Disember 10, 2017

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • Ramalan jangka-sederhana sering menjadi benar lebih cepat daripada apa yang dijangka. 65% daripada penganalisis menjangka EUR/USD akan cuba mencapai titik tengan saluran sisi 1.1575-1.2090, dimana ia telah bergerak bagi beberapa bulan, dalam jangka-sederhana. Walau bagaimanapun pasangan ini telah sekali lagi kembali ke nilai-nilai Ogos, menafikan terus jangkaan jangka-pendek bull;
  • Situasi yang serupa juga berlaku bagi GBP/USD. 70% daripada para pakar telah menjangka kenaikkannya dalam jangka pendek, dan 70% daripada para pakar menjangka kejatuhannya dalam jangka sederhana. Perlu dinyatakan juga bahawa bear yang ingin mengembalikan pasangan ini ke batasan koridor sisi 1.3050-1.3325 adalah cukup kuat dan akan bertindak pada peluang yang pertama. Ini adalah apa yang telah berlaku: pada Hari 7 Disember, pasangan ini jatuh ke 1.3318 dan mengakhiri sesi minggu pada 1.3380;
  • USD/JPY. Adalah tidak mungkin untuk membuat sebarang ramalan bagi pasangan ini dengan bantuan penunjuk, sama ada menggunakan H4 atau D1: ada diantara mereka adalah dalam hijau, ada yang dalam merah dan ada yang dalam kelabu neutral. Bagi para pakar, bull mempunyai kelebihan tipis (60% melawan 40%): mengikut mereka, pasangan ini sepatutnya naik sekali lagi ke paras 113.30-114.00. Ini disahkan oleh analisis graf pada H4. Walau bagaimanapun, pada D1, pasangan ini kelihatan akan cuba mencapai Titik Pivot bagi saluran sisi jangka-sederhana 108.00-114.50, sekitar 111.70.
    Jika anda perhatikan graf, kedua-dua ramalan ini terbukti benar. Pasangan ini jatuh ke 111.98 menjelang pertengahan minggu dan kemudian membuat pusingan-U, meluru ke paras yang dijangka oleh bull; pada penamatan tempoh lima-hari, ia mencapai ketinggian 113.58;
  • USD/CHF. 45% daripada para pakar mendakwa apabila paras sokongan/rintangan 0.9760 tercapai, pasangan ini akan melantun ke rintangan pada 0.9845 terlebih dahulu, diikuti dengan kenaikkan 100 mata. Scenario ini disahkan juga oleh pengayun, yang menandakan ia telah terlampau dijual. Ramalan ini terbukti 100% benar, dengan pasangan ini bergerak utara secara stabil sepanjang minggu, mencatat maksimum di 0.9975. Setelah mengalami lantunan sebanyak 50 mata, ia terbeku di 0.9925.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • Disebabkan oleh ketibaan cuti Krismas dan akhir tahun, kami boleh menjangka penurunan aktiviti kewangan yang biasa. Sungguhpun begitu, apabila perdagangan menjadi "tipis", kadar-kadar mungkin dipengaruhi oleh spekulator-spekulator minor.
    Berkenaan dengan EUR/USD, bear mempunyai kelebihan besar (80% vs 20%): pasangan ini dijangka terus jatuh ke batasan bawah saluran sisi jangka-sederhana 1.1575-1.2090. Pada masa yang sama, dalam beberapa hari yang akan datang, pasangan ini mungkin bergerak dalam lingkungan yang lebih sempit - 1.1685-1.1900.
    Analisis graf dan 70% daripada penunjuk bersetuju dengan ramalan ini. Bagi penyokong bull, mereka disokong oleh lebih kurang satu pertiga daripada pengayun yang menandakan pasangan ini telah terlampau dijual. Walau bagaimanapun, pasangan ini sepatutnya tidak akan naik melebihi 1.1850-1.1900;

Ramalan Forex untuk EURUSD, GBPUSD, USDJPY dan USDCHF bagi 11 – 15 Disember 20171

  • Bacaan-bacaan penunjuk berkenaan dengan masa depan GBP/USD pada H4 dan D1 adalah bertentangan sama sekali. Pada H4, kebanyakkannya menuding ke selatan, dan pada D1 mereka melihat ke utara. Situasi yang serupa berlaku dengan analisis graf. Para pakar pula dikuasai oleh sentimen bear: 65% daripada mereka meramalkan kejatuhan pasangan ini. Sokongan terdekat adalah dalam zon 1.3300, dan seterusnya dalam kawasan 1.3125-1.3200. Rintang utame terletak di 1.3550;
  • USD/JPY. Bagi pasangan ini, sama seperti minggu lepas, kebanyakkan pakar (75%) meramalkan kenaikkan yang berterusan. Sasaran adalah 114.00, 114.45 dan 114.75. Ramalan ini disokong oleh hampir kesemua penunjuk dan analisis graf. Sebaliknya, 25% daripada pengayun pada H4 memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli, yang mungkin mengakibatkan kejatuhan ke 112.00-113.00;
  • USD/CHF. 90% daripada para pakar, analisis graf pada D1 dan 90% penunjuk pada H4 dan D1 meramalkan pasangan ini akan meneruskan kenaikkannya ke 1.0100. Rintangan terdekat adalah di paras pariti 1.0000.
    Hanya 10% daripada penganalisis dan 10% daripada pengayun mempunyai pendapat yang bertentangan, iaitu pasangan ini telah terlampau dibeli: mereka meramalkan kejatuhan ke sokongan 0.9880. Paras sokongan seterusnya ialah pada paras 0.9845.

 

Roman Butko, NordFX

 

Perhatian: rebut peluang yang belum pernah ada!

NordFX menawarkan peluang unik untuk berdagang matawang kripto (Bitcoin, Litecoin dan Ethereum) dengan leveraj 1:1000 kepada anda!


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami