Jun 17, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jutawan George Soros yakin dolar yang semakin kuat akan menyebabkan suatu krisis kewangan yang baru. Pada masa yang sama, 10 daripada 60 penganalisis yang diwawancara oleh Reuters berpendapat pertumbuhan matawang AS akan berakhir dalam sebulan, 35 yakin pertumbuhan dolar akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga musim luruh, dan 15 menyatakan pertumbuhan USD akan berterusan sehingga penghujung tahun. Pakar-pakar dari ABN Amro berpendapat euro akan jatuh ke paras 1.1000, dan hanya mampu pulih kembali dalam 2019.
    Adalah menarik apabila keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah ke 2%, yang diumumkan pada minggu lepas, tidak mengejutkan sesiapa. Maklumat yang menyatakan dua kali kenaikkan yang serupa adalah dijangka dalam tahun ini dan tiga kali di masa hadapan juga tidak menghasilkan sebarang kejutan. Euro pilih dengan pantas dan tambahan lagi menunjukkan pertumbuhan melawan acara-acara ini, ke paras 1.1850.
    Walau bagaimanapun, keputusan ECB untuk melanjutkan rejim pelonggaran kuantitatif menyebabkan euro jatuh sebanyak 300 mata. Pakar kami menamakan paras 1.1570 sebagai zon sokongan utama, yang telah dicapai oleh EUR/USD. Dengan inertia trend bear yang kuat, malah pasangan ini jatuh 30 mata lebih rendah. Sungguhpun begitu, pasangan ini pulih dan mengakhiri sesi perdagangan di 1.1610;
  • 65% daripada penganalisis menjangka pembetulan yang berlarutan bagi pasangan GBP/USD ke 1.3615 dan kemudian meneruskan pergerakannya ke arah selatan. Pasangan ini tidak mampu naik melintasi paras 1.3445 dan jatuh semula. Seperti apa yang berlaku pada 29 Mei, pasangan ini cuba melintasi paras sokongan dalam zon 1.3200 dan sama seperti dalam Mei, percubaan ini gagal dan pasangan ini kembali ke zon 1.3280;
  • USD/JPY. 50% daripada penganalisis menyokong pertumbuhan pasangan ini, merujuk kepada zon 110.25 dan 111.40 sebagai rintangan. Pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari di antara zon ini, di 110.60;
  • Matawang kripto. Kebelakangan ini, mengikut pemimpin mereka bitcoin, hampi semua matawang kripto telah melintasi paras-paras sokongan utama dan bergerak selatan. BTC mampu melintasi sokongan $7,125 dand $7,000 dan mencapai paras terendah mingguan $6,110 pada 14 Jun, selepas itu ia berjaya menawan kembali kira-kira 7% dan naik ke $6,575. Dinamik yang sama boleh diperhatikan bagi matawang-matawang kripto lain yang tersenarai di dalam permodalan pasaran TOP-10.
    Sejak permulaan tahun ini, permodalan pasaran kripto telah jatuh sebanyak 44.3% (dari $611 billion ke $340 billion). Hanya dalam malam 10 ke 11 Jun, pasaran mengecut sebanyak $25 billion lagi. Ramai pedagang dan penganalisis cuba menjelaskan keruntuhan ini sebagai hari bursa Coinrail dalam Korea Selatan digodam. Tetapi secara realiti, ia hanya kehilangan $40 juta, maka kemungkinan kecurian ini digunakan sebagai alasan bagi menurunkan harga koin kripto.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • Secara tambahan kepada program QE yang telah dinyatakan di atas, keputusan ECB untuk mengekalkan kadar faedah rujukan pada paras terendah dalam rekod 0%, dan kadar deposit pada -0.4%, juga mengenakan tekanan kuat ke atas euro. Ia telah dinyatakan juga, kadar-kadar ini tidak akaun dinaikkan "sekurang-kurangnya sehingga musim panas 2019". Pada masa yang sama, Mario Draghi mengaku bahawa ekonomi dalam Eurozone dalam 2018 tidak akan kembali ke paras pertumbuhan yang telah diramalkan.
    Semua ini, ditambah dengan kejayaan polisi ekonomi Presiden Donald Trump, menghasilkan syarat-syarat bagi dolar menjadi semakin kuat. Ini adalah sebab mengapa 65% daripada pakat menjangka EUR/USD akan cuba mencapai paras 1.1500 dalam beberapa minggu yang akan datang. Jika berjaya, pasangan ini mungkin akan jatuh 100 mata lagi. 90% daripada pengayun pada H4 dan D1 juga menyokong perkembangan ini.
    35% daripada pakar-pakar yang lain, berpendapat pasangan ini masih berpeluang untuk kembali ke zon 1.1825, dan kemungkinan berlakunya pergerakan sebegini akan bergantung kepada kandungan kenyataan Ketua ECB Mario Draghi dan the Fed, J. Powell, awal minggu ini.
  • Carta GBP/USD jelas menunjukan pasangan ini sedang bergerak di dalam saluran sisi 1.3200-1.3470 untuk minggu ke-empat yang berturut-turut. Pada masa yang sama, 60% daripada penganalisis berpendapat, berikutan kelemahan euro, paun British juga akan terus jatuh. Mereka berpendapat pasangan GBP/USD mungkin melintasi batasan bawah saluran ini dan bergerak ke paras 1.3050-1.3200. Senario ini disokong oleh analisis graf pada D1 dan majoriti penunjuk. 40% daripada pakar mempunyai pandangan yang berbeza, berpendapat pasangan ini akan bergerak dalam koridor sisi 1.3200-1.3345. Rintangan yang seterusnya.
    The next resistance is in the zone is 1.3400.
    Mesyuarat yang seterusnya bagi Bank England dijangka berlangsung pada hari Khamis 21 Jun. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar tiada apa kejutan akan berlaku, maka kenaikkan kadar pertukaran yang serius tidak dijangka;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 18-22, 20181

  • Jawatankuasa bagi Polisi Kewangan Bank Jepun akan mengadakan mesyuarat satu hari lebih awal daripada rakan sejawat British mereka. Dua pertiga daripada pakar-pakar menyokong pertumbuhan kecil pasangan USDJPY ke kawasan 111.00-111.50. Rintangan seterusnya adalah 112.00. Satu pertiga daripada penganalisis, analisis graf pada H4 dan D1, bersama juga 20% daripada pengayun, menyokong trend bear, memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Jika ramalan mereka menjadi, pasangan ini dijangka jatuh ke sokongan 109.40 terlebih dahulu, dan kemudian lebih rendah ke paras 109.00 dan 108.50;
  • Kebanyakan ramalan-ramalan matawang kripto asas boleh dirumuskan kepada dua ayat: 1) mereka akan terus jatuh dalam masa depan terdekat, dan 2) mereka sepatutnya bertumbuh dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, menurut ramalan penganalisis Fundstrat Global Advisors, bitcoin boleh jatuh ke $ 3,250. Sungguhpun begitu, dalam pendapat mereka, ini masih "tidak akan mematahkan trend menaik jangka masa panjang matawang kripto pertama".
    Sasaran terdekat bagi BTCUSD, mengikut penubuh Onchain Capital Ran Neuner, adalah paras $5,900. Bahagian optimistik ramalan beliao adalah "jika harga bitcoin mencapai 20, 40, atau 80 ribu dolar dalam beberapa tahun, tiada sesiapa akan bimbang sama ada ia dibeli dengan $6000 atau $6,500. Hanya pedagang yang beroperasi dalam skala kurang daripada satu tahun yang akan bimbang mengenai kejatuhan semasa dalam harga pasaran." Apa yang beliau tidak nyatakan adalah bila kenaikan ke 80,000 akan berlaku 

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami