April 29, 2018

Pertama sekali, ulasan bagi ramalan minggu lepas:

  • seperti yang kami telah katakan, acara utama minggu lepas adalah sidang akhbar Presiden ECB Mario Draghi pada Khamis, 26 April. Pasangan EUR/USD jatuh ke batasan bawah saluran sisi tiga-bulan sekitar 1.2200. Pergerakan ini telah diramalkan oleh 100% pakar-pakar. Seterusnya, pendapat mereka mula berpecah: 75% berpendapat pasangan ini akan naik dan kembali ke julat perdagangan jangka sederhana dan 25% meramalkan euro akan terus melemah.
    Perbezaan pendapat ini akhirnya diselesaikan oleh En Draghi, yang mengaku bahawa kemungkinan ekonomi Zon Euro mengekalkan kadar pertumbuhan tahun lepas adalah rendah. Tambahan lagi, sungguhpun beliao mengatakan ECB akan mengurangkan program pelonggaran kuantitatif QE secara beransur-ansur, ramai pakar-pakar berpendapat kemungkinan besar tempohnya akan dipanjangkan melebihi 2018. Akibatnya, euro kehilangan 150 mata lagi. Satu lantunan balik berlaku dan pasangan ini mengakhiri minggu lepas di 1.2130;
  • GBP/USD. Kekuatan dolar tidak memberi kesan kepada Paun British. Hasilnya, ramalan yang disokong oleh 40% daripada penganalisis adalah tepat - zon pecahan adalah 1.4000 dan pasangan ini jatuh ke sokongan 1.3745. Pasangan ini mencapai 1.3780 dan mengakhiri minggu lepas di situ.
  • USD/JPY. 85% daripada analisa dan majoriti utama menyokong dolar semakin kuat dan seterusnya bertumbuh sehingga zon 109.0, Pendapat majority penganisis terbukti benar dan pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari di ketinggian 109.05;
  • Matawang kripto. Selepas BTC/USD naik ke 9,000, pakar-pakar menjangka pasangan ini akan jatuh sebanyak kira-kira 1,000 mata. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku dan Bitcoin berdagang dalam trend sisi dalam zon 9,000 bagi seluruh minggu, menjadikan turun naik adalah dalam lingkungan ± 500 mata.
    Pasangan-pasangan lain juga berkelakuan sedemikian. Paras 150.00 menjadi Titik Pivot bagi LTC/USD, dan 0.845 bagi XRP/USD. Hanya Ethereum menunjukan pemulihan yang ketara, mencapai paras 709.83 pada 24 April. Walaupun pasangan ini jatuh setelah itu, ia masing dapat mengakhiri minggu dengan kenaikan 10%

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Jika hanya satu suku daripada pakar-pakar menyokong pergerakan pasangan ini ke zon 1.1915-1.2085 pada minggu lepas, angka ini telah meningkat ke 60% sekarang. 80% daripada penunjuk juga berwarna merah. Sokongan tambahan bagi dolar dibekalkan oleh data pasaran buruh dalam AS yang dijangka akan dikeluarkan pada Jumaat, 4 Mei. Mengikut ramalan, bilangan pekerjaan di luar sektor pertanian (NFP) yang dicipta mungkin meningkat dari 103K kepada 198K. Ini mungkin menyebabkan pasangan ini jatuh 100-115 mata lagi ke sokongan 1.1800.
    40% daripada pakar dan analisis graf pada D1 menyokong trend bull. Mereka berpendapat kejatuhan ke bawah paras 1.2200 adalah sementara dan pasangan ini akan kembali ke saluran mendatar jangka sederhana dalam seminggu atau dua dan mencapai ketinggian 1.2415. 20% daripada pengayun menyokong kemungkinan ini dengan memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual;
  • GBP/USD. Berikutan keputusan minggu lepas, adalah jelas bahawa semua penunjuk trend bertukar arah ke selatan. Penyokong bear di kalangan pakar-pakar adalah lebih sedikit - 55% berbanding 45% bagi bull. Sentimen bull adalah disokong oleh satu suku pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual, dan juga analisis graf pada H4 dan D1.
    Jika penyokong kenaikan berjaya, pasangan ini akan mula bertumbuh dari sokongan 1.3750, dengan sasaran naik melebihi 1.4000 dan mungkin mencapai ketinggian 1.4075. Rintangan terdekat adalah 1.3840.
    Jika gerakan bear menjadi dan pasangan menuju ke selatan, paras sokongan terletak di: 1.3585, 1.3455 dan 1.3300;
  • USD/JPY. 70% daripada penganalisis, dengan sokongan kebanyakan penunjuk dan analisis graf pada D1, menjangka trend menaik akan berterusan. Sasaran adalah 109.80, 110.45 dan 111.25. Pakar-pakar yang lain dengan analisis graf pada H4 berpendapat pasangan ini telah mencapai satu paras maksimum tempatan, dan dijangka akan jatuh ke 108.35 terlebih dahulu, dan jika berlaku keruntuhan, sasaran adalah 107.40 dan 106.60.
    Perlu dinyatakan bahawa analisis graf tidak menafikan kejatuhan ke paras 106.60 tetapi hanya selepas pasangan ini mencapai ketinggian sekitar 111.00 sekurang-kurangnya;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk April 30 - May 04, 20181

  • Matawang kripto. Pakar-pakar menjangka pertumbuhan BTC/USD ke paras 10,000 terlebih dahulu dan kemudian 500-700 mata lebih tinggi. Sokongan utama adalah 8,620. Jika berlaku keruntuhan, kemungkinan akan turun ke paras 7,785.
    Ramalan utama bagi pasangan ETH/USD adalah kenaikan ke ketinggian 785, sasaran seterusnya adalah 865. Sokongan terdekat adalah 594 dan yang seterusnya adalah 500. LTC/USD: sasaran adalah untuk kembali ke ketinggian April 24, 165.00, sokongan adalah 140.00. XRP/USD: sasaran adalah untuk naik ke paras 0.92 dan kemudian ke zon 0.942-0.985, sokongan adalah 0.7230.

 

Para pedagang yang dihargai, syarikat brokeraj NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pertumbuhan dan kejatuhan matawang kripto, menggunakan nisbah leveraj sehingga 1:1000.

Deposit dan pengeluaran dana dalam USD, bitcoin dan Ethereum.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami