Pasaran matawang Forex adalah satu daripada beberapa tempat bagi mereka yang cuba untuk bekerja sendiri. Tiada orang atasan, tiada had pada jumlah pendapatan, jadual kerja mengikut kemampuan sendiri - semua ini ada pada kerjaya seorang pedagang. Namun bukan mudah untuk berjaya.
Mereka yang mula menceburi bidang ini berhadapan dengan beberapa masalah. Kebanyakannya tidak benar-benar memahami cara untuk mula berdagang Forex dan persiapan yang perlu ada. Disebabkan itu, mereka mula membuat kesilapan, dan keinginan untuk berdagang Forex terus terkubur hanya selepas beberapa kali mencuba.
Disebabkan laluan pedagang serta pelabur baru tidaklah begitu mudah, kami telah sediakan pelan rancangan kami sendiri. Dengan mengikuti pelan tersebut, anda akan menemui kunci utama untuk memahami pasaran dengan cepat, dan dagangan Forex anda akan mula membuahkan hasil seperti yang anda harapkan semasa mendaftarkan diri.
Di Mana Dagangan Forex Harus Dimulakan
Pasaran Forex adalah bursa desentralisasi antara bank di mana matawang didagangkan antara pihak yang menyertai. Ringkasnya, Forex adalah pasaran global bagi dagangan matawang. Perbezaan kadar tukaran antara nilai belian dan jualan sesuatu matawang sebelum ia ditukarkan menjadi sumber bagi pendapatan yang diperoleh pedagang. Sebagai contoh, anda boleh membeli matawang dolar dan kemudian menjualnya semula untuk mendapatkan euro, atau yen Jepun untuk yuan China. Namun, sebelum anda mula mencari-cari faedah sesuatu urusan dan mula mendapat untung, anda harus meneliti tahap-tahap utama berikut. Terdapat tujuh tahap secara keseluruhan, ianya adalah:
- Pemilihan broker;
- Buka akaun dagangan;
- Muat turun platform (bagi broker NordFX, MT4 akan digunakan);
- Berjinak-jinak dengan teori;
- Pilih pasangan matawang dan strategi dagangan;
- Uji teori menggunakan akaun demo dan timba kemahiran;
- Dengan lancar beralih ke dagangan sebenar dengan wang sebenar.
Cara Memilih Broker Forex
Hanya mereka yang memiliki modal besar boleh masuk secara terus ke dalam pasaran tukaran asing dan ianya disusun sedemikian rupa. Kita bercakap tentang modal jutaan dolar, kerana pihak yang menyertai dagangan adalah institusi perbankan dan juga pelabur berinstitusi, seperti dana lindung nilai. Untuk mula berdagang Forex, pelabur persendirian perlu menggunakan khidmat orang tengah - broker. Fungsi orang tengah ialah mengumpul kesemua order pelabur dan menjadikannya kumpulan sumber tunggal yang kukuh untuk masuk ke dalam pasaran. Disebabkan itu, sesiapa pun boleh menyertai dagangan Forex, termasuklah mereka yang hanya memiliki modal kecil.
Amat penting untuk memilih syarikat broker yang baik. Apabila anda membuka akaun dagangan, langkah seterusnya adalah memasukkan duit. Duit anda adalah habuan para penipu. Terdapat kes syarikat palsu dengan selamba meniru dagangan sebenar. Ada juga syarikat yang bagus namun memberi pelbagai alasan untuk tidak memberi pulangan setimpal kepada pelanggan mereka. Kebiasaannya, mereka menggunakan sebut harga luar pasaran atau kerosakan teknikal yang direka-reka. Ada juga yang sengaja membuat kesilapan sendiri, menggunakan spread, sebut harga, kemerosotan sebagai alasan. Justeru, pemilihan broker boleh disamakan seperti pentingnya asas sesebuah rumah.
Peraturan dan Reputasi
Salah satu kriteria mudah untuk memilih sesuatu broker adalah dengan melihat pada peraturan serta reputasi mereka.
Syarikat yang patuh undang-undang haruslah didaftarkan mengikut jenis perniagaan yang sesuai secara sah. Walaupun pada hakikatnya syarat di setiap negara adalah berbeza-beza, aktiviti syarikat pada pasaran kewangan dipantau dengan teliti. Ini termasuklah lesen yang diterima, pengesahan laporan, pembayaran premium insuran, mungkin sebarang aduan atau pemantauan. Setelah broker mula melampaui batas, hukuman terbaik yang akan diterima adalah denda dengan jumlah yang tinggi, atau lesen mereka ditarik semula, menghalang mereka daripada beroperasi.
Selain daripada lesen, anda perlu meneliti dengan mendalam tentang reputasi dan sejarah sesuatu syarikat itu. Broker yang pernah menipu tidak akan bertahan untuk jangka masa panjang. Pertama sekali, terdapat respon daripada pengawal selia. Kedua, terdapat banyak ulasan negatif.
Lebih lama broker bertahan di pasaran, lebih jelas reputasi yang ditunjukkan. Dari sudut pandangan seorang pedagang, memilih syarikat tanpa sebarang rekod terdahulu serta reputasi yang bagus adalah tidak wajar.
Syarikat broker NordFX telah beroperasi di pasaran kewangan sejak tahun 2008 dan berada di kelompok TOP-10 serta TOP-20 dalam kebanyakan rating antarabangsa. Mereka telah menerima lebih daripada 50 anugerah terhormat, termasuklah anugerah broker profesional yang paling dipercayai. Sepanjang tempoh itu, pelanggan lebih daripada 190 buah negara telah membuka lebih daripada satu setengah juta akaun bersamanya. Benar, jumlah itu menjelaskan segala-galanya!
NordFX bukan saja aktif dalam tukaran asing, malah dalam pasaran saham dan juga matawang kripto. Tidak seperti bursa matawang kripto yang lain, syarikat ini tidak pernah digodam, dan tiada satu sen pun wang pelanggan yang berjaya dicuri selama ini. Semua disebabkan oleh gabungan pengalaman bertahun-tahun para penganalisis NordFX serta teknologi dan peralatan canggih yang mereka gunakan.
Terma Dagangan
Pedagang baru mungkin merasakan terma bagi akaun dagangan adalah sama tidak kira broker manakah yang mereka pilih. Namun, hakikatnya bukan seperti itu. Saiz spread, komisen atau swap, kelajuan order dilaksanakan, jumlah deposit minimum, kepelbagaian instrumen dagangan, leveraj - semua faktor-faktor ini memainkan peranan secara unik dalam menjana keuntungan para pedagang.
Perbezaan semakin ketara jika setiap satunya diteliti dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, sesetengah akaun memiliki spread yang tinggi terhadap pasangan matawang yang anda inginkan, sebaliknya akaun lain mungkin memiliki spread yang rendah. Broker yang anda pilih seharusnya menyediakan keadaan dagangan yang tepat untuk anda. Berdagang dalam keadaan yang teruk tidak menguntungkan anda. Contohnya, jika anda berdagang dalam satu hari untuk tempoh masa yang singkat, saiz swap tidak memberi banyak perbezaan. Namun jika anda membiarkan posisi dagangan dibuka untuk beberapa minggu atau bulan, swap dengan nilai negatif akan “menelan” kesemua untung yang anda peroleh dan hanya menjadikan anda rugi.
Saiz leveraj juga sama pentingnya. Dalam keadaan normal di pasaran, anda mungkin tidak akan menggunakannya, tapi ia mampu menjadi penyelamat di saat-saat yang paling genting semasa berlakunya huru-hara pasaran kewangan. Di NordFX contohnya, leveraj maksimum bagi pasangan matawang mencecah 1:1000, secara tidak langsung mengembangkan peluang anda untuk menggunakan pelbagai strategi dan juga melindungi nilai daripada sebarang risiko.
Kepantasan dan Kaedah Pengeluaran, Khidmat Bantuan
Penting untuk meneliti kemampuan rakan kongsi (broker adalah rakan kongsi anda) dalam menyelesaikan masalah. Untuk mengetahuinya, ajukan beberapa soalan kepada Khidmat Bantuan dan nilaikan berapa lama masa yang diambil untuk anda mendapat jawapan. Jika masalah tidak berjaya diselesaikan, fikirlah bagaimana kualiti servis yang akan diberikan kelak.
Ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya perkara ini, namun hanya bantuan yang berkesan saja mampu mengurangkan tahap kerugian jika ada berlakunya masalah.
Beri tumpuan pada kaedah deposit serta pengeluaran wang, kepelbagaiannya, jumlah komisen dan juga berapa pantas bagi pelaksanaan order. Agak tidak produktif untuk bekerjasama dengan syarikat broker yang meletakkan syarat wang hanya boleh dikeluarkan selepas sebulan.
Buka Akaun Dagangan
Setelah meletakkan asasnya, iaitu memilih syarikat broker yang boleh dipercayai, langkah seterusnya adalah membuka akaun dagangan. Dagangan Forex dibuat menggunakan akaun tersebut. Sesebuah syarikat mungkin memiliki beberapa jenis akaun. Anda perlu pilih satu akaun spesifik yang memfokuskan pada matlamat, jumlah modal serta bersesuaian dengan anda.
Broker NordFX menawarkan empat jenis akaun kepada para pelanggannya. Setiap satu akaun adalah unik dan memiliki kelebihannya sendiri, secara keseluruhan, ia meliputi segala keperluan yang dikehendaki pedagang, serta membolehkan anda menggunakan pelbagai strategi dagangan dengan berkesan, membuat transaksi menggunakan matawang, kripto, logam berharga, minyak mentah, indeks saham dan saham-saham syarikat gergasi dunia.
Muat Turun Platform
Berdagang di pasaran kewangan dijalankan menggunakan perisian khas. Bergantung kepada terminal yang digunakan, bilangan perkakas serta kemampuan anda untuk membuat analisis harga perlu diambil kira. Indikator, penganalisis, skrip, semuanya mampu menjadikan dagangan anda lebih efisyen dan selesa.
Kini, majoriti pedagang Forex di dunia memilih platform MetaTrader 4 (MT4). Antaramuka yang ada sangat intuitif, membolehkan anda membuat transaksi pertama selepas beberapa minit menggunakannya. Bagi perkakas serta peluang yang ada, jumlahnya begitu banyak. Pelajari dengan teliti ciri berguna yang ada pada MT4, pasti anda akan faham apa yang mampu anda lakukan.
Berjinak-jinak dengan Bahagian Teori
Semua orang boleh menerima kerjaya sebagai seorang pedagang secara prinsipnya. Namun, seperti kerjaya-kerjaya lain, terdapat beberapa rahsia yang akan menyukarkan perjalanan anda untuk menjadi profesional bertaraf dunia dari pedagang baru jika tidak mempelajarinya. Untuk mencapainya, anda perlu mempelajari teori yang khusus mengenai pasaran tukaran asing. Ini bukan saja termasuk kaedah analisis teknikal pada carta, malah memahami asas harga serta bagaimana pasaran dunia berfungsi. Tutorial berikut mungkin dapat membantu:
- “How to Make a Living Trading Foreign Exchange” - Courtney Smith;
- “A Man for All Markets: From Las Vegas to Wall Street” - Edward O. Thorpe;
- “The Psychology of Trading: Tools and Techniques for Minding the Markets” - B. Steenbadger;
- " Beyond Candlesticks " - Steve Nison;
- "How to Play and Win at a Stock Exchange" - Alexander Elder.
Anda boleh menemui kandungan berguna berkenaan topik bursa pada laman-laman tematik, dan sudah semestinya pada bahagian pembelajaran di NordFX. Ada banyak di situ. Apabila anda sudah mahir dengan teori, tanpa sedar, pasti anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat semasa membuka atau menutup dagangan.
Walau bagaimanapun, asas teori saja tidak mencukupi. Tahap psikologi seseorang pedagang itu mampu memberi impak besar terhadap hasil yang diperoleh. Jika anda masih belum yakin dengan kemampuan sendiri, dagangan sosial seperti akaun PAMM dan Salin Dagangan mungkin dapat membantu.
Pilih Pasangan Matawang dan Strategi Dagangan
Sudah cukup dengan membaca sebuah buku mengenai matawang, komoditi, atau bursa saham dunia bagi memahami betapa pentingnya dagangan bersistem. Dalam hal ini, lakukan perkara seperti berikut:
- Hasilkan strategi sendiri berdasarkan data teori yang diperoleh;
- Guna strategi sedia ada, ubah mengikut kesesuaian anda.
Pasangan matawang akan memainkan peranan yang penting. Kami syorkan pedagang baru untuk beri tumpuan pada aset dengan nilai spread yang sedikit. Pasangan matawang tersebut adalah seperti: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, EUR/GBP, EUR/JPY, dan beberapa lagi yang lain.
Jika anda ingin bermain dengan CFD saham, NordFX ada menyediakan akaun dagangan Stocks yang berasingan untuk berbuat demikian. Terdapat banyak saham bagi sepuluh syarikat gergasi dunia yang boleh anda dagangkan dengannya.
Uji Teori Menggunakan Akaun Demo dan Timba Kemahiran
Kemajuan utama dalam perniagaan bursa yang dicapai oleh komputer dan Internet dalam beberapa dekad ini adalah dagangan elektronik. Platform masa kini menyimpan susunan sejarah sebut harga yang besar atas dasar analisis menyeluruh dapat dijalankan secara automatik, membentuk strategi dagangan dan menguji idea anda. Berbaloi untuk mempelajari penguji strategi yang ada pada MetaTrader-4 di sini.
Sudah tentu, anda perlu ingat tentang akaun demo. Disebabkannya, anda boleh berdagang secara langsung dengan menggunakan wang maya. Namun terdapat satu kekurangan yang ada pada akaun demo. Pedagang tidak merasai kehilangan modal sendiri, justeru, mereka bertindak semberono berbanding jika berdagang di pasaran sebenar.
Anda boleh menguji idea yang ada menggunakan akaun Fix bagi memahami psikologi sendiri serta betapa pentingnya kerjaya ini. Deposit minimum hanyalah sebanyak $10, ia salah satu cara untuk anda merasainya sendiri: sedih ketika mengalami kerugian, perasaan teruja serta gentar, dan sudah pasti, kegembiraan apabila memperoleh kejayaan.
Beralih dengan Lancar ke Dagangan Sebenar
Pengalaman awal yang diperoleh daripada akaun demo membolehkan anda meneruskan perjalanan ke peringkat terakhir - mula menggunakan akaun dagangan sebenar. Amat penting untuk anda menyedari betapa besar perbezaannya antara akaun sebenar dan juga akaun demo. Seperti yang dinyatakan di atas, ia terletak pada persepsi kehilangan. Dalam kes berkaitan wang sebenar, kehilangannya akan sentiasa dirasai. Sangat kritikal pada peringkat ini untuk tidak melakukan perkara bodoh seperti berikut:
- Cuba melencong daripada terma strategi dagangan anda;
- Mula mengumpul semula modal;
- Lupa mengurangkan nilai kerugian;
- Menunggu sepanjang penurunan;
- Kalah pada keterujaan.
Bila anda mula berdagang dengan wang sebenar, belajar untuk berhenti pada masa yang telah ditetapkan, belajar dari kesilapan sendiri. Bukan saja anda boleh mengetahui kelemahan dan kekuatan strategi dagangan sendiri dengan menghabiskan beberapa jam membuat analisis laporan transaksi, malah sifat sendiri juga akan terserlah. Kadang-kala ia lebih berharga jika dibandingkan dengan ilmu analisis teknikal atau fundamental dalam Forex.
Berapa Banyak Modal Untuk Mula Berdagang di Forex
Dikalangan pedagang baru, ada pendapat yang mengatakan modal kecil sudah cukup untuk mula memperoleh keuntungan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan akaun Fix untuk berdagang dengan “modal” sebanyak satu dolar saja. Adakah ia mencukupi? Pada kami, ia memang mencukupi. Namun hanya sebagai permulaan, bukan keuntungan yang mampu membeli sebuah vila, kapal layar ataupun pesawat peribadi.
Contoh-contoh yang sering diiklankan di Internet akan menunjukkan keuntungan besar sebanyak ratusan, ribuan malah puluhan ribu kali ganda mampu diperoleh pedagang. Apa yang menarik ialah semua itu benar-benar berlaku, bukan cerita tipu. Namun ianya adalah permainan yang berisiko, dan apa yang sering kali berlaku adalah mereka kehilangan semua modal disebabkannya.
Bayangkan setelah anda memecut kereta sendiri di trek Formula 1 pada kelajuan 300 km/h, kemudian anda keluar menuju ke persimpangan jalan bandar. Apa yang akan berlaku? Semua orang berpeluang untuk selamat, namun jumlahnya kecil dan tidak ada kena mengena dengan pendekatan profesional. Sama juga dengan Forex, belajar cara untuk bertenang, lupakan idea gila dan tetapkan matlamat realistik untuk diri sendiri. Semua orang ada peluang untuk berjaya. Namun, jangan samakan dagangan di pasaran kewangan seperti permainan kasino yang segalanya ditentukan oleh nasib. Ilmu dan pengalaman yang akan menentukannya di sini.
Walaupun tidak salah sekali-sekala bergantung pada nasib...
Kembali Kembali