Mac 4, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. Hampir 70% daripada pakar-pakar, dengan sokongan makoriti penunjuk, meramalkan kejatuhan pasangan ini, menamakan sekitar 1.2165 sebagai salah satu sasaran. Mereka terbukti tepat pada 1 March, pasangan ini mencapai paras bawah tempatan 1.2155. Kemudian, hasil daripada kenyataan Pengerusi Fed yang baru, Jerome Powell dan Presiden AS Donald Trump, dolar mula kehilangan kedudukan yang dimenanginya. Kata-kata Trump yang mengandungi niat untuk memperkenalkan duti import ke atas keluli dan aluminium membawa kepada desas-desus mengenai perang perdagangan baru, terutama selepas reaksi tajam dan pantas oleh Ketua Suruhanjaya Eropah. Akibatnya, pasangan ini melonjak 170 mata dan mengakhiri minggu lepas pada 1.2320;
  • Bagi GBP/USD, pendapat para penganalisis adalah terbahagi kepada dua: 50% menyokong pertumbuhan pasangan ini, 50% menyokong kejatuhannya. (Dalam tempoh masa sederhana, bilangan penyokong bear meningkat ke 70%). Ramalan yang lepas adalah tepat. Pasangan ini jatuh ke 1.3710. Selepas suatu lantunan balik, ia terbeku di 1.3797;
  • USD/JPY. Dengan pertimbangan bahawa pecahan garis bawah koridor sisi jangka sederhana 108.00-114.75 adalah palsu, 30% daripada penganalisis meramalkan pasangan ini akan naik melebihi 107.80. Bermula pada hari Isnin, pasangan ini meningkat dan mencapai ketinggian 107.67, setelah itu, sama seperti yang diramalkan oleh majority pakar-pakar (70%), pasangan ini melakukan pusingan-U dan mencapai paras sokongan 105.54. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas dengan 20 mata lebih tinggi;
  • Bagi matawang kripto, dengan kelonggaran yang biasa, trend dan sasaran Bitcoin - pemacu pasaran matawang kripto - telah ditentukan dengan betul. Seperti yang diramalkan, BTC/USD terus bergerak sekitar zon $10,000. Ramalan menyatakan pasangan ini akan jatuh ke 8,400-9,040 pada permulaan minggu (realitinya adalah 9,253) dan kemudian berubah arah dan kembali ke 9,900-11,000 (realitinya adalah 11,160).
    Pasangan-pasangan matawang kripto lain yang ditawarkan oleh NordFX mengalami minggu yang tenang secara relatif. Sebagai contoh, lingkungan perubahan XRP/USD adalah $0.15 berbanding $0.35 seminggu lalu.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • Hampir 60% daripada pakar-pakar yakin bahawa perang perdagangan akan berlaku, dengan itu dolar akan semakin lemah. Ini bererti EUR/USD akan meningkat sekurang-kurangnya ke paras tertinggi Januari-Februari tahun ini, iaitu 1.25000-1.2555 dalam beberapa minggu yang akan datang. Rintangan yang terdekat adalah 1.2400. Analisis graf pada D1 adalah lebih menarik. Ia meramalkan pasangan ini akan bergerak naik sehingga paras tertinggi musim bunga-musim panas 2013 pada 1.2755.
    Pengayun memberi isyarat beli pada H4 tetapi kekal bear pada D1. Perlu dinyatakan, bagi jangka masa sederhana, bilangan pakar yang menyokong kejatuhan pasangan ini meningkat dari 40% ke 55%.
    Kita juga perlu mempertimbangkan pada masa ramalan ini ditulis, keputusan pilihanraya parlimen Itali - satu acara yang mungkin memberi kesan serious kepada matawang Eropah - masih belum diketahui. Keputusan mesyuarat ECB pada Rabu 7 March dan pengumuman data pasaran buruh AS pada Jumaat 9 March juga perlu diberi perhatian;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk 05 - 09 March, 20181 

  • GBP/USD. Kebanyakkan penunjuk (85%) adalah berwarna merah. 60% daripada para penganalisis meramalkan kejatuhan pasangan ini. Sasaran terdekat adalah lingkungan 1.3455-1.3600. Pada masa yang sama, 40% daripada pakar-pakar, 15% daripada pengayun dan analisis graf pada D1, semuanya menyokong bear. Sasaran terdekat adalah paras rintangan 1.3855, diikuti oleh 1.4065 dan 1.4145;
  • Satu persidangan akhbar mengenai keputusan Bank Jepun dijangka berlangsung pada Jumaat 9 March. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tidak menjangkakan apa-apa kejutan. 70% daripada mereka, dengan sokongan penunjuk trend, meramalkan kejatuhan USD/JPY ke 102.75/104.30.
    Penganalisis yang lain, dengan sokongan 15% daripada pengayun berpendapat pasangan ini telah terlampau dijual. Jika isyarat-isyarat ini adalah betul, pasangan ini akan cuba mencapai batasan bawah koridor sisi jangka masa sederhana di 108.00. Rintangan terdekat adalah 106.40 dan 107.65.
    Analisis graf pada H4 dan D1 menunjukkan kesamaan yang unik, meramalkan pasangan ini akan jatuh ke sokongan pada 104.75, dan kemudian bertukar arah dan naik ke 106.40-107.15;
  • BTC/USD. Ramalan utama menyatakan Bitcoin naik ke $12,160-12,980, kemudian dalam separuh minggu kedua, ia akan bertukar arah dan kembali ke 10,350-10,850.
    ETH/USD diramalkan naik ke 1,160 dalam separuh minggu pertama, kemudian. sama dengan Bitcoin, pertukaran trend dan diramalkan jatuh ke zon 900-940.
    Pakar-pakar juga meramalkan dinamik yang serupa daripada LTC/USD: kenaikkan ke 240 pada mulanya, diikuti dengan kejatuhan ke 180-200.
    Bagi XRP/USD, yang telah bergerak dalam koridor sisi yang sempit sepanjang minggu lepas, peningkatan kemeruapan pasaran mungkin menolak pasangan ini ke 1.003-1.075, yang mana ia akan kembali ke sokongan 0.915.

 

Adakah leveraj tinggi bagus atau tidak?

Ini adalah suatu debat yang telah berterusan untuk bertahun-tahun.

Pada minggu lepas, kemeruapan pasangan matawang kripto yang rendah mengecewakan para pedagang yang telah biasa dengan pergolakan kuat dalam matawang maya. Sungguhpun begitu, keuntungan masih boleh dijana dalam keadaan tenang sebegini, jika seseorang itu menggunakan paras leveraj tanpa saingan 1:1000 yang  ditawarkan oleh NordFX.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami