Mei 5, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. Dolar telah menawan 500 mata daripada euro dan terus menguatkan kedudukannya bagi tiga minggu yang berturut-turut. Ketegangan yang berkurangan dalam hubungan perdagangan dengan China telah memberi sokongan yang kuat kepada matawang US. Menjelang Jumaat May 04, seperti mana yang diramalkan oleh kebanyakan pakar-pakar (60%) dengan sokongan 80% daripada penunjuk, pasangan ini telah mencapai batasan bawah lingkungan 1915-1.2085, diikuti dengan lantunan dan berhenti di 1.1960;
  • GBP/USD. Kemenangan dolar melawan paun British adalah lebih menyakinkan, dengan pain British kehilangan 890 mata dalam tiga minggu. Faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini termasuk, statistik makro ekonomi Great Britain yang lemah, harapan bagi Bank England untuk membuat perubahan awal dalam polisi kewangan, yang semakin tipis dan pertikaian mengenaik sempadan Ireland dengan EU. Hasilnya, seperti mana yang diramalkan oleh 55% daripada penganalisis, pengayun dan analisis graf, pasangan ini jatuh ke nilai ketikaJanuari ini dan mengakhiri tempoh lima-hari di 1.3530;
  • USD/JPY. 70% daripada penganalisis, dengan sokongan kebanyakan penunjuk meramalkan penerusan trend menaik. Sasaran adalah 109.80, yang mana dicapai oleh pasangan ini pada hari pertama Mei Selepas naik sebanyak 20 mata lagi, seperti mana yang diramalkan oleh analisis graf, pasangan ini bertukar arah ke selatan dan mengakhiri sesi mingguan di tempat permulaan, sekitar zon 109.10;
  • Matawang kripto. Secara umumnya, ramalan bagi pasangan-pasangan matawang kripto yang didagangkan dengan syarikat brokeraj NordFX telah terbukti benar. Seperti yang sering kali dijelaskan, disebabkan oleh pasaran yang tipis dan kemeruapan tinggi di dalam segment ini, sasaran utama pakar-pakar adalah untuk meramalkan trend dengan tepat. Ini telah tercapai. Paras-paras sokongan/rintangan yang dinyatakan adalah tanda aras hampiran dan bukan sasaran tepat.
    Maka, minggu lepas telah mengesahkan Bitcoin telah kehilangan dominasi secara perlahan-lahan kepada altcoin. Sungguhpun permodalan pasaran kripto telah mencapai 438 billion dolar, bahagian Bitcoin telah berkurangan ke 35.9%.
    Pasangan BTC/USD berbenti di 9,825 dan tidak mampu mencapai tanda aras $10,000. Ripple juga tidak mampun mencapai sasaran, dengan hanya mencapai ketinggian 0.8850. Pasangan ETH/USD berjaya memenuhi ramalan dengan mencapai paras tertinggi mingguan 806 dolar. Ini juga berlaku bagi pasangan LTC/USD. Sasaran pasangan ini adalah untuk kembali ke ketinggian 24 April, $165.00, yang mana telah 100% tercapai.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Pasaran terbeku dalam penantian, sama ada lantunan kembali pasangan ini yang dinanti-nantikan akan berlaku. Dengan terus-terang kami menyatakan perkembangan ekonomi yang penting bagi ini untuk berlaku masih belum wujud lagi. Sungguhpun begitu oleh kerana ini adalah pasaran forex, satu pertiga daripada pakar menyokong trend bull, menjangka pasangan naik ke rintangan 1.2085, dan seterusnya 50-70 lebih tinggi. Senario ini juga disahkan oleh analisis graf pada H4 dan D1, bersama juga 15% daripada pengayun yang memberi isyarat pada D1 bahawa pasangan ini telah terlampau jual.
    40% daripada penganalisis berpendapat pasangan ini akan bergerak dalam saluran sisi 1.1900-1.2000 buat sementara waktu. Baki 30% daripada pakar-pakar berpendapat pergerakan arah selatan belum berakhir dan pasangan ini akan jatuh ke zon 1.1800-1.1850 tidak lama lagi;
  • Perbezaan pendapat boleh didapati ketika meramal pergerakan GBP/USD. 40% daripada penganalisis menyokong pertumbuhan pasangan ini, 30% menyokong trend sisi dan 30% menyokong kejatuhan. 100% daripada penunjuk trend dan kebanyakan pengayun berwarna merah. Pada masa yang sama, 25% daripada pengayun pada D1 menunjukan pasangan ini telah terlampau dijual, bererti harga akan naik.
    Analisis graf meramalkan pergerakan dalam koridor sisi 1.3470-1.3625 dalam beberapa hari, kemudian bergerak ke arah utara. Sasaran terdekat adalah 1.3790 dan yang seterusnya 1.4000.
    Hari Khamis, Mei 10 adalah hari yang mana trend kemungkinan akan terbentuk, Hari tersebut boleh digelar sebagai Hari Bank England dan segalanya bergantung kepada sama ada kadar faedah paun British akan dinaikkan, berapa kadar kenaikkan dan apa yang akan dinyatakan oleh Mark Carney, pengerusi Bank Pusat itu dalam sidang akhbar beliau.
    Paras sokongan adalah pada 1.3470 dan 1.3300;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk May 07 - May 11, 20181

  • Pergerakan berbalik pasangan USD/JPY minggu lalu bukan sahaja mengelirukan pakar-pakar tetapi juga penunjuk: separuh daripada mereka mencadangkan beli dan separuh yang lain - jual. Analisis graf pada H4 dan D1 menunjuk ke arah selatan dan menamakan 108.60, 107.40 dan 106.60 sebagai sasaran. Paras rintangan adalah 109.50 dan 110.00.
    Jika kita beralih ke ramalan sehingga penghujung Mei, 70% daripada penganalisis menjangka pasangan ini naik ke kawasan 111.50-112.00, dan lebih tinggi sehingga 113.40;
  • Matawang kripto. Berita asas mengenai pasaran kripto menunjukkan peningkatan aktiviti pelabur-pelabur institusi. Maka, pakar-pakar meramalkan BTC/USD akan terus bertumbuh ke paras 10,300-10,700. Sokongan utama adalah 8,620. Ramalah bagi ETH/USD adalah pertumbuhan ke zon $900, sokongan di zon 700 dan 595. LTC/USD: sasaran adalah untuk naik ke paras 175-180. XRP/USD: sasaran adalah sama iaitu naik ke paras 0.92, dan kemudian ke zon 0.942-0.985, sokongan adalah 0.7230.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami