Februari 13, 2018

NordFX: Broker Kripto Asia Terbaik 20171

Pada awal tahun ini, pemenang-pemenang Anugerah IAFT telah diumumkan, dan syarikat kami telah menang dalam pencalonan "Broker Terbaik Untuk Bekerja Dengan Matawang Kripto". Kini, berikutan keputusan pengundian dalam rangka kerja anugerah yang lain, "Anugerah Forex", NordFX telah dinamakan sebagai Broker Kripto Asia Terbaik bagi tahun lepas.

Sejak dari 2010, komuniti pakar yang terdiri daripada pedagang-pedagang dan pelawat ke laman web Anugerah Forex telah mengundi untuk memilih pemenang bagi pelbagai kategori berprestij. Dalam tahun ini, buat kali pertama, penamaan yang berkaitan dengan pasaran matawang kripto telah ditambah. "Kami berbangga untuk mempersembahkan syarikat-syarikat terbaik dalam industri Forex, yang dipilih secara teliti dalam 16 penamaan, bagi 2017" kata ahli jawatankuasa penganjur dalam suatu kenyataan. "Tahun ini kami telah mempertingkatkan penamaan kami dengan Anugerah baru yang mengiktiraf usaha cemerlag syarikat-syarikat dalam membangun pasaran matawang kripto yang baru."

Keputusan undian membuktikan aktiviti-aktiviti NordFX amat dihargai oleh golongan profesional dalam industri Forex dan Kripto. Pertama sekali, kami ingin menyentuh mengenai peluang yang luas dengan menggunakan leveraj sehingga 1:1000 dalam perdagangan Bitcoin dan matawang kripto yang lain. Ini merupakan satu inovasi yang bukan sahaja unik bagi pasaran Asia tetapi juga bagi pasaran-pasaran lain.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami