Mac 23, 2018

Apa Yang Broker NordFX Boleh Tawarkan Kepada Pedagang Kripto | Perbandingan Antara Perdagangan Matawang Kripto Bersama Broker Dengan Bursa Kripto | Nisbah Leveraj 1: 1000 - Kegembiraan Atau Mimpi Ngeri Bagi Seorang Pedagang

 

 

Perdagangan Kripto dengan NordFX: Spesifik dan Strategi1

Sementara ramai broker gentar dengan kemeruapan yang tinggi dan menarik diri dari perdagangan matawang kripto utama, syarikat brokeraj NordFX, pada sebaliknya meyediakan kepada pelanggannya, nisbah leveraj 1000 kali(!) lebih tinggi daripada dana mereka sendiri. Oleh sebab itu, keuntungan daripada transaksi-transaksi bitcoin dan matawang lain boleh mencapai ribuan peratus. Tetapi ini hanya akan berlaku bagi golongan yang berpengalaman sahaja. Senjata kewangan yang hebat ini mungkin membahayakan golongan amatur.

Perbezaan utama di antara broker dan bursa adalah dengan broker, pelabur bukan sahaja boleh mendapat keuntungan dalam kenaikan tetapi juga dalam kejatuhan matawang kripto. Sebagai contoh, jika anda telah membeli Bitcoin pada $20,000 dalam suatu bursa, dan sebulan kemudian harga jatuh ke $10,000, anda mempunyai dua pilihan: sama ada menjualnya dengan kerugian sebanyak 50%, atau menunggu, dengan harapan bahawa harga Bitcoin akan naik semula.
Dengan kontrak untuk perbezaan dalam harga - CFD daripada broker, anda boleh menjana keuntungan walaupun matawang kripto runtuh ke sifar.

 

CFD telah dicipta di England dan pada permulaannya, ia hanyalah suatu transaksi membeli/menjual saham, tanpa mendaftar pemilikan ke atasnya, bertujuan mengelak daripada membayar yuran.

Kaedah perdagangan ini menjadi popular dengan pantas dan kontrak untuk perbezaan dalam harga mula meliputi aset-aset lain seperti - matawang, logam berharga, komoditi dan kini matawang kripto juga. Dengan CFD, tiada pindahan aset sebenar dari penjual kepada pembeli. Ini membenarkan keuntungan dijana dalam kejatuhan harga.

Secara ringkas, kontrak untuk perbezaan harga adalah umpama suatu pertaruhan di antara anda dan broker, dalam menentukan sama ada harga Bitcoin akan naik atau turun. Anda memilih masa permulaan pertaruhan ini, iaitu masa pembukaan transaksi, dan masa penutupannya. Semua ini bergantung kepada berapa lama anda ingin ia berkekalan - satu minit atau setahun atau lebih lama.

Jika ketika harga Bitcoin mencecah $20,000 dan anda berpendapat ini adalah paras maksimum dan ia akan jatuh selepas itu, anda boleh membuka satu transaksi CFD bagi menjual. Pada ketika penutupan pada $10,000, anda bukan kerugian tetapi keuntungan 50%.

 

Bukan itu sahaja, dengan nisbah leveraj 1:1000, keuntungan anda mungkin bukan hanya 50, tetapi 50,000%. 

Leveraj adalah amaun wang yang broker bekalkan kepada pelanggan secara automatik, tanpa sebarang cagaran, bagi transaksi dalam pasaran kewangan. Dengan bantuan nisbah leveraj 1: 1000, seorang pedagang atau pelabur mampu melakukan transaksi dengan volum sehingga 1000 ganda dana sendiri.

Maka, dengan hanya memiliki $100, anda berpeluang untuk melaksanakan transaksi CFD sehingga $100,000. Dengan ini, anda boleh membeli atau menjual 10 Bitcoin, 100 Ethereum, 500 Litecoin atau 100,000 Ripple. (Buat masa ini, NordFX menawarkan perdagangan dalam enam matawang kripto utama).  

 

Nampaknya anda hanya perlu buka satu akaun perdagangan, masukkan satu ratus dolar dan kosongkan almari dalam kediaman anda, yang mana seminggu kemudian anda akan gunakan untuk menyimpan wang sejuta anda. Malangnya, pada hakikatnya, realiti tidak sebagus yang diimpikan. Apa yang benar adalah jika harga bergerak menentang anda, broker akan menutup transaksi anda dengan serta-merta apabila kerugian mencapai $100 tersebut. Dan ini mungkin berlaku dengan segera kerana pergerakan harga sebanyak 0.1% sahaja boleh menghasilkan kerugian ini.

 

Ini adalah apa yang penentang leveraj tinggi nyatakan sepanjang masa. Leveraj tinggi boleh menyebabkan kerugian segala dana. Walaupun begitu, adalah menghairankan jika ini merupakan satu-satunya "strategi" perdagangan - dimana seorang pedagang membuka satu transaksi dengan seluruh(!) amaun depositnya dengan nisbah leveraj maksimum 1:1000. Dalam kes sebegini adalah jelas bahawa kemungkinan runtuh adalah 100% atau sekurang-kurangnya 99.99%. Leveraj adalah hanya sejenis alatan, suatu bonus tambahan, dan adalah terpulang kepada pedagang untuk membuat keputusan sama ada untuk menggunakannya atau tidak. Jika memilih untuk menggunakannya, sehingga tahap mana. Tiada sesiapa yang memaksa sesiapa untuk melakukan apa-apa.


Di sini adalah satu contoh ringkas untuk menunjukkan bagaimana satu leveraj besar adalah berguna walaupun dalam situasi perdagangan yang sukar.

Sebagai contoh, anda menjalankan transaksi 0.1 Bitcoin pada harga semasa $10,000. Bagi membuka satu kedudukan yang sedemikian tanpa leveraj, anda memerlukan satu amaun sebanyak $1000. (Sebenarnya kami juga perlu mengambil kira komisen broker).

Dengan nisbah ratio 1:1000, anda hanya memerlukan ... satu dolar bagi transaksi ini. Jika anda telah membuat keputusan salah bagi arah transaksi, dan harga telah bergerak menentang anda, $999 masih berada dalam simpanan. Dalam kes ini, walaupun dengan menggunakan kaedah mempuratakan kedudukan dalam kerugian anda, anda masih mempunyai peluang yang lebih baik untuk keluar dari kejatuhan ini dan akhirnya menjana keuntungan.

Jika harga bergerak mengikut kehendak anda, keuntungan anda adalah sama, dengan atau tanpa leveraj, kerana volum transaksi masih sama - 0.1 Bitcoin.

Maka diulangi sekali lagi: leveraj hanya merupakan sejenis alatan sahaja, ia bergantung sepenuhnya kepada diri pedagang untuk menentukan cara penggunaan, kebimbangan dan selera kewangannya sendiri (dengan kata lain, tamak, biasanya tidak membawa kepada apa-apa yang bagus).

 

Secara tambahan, ketika berdagang dengan CFD, anda harus mengingati suatu yang berguna - kebolehan untuk melindung nilai risiko anda. Anda boleh membuka lebih daripada satu transaksi pada masa yang sama, ada yang untuk membeli Bitcoin dan ada yang untuk menjualnya. Pedagang juga boleh berdagang dengan beberapa matawang kripto pada masa yang sama, menjana keuntungan dengan perbezaan dalam kadarnya. Dengan menggunakan leveraj yang tinggi, ini juga boleh dilakukan walaupun dengan perubahan harga yang minimum.

 

Akhir sekali, kami juga menyatakan bahawa perdagangan matawang kripto dalam NordFX boleh dijalankan menggunakan platform perdagangan paling popular dalam dunia, MetaTrader 4. Mengikut soal selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh majalah Finance Magnates magazine, majoriti pedagang (61.44%) menggunakan analisis teknikal. Bagi platform ini, terdapat bilangan skrip, penunjuk dan penasihat robot yang tinggi, untuk membantu dalam membuat keputusan perdagangan dan melakukan perdagangan secara automatik sepenuhnya.

Semua maklumat di atas mungkin tidak mudah difahami oleh pengguna baru, tetapi anda boleh mengetahui bagaimana semua ini berfungsi tanpa merisikokan satu sen pun. Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu membuka satu akaun latihan  dalam NordFX, yang boleh dianggap sebagai simulator untuk pedagang. Prosedur ini adalah sangat mudah untuk dilakukan dalam talian dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Apabila anda mengambil keputusan untuk berdagang dengan wang sebenar, anda boleh mendanakan akaun perdagangan anda, juga mengeluarkan dana dan keuntungan daripadanya. Semua ini boleh dilakukan bukan sahaja dalam dolar tetapi juga dalam Bitcoin dan Ethereum. Ini bukan sahaja adalah menarik bagi pedagang aktif, tetapi juga pedagang pasif yang hanya berurusan dengan bursa-bursa kripto sebelum ini.


« Panduan Pedagang Mengenai Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami