Januari 28, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR / USD. Pendapat penganalisis adalah terbahagi secara rata. Dengan lebih tepat, 55% daripada mereka menyokong "bear" dan 45% menyokong "bull". Nasib pasangan ini ditentukan oleh kuasa terbesar dalam dunia: pasangan ini meningkat berikutan penyata mengenai dolar yang lemah daripada Setiausaha Perbendaharaan AS; kemudian pasangan ini jatuh disebabkan oleh ucapan Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi, mencapai paras tertinggi dalam tiga-tahun pada 1.2537.
    Matawang AS menerima sedikit bantuan daripada Presiden AS Donald Trump yang mengumumkan, dalam forum ekonomi di Davos, Switzerland, bahawa menteri kewangan beliau tidak difahami sepenuhnya. Disebabkan oleh "salah faham" ini, dolar berjaya menawan kembali 175 mata, diikuti dengan pasangan ini bergerak ke Utara dan mengakhiri minggu lepas mengikut kehendak penyokong "bull": berdekatan 1.2425;
  • Ini bukan sesuatu yang sering berlaku, tetapi disebabkan oleh beberapa kenyataan VIP, graf GBP/USD hampir mengulangi graf EUR/USD sepenuhnya. Pertama sekali, pasangan ini menunjukkan peningkatan yang menakjubkan, naik sebanyak 500 mata dan mencapai ketinggian 1.4345 pada hari Khamis. Tetapi berikutan kenyataan Trump, pasangan ini jatuh sebanyak 260 mata, kemudian naik ke 1.4285, dan akhirnya jatuh semula ke 1.4165;
  • Tidak seperti GBP/USD, Yen Jepun hanya mampu menawan kembali separuh daripada dolar: lebih kurang 240 mata. Disebabkan oleh kejatuhan ini, ramalan daripada kebanyakan pakar (70%) terbukti 100% tepat: pasangan ini hampir mencapai batasan bawah koridor sisi jangka sederhana 108.00-114.75. Dengan mengambil kira tiga minggu terakhir Januari secara keseluruhan, matawang Jepun telah meningkat sebanyak lebih kurang 500 mata berbanding matawang AS dalam tempoh masa ini;
  • USD/CHF, dengan mencerminkan dinamik EUR/USD, telah memenuhi dan melebihi ramalan kebanyakan penganalisis. Mereka meramalkan trend menurun akan berterusan; dengan sasaran di sekitar 0.9400, paras terendah musim panas 2017. Setelah berusaha berulang kali, pasangan ini berjaya melintasi paras sokongan dan mengakhiri minggu lepas berdekatan 0.9335.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Majoriti besar penunjuk berwarna hijau bagi pasangan ini. Hanya 15% daripada pengayun memberi isyarat pasangan ini telah terlampau dibeli. Di kalangan pakar-pakar pula, perbezaan di antara yang berpendapat dolar akan semakin kuat dengan yang berpendapat dolar akan jatuh adalah lebih ketara: 65% melawan 35%. Sasaran terdekat bagi kes ini adalah zon 1.2190-1.2300.
    Kami perlu menyatakan bahawa minggu yang akan datang akan dipenuhi dengan acara-acara yang boleh mempengaruhi pergerakan EUR/USD dan pasangan-pasangan dolar yang lain. Ini termasuk penerbitan data mengenai pasaran pengguna AS pada Isnin 29 Januari, pengumuman data mengenai GDP dan indeks harga pengguna EuroZone pada 30 dan 31 Januari, komen mengenai polisi kewangan daripada Rizab Persekutuan pada 31 Januari, dan juga penerbitan data pasaran buruh AS (NFP) pada Jumaat 2 Februari. Dalam menyentuh mengenai AS, kami harus ingat akan presiden negara ini: Donald Trump dijangka akan memberi satu ucapan lagi pada hari terakhir Januari. Jikalau pasaran bertindak balas secara negatif terhadap acara-acara ini, kejatuhan dolar mungkin berterusan, bererti peningkatan pasangan ini akan berterusan. Sasaran yang paling mungkin adalah paras rintangan musim luruh 2014: 1.2535, 1.2570 dan 1.2630;
  • GBP/USD. Bagi penunjuk trend dan pengayun, keadaan di sini adalah sama seperti dengan EUR/USD. Pendapat pakar-pakar pula berpecah tiga: satu pertiga menyokong kenaikkan pasangan ini, satu pertiga meramalkan kejatuhan dan satu pertiga meramalkan trend sisi. Analisis graf pada H4 menyokong trend sisi, meramalkan gerakan dalam masa terdekat bagi pasangan ini adalah dalam saluran sisi 1.4085-1.4345. Selepas itu, mengikut analisis graf pada D1, kemeruapan akan meningkat, dan pasangan ini mungkin anda mencapai paras bawah 1.3855, dan kemudian melantun atas ke zon  1.4300-1.4485.
    Bagi ramalan jangka masa sederhana, 80% daripada pakar-pakar meramalkan kejatuhan pasangan ini ke zon 1.3450-1.3585.
  • USD/JPY. Bagi pasangan ini, kebanyakan pakar-pakar (60%), dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, meramalkan pasangan ini melantun ke 109.36, dan mungkin lebih tinggi, ke Titik Pivot saluran jangka masa sederhana berdekatan 111.00, diikuti dengan kejatuhan sekali lagi ke batasan bawah saluran jangka masa sederhana pada 108.00. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh berita-berita ekonomi, trend "bear" mungkin akan cuba melintasi paras sokongan 108.00 dan mencapai 107.30, tahap minimum Ogos lepas;

Ramalan Forex bagi EURUSD, GBPUSD dan USDCHF untuk Januari 29 - Februari 02, 20181

  • Pasangan terakhir dalam ulasan kami adalah USD/CHF. 50% daripada pakar-pakar bersetuju dengan analisi graf pada H4, dan juga satu suku daripada pengayun, yang meramalkan kenaikkan pasangan ini ke 0.9435, dan kemudian 100 mata lebih tinggi. Separuh daripada pakar-pakar yang lain berpendapat dengan kelemahan dolar, pasangan ini akan ditarik turun ke 0.9135.
    Pada masa yang sama, perlu dinyatakan bahawa bagi jangka masa sederhana, jumlah penyokong kenaikkan pasangan ini ke 0.9500, dan kemudian ke pariti pada 1.0000, meningkat ke 70%.

 

Pedagang sekalian,

NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto dengan paras leveraj tanpa tandingan 1:1000.

Sebaran adalah minimum, buka akaun dalam hanya 1 minit.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami