Februari 3, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. 65% daripada pakar-pakar berpendapat dolar akan bertambah kuat dan pasangan ini akan jatuh. Sejak hari Isnin lepas, pasangan ini bergerak mengikut sasaran yang diramal oleh para pakar, iaitu 1.2300. Sungguhpun begitu, apabila mendekati paras 1.2335, gerakan bear telah kehilangan kuasa, dan setelah dua percubaan gagal untuk melintasi paras sokongan ini, pasangan ini berubah arah ke utara.
    Parasa musim luruh 2014, 1.2535 dikenal pasti sebagai rintangan terdekat: pasangan ini mencapai paras ini pada hari pertama Februari.
    Pada 2 Februari, disebabkan oleh data yang positif mengenai pasaran buruh AS (NFP meningkat sebanyak 25%), dolar berupaya menawan kembali sebahagian daripada kerugiannya, bermakna pasanga ini mengakhiri tempoh lima-hari hampir pada paras di mana ia bermula: berdekatan 1.2455;
  • GBP/USD. Pendapat pakar-pakar mengenai hala tuju pasangan ini terbahagi sama rata kepada tiga, satu pertiga berpendapat pasangan ini akan meningkat, satu pertiga berpendapat pasangan ini akan jatuh dan satu pertiga berpendapat pasangan ini akan bergerak dalam trend sisi. Ramalan bahawa pasangan ini akan bergerak ke timur disokong oleh analisis graf pada H4 dan D1. Ramalan ini terbukti tepat dengan pasangan ini kembali ke nilai permulaan, 1.4115 pada akhir sesi mingguan;
  • Ramalan USD/JPY jika tidak 100 peratus, boleh dianggap tepat  sekurang-kurangnya 90 peratus. Kebanyakan pakar-pakar, disokong oleh analisis graf meramalkan pasangan ini akan meningkat ke 109.35, kemudian lebih tinggi ke sekitar 111.00, iaitu Titik Pivot saluran jangka masa sederhana 108.00-114.75.
    Jika anda lihat pada carta, anda akan mendapati bahawa pasangan ini telah cuba melintasi paras rintangan pada 109.20, dalam separuh pertama minggu lepas. Pasangan ini berjaya berbuat demikian pada Rabu 31 Januari. Pasangan ini mencapai paras maksimum mingguan 110.47 pada hari Jumaat;
  • USD/CHF. Pendapat pakar0pakar terbahagi 50/50 bagi pasangan ini. Pergerakan pasangan ini juga tidak menentu sepanjang minggu lepas: pada mulanya, pasangan ini naik, kemudian jatuh sedikit dan naik kembali. Selepas itu, jatuh lagi. Pasangan ini hanya jatuh 25 mata (0.9335) sepanjang lima hari perdagangan.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Majoriti penunjuk trend dan pengayun masih berwarna hijau. Hanya dua pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli, satu pada H4 dan satu lagi pada D1. Di kalangan pakar-pakar pula: 35% berpendapat pasangan ini akan meningkat, 35% berpendapat pasangan ini akan jatuh, dan 30% tidak pasti.
    Analisis graf memberi suatu gambaran yang lebih jelas. Ramalan pada H4 adalah trend menaik akan berterusan dengan paras sokongan berdekatan dengan 1.2400 dan sasaran terdekat adalah 1.2525 dan 1.2570. Analisis graf pasa D1 mengfokus pada paras sokongan/rintangan musim luruh 2014. Trend adalah menaik, dengan sokongan pada 1.2340 dan sasaran pada 1.2630.
    Bagi ramalan jangka masa sederhana, hampir 70% daripada pakar-pakar berpendapat dolar akan semakin kuat dan pasangan ini akan jatuh ke 1.1900-1.2085;
  • GBP/USD. Pendapat pakar-pakar terbahagi kepada: 55% meramalkan kenaikkan, 45% meramalkan kejatuhan. Kebanyakkan penunjuk menuju ke arah utara. Hanya 15% daripada penunjuk trend dan 30% daripada pengayun pada H4 adalah berwarna merah. Jika berubah ke D1, hampir kesemua daripada mereka berwarna hijau juga.
    Analisis graf menunjukkan kemungkinan pasangan ini jatuh ke 1.3950, selepas itu, ia sepatutnya naik ke paras rintangan 1.4275 dan kemudian ke puncak 1.4345 dan 1.4515.
    Perlu dinyatakan di sini, Bank of England dijangka akan membuat beberapa pengumuman pada Khamis 8 Februari. Walau bagaimanapun, tiada perubahan besar terhadap polisi kewangan UK dijangka.
    Sama seperti EUR/USD, bagi jangka masa sederhana, bilangan pakar-pakar berpendapat dolar akan semakin kuat dan pasangan ini jatuh ke 1.3285-1.3600 meningkat ke 70%;
  • USD/JPY. Kebanyakan pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, terbukti tepat dengan ramalan yang pasangan ini akan membuat lantunan. Kini mereka telah berubah menjadi penyokong bear, situasi adalah seperti berikut:
    55% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, serta separuh daripada penunjuk trend dan pengayun pada D1, berpendapat pasangan ini akan sekali lagi mencapai paras terendah dalam koridor sisi jangka masa sederhana, 108.00. Bagi penyokong bull, pendapat mereka adalah pasangan ini masih mempunyai potensi untuk naik sehingga 111.25-112.00;

Ramalan Forex bagi EURUSD, GBPUSD dan USDCHF untuk Februari 5 - 9, 20181

  • Pasangan terakhir dalam ulasa kami adalah USD/CHF. Hampir 70% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada H4 dan satu suku daripada penunjuk, menjangka pasangan ini akan naik ke 0.9575 terlebih dahulu, kemudian bergerak lebih tinggi ke 0.9650. 30% daripada pakar-pakar yang lain berpendapat trend menurun akan berterusan dan pasangan ini akan jatuh ke zon 0.9100-0.9200.

 

Pedagang sekalian,

NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto dengan paras leveraj tanpa tandingan 1:1000.

Deposit dalam USD dan bitcoin.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami