Januari 16, 2018

Ramalan Bitcoin bagi 20181

 

Tahun yang lepas adalah satu tahun yang penting bagi bitcoin. Walaupun seseorang langsung tidak faham apa itu matawang digital, beliau pasti pernah mendengar perkataan ajaib, bitcoin, sekurang-kurangnya sekali atau dua. Ia wujud di merata-rata: dalam suratkhabar, dalam radio, dalam Internet. Ini bukanlah sesuatu yang ganjil: dalam sebelas bulan 2017, matawang digital ini telah berkembang 20 kali ganda (daripada USD 900 setiap 1 koin kepada USD 20,000). Kenaikkan dalam permintaan menolak ia harganya semakin tinggi dan tinggi kerana semakin ramai berkumpul dalam bursa-kripto untuk memperolehi keuntungan tidak terduga. Tetapi, dengan tiba-tiba, dalam hanya satu minggu dari 12 Disember ke 17 Disember, bitcoin hilang melebihi 45% dalam nilai. Keruntuhan yang begitu besar membuktikan strategi yang hanya berdasarkan pendekatan "beli sahaja" tidak selalu menguntungkan pedagang dan pelabur: ia juga boleh membawa bencana.

Maka, apa yang akan berlaku bagi Bitcoin dalam 2018? Adakah pedagang patut membeli atau menjualnya? Atau hanya mengetepikan koin maya sebagai sesuatu yang terlalu tidak stabil?

 

"Perlu dinyatakan," kata John Gordon, penganalisis utama dalam syarikat brokeraj NordFX, "bahawa dalam ketika bitcoin jatuh, banyak matawang kripto yang lain terus berkembang. Ini menunjukkan pelabur kripto tidak rela meninggalkan pasaran blockchain dan memilih, bergantung kepada situasi, berubah dari bitcoin ke coin lain, dan sebaliknya. Tiada sesiapa yang rela meninggalkan peluang untuk menerima keuntungan ratusan dan ribuan peratus. Maka, seseorang tidak patut menjangka suatu aliran dana keluar daripada pasaran kripto ke pasaran forex atau pasaran saham. Soalan yang tinggal adalah mana satu koin yang akan wajar dipertimbankan bagi pelaburan dalam 2018. Adakah bitcoin terus mengekalkan kedudukan utamanya, atau ia akan diganti oleh matawang kripto yang lain, contohnya, Ethereum?"
"Disebabkan oleh perkembangan komisen dan transaksi yang sangat perlahan, bitcoin tidak lagi diperlukan sebagai suatu kaedah pembayaran, mengikut Jez San, pembangun dan CEO FunFair Technologies. Beliau berpendapat bitcoin adalah suatu peluang pelaburan yang tidak diyakini, sungguhpun ia memberi keputusan yang menakjubkan dalam tahun yang lepas. San percaya ia telah usang dan kelihatan seperti sistem operasi DOS, manakala Ethereum adalah seperti Windows atau Mac OS: ini adalah sebab pembangun mencipta ribuan aplikasi dalamnya, mencadangkan Ethereum mempunyai masa depan yang cerah."

Pakar makro Peter Tchir juga adalah ragu-ragu akan bitcoin: dalam temu duga bersama Forbes, beliau mengatakan pergerakan bitcoin pada masa kini adalah seperti aset biasa yang telah terlampau dijual, yang mencadangkan minat pengguna terhadapnya semakin berkurangan.

Sungguhpun begitu, kemungkinan penurunan ini adalah sementara sahaja, dan permintaan akan berterusan. Maka, mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Harris, hanya dua peratus daripada orang Amerika memiliki bitcoin, tetapi 19% berkata mereka merancang untuk membelinya dalam beberapa tahun yang akan datang. Ini menandakan peningkatan sepuluh kali ganda dalam pasaran.

"Adalah mungkin bagi gelembung matawang kripto untuk mencapai USD 10 trillion, dan ini adalah 20 kali ganda lebih daripada hari ini," kata Mike Novogratz, seorang jutawan yang telah melabur satu pertiga daripada kekayaannya dalam matawang kripto, dalam temu bualnya bersama Fortune.

 

"Kami telah menganalis pendapat-pendapat pakar mengenai masa depan bitcoin," kata John Gordon dari NordFX, "dan jika kami cuba mengenalpasti persamaan di antara mereka, kesimpulannya adalah: para pakar tidak menafikan kejatuhan bitcoin, menjangka 4,500-10,000 dolar setiap koin adalah minimum. Walau bagaimanapun, kejatuhan ini, jika berlaku, hanya akan sementara sahaja. Ramalan secara umum adalah optimistik: dalam 2018 matawang ini mungkin berkembang ke 50,000-100,000 dolar.

Angka-angka ini kelihatan menarik, tetapi jika anda pertimbangkan bahawa matawang kripto ini bermula dari paras $15,000 tiada lagi sebab untuk berbincang mengenai sebarang peningkatan dua puluh kali ganda dalam nilainya, seperti dalam tahun lepas. Kenaikkan akan lebih sederhana: 3-5, atau 6 kali ganda. Tetapi walau bagaimanapun, ini adalah beberapa kali ganda kadar keuntungan pelaburan dalam saham atau matawang tradisional."

 

Spencer Bogart, seorang pakar mengulas dalam Daily Express, menyatakan USD 50,000 sebagai sasaran. Beliau, bersama Julian Hosp, pengasas syarikat kriptografik TenX mengumumkan satu angka USD 60,000 dalam CNBC, bersetuju dengan penilaian John Gordon. John McAfee, pembekal anti-virus terkenal juga berpendapat harga mungkin meningkat melebihi USD 100,000 setiap bitcoin.

"Ramalan yang jauh lebih sederhana datang dari WalletInvestor," kata John Gordon, "mengikut pakar-pakar mereka, Bitcoin akan naik sehingga sekitar USD 28,000 (kenaikkan 85%) dalam 2018, Ethereum akan mencapai USD 1,940 (kenaikkan 60%), dan Litecoin USD 405 (kenaikkan 60%). Walaupun dengan ramalan sedemikian, pedagang kripto dan pelabur boleh mengandakan keuntungan mereka berkali-kali lebih tinggi dengan bantuan leveraj, yang mana syarikat kami sedia menawarkannya. NordFX mampu mengkredit transaksi pelanggannya sehingga 1000 kali ganda modal mereka sendiri, percuma sama sekali dan tanpa memerlukan gadaian. Maka, untuk membeli 1 bitcoin pada harga semasa, pelabur hanya perlu memiliki beberapa dozen dolar dalam akaunnya. Tawaran ini sungguh unik dalam pasaran. Pembukaan akaun juga hanya mengambil masa seminit atau dua, selepas itu, pelanggan boleh melakukan transaksi bagi kedua-dua membeli dan menjual matawang kripto. Menjual matawang kripto adalah sangat penting juga kerana ini membenarkan anda mengambil keuntungan jikalau matawang kripto runtuh. Disember lepas membuktikan scenario ini bukan suatu yang tidak mungkin, walaupun dengan banyak ramalan yang optimistik.


Buat masa ini, NordFX menawarkan kepada para pelanggan, kemungkinan melakukan transaksi dengan tiga matawang paling popular: bitcoin, Litecoin dan Ethereum. Sungguhpun begitu, kami sedang memerhati pasaran blockchain dengan rapi dan jika situasi berubah, kami bersedia untuk mengembangkan senarai instrumen yang boleh didagangkan dengan pantas." 

 


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami