aktiviti perniagaan. Hal ini akan mengurangkan lagi peluang program pelonggaran kuantitatif (QE) untuk dimulakan dan nilai bon yang terus meningkat telah membolehkan pasangan ini kembali ke paras tertinggi mingguannya;

Lagi



Oktober 17, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 Oktober, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 Oktober, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kini pasaran dikuasai oleh dua faktor utama: gelombang kedua wabak COVID-19 serta pilihan raya presiden di Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada 3 November nanti.

Pertambahan hampir 900,000 permohonan bagi faedah pengangguran menunjukkan bahawa pasaran buruh serta ekonomi di A.S. memerlukan pakej rangsangan. Walaupun perjanjian terhadap pelan tindakan itu tidak akan dimeterai antara parti Demokrat serta Republikan sebelum pilihan raya dijalankan seperti yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS Stephen Mnuchin, statistik dengan nilai negatif telah merosakkan selera risiko pasaran dan menolak indeks saham seperti S&P500 ke bawah. Perkara ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada matawang AS: pada hari Khamis, nilai dolar bertambah sebanyak 135 mata, manakala kedudukan pasangan EUR/USD turun ke paras terendah mingguan pada 1.1685. Ia diikuti dengan perubahan arah ke bawah, dan pasangan EUR/USD mengakhiri lima hari dagangan dengan berada pada paras 1.1715;

Lagi



Oktober 10, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 Oktober, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 Oktober, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Berulang kali telah kami sebutkan mengenai kebimbangan pihak ECB mengenai ancaman terhadap pemulihan ekonomi di Eurozone yang akan timbul jika nilai euro semakin kukuh. Walau bagaimanapun, tiada siapa antara ketua ECB iaitu Christine Lagarde atau rakan sejawat beliau yang mahu mulakan perang matawang dengan pihak Rizab Persekutuan AS. Oleh yang demikian, mereka cuba untuk mengubah keadaan di pasaran dengan perkataan, dan bukannya dengan tindakan.

Lagi



Oktober 3, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 Oktober, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 Oktober, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Persoalan yang cuba kami rungkaikan pada minggu lalu adalah sama ada pasangan ini akan terus mengalami penurunan atau kembali ke saluran antara 1.1700-1.2010 sekali lagi. Para penganalisis juga tidak dapat memberikan jawapan. Pendapat mereka adalah seperti berikut: 30% memilih penurunan, 30% lagi memilih pertumbuhan, dan baki 40% mengambil posisi neutral. Apa yang berlaku adalah, pasangan ini jelas sekali tidak terus mengalami penurunan, dan ia juga sukar untuk memanggil pergerakan tersebut sebagai kembali ke saluran asal: setelah mencecah paras 1.1700 iaitu kedudukan tertinggi mingguan pada hari Khamis, 1 Oktober, arah pergerakan pasangan ini berubah dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.1715.

Lagi



September 26, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 September - 02 Oktober, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 September - 02 Oktober, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Majoriti penganalisis (75%) mengunjurkan proses pembetulan ke arah bawah dan ia disokong oleh pengayun yang menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan belian. Hujah mereka ialah pasangan ini mengakhiri minggu sebelumnya dekat dengan zon rintangan yang kuat iaitu 1.1900 pada hari Jumaat, 18 September. Senario di atas ternyata 100% tepat, pasangan EUR/USD bergerak ke bawah pada minggu lalu dan akhirnya menembusi paras sokongan jangka sederhana pada paras 1.1700, mencecah kedudukan terendah mingguannya pada 1.1610.

Lagi



Back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... 16 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami