Disember 17, 2017

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • Kesan cuti perayaan Krismas terhadap para peserta pasaran kewangan memang tidak dinafikan. Ini adalah sebab mengapa kebanyakkan penganalisis menjangka EUR/USD akan bergerak di dalam saluran sempit 1.1685-1.1900. Realitinya, saluran ini adalah lebih
    sempit daripada jangkaan, iaitu 1.1717-1.1862, dengan naik turun mingguan tidak melebihi 150 mata. Maka, minggu lepas tidak memberi apa-apa hasil yang nyata: pasangan ini berakhir hampir pada tempat dimana ia bermula, iaitu dalam zon 1.1750;
  • Dalam memberi ramalan bagi GBP/USD, kebanyakkan pakar (65%) berpendapat pasangan ini akan jatuh, menyatakan 1.3300 sebagai paras sokongan. Pasangan ini jatuh ke paras ini pada pertengahan minggu. Kemudian ia melantun, dan kembali ke paras ini untuk mengakhiri minggu lepas pada Jumaat, 15 Disember.
  • USD/JPY. Seperti yang sering berlaku, para penganalis ditewaskan oleh pengayun. Penganalis berpendapat trend menaik akan berterusan; pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli dan mungkin jatuh ke 112.00-113.00, dan ini terbukti tepat: paras minimum mingguan adalah pasa 112.02. Pasangan ini naik sebanyak 60 mata dan berhenti 112.62;
  • USD/CHF. Bacaan pengayun-pengayun menyatakan pasangan ini telah terlampau dibeli dan mungkin jatuh ke bawah, dan menyatakan 0.9880 dan 0.9845 sebagai paras sokongan. Ramalan ini telah dibuktikan sepenuhnya. Pasangan ini telah cuba berulang kali untuk melepasi paras 0.9880 dalam separuh minggu pertama dan suatu percubaan pada hari Rabu telah berjaya. Hasilnya, pasangan ini jatuh ke paras sokongan kedua dalam zon 0.9840. Seterusnya, sebaliknya berlaku, dan seperti dengan EUR/USD, USD/CHF kembali ke nilai permulaan mingguan.

 

Ramalan Forex untuk EURUSD, GBPUSD, USDJPY dan USDCHF bagi 18 – 22 Disember 20171

Krismas: penghujung bagi tahun kewangan ... bank-bank dan dana-dana telah menghabiskan kerja-kerja dan pasaran Forex adalah tenang. Maka, selagi tiada apa yang luar biasa berlaku di dalam dunia (dan kami berharap tiada apa-apa yang berlaku!), sepatutnya tidak akan terdapat perubahan serius dalam kadar pertukaran.

Ramalan adalah sukar dibuat dalam keadaaan sebegini. Kali ini, seperti biasa, kami mengulas pendapat-pendapat para penganalis daripada pelbagai bank dan brokeraj, bersama juga ramalan-ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf. Sungguhpun begitu, kemungkinan besar kami hanya boleh ketahui mana satu yang menjadi benar pada permulaan tahun baru.  Maka:

  • Bermula dengan EUR/USD, terdapat kelebihan tipis bagi bear. 45% daripada pakar berpendapat pasangan ini akan jatuh, 30% berpendapat akan naik, dan baki 25% meramalkan tren mendatar. Situasi ini kekal sama bagi analisis teknikal, dengan lebih kurang setengah daripada penunjuk-penunjuk meramalkan kejatuhan. Sungguhpun begitu, perlu dinyatakan bahawa lebih kurang 20% daripada penunjuk-penunjuk menunjukkan pasangan ini telah terlampau dijual. Paras rintangan adalah 1.1815 dan 1.1860; paras sokongan adalah 1.1720 dan 1.1650;
  • GBP/USD. 50% daripada penganalisis meramalkan kenaikkan, 25% kejatuhan, dan 25% meramalkan pergerakan lateral. Kebanyakkan penunjuk trend (70%), seperti pengayun adalah berwarna merah. Pada masa yang sama, satu pertiga daripada pengayun menunjukkan pasangan ini telah terlampau dijual. Analisis graf bersetuju dengan mereka, menunjukkan kemungkinan pasangan ini naik ke 1.3425 pada H4, dan lebih tinggi ke 1.3550 pada D1. Selepas itu, pasangan ini dijangka akan jatuh ke 1.3300, dan kemudian lebih rendah ke sokongan pada 1.3225 (bagi H4) atau 1.3065 (bagi bacaan D1). 65% daripada pakar menyokong kejatuhan jangka-sederhana;
  • USD/JPY. Kebanyakkan penganalisis(65%), analisis graf dan penunjuk pada H4 menyokong bear, menjangka pasangan ini jatuh ke sekurang-kurangnya 110.85. 30% pakar sedang menunggu pasangan ini kembali ke 113.70. Baki 5% pakar, bersama penunjuk trend dan pengayun pada D1, mengambil kedudukan neutral;
  • USD/CHF adalah pasangan terakhir dalam ulasan kami. Pendapat para pakar adalah berlawanan dengan pengayun. Kebanyakkan penunjuk trend (75%) menunjukkan kenaikkan pada H4 dan D1. Analisis graf menyokong perkembangan ini dan meramalkan trend sisi dengan sentimen bull pada D1. Sungguhpun begitu, mengikut bacaannya, pasangan ini mungkin menyentuh paras bawah dalam zon 0.9800, dan kemudian membuat pusingan U. Selepas itu, pasangan ini akan naik ke rintangan dalam zon 0.9925-0.9935. Selepas melepasi zon ini, ia akan naik lebih tinggi ke 0.9975.

 

Kepada rakan-rakan perdagangan,

Ramalan kami yang seterusnya akan diterbitkan pada tahun depan. Dengan hati yang ikhlas, kami mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru. Ketika anda sedang menikmati musim perayaan ini, sila ingat bahawa sungguhpun pasaran Forex telah menjadi tenang, perdagangan matawang kripto kekal hangat.

 

NordFX menawarkan kepada anda, peluang unik untuk berdagang matawang kripto (Bitcoin, Litecoin dan Ethereum) dengan 1: 1000 leverage 24 jam sehari, 7 hari seminggi, 365 hari setahun!
Pendapatan, tidak seperti Forex, tidak akan tidur.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami