1. Terma bagi menyertai cabutan bertuah
1.1. Semua pelanggan (selepas ini disebut sebagai Peserta) syarikat broker NordFX (selepas ini disebut sebagai Penganjur) layak menyertai cabutan bertuah ini secara automatik, jika:
1.2. Pindahan dana daripada akaun lain yang dibuka Peserta bersama Penganjur tidak dikira sebagai penambahan dana (rujuk klausa 1.1.2.).
Penambahan dana menerusi deposit tempatan adalah dibenarkan.
1.3. Bagi setiap syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2 yang dipenuhi, Peserta akan menerima 1 (satu) tiket cabutan maya dengan nombor tetap yang akan diguna untuk menyertai cabutan bertuah.
Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi sebanyak dua kali, Peserta akan menerima 2 tiket loteri, dsb.
1.4. Tiada had bagi bilangan tiket loteri yang boleh diperoleh seseorang Peserta. Lebih banyak tiket loteri yang Peserta miliki, lebih tinggi peluang mereka untuk menang hadiah.
Contoh bagi transaksi menggunakan pasangan mata wang Forex dan juga emas:
1.5. Nombor akaun dagangan serta nombor tiket loteri setiap Peserta akan dipapar pada laman web rasmi Penganjur di www.NordFX.com, pada halaman yang berkenaan.
1.6. Secara umum, akaun Pro milik pengurus PAMM dan juga penyedia isyarat khidmat CopyTrading juga boleh menyertai loteri ini jika mereka memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2.
Deposit ke dalam akaun PAMM oleh pelabur dan pelanggan isyarat dagangan CopyTrading tidak akan diambil kira.
2. Wang kemenangan
2.1. Jumlah keseluruhan hadiah cabutan adalah sebanyak USD 100,000 (seratus ribu dolar AS) dalam bentuk tunai.
2.2. Jumlah keseluruhan wang kemenangan dibahagikan kepada 202 hadiah beserta 3 hadiah utama:
2.3. Tiada had bilangan hadiah yang boleh dimenangi seseorang peserta.
2.4. Hadiah wang akan dikreditkan ke dalam akaun milik pemenang pada Kabinet Pedagang NordFX mereka dalam tempoh 1 (satu) minggu daripada tarikh cabutan tiket dan pengumuman para pemenang.
2.5. Para pemenang loteri boleh menggunakan wang hadiah untuk berdagang atau mengeluarkannya dari akaun pada bila-bila masa dengan menggunakan mana-mana kaedah pengeluaran tanpa sebarang halangan.
3. Tempoh, peringkat dan cabutan tiket
3.1. Cabutan ini berlangsung dari 1 Mac, 2023 sehingga 31 Disember, 2023.
Cabutan bertuah ini diadakan dalam tiga peringkat: dua pusingan awal dan satu pusingan akhir. Cabutan tiket dibuat pada penghujung setiap peringkat:
3.2. Cabutan nombor tiket bertuah akan dibuat menggunakan penjana nombor rawak.
3.3. Tiket-tiket yang diterima para peserta pada satu-satu masa akan dicabut mengikut tarikh cabutan yang telah ditetapkan:
3.4. Tiket bertuah yang menang akan dikecualikan daripada klausa 3.3. Ia akan dibatalkan dengan serta-merta dan tidak akan menyertai cabutan hadiah yang berikutnya.
3.5. Keputusan bagi setiap cabutan akan dipapar pada halaman berkenaan di laman web rasmi Penganjur seminggu selepas ia diadakan, juga boleh dilihat di bahagian https://nordfx.com/company-news.
Butir-butir yang akan dipaparkan termasuklah nombor akaun Pro pemenang, negara asal, nombor tiket loteri, serta jumlah nilai hadiah yang dimenangi Peserta.
4. Terma lain
4.1. Penganjur cabutan loteri ini adalah syarikat broker NFX Capital VU INC, beroperasi dengan tanda dagangan NordFX.
4.2. Pekerja NordFX dan keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai cabutan loteri ini.
4.3. Penganjur tidak berhak untuk mendedahkan serta menggunakan data peribadi Peserta Cabutan Bertuah bagi tujuan pengiklanan tanpa persetujuan mereka.
Pengecualian dibuat ke atas nombor akaun dagangan, nombor tiket bertuah dan nilai kemenangan.
4.4. Pelanggan NordFX yang tidak berminat untuk menyertai cabutan loteri boleh berbuat demikian dengan menghantarkan emel ke GrandPrix@NordFX.com sepanjang tempoh cabutan loteri.
4.5. Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat cabutan loteri ini, termasuklah jumlah wang kemenangan, atau menangguhkan sementara cabutan, atau menghentikannya serta-merta tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
4.6. Jika Peserta menggunakan kaedah dagangan yang tidak bertanggungjawab (memanipulasi wang deposit/pengeluaran, melakukan penipuan ke atas perolehan dagangan, dsb.) dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan yang tidak munasabah dalam cabutan hadiah, Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menyingkirkan Peserta daripada menyertai cabutan bertuah. Tiket bertuah yang diterima peserta itu akan dibatalkan.
Selain itu, jika pihak Penganjur memutuskan untuk menyekat atau membatalkan akaun Pro Peserta disebabkan melanggar syarat dagangan dan/atau Perjanjian Pelanggan, hadiah tunai tidak akan dikreditkan ke dalam akaun mereka.
4.7. Jika terdapat sebarang percanggahan maksud, Bahasa Inggeris diguna sebagai bahasa penentu bagi Syarat-Syarat ini.
DAGANG, JANA, MENANG!