November 3, 2017

Menurut statistik, lebih dari 85% transaksi di pasaran kewangan dibuat menggunakan dolar US, dan lebih kurang 30% menggunakan Euro. Jadi apa yang pakar jangkakan untuk EUR/USD bagi penghujung tahun 2017 dan pada 2018?

Apa Yang Diperkatakan Bulls

Sebagai permulaan, daripada 80 bank yang membuat ramalan untuk pasangan ini pada bulan Jun, 23 bank menjangkakan pertumbuhan kepada $ 1.15 pada hujung tahun ini. Hanya segelintir percaya bahawa ia boleh mencecah $ 1.18.

Antara yang paling hampir adalah penganalisa dari DZ Bank AG - bank kedua terbesar di Jerman, tapi mereka tidak menjangka pada awal September, EUR/USD hampir mencecah ke paras 1.21.

Keseluruhannya, sejak Disember 2016, pasangan ini telah bertambah sebanyak 17%. Walaupun ia turun sehingga 1.16 berikutan keputusan ECB pada program QE, ianya bukan penghalang untuk pasangan ini kembali naik. Penganalisa di DZ Bank AG percaya, Euro mempunyai potensi pertumbuhan sehingga musim panas 2018.

"Pertumbuhan Euro telah melepasi pelbagai jangkaan," kata John Gordon, ketua penganalisa di syarikat broker NordFX. - Sebagai contoh, strategi Bank Perdagangan Canadian Imperial berpegang pada ramalan bullish, di mana pasangan itu dijangka akan didagangkan pada $ 1.14 penghujung tahun ini, dan ia akan mencecah $ 1.18 euro pada penghujung 2018. Ramalan Bank of America Merill Lynch pula seperti ini: penghujung 2017 - 1.15, penghujung 2018 - 1.19.

Ramalan yang biasa turut diberikan Rand Merchant Bank musim panas lalu, mereka menjangkakan kadarnya berada pada paras $ 1.12 pertengahan tahun hadapan. Pertumbuhan yang sama - sehingga $ 1.13 seperti yang dinyatakan Bloomberg dalam kajiannya.

"Kini, ramai yang akan mempertimbangkan semula ramalan mereka, penganalisa NordFX itu meneruskan. - Ini disebabkan oleh ahli strategi perbankan memandang rendah aspirasi yang berlaku di Eropah. Risiko politik di sini adalah sia-sia. Rundingan Brexit, pemilihan di Perancis dan Jerman, semua itu, meskipun terdapat banyak faktor negatif, termasuklah isu di Catalonia, kejatuhan zon Eropah tidak mungkin berlaku. Tambahan lagi, ekonomi di rantau Eropah semakin pulih dan indeks aktiviti perniagaan meningkat ke paras tertinggi".

Untuk Dolar, nilainya tidak akan kukuh berbanding Euro dan pesaing utama yang lain sehingga hujung tahun ini. "Kami tidak akan berhenti berkata bahawa Kerajaan bukanlah "tongkat sakti" bagi dolar, yang dapat mengukuhkan kadar tukaran, berkata di DZ Bank AG. - Tindakan Kerajaan sudah dapat dijangka, ini bermakna rakyat Amerika sudah hilang kekuatannya. Tetapi, ECB sebaliknya penuh dengan kejutan."

Dinamik ekonomi AS pada tahun 2017 lemah dari yang dijangka. Hal ini, seperti yang dicatatkan HSBC, dan juga kurangnya pembaharuan sebenar dari Donald Trump, telah mengakibatkan pengeluaran modal spekulatif yang memihak Euro.

Bagaimana pula dengan ramalan paling optimistik yang dibuat sehingga kini?

Menurut penganalisa Dutch Rabobank, Euro dikurang nilai berbanding Dolar sebanyak 11%, justeru pada pertengahan 2018, pasangan EUR/USD mungkin akan meningkat ke paras 1.25.

BNP Paribas menjangkakan dinamik yang lebih kompleks. Mengikut ramalan mereka, pada suku pertama, pasangan ini akan turun ke paras $ 1.15 sebelum naik ke $ 1.23 pada suku keempat 2018.

Tetapi di Societe Generale pula, mereka percaya Euro akan bertumbuh ke $ 1.20, dan kemudian ia akan menurun.

Ramalan Forex untuk EURUSD pada penghujung 2017 dan tahun 20181

Kekhuatiran bearish

"Tidak benar untuk mengatakan semua orang optimistik dengan Euro dalam dunia kewangan," kata John Gordon dari NordFX. "Pengaruh Eurosceptic juga berlaku."

Antara cabaran utama yang dihadapi EU adalah masalah pelarian dan imigran haram dari Afrika Utara dan juga Timur Tengah.

Masalah lain pula adalah ketidakseimbangan ekonomi yang terjadi kerana Euro bukan matawang untuk satu negara saja. Hasilnya, sesetengah negara dalam zon Eropah, yang ekonominya bergantung pada pertanian, industri ringan dan pelancongan, mengalami kesukaran. Tetapi negara membangun menerima faedah yang besar dengan pemurataan kadar bagi satu matawang.

Jerman mendapat faedah yang paling besar. Ketua Majlis Perdagangan Kebangsaan AS, Peter Navarro, turut berkata matawang Euro kini adalah samaran bagi matawang Deutsche. Ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker membalas dengan mengumumkan bahawa beliau menyokong mana-mana negeri yang ingin keluar dari Amerika Syarikat.

Sudah tentu, semua itu khabar angin, tetapi konflik dagangan antara Eropah dan Amerika Syarikat masih boleh berlaku, dan mampu untuk menjatuhkan Euro.

Selain itu, terdapat satu lagi langkah yang boleh dijangka untuk meningkatkan nilai dolar. Ia adalah pelan yang telah dikeluarkan Perbendaharaan AS iaitu meningkatkan hutang negara pada suku keempat tahun ini dan mengeluarkan dana paling tinggi dengan bantuan bon kerajaan - sebanyak setengah trilion dolar.

Pengeluaran likuiditi dolar sebanyak itu dari pasaran mungkin akan meningkatkan permintaan pada matawang ini dari bank terkemuka seperti Citigroup, Goldman Sachs & Co., Morgan Stanley, Deutsche Bank, dll., yang akan mengukuhkan lagi pertumbuhan dolar.

"Sudah tentu, jika semua ramalan bearish ini, bermula dengan percanggahan dagangan dengan Amerika Syarikat dan berakhir dengan risiko antara negara-negara Eropah yang berterusan, akan berlaku," kata penganalisa NordFX, "EUR/USD mungkin akan turun seperti dulu. Jika diingat, pada Januari, kemungkinan Euro dan Dolar mencapai kesetaraan adalah tinggi. Semua menunggu pada $ 1.00. Tetapi semua ramalan tentang kejatuhan Kesatuan Eropah tidak berlaku, dan pasangan ini kembali naik pada paras 1.034, sekali lagi."

Jika anda rumuskan pendapat para pakar dari bank terkemuka, pergerakan pasangan ini mungkin ke arah 1.150-1.210 pada penghujung tahun ini. Tapi jika ada berlakunya campur tangan Perbendaharan US, dan Dolar semakin kukuh, support seterusnya baginya adalah di paras $ 1.110.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami