November 11, 2017

Pertama sekali, ulasan bagi ramalan minggu lepas:

  • Pada musim panas lalu, pakar strategi dari pelbagai bank terkemuka antarabangsa telah menetapkan ketinggian zon sebanyak 1.15-1.16 bagi tahun 2015 dan 2016 begitu penting untuk EUR/USD. Dua minggu dalam bulan November mengesahkannya: matawang ini bergerak selari pada paras 1.1600, dan naik turun paling ketara antara 1.1575-1.1550 selain daripada pergerakan tidak konsistennya. Ia berada di bahagian atas koridor semasa sesi mingguan berakhir;
  • GBP/USD. Trend pasangan ini bergerak selari pada paras 1-3035-1-3320 lebih dari sebulan. Beberapa minggu lalu, ia cuba untuk mendapatkan semula keuntungan pada permulaan bulan November. Walaupun mereka memaksa pergerakan keluar dari bahagian bawah, namun ia hanya mampu untuk naik sedikit saja dari Pivot Point mereka, dan ditutup pada paras 1.3200;
  • Tiada kejutan bagi USD/JPY. Seperti yang dijangka, sekali lagi ia cuba untuk berada di sempadan atas di tahap 108.00-114.50. Seperti yang diketahui, selepas ia gagal, ia mengambil langkah lega dan turun ke paras 113.00, menjadikan garisan penurunan seperti di buku teks pada carta;
  • Jika diingat pada dua minggu lalu, 75% penganalisa yang disokong dengan analisis teknikal menyatakan USD/CHF akan cuba untuk naik ke paras melebihi 1.0000. Ia 100% benar-benar berlaku. Walau bagaimanapun, tanpa sokongan EUR/USD, momentumnya berkurangan; tidak mencapai sasaran sebenar iaitu 1.0100, bergerak mengikut pergerakan lateral, ditutup pada 0.9960 selepas lima hari.

Bagi ramalan minggu seterusnya, berdasarkan rumusan penganalisa dari beberapa buah bank dan broker, serta ramalan yang dibuat dari bermacam kaedah dan juga analisis grafik, kami berpendapat:

  • EUR/USD. Majoriti pakar (65%) memilih pertumbuhan bagi pasangan ini, walaupun sedikit saja. Mereka berpendapat, setelah melepasi paras support / resistance yang kuat pada 1.1665, ia akan naik semula: pertama pada 1.1725, dan kemudian naik 100 poin lagi. Kedua-dua analisis grafik dan 70% indikator pada H4 bersetuju dengannya. Namun, apabila bertukar ke D1, ia bertukar menjadi sebaliknya - kebanyakkan indikator menjangkakan pasangan ini jatuh ke paras 1.1555. Support yang seterusnya berada di zon 1.1475;
  • Pandangan pada GBP/USD pula negatif: lebih dari 60% penganalisa dan analisis grafik pada D1 bersetuju. Sokongan berdekatan pada paras 1.3035, dan paras 1.2870 jika ia berjaya. Pandangan alternatif oleh 15% pakar dan indikator pada D1 juga diberi, tetapi hanya suku dari isyarat oscilator matawang terlebih beli yang ditunjukkan. Baki 25% penganalisa pula berpendapat ia akan terus bergerak dalam pergerakan lateral di paras 1.3035-1.3320;
  • Ramalan untuk USD/JPY pula naik turun antara neutral dan negatif. 70% pakar dan separuh dari trend indikator serta oscilator bersetuju ia akan mengalami penurunan. 40% indikator berada dalam posisi neutral, hanya 10% menunjukkan penaikan. Walaupun begitu, 30% penganalisa memihak pada bull. Sasaran yang sama seperti sebelumnya. Ia akan naik melepasi sempadan atas pada paras 114.50. Bagi bear pula, ia akan kembali ke Pivot Point pada zon 111.70;

Ramalan Forex untuk EURUSD, GBPUSD, USDJPY dan USDCHF bagi tempoh 13 - 17 November, 20171

  • USD/CHF. Seperti yang biasa terjadi, ramalan pasangan ini menyerupai EUR/USD, dan ia juga akan berlaku minggu hadapan. Berdasarkan indikator H4, 65% pakar bersetuju pasangan ini akan turun ke paras 0.9860. 35% selebihnya tidak bersetuju: mereka berkata ia akan naik sehingga 1.0100 dari permulaan minggu. Jika menurut analisis grafik, ia memberi pilihan alternatif pada D1: bermula dengan penurunan ke paras 0.9860, kemudian naik ke 1.0100, dan seterusnya bergerak dalam pergerakan lateral.

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami