Mac 7, 2022

Cara Memilih Pasangan Mata Wang Untuk Dagangan Forex

Forex Pair Selection_smallArtikel ini adalah khusus untuk pedagang baru, tetapi ia mungkin juga berguna serta menarik perhatian mereka yang sudah berpengalaman dalam pasaran kewangan. Kami akan mempertimbangkan antara faktor paling utama yang akan menentukan pilihan strategi serta keuntungan transaksi dagangan. Kami akan membincangkan tentang pasangan mata wang.

Lagi



Februari 1, 2022

Bagaimana Membuka Akaun NordFX dengan Betul

Account with NordFX_small_msSebenarnya membuka akaun dengan broker tidaklah begitu sukar: layari laman web yang anda mahukan, klik pada butang bersesuaian, lengkapkan beberapa maklumat dan segalanya sudah sedia, anda boleh membuat deposit dan mula berdagang. Ramai yang menggunakan cara ini. Kemudian mereka berasa terkejut apabila ada yang tidak kena. Bagaimana cara untuk membukanya tanpa sebarang masalah?

Lagi



Januari 3, 2022

Dagangan Berfrekuensi Tinggi, Pipsing, Dagangan Singkat, Dagangan Harian, Dagangan Jangka Sederhana dan Panjang

Trading methods_small_msTerdapat bermacam-macam cara dan strategi untuk berdagang dalam pasaran kewangan. Apa yang membezakan strategi-strategi itu adalah tahap risikonya serta jenis analisis yang diguna pedagang, fundamental atau teknikal, apakah faktor-faktor yang mereka ambil kira, apakah indikator serta perisian yang digunakan. Sudah pasti, pasarannya juga adalah berbeza (komoditi, mata wang, saham atau kripto) dan aset apakah yang diguna pedagang. Akhir sekali (atau mungkin, pertama sekali) strategi dikategorikan mengikut tempoh masa bagi satu-satu transaksi yang khusus. Tempoh yang diambil ini mungkin antara beberapa milisaat sehinggalah beberapa tahun.

Lagi



Disember 2, 2021

Pelaburan Equiti: $5 menjadi $96,000,000,000

CFD Stock Trading_small_msSaham syarikat-syarikat gergasi dunia seperti IBM, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Twitter, UBER, eBay, Alibaba, Deutsche Bank dan banyak lagi dilihat menonjol dalam kalangan instrumen dagangan yang ada pada syarikat broker NordFX. Namun, seperti lain-lain aset kewangan, nilai sekuriti-sekuriti ini buka saja boleh naik, ia juga boleh jatuh. Sehubungan itu, para pedagang dan juga pelabur boleh mendapat pulangan atau mengalami kerugian dengannya.

Pastinya, semua orang inginkan keuntungan. Disebabkan itulah kami mengambil keputusan untuk berbincang tentang bagaimana Warren Buffett yang memperoleh $5 di bursa saham semasa berusia 11 tahun, menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta kekayaan sebanyak $96 bilion pada usia 90 tahun.

Lagi



November 1, 2021

Impuls Sebagai Analisis Teknikal dalam Pasaran Kewangan

Impulse indicators 169х100_msSekarang ini terdapat bermacam-macam pilihan strategi dagangan yang dicipta berasaskan pembangunan saintifik terkini dan memberi pulangan menguntungkan di pasaran kewangan. Semua orang mengimpikan untuk memiliki masa depan yang cerah dengan membuat ramalan tepat pergerakan instrumen kewangan. Lagipun, kesejahteraan diri dan kadangkala kejayaan sesebuah organisasi pelaburan yang beroperasi dengan sumber memberangsangkan juga bergantung padanya. Indikator serta pengayun berasaskan Impuls adalah antara alat analisis teknikal yang penting dan boleh dipercayai.

Lagi



Oktober 15, 2021

Pasangan Mata Wang Sintetik, Mata Wang Kripto dan Lain-Lain: Apakah Maksudnya, Bagaimana untuk Menghasilkan dan Cara Penggunaannya

Synthetics  pairs  small_msSet alatan dagangan yang NordFX tawarkan pada para pelanggan mereka adalah senjata menyeluruh bagi seorang pedagang untuk menggunakan strategi paling efektif dan memenangi pertempuran “sengit” dalam bidang kewangan, membuat serangan pantas atau mula bergelut dalam posisi yang panjang. 33 pasang mata wang dan juga 11 pasang mata wang kripto, saham untuk hampir 70 syarikat terkemuka, 6 indeks saham utama, logam berharga dan minyak mentah: jumlah “senjata” yang ada ini adalah lebih daripada mencukupi buat kebanyakan pedagang untuk melancarkan serangan aktif di barisan hadapan. Namun, seseorang itu mungkin merasakan dirinya kekurangan “peluru” secara tiba-tiba pada suatu tahap, dan pasangan sintetik ke atas mata wang dan mata wang kripto akan dapat membantu.

Lagi



September 2, 2021

Berdagang Dalam Kimono atau Maksud Nikkei 225

Nikkei Stock Index Small_msDagangan CFD di pasaran saham memberi peluang terbaik untuk mendapatkan untung secara online. Lebih-lebih lagi, tidak seperti pelabur, seorang pedagang itu bukan hanya mendapat pulangan apabila nilai saham milik mereka bertambah, tetapi juga semasa nilainya jatuh. Walau bagaimanapun, penilaian menyeluruh terhadap keadaan semasa dan juga prospek setiap satu-satu syarikat itu diperlukan untuk berjaya dalam dagangan saham: laporan ekonomi serta indikator berteknologi, pasaran jualan dan juga persaingan, serta bermacam-macam lagi faktor. Namun terdapat satu lagi kelompok instrumen berasaskan CFD yang boleh pedagang sertai tanpa perlu mengetahui kesemua penyata kewangan mereka atau melakukan audit secara besar-besaran ke atas setiap syarikat. Kelompok ini adalah indeks saham.

Lagi



Ogos 23, 2021

Swap, Spread dan Semua yang Anda Perlu Tahu Tentang Komisen Dalam Pasaran Forex

Swap, Spread and Commissions_small_msMelihat baki negatif setelah melakukan dagangan pertama mereka walaupun harganya tidak berubah adalah sesuatu yang amat mengejutkan bagi kebanyakan pedagang baru. Perlu difahami pada masa itu bahawa broker mempunyai alasan mereka sendiri apabila menyediakan sesuatu perkhidmatan, dan anda perlu membayarnya bagi mengakses aset kewangan serta sebilangan kondisi dagangan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana broker bukan saja menjadi orang tengah antara pasaran kewangan global dengan anda, tetapi juga sebuah syarikat komersial yang perlu memberi pulangan kepada para pelabur mereka.

Lagi



Julai 12, 2021

Rahsia Pelaburan Bijak Bersama NordFX

Smart_Investments__small_msKami tidak bermaksud cara pelaburan lain adalah teruk dan tidak menguntungkan. Apa yang kami ingin bincangkan adalah kaedah dalam membantu anda untuk mendapatkan pulangan berlipat ganda dari pelaburan yang dibuat. Selain itu, pelaburan-pelaburan ini sangatlah mudah dan sesiapun boleh menyertainya.

Lagi



Jun 11, 2021

Ringkasan Sejarah Forex: Dari Masa Lalu Hingga ke Hari Ini

History of forex small_msApakah maksud Forex, bila, kenapa dan bagaimana ia wujud? Setiap pedagang dan pelabur harus tahu jawapan bagi semua ini. Lagipun, jika anda gagal menjawabnya, layakkah anda digelar seorang profesional?

Lagi



Mei 14, 2021

Memilih Isyarat pada Copy Trading

Copy Trading Signals_small_msBeberapa tip ringkas dalam memilih isyarat untuk langganan pada Copy Trading yang memberi keuntungan, dan tidak merugikan. Perkara-perkara yang disyorkan ini juga sesuai diguna bersama akaun PAMM.

Lagi



April 15, 2021

Perkongsian IB: Apakah Maksudnya, Bagaimana Menjadi Rakan Kongsi dan Berapakah Pulangannya

Affiliate forex small_msSyarikat broker NordFX sudah pun membayar lebih daripada $30,000,000 kepada rakan kongsi IB mereka. Perkongsian terkemuka yang ada pada broker ini mendapat pulangan antara USD 5,000 dan USD 17,000 setiap bulan.

Lagi



Mac 19, 2021

Cara Mendapatkan Untung dengan Saham: Strategi Dagangan di Pasaran Saham

Shares. Trading strategies_small_msTerdapat banyak strategi dagangan di pasaran kewangan. Sesetengahnya memiliki ciri serba boleh, yang lain hanya boleh digunakan untuk jenis-jenis instrumen kewangan tertentu. Sebagai contoh, pasangan matawang Forex lebih sesuai diguna untuk dagangan scalping dan urus niaga harian, untuk saham pula, kebanyakan pedagang lebih gemar menghasilkan strategi sendiri dan memfokuskan pada trend jangka panjang.

Lagi



Februari 16, 2021

Para Scalper dan Rakan Robot Mereka

Scalpers and Robots_small_msKami rasa setiap orang yang menonton filem barat Amerika tahu apakah itu scalp dan mengapa ia digunakan sebagai trofi kemenangan. Kami tidak akan menghuraikan lebih lanjut tentang sejarah American Wild West, kami hanya akan terangkan maksud perkataan ini yang diambil dari bahasa Latin iaitu scalpere, yang bermaksud “menyiat".

Lagi



Januari 25, 2021

Forex dan CFD: Persamaan, Perbezaan dan Peluang Jana Keuntunga secara Online

forex and cfd_small_msKebanyakan pedagang sering tertanya-tanya apa bezanya transaksi Forex dengan CFD (Contract for Difference). Memang ada bezanya. Namun pada pandangan kami, terdapat lebih banyak persamaan antara kedua-duanya.

Lagi



Disember 28, 2020

Dagangan CFD: Menggunakan Peluang yang Ada untuk Memperoleh Keuntungan di Pasaran Kewangan

Dagangan CFD_1CFD atau Contracts for Difference adalah derivatif kewangan (antaranya, saham dagangan atau komoditi yang sebenarnya tidak dimiliki) bagi mengembangkan lagi peluang memperoleh pulangan pada mana-mana pedagang. Disebabkannya, selain daripada pasangan matawang Forex, anda boleh berdagang saham, indeks saham, komoditi, malah matawang kripto. Broker NordFX mewakili bermacam akaun dagangan CFD yang ada.

Lagi



Disember 23, 2020

Mempelajari Forex: Langkah Pertama untuk Mula Berdagang

Mempelajari ForexBerdagang Forex bukanlah satu perjalanan yang mudah. Anda harus banyak belajar sebelum boleh mendapat keuntungan besar. Nasib baiklah, anda tidak memerlukan diploma universiti untuk berjaya dalam dagangan Forex. Terdapat banyak cara untuk anda mendalami ilmu dagangan matawang serta lain-lain aset kewangan. Dalam artikel ini, kami akan sediakan panduan terperinci berkenaan aspek yang perlu anda miliki untuk berjaya.

Lagi



Disember 21, 2020

Alat Dagangan: Apa Yang Perlu Anda Tahu Dan Fahami

Alat daganganAlat dagangan adalah suatu aset yang diguna pedagang untuk membuat transaksi. Jelas menunjukkan lebih banyak aset yang dimiliki, lebih besar peluang yang ada untuk pelabur membangunkan pelbagai strategi dagangan serta melindung nilai risiko. Oleh yang demikian, kebarangkalian untuk mendapat lebih banyak untung adalah lebih besar. Disebabkan itulah syarikat broker NordFX menawarkan pilihan instrumen dagangan yang meluas kepada para pelanggan mereka, senarai dan spesifikasi penuh alatan-alatan itu boleh didapati di bahagian Akaun Dagangan pada laman web rasmi broker tersebut serta pada panel kawalan terminal dagangan. Kami rumuskan di sini cabang-cabang utama yang ada.

Lagi



September 30, 2020

Candlestick Jepun: - Ilmu yang Tidak Lapuk

Candlestick Jepun: - Ilmu yang Tidak LapukBagi transaksi online di pasaran kewangan, syarikat broker NordFX menawarkan terminal dagangan paling popular di dunia - MetaTrader 4 (MT4) kepada para pelanggan mereka. Setelah ia dimuat turun, pedagang akan menemui tiga pilihan yang boleh diguna bagi paparan grafik sebut harga instrumen dagangan pada bahagian “Properties” - pilihan tersebut adalah bar, garis dan juga candlestick Jepun.   

Ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengiktiraf candlestick sebagai perkakas analisis teknikal, walaupun ianya candlestick Jepun. Namun itu hanya pada pandangan pertama mereka saja.

Lagi



September 25, 2020

Robot Dagangan Forex: Apakah Fungsi dan Keberkesannya

Robot Dagangan Forex: Apakah Fungsi dan KeberkesannyaPedagang bukan saja boleh menggunakan pengetahuan yang anda untuk berdagang, mereka juga ada pelbagai program komputer: skrip tambahan, dan juga algoritma yang boleh memberi panduan, malah boleh juga membuka dan menutup transaksi sendiri. Sistem dagangan automatik ini digelar robot Forex. Kita akan membincangkan tentangnya dengan teliti dalam artikel ini, selain daripada jenis-jenis yang ada serta penggunannya.

Lagi



September 22, 2020

Khidmat PAMM Forex

Khidmat PAMM ForexKeuntungan daripada turun naik nilai matawang bukan hanya boleh diperoleh dari berdagang. Khidmat PAMM Forex membolehkan sesiapa yang tidak mempunyai pengalaman berdagang untuk mengaut untung terhadap perubahan harga aset matawang asing. Selain itu, bagi pedagang profesional pula, khidmat PAMM Forex memberikan satu peluang untuk menambah saiz modal dagangan mereka.

Lagi



September 15, 2020

Indikator Forex: Jenis, Penggunaan, Kelebihan dan Kelemahan

Indikator Forex: Jenis, Penggunaan, Kelebihan dan KelemahanNilai sesuatu aset adalah pemboleh ubah paling sukar untuk diramal dan ia mampu memberi kejutan dengan lonjakan, pengunduran, bacaan serta pusingan harganya. Walau pada hakikatnya terdapat banyak kisah yang menceritakan tentang dagangan menguntungkan dengan gerak hati, kesemua kisah itu biasanya akan berakhir dengan perkara yang sama: kehilangan wang deposit mereka.

Sebenarnya, pasaran matawang dan juga adrenalin adalah dua perkara yang tidak sesuai bersama. Hanya emosi yang dibendung serta pendekatan bersistem mampu untuk memberikan kestabilan dagangan. Kedua perkara itu tidak boleh dicapai tanpa memahami keadaan pasaran, kebolehan untuk membuat unjuran dan menggunakan kemahiran yang dimiliki itu dalam strategi dagangan anda. Seorang pedagang itu harus bermula dengan satu pelan dagangan dan juga algoritma pelaksanaan yang jelas. Indikator Forex dan analisis teknikal boleh membantu dalam perjalanan anda. Semua perkara tersebut akan dibincangkan dalam artikel ini.

Lagi



September 10, 2020

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, KepelbagaianMencari corak, kitaran mengikut sejarah dan kebolehulangan adalah tugas utama seorang pedagang. Sesetengah daripada mereka menggunakan corak grafik untuk mendapatkan bayang bentuk geometri. Sesetengah pula mempelajari ciri-ciri pergerakan harga: pecutan, pembrekan dan interaksinya dengan objek grafik. Namun, sebilangan besar pedagang yang terlibat menggunakan indikator dalam analisis teknikal Forex mereka. Ia membolehkan anda meramal pasaran, memahami pelbagai ciri dan menggunakan corak tersebut dalam dagangan sendiri. Malah pedagang baru yang mula sedar akan kewujudan analisis teknikal akan berjaya menganalisis pasaran dengan bantuannya.

Lagi



September 10, 2020

Apa itu Pasaran Forex

Apa itu Pasaran ForexApa itu Forex? Ia adalah pasaran di kaunter yang besar bagi tukaran pelbagai matawang. Nilai perolehan hariannya melebihi 5 trilion dolar! (Sebagai perbandingan: nilai perolehan bagi seluruh pasaran saham di dunia “hanyalah” 80 bilion dolar, kurang hampir 60 kali ganda).

Forex diwujudkan bagi aktiviti komersial antarabangsa, namun kini bukan saja syarikat-syarikat yang menyertai aktiviti tersebut, malah mereka yang mempunyai akses dagangan seperti pedagang persendirian serta pelabur-pelabur yang mahu mengaut keuntungan daripada turun naik sebut harga juga boleh berbuat demikian.

Dalam artikel ini, kita akan mendalami sejarah pembentukan dan juga kemunculan pasaran tukaran matawang antarabangsa ini, pemain utama dalam pasaran, serta prinsip-prinsip dagangan.

Lagi



September 9, 2020

Cara Mula Berdagang di Forex. Pelan Pertumbuhan Pantas

Cara Mula Berdagang di Forex. Pelan Pertumbuhan PantasPasaran matawang Forex adalah satu daripada beberapa tempat bagi mereka yang cuba untuk bekerja sendiri. Tiada orang atasan, tiada had pada jumlah pendapatan, jadual kerja mengikut kemampuan sendiri - semua ini ada pada kerjaya seorang pedagang. Namun bukan mudah untuk berjaya.

Lagi



September 9, 2020

Paras Sokongan dan Rintangan: Jenis, Kaedah Penghasilan, Contoh Penggunaan

Paras Sokongan dan Rintangan: Jenis, Kaedah Penghasilan, Contoh PenggunaanAnalisis teknikal pada pasaran Forex memberi anda peluang yang luas untuk mengetahui serta membuat ramalan harga. Jumlah instrumen yang boleh didagangkan pedagang mencecah ratusan jenis. Jika kritikan terhadap indikator berkenaan sela waktu isyarat dibenarkan secara adil, paras sokongan dan rintangan pula didamba kebanyakan orang, termasuklah mereka yang skeptik terhadap analisis teknikal. Ia tidak mengejutkan. Paras Forex adalah tanda aras yang sangat mendapat perhatian semua pedagang, tiada siapa yang terkecuali.

Lagi



September 6, 2020

Analisis Teknikal Forex: Asas, Teori, Perkakas

Analisis Teknikal Forex: Asas, Teori, PerkakasPasaran Forex adalah sebuah tempat di mana semua orang berpeluang untuk mengaut keuntungan. Namun janganlah anda keliru antara nasib dan juga pendekatan secara profesional. Pelabur adalah kerjaya yang perlu dipelajari. Jika tidak, gerak hati pasti akan memakan diri, dan dagangan yang dibuat kelak hanya akan mendatangkan kerugian. Disebabkan itu, untuk memulakan karier anda, janganlah terus membuang masa, mulakan dengan mempelajari analisis pasaran secara teknikal. Dagangan anda pasti dipenuhi dengan kesedaran.

Lagi



Mac 13, 2020

Leveraj 1: 1000: Kebebasan Berdagang

Leveraj 1: 1000: Kebebasan BerdagangPraktis menunjukkan ramai pedagang serta pelabur yang tidak begitu memahami apa sebenarnya leveraj serta kelebihan dan juga risiko yang dimilikinya. Malah, leveraj adalah suatu alat untuk melipatgandakan peluang seseorang pedagang itu.

Lagi



Mac 12, 2020

Superbear Kewangan

Superbear KewanganData menunjukkan pedagang paling berjaya adalah dari kalangan ‘bull’, iaitu mereka yang memilih kenaikan dalam pasaran. Kenyataan ini benar dalam pasaran saham. Ramai pengurus dana lindung nilai terbesar serta pelabur-pelabur sentiasa mencari saham di bawah nilai pasaran, jika diperoleh, dapat memberi pulangan yang besar.

Lagi



Februari 17, 2020

BITCOIN: RAHSIA DAGANGAN LUMAYAN

BITCOIN: RAHSIA DAGANGAN LUMAYANBitcoin: walaupun matawang ini berbentuk maya, ramai yang telah mendapat pulangan jutaan dolar dengan berdagang bitcoin. Lebih daripada 1,000 orang pemilik yang memiliki kekayaan ratusan ribu, juta, dan juga puluhan juta dolar, serta lima orang yang telah dikenal pasti bergelar bilionair. Selain itu, mereka tidak perlu bekerja sehingga mereka tua: menurut Forbes, purata umur jutawan kripto hanyalah berusia 42 tahun.

Lagi



Back 1 2
Ikuti Kami