September 5, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 September, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 - 11 September, 2020 Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kenyataan yang dibuat ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell semasa berlangsungnya simposium di Jackson Hole masih menjadi isu yang hangat diperkatakan dikalangan pelabur dan penganalisis. Keputusan drastik yang diambil pihak Rizab ke atas polisi kewangan mereka telah bermula sejak 2012 lagi, apabila mereka mengumumkan rancangan untuk mensasarkan “kadar purata inflasi sebanyak 2%”. Ini bermakna para penggubal dasar tidak akan mengetatkan polisi kewangan sedia ada walaupun kadar inflasi pada ketika itu melebihi dua peratus.

Lagi



Ogos 29, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 31 Ogos - 04 September, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 31 Ogos - 04 September, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. 60% daripada penganalisis sekali lagi cuba memberi keutamaan kepada dolar pada minggu lepas, dengan harapan pasangan EUR/USD masih akan berada di atas paras sokongan 1.1700. Baki 40% pula berpendapat ia akan kekal pada saluran sisi di antara 1.1700-1.1910, dan itulah yang telah berlaku. Selain daripada itu, paras terakhirnya berada hampir dengan sempadan atas koridor tersebut.

Lagi



Ogos 22, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Ogos, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Ogos, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Telah kami tekankan pada minggu sebelum ini mengenai pergerakan sama ada ke atas mahupun ke bawah pada saluran 1.1700-1.1910 sajalah yang mampu memberi gambaran jelas ke atas trend dominan dalam keadaan aktiviti yang semakin reda sekarang. Pasangan ini telah bergerak di dalam julat ini selama empat minggu. Namun gangguan tidak pernah berlaku: lagipun sekarang kita berada dalam bulan Ogos, belum tiba musim cuti dan tiada sebarang kejutan yang mampu untuk mengganggu pasaran. Situasi menunjukkan para pelabur bersedia untuk membeli semula pinjaman walaupun ianya kecil atau menutup posisi dengan keuntungan sederhana. Akibatnya, bull gagal untuk melepasi paras 1.1965, dan pasangan ini kembali ke garisan tepi di antara 1.1700-1.1910, mengakhiri minggu tidak jauh dari garis tengah dengan berada di zon 1.1795;

Lagi



Ogos 15, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Ogos, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Ogos, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Memetik data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, para optimis menyatakan kadar pemulihan ekonomi di AS sedang mendapat momentum. Pasaran buruh yang dilanda wabak kini mula pulih dan mungkin sudah melepasi peringkat paling teruk dalam krisis. Kadar pengangguran turun kepada 10.2% pada bulan Julai (berbanding 15% iaitu kadar tertingginya pada April). 1.8 juta orang kembali bekerja pada bulan Julai, trend yang dilihat berterusan untuk tiga bulan berturut-turut.

Lagi



Ogos 8, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Ogos, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Ogos, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai dolar terus menyusut untuk enam minggu berturut-turut. Indeks USD (DXY) jatuh ke paras paling minimum sejak Mei 2018. Secara keseluruhan, ia kehilangan sekurang-kurangnya 10% daripada nilai yang dimiliki sejak lima bulan lalu. Nampaknya, penurunan itu seperti tiada penghujungnya: pasangan EUR/USD kini bergerak di sepanjang koridor sisi antara 1.1700-1.1910 selama dua minggu berturut-turut. Cubaan untuk melepasi paras sempadan atas pada 5 dan 6 Ogos berakhir dengan kegagalan, dan pasangan tersebut menyelesaikan tempoh lima hari dagangan pada hari Jumaat 7 Ogos dengan berada di kedudukan 1.1785.

Lagi



Ogos 1, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 - 07 Ogos, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 - 07 Ogos, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ekonomi di AS kini bukan saja meleset. Ia sedang meluncur jatuh dengan cepat. Penurunan KDNK AS bagi suku kedua adalah yang terbesar pernah direkodkan - negatif 32.9%. Punca penurunannya bukan rahsia lagi - ia disebabkan oleh langkah-langkah kuarantin akibat wabak coronavirus. Harapan pihak berkuasa adalah untuk menghalang COVID-19 daripada tersebar tanpa perlu membantutkan ekonominya. Sesetengah negeri telah berjaya mengetatkan kuarantin tanpa mengehadkan aktiviti ekonomi dan seterusnya mengurangkan bilangan jangkitan.

Lagi



Julai 25, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 - 31 Julai, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 - 31 Julai, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Tiada berita baik yang boleh ditawarkan AS terhadap pasaran. Ketegangan antara Beijing dan Washington yang berpanjangan, lonjakan tuntutan manfaat pengangguran, serta penularan wabak COVID-19 telah membuatkan para pelabur bimbang, menimbulkan keraguan mengenai pemulihan ekonomi di Amerika yang akan berlaku. Indeks Nasdaq dan S&P500 mengalami kerugian pada penghujung minggu. Namun, penurunan tersebut masih tidak terlalu besar untuk mengembalikan minat para pelabur terhadap dolar - indeks USD (DXY) terus mengalami penurunan dan kini sudahpun mencecah paras 94.4, lebih rendah berbanding paras terendah yang dicatatkan pada 9 Mac, 2020.

Lagi



Julai 18, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 Julai, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 Julai, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Hubungan antara Beijing dan Washington terus tegang, manakala serangan coronavirus menambah lagi kesukaran. 1.3 juta orang sudah memohon manfaat pengangguran utama di Amerika Syarikat pada minggu lalu. Bagi lebih daripada 17.3 juta penduduk, ini bukanlah kali pertama mereka menerimanya, dan jumlahnya adalah 10 kali lebih banyak berbanding sebelum berlakunya krisis. Namun dalam masa yang sama, selera risiko para pelabur masih lagi ada, pasaran saham terus berkembang. Indeks S&P500 telah mengalami kenaikan sejak 23 Mac dan kini sudahpun hampir dengan paras tertinggi yang dicapai pada bulan Februari. Nasdaq 100 pula telah memecahkan kesemua rekod, kini kedudukannya berada di atas paras 10,650.

Lagi



Julai 11, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 Julai, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 Julai, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai dolar mula menyusut, pasangan ini bergerak di atas garis Pivot Point iaitu 1.1240 pada minggu lalu, tetapi ia masih berada di saluran antara 1.1170-1.1350 selama lima minggu. Seperti yang 25% penganalisis jangkakan, bull cuba sekali lagi untuk berada pada ketinggian 1.1400, namun serta-merta serangan itu gagal, terhenti pada paras 1.1370, dan kemudian pasangan tersebut mengalami penurunan lagi, mengakhiri tempoh lima hari di zon 1.1300.

Lagi



Julai 5, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 Julai, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 Julai, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD.  Data terkini tenaga kerja di AS bukan saja bersifat optimis, malah ianya terlalu optimis: kira-kira 4.8 juta orang telah pulang bekerja pada bulan Jun. Kadar pengangguran turun daripada 13.3% kepada 11.1% - pertambahan terbaik kadar tenaga kerja di luar sektor agrikultur sejak data mula direkodkan pada tahun 1939.

Lagi



Jun 27, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Jun - 3 Julai, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Jun - 3 Julai, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. COVID-19 meneruskan serangannya di Amerika Syarikat. Peningkatan insiden baru telah dicatatkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negeri. Bilangan mereka yang dijangkiti kian bertambah di tiga buah negeri yang paling padat penduduknya, dan jumlah kematian pula mengalami lonjakan sejak dua minggu lalu. Pihak berkuasa di Houston (Texas) telah membuat pengumuman bahawa unit rawatan rapi di hospital mereka semakin sesak. Jelas sekali bahawa jangkitan terbaru ini adalah disebabkan oleh penamatan kuarantin pada penghujung Mei lalu. Mungkin mereka perlu memulakan semula tempoh kuarantin walaupun White House dan para gabenor benar-benar enggan kembali menjalani keadaan yang sangat terkawal itu.

Lagi



Jun 20, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 Jun, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 Jun, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Financial Times melaporkan baru-baru ini terdapat artikel yang menyatakan para penganalisis mula berhadapan dengan kesukaran akibat daripada Forex yang tidak memberi respon terhadap faktor-faktor fundamental seperti dahulu. Melihat pada ketidaktentuan yang sedang berlaku di pasaran kewangan global, mood risiko para pelabur mendominasi, dan di suatu sudut segalanya akan ditentukan oleh tindakan para penggubal dasar mengenai pelonggaran kuantitatif (QE) serta sokongan terhadap pasaran saham, manakala di sudut yang berbeza pula, kebimbangan terhadap gelombang wabak COVID-19 yang baru. Kebimbangan ini semakin memuncak akibat jangkitan coronavirus yang baru di China serta pertambahan bilangan jangkitan di negeri-negeri di AS.

Lagi



Jun 13, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 Jun, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 Jun, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika seseorang itu merasakan Amerika Syarikat telah berjaya menangani COVID-19, sangkaan mereka adalah salah. Bilangan mereka yang dijangkiti terus bertambah di 21 negeri, 14 negeri daripadanya telah mencatatkan rekod tertinggi. Demonstrasi anti perkauman di negara itu akan memburukkan lagi kesan jangkitan. Adakah ini gelombang kedua wabak tersebut? Adakah gelombang ketiga akan menyusul pada musim luruh nanti?

Lagi



Jun 6, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 Jun, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 Jun, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bermula pada 25 Mei, paras pasangan euro dan dolar mengalami lonjakan harga untuk sembilan sesi dagangan berturut-turut, dan menurut anggaran Dow Jones, ia adalah tempoh pertumbuhan paling panjang sejak April 2011.

Keputusan yang diambil pihak ECB telah membolehkan nilai matawang Eropah itu melonjak ke paras tertinggi sejak 20 Mac lalu, mencecah ketinggian 1.1385. Diketuai Christine Lagarde, Bank Pusat kesatuan itu telah melangkaui segala jangkaan pasaran dengan menambah nilai Program Pembelian Kecemasan Wabak (Pandemic Emergency Purchase Program, atau PEPP) sebanyak €600 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak €1.350 trilion. Program ini akan berjalan sekurang-kurangnya sehingga Jun 2021, dan hasil daripada bon yang dibeli akan digunakan dalam proses pelaburan semula sehingga penghujung 2022. Pihak ECB juga mengekalkan penanda aras kadar faedah iaitu sifar untuk pinjaman manakala negatif 0.5% untuk deposit. Justeru, terbukti ECB adalah satu-satunya badan utama yang meneruskan polisi pelonggaran kuantitatif (QE) mereka pada minggu lalu, serta salah satu bank pusat yang melaksanakan langkah serupa pada bulan Jun.

Lagi



Mei 30, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Jun, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Jun, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Matawang Eropah mengalami pertumbuhan sepanjang minggu, walaupun statistik ekonomi di Eurozone agak lemah. Pasangan ini melepasi had atas koridor antara 1.0750-1.1000 dan melonjak ke ketinggian 1.1145 setelah dibantu oleh berita mengenai langkah-langkah pemulihan yang diumumkan di EU, ini termasuklah rancangan EU untuk menjalankan pelepasan langsung serta menambah jumlah yang amat besar dalam belanjawan mereka. Bank Swiss yang telah membeli EUR sebagai tukaran kepada matawang mereka sendiri juga membantu menyokong euro.

Lagi



Mei 23, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Mei, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ketegangan terus berlaku antara AS dan China hingga memberi kesan kepada pasaran. Presiden Trump berkata beliau akan memberi respon yang “setimpal” terhadap inisiatif badan perundangan di Beijing itu. Secara khususnya, ini termasuklah keinginan negara Republik itu dalam mengukuhkan penguasaannya terhadap Hong Kong yang sebelum ini telah menjadi punca kepada pergolakan yang berlaku di negara tersebut. Donald Trump dalam kenyataan beliau pada hari Khamis 21 Mei, jika China ingin meneruskan rancangan mereka, beliau akan “memandang isu ini dengan tegas”. Selari dengan kenyataan tersebut, pentadbiran AS terus menunding jari kepada Kerajaan Timur sebagai punca utama kepada penyebaran wabak coronavirus, dan ingin menuntut sebanyak mungkin pampasan daripada mereka.

Lagi



Mei 16, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Mei, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Orang tua-tua selalu berkata – “bagai air di daun keladi”. Itulah yang dilakukan Presiden Trump pada 14 Mei lalu. Sebelum kejadian itu, beliau menekankan kelebihan nilai dolar yang lemah, menyatakan bagaimana ia mampu meningkatkan daya saing produk Amerika di pasaran antarabangsa dan memaksa pihak Rizab melonggarkan polisi kewangannya. Kini, beliau dengan tiba-tiba mengumumkan dalam temubualnya bersama Fox TV: “Inilah masa terbaik untuk mengukuhkan nilai dolar. Nilai dolar yang kukuh amat berguna sekarang!” Ketua Rizab Persekutuan, Jerome Powell juga sependapat dengan Presidennya dengan menyatakan para penggubal polisi tidak pernah dan tidak akan mempertimbangkan untuk bertukar ke kadar faedah negatif.

Lagi



Mei 9, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Mei, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Mahkamah Perlembagaan Jerman memberi tamparan hebat kepada usaha pihak ECB dalam menyelamatkan ekonomi Eropah pada minggu lalu. Mahkamah itu memutuskan bahawa penggubal dasar di Kesatuan Eropah telah bertindak melangkaui bidang kuasa mereka berkenaan program pelonggaran kuantitatif (QE), oleh itu Jerman tidak akan tertakluk kepada keputusan yang telah dibuat. Berita ini serta-merta melemahkan kedudukan EUR/USD. Jika perkara ini serta masalah kurangnya tolak ansur antara kerajaan-kerajaan dalam Kesatuan Eropah mengenai rangsangan fiskal terus berlaku, risiko untuk Eurozone berpecah adalah semakin tinggi hari demi hari.

Lagi



Mei 2, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Mei, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bacaan indikator makro langsung tidak menunjukkan keadaan ekonomi global dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Eropah adalah lebih teruk berbanding di Amerika Syarikat. Ekonomi di Eropah menyusut pada kadar tertinggi yang direkodkan dalam sejarah iaitu 3.8% pada suku sebelum ini serta 14.4% berbanding pada tahun sebelumnya, manakala Amerika Syarikat pula mencatatkan bacaan masing-masing sebanyak 1.2% dan juga 4.8%.

Lagi



April 25, 2020

Forex, Matawang Kripto dan Saham. Ramalan bagi 20 - 01 Mei, 2020

Forex, Matawang Kripto dan Saham. Ramalan bagi 20 - 01 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Di Amerika Syarikat, keputusan untuk memperuntukkan wang bagi memulihkan ekonomi mereka dibuat agak cepat, namun berbeza di Euro Zone di mana prosesnya memerlukan perbincangan panjang dan kata sepakat perlu dicapai antara negara-negara yang terlibat. Hal ini telah memberi tekanan kepada matawang euro. Justeru, pada 23 April lalu, Majlis Mesyuarat Kesatuan Eropah telah mencapai persetujuan mengenai langkah-langkah bagi merangsang ekonomi dengan cadangan untuk menghasilkan Dana Pemulihan berjumlah hampir €1 trilion oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah, walau bagaimanapun mereka masih belum dapat memberi kata putus mengenai sumber dana tersebut.

Lagi



April 18, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bilangan permohonan manfaat bagi mereka yang menganggur di Amerika Syarikat adalah berjumlah 22 juta sepanjang empat minggu lalu. Sebagai perbandingan, angka ini kekal pada paras 930 ribu bagi tempoh beberapa tahun sebelumnya. Dengan kata lain, kadar pengangguran di sana telah meningkat 23 kali ganda! Bilangan pekerja di AS sedikit melebihi 150 juta, justeru kerugian akibat daripada krisis COVID-19 menghampiri 15% untuk semua jenis pekerjaan.

Lagi



April 11, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kedua-dua benua Eropah dan Amerika terus bersaing dengan melambakkan lebih banyak wang ke dalam ekonomi mereka. Namun berapa besarlah Eropah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat! Setelah banyak kali bermesyuarat, pada hari Khamis, 10 April, Menteri Kewangan EU telah menerima kata sepakat untuk memulakan langkah-langkah tindakan bagi menyokong negara mereka dengan jumlah “hampir” €500 bilion. Dalam masa yang sama, Rizab Persekutuan AS telah mengumumkan satu lagi program sokongan berjumlah $2.3 trilion yang akan dilancarkan. Selain itu, Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata berkemungkinan program seperti itu bukanlah yang terakhir dan pihaknya akan melakukan apa saja untuk memulihkan ekonomi AS secepat yang mungkin selepas berakhirnya wabak nanti.

Lagi



April 4, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kadar pengangguran di Jerman pada bulan Mac kekal tidak berubah iaitu 5%. Namun data pasaran buruh di AS adalah lebih teruk: 6.648 juta permohonan manfaat tidak bekerja yang baru, pertambahan angka sebanyak 10 juta dalam tempoh dua minggu, bersamaan 6% daripada keseluruhan tenaga buruh. Bilangan pekerjaan baru di luar sektor agrikultur yang terhasil juga menurun: -705K pada bulan Mac berbanding +275K pada Februari. Indikator lain juga hampir sama. Bilangan mereka yang menganggur pada masa ini mungkin akan lebih tinggi berbanding pada zaman kemelesetan dahulu. Dalam masa yang sama, nilai dolar bertumbuh sepanjang minggu, pulih lebih daripada 350 mata berbanding euro. Hal ini menunjukkan pasaran sudah bersedia jika ekonomi di AS runtuh dan mereka telah mengambil kira semua perkara dalam menentukan sebut harganya untuk masa depan. Pertumbuhan nilai dolar juga dibantu oleh kenyataan dari Presiden Trump dan juga Menteri Tenaga Arab Saudi mengenai kemungkinan rundingan dalam format OPEC+ akan disambung semula bagi menghentikan perang ke atas harga minyak. Walau bagaimanapun, seperti yang berlaku dalam menentang wabak COVID-19 coronavirus, tiada yang jelas dalam perkara ini.

Lagi



Mac 28, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Mac - 03 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Mac - 03 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Turun naik pasangan ini untuk beberapa minggu lepas boleh disamakan dengan akrobatik: mula-mula, lompatan yang agak menegak sebanyak 630 mata, kemudian melompat lebih tinggi sebanyak 860 mata, dan kini terjunan sehingga 445 mata.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan mendadak nilai dolar. Paling utama adalah tindakan yang diambil oleh Rizab Persekutuan AS dalam mengurangkan kadar faedah mereka kepada 0.25% serta pelancaran beberapa program untuk menyokong ekonomi AS, jutaan dolar disuntik ke dalam pasaran serta mengagihkan wang kepada rakyat mereka. Akibatnya, penyata imbangan pihak Rizab kini mencapai rekod baru melebihi 4.5 trilion dolar, jika mengikut pengiraan ahli-ahli ekonomi, ia mungkin akan mencecah 6 trilion dolar. Hasilnya, indeks saham AS melonjak, indeks S&P500 naik sehingga 20%, membawa pasangan EUR/USD bersama-sama: para pelabur memberi reaksi positif terhadap langkah yang diambil oleh para pemimpin AS dan mula meninggalkan dolar sebagai aset selamat dan beralih kepada aset yang lebih menarik buat masa ini.

Lagi



Mac 21, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Mac, 2020 Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pandemik coronavirus terus mengawal pasaran global. Pergelutan harga minyak antara Arab Saudi serta Rusia dan tidak ketinggalan juga campur tangan secara terus Amerika Syarikat menambahkan lagi tekanan. Negara pengeluar minyak syal yang menjadi sasaran serangan Rusia itu kini mungkin akan bertindak sebagai pengantara dalam perang harga antara Arab Saudi dan juga Rusia.

Lagi



Mac 14, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Cukup! Ekonomi dunia bukan lagi digerakkan oleh kerajaan, bank-bank, mahupun syarikat perbadanan. Ekonomi kini hanya dikuasai oleh “sesuatu” yang digelar Covid-19. Pandemik coronavirus telah mengakibatkan situasi panik di bursa saham, penurunan harga minyak, pengurangan kadar pengeluaran, serta penutupan sempadan. Semua orang berasa takut, tidak tahu apa yang bakal berlaku pada minggu atau bulan hadapan, malah enam bulan yang akan datang. Sekolah-sekolah dan universiti, restoran dan kafe-kafe, taman serta stadium kini kosong, orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah saja. Makanan dan tisu tandas langsung tidak kelihatan di pasaraya-pasaraya. Segala kegiatan beramai-ramai telah dibatalkan, dan ada khabar angin yang berleluasa di media sosial mengatakan pembatalan persidangan untuk menghadapi coronavirus adalah disebabkan oleh…coronavirus. Keputusan Presiden Trump untuk menutup sempadan AS serta melarang kemasukan warga Eropah telah mengejutkan pasaran. Niaga hadapan EuroSTOXX50 jatuh 5.57%, manakala niaga hadapan DAX30 turun sebanyak 4.22%. Indeks saham di AS mengalami kerugian paling teruk dalam tempoh 33 tahun. Indeks saham utama di Jepun, Australia, India, Hong Kong, Korea Selatan, serta lain-lain negara mencecah paras terendahnya.

Lagi



Mac 7, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nampaknya bolehlah kita kurangkan tumpuan kepada indikator makroekonomi sekarang, di mana dahulunya ia bukan saja memberi kesan terhadap sebut harga, malah mengubah trend ke arah bertentangan. Situasi di pasaran kewangan telah didominasi sepenuhnya dengan coronavirus untuk beberapa minggu, kini bukan saja memberi kesan terhadap kesihatan penduduk, tetapi juga terhadap tindakan kerajaan serta bank-bank pusat.

Lagi



Februari 29, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Situasi di pasaran kewangan benar-benar dipengaruhi oleh coronavirus untuk beberapa minggu kebelakangan ini. Jika pada tahun 2019 ramai pedagang merungut pasangan EUR/USD mengalami turun naik yang rendah sepanjang kewujudannya, situasi pada tahun 2020 pula berubah secara dramatik. Pada minggu lalu saja amplitud turun naiknya mencecah 200 mata, dan pertumbuhan nilai euro pada hari Khamis 27 Februari adalah yang terpantas sejak Mei 2018. Semua ini berpunca daripada virus Covid-19 yang menghalang pelabur membeli aset berisiko dan hanya tertumpu kepada matawang selamat.

Lagi



Februari 22, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Indeks dolar telah pun bertambah sebanyak 2.5% sejak awal Februari lalu, berada pada kedudukan tertinggi sejak Mei 2017. Keadaan matawang euro semakin tidak menentu. Bermula pada 1 Januari, pengukuhan nilai dolar telah menyebabkan matawang Eropah itu kerugian sebanyak 440 mata. Dalam tempoh tiga minggu, matawang ini kerugian hampir 300 mata, atau 2.7% akibat penyusutan yang berterusan.

Lagi



Februari 15, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Order henti rugi bagi posisi long pasangan ini terus dibuat dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Bull mengalah, dan ia telah mengundurkan barisan pertahanannya. Pasangan ini bukan saja memperbaharui paras terendah semasa dan tahun lalu, malah kini ia berada pada nilai paling rendah sejak Mei 2017. Paling membimbangkan adalah tiada sebab jelas mengapa berlakunya kejatuhan matawang Eropah ini. Anda tahu punca kejatuhan nilai pasangan USD/CHF pada Januari 2015 adalah disebabkan oleh “Black Thursday”, atau penurunan nilai pound akibat referendum UK untuk keluar dari EU. Namun tiada sebarang perkara luar biasa yang mampu menjelaskan apa yang berlaku sekarang.

Lagi



Back 1 ... 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ... 15 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami