Jun 10, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Ramalan asas bagi pasangan ini, yang disokong oleh kebanyakan penganalisis, adalah pertumbuhan ke zon 1.1800-1.1830. Pasangan ini naik sehingga ketinggian mingguan 1.1839. Dengan mengambil kira tindak balas pasaran yang biasa, ramalan ini terbukti tepat. Pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan dalam zon 1.1770;
  • GBP/USD. Ramalan bagi pasangan ini adalah serupa bagi EUR/USD. 60% daripada pakar-pakar menjangka paun akan naik ke paras 1.3420, dan jika dilintasi, mencapai zon 1.3500. Ini adalah apa yang berlaku pada Khamis, 8 Jun, setelah melintasi rintangan 1.3420, pasangan ini mencapai ketinggian 1.3470. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas dengan 70 mata lebih rendah, dalam zon 1.3400;
  • USD/JPY. Pendapat penganalisis dan petunjuk pada minggu lepas adalah terbahagi kepada tiga - satu pertiga menyokong kejatuhan pasangan ini, satu pertiga menyokong pertumbuhan dan satu pertiga lagi menyokong trend sisi. Semua ramalan ini adalah tepat: Pasangan ini naik ke 110.25, kemudian jatuh ke sokongan 109.20, dan naik semula. Pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari hampir di mana ia bermula, dalam zon 109.55;
  • Matawang kripto. Seperti yang telah dinyatakan, kebelakangan ini hampir semua pasangan kripto menjejaki pergerakan pemimpin mereka, BTC/USD. Bagi bitcoin, dengan pengurangan kemeruapan dan melukis Pennant, ia mengukuhkan kedudukan dalam zon 7,000. Jika carta pada D1 diperhatikan, matawang maya utama ini bergerak mendatar dalam koridor 7,354 - 7,730 bagi sepanjang minggu. Ini diikuti dengan trend sisi bagi semua altcoin utama. Ethereum dan Litecoin cuba bergerak ke hadapan pada permulaan minggu tetapi gagal. Hasilnya, mereka kembali ke paras permulaan: Ethereum kembali ke sekitar $600 setiap koin, dan Litecoin ke $118.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Lawan Presiden Donald Trump tentunya berdukacita dan kecewa kerana polisi ekonomi beliau membawa hasil positif: bilangan pekerjaan di AS dalam 2018 bertumbuh melebihi satu juta, inflasi mencapai sasaran 2% Rizab Persekutuan, defisit perdagangan sedang menurun dan keluaran dalam negara kasar sedang berkembang. Semua ini menyebabkan dolar semakin kuat, yang tidak menyebelahi pengimport Amerika, dan juga menyebabkan ketidakpuasan hati  golongan elit kewangan dari negara-negara yang matawangnya telah mencapai paras terendah.
    Majoriti pakar-pakar (65%), dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, dan 70% daripada pengayun, meramalkan pembetulan yang bermula sejak minggu lepas, akan berterusan, tetapi pertumbuhan pasangan ini akan dihadkan oleh rintangan dalam zon 1.2000 (Jika berlaku lintasan setelah pasangan ini mengukuhkan kedudukan, sasaran seterusnya adalah 100 mata lebih tinggi).
    Sokongan utama terletak di paras 1.1650 dan 1.1570;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 11-15, 20181

  • Bagi pasangan GBP/USD, 65% daripada penganalisis menjangka pembetulan ke paras 1.3615 akan berterusan. Rintangan seterusnya adalah pada ketinggian 1.3700. Walau bagaimanapun, hanya 45% daripada pakar-pakar menyokong pertumbuhan sebegini. Analisis graf pada D1 meramalkan pembetulan akan lengkap dalam zon 1.3615, setelah itu paun sterling akan terus jatuh. Paras sokongan adalah 1.3200, 1.3125 dan 1.3040;
  • Bagi Yen Jepun, menurut bacaan analisis graf, ia diramalkan mengukuhkan kedudukannya. Hasilnya adalah pasangan USD/JPY mungkin jatuh ke paras 108.00. Sungguhpun begitu, hanya 40% daripada pakar-pakar menyokong senario ini, 50% meramalkan pertumbuhan pasangan ini dan 10% yang lain meramalkan trend sisi. Pengayun tidak memberi isyarat yang jelas - pada H4, kebanyakan mereka meramalkan trend bear dan pada H1, ramalan adalah trend bull. Rintangan adalah dalam zon 110.25 dan 111.40;
  • Bagi matawang kripto utama, kemeruapan mereka yang rendah menyebabkan kami tidak dapat mengenalpasti sebarang trend kukuh yang muncul. Dan kita bukan sahaja menyentuh mengenai ramalan jangka pendek, tetapi juga ramalan sehingga akhir tahun ini. Ramai penganalisis meramalkan pengurangan permodalan pasaran secara perlahan-lahan. Oleh itu, sasaran yang paling mungkin bagi bitcoin untuk Disember 2018 adalah 12,500 berbanding 15,000 yang diramalkan sebelum ini.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami