Januari 31, 2018

Para pelanggan yang dikasihi, dengan sukacitanya kami mengumumkan bahawa tiga pasangan matawang kripto baru telah ditambah kepada akaun Pro dan Zero. Kini, selain daripada BTCUSD, LTCUSD dan ETHUSD, perkhidmatan perdagangan juga boleh didapati bagi pasangan DSHUSD, XRPUSD dan BCHUSD yang semakin popular.

Dash, DSH adalah matawang kripto yang diterbitkan pada 18 Januari 2014. Sebelum ini, ia dikenali sebagai XCoin dan kemudiannya sebagai Darkcoin sehingga 26 Mac 2015. Buat masa ini, Dash adalah tersenarai di dalam TOP-10 matawang kripto: permodalan pasaran Dash dalam September 2017 mencapai 2.5 Billion dolar. Nilai Dash telah meningkat sebanyak 90 kali ganda sepanjang 12 bulan 2017.

Ripple, XRP adalah matawang kripto yang "tua" secara relatif. Ia dilancarkan dalam 2012. Sehingga akhir 2017, sama seperti Dash, Ripple adalah tersenarai di dalam matawang kripto top 10, mengikut permodalan pasaran, yang mana kedudukan Ripple adalah keempat selepas Bitcoin, Ethereum dan Bitcoin Cash. Dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2017, Ripple telah meningkat sebanyak 400 kali ganda.

Bitcoin Cash, BCH adalah matawang yang dipisahkan daripada Bitcoin pada 1 Ogos 2017. Dalam 5 bulan terakhir tahun lepas, nilai Bitcoin Cash telah meningkat sebanyak 12 kali ganda.

Maklumat lanjut mengenai terma-terma kontrak bagi pasangan-pasangan baru boleh didapati dalam laman web kami, dalam seksyen yang menerangkan akaun Pro dan Zero. Sila maklum bahawa, sama seperti instrumen perdagangan yang lain, leveraj maksimum bagi pasangan DSHUSD, XRPUSD dan BCHUSD adalah 1:1000.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami