Ogos 5, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Minggu lepas dipenuhi dengan pelbagai acara-acara, yang jika berlaku di masa yang lain, mampu menyebabkan pergerakan pasaran yang kuat. Tetapi sekarang adalah puncak musim cuti dan tiada apa-apa pergerakan yang hebar. Kami juga tidak menjangka sebarang kejutan daripada data mengenai GDP Eurozone atau daripada nilai indeks harga pengguna. Harapan adalah tipis bagi keputusan Rizab Persekutuan AS dalam kadar faedah dan bagi data mengenai pasaran buruh AS, tetapi tidak wujud sebarang lonjatan dalam kemeruapan juga. Kejatuhan dalam NFP sebanyak 36.7% (daripada 248K ke 157K) juga tidak memberi kesan hebat kepada pasaran.
    Hasilnya, seperti mana yang telah diramalkan oleh ramai penganalisis, pasangan ini kekal di dalam zon dua-minggu 1.1575-1.1750, mencapai ketinggian maksimum pada 1.1745, kemudian mecapai tahap terendah 1.1560 dan mengakhiri sesi lima hari di 1.1567;
  • GBP/USD. Masa depan paun British tidak memberangsangkan walaupun Bank England mungkin menaikkan kadar faedah - 65% daripada pakar-pakar berpendapat GBP/USD akan terus jatuh ke zon 1.3000.
    Ramalan ini terbukti tepat. Sehari sebelum kadar dinaikkan, paun bertumbuh sedikit. Kemudian, seperti yang diramalkan, pada Khamis 2 Ogos, pengawal selia menaikkan kadar faedah dari 0.50% ke 0.75%. Tetapi disertai dengan komen bahawa tiada lagi kenaikkan yang dijangka dalam masa depan - mereka mengatakan ekonomi dan Brexit mengalami masalah. Akibatnya, pasangan ini berpatah balik dan jatuh ke zon 1.2975. Sesi mingguan berakhir di paras yang diramalkan oleh pakar-pakar, di 1.3000;
  • USD/JPY. Laporan polisi kewangan Bank Jepun yang sepatutnya mengukuhkan yen, telah menyebabkan keruntuhan yen. Kenyataan daripada pengerusinya, Haruhiko Kuroda dibaca oleh pasaran sebagai suatu niat untuk mengekalkan polisi ultra-lembut dan untuk meransang kelemahan matawang Jepun dengan menaikkan pulangan bon kerajaan 10-tahun.
    Akibatnya, USD/JPY melonjak ke 112.15. Walau bagaimanapun pasangan ini tidak mampu untuk mengukuhkan kedudukan pada paras ini dan jatuh sebanyak 90 mata. Minggu lepas diakhiri di paras 111.25;
  • Matawang kripto. Pasaran ini telah ditawan oleh trend bear sepanjang minggu lepas. Trend bear dibantu oleh bitcoin dan altcoin utama lain yang telah terlampau dibeli. Tambahan lagi, tiada sebarang berita positif daripada pengawal selia dan pembuat pasaran juga tidak membantu dalam pertumbuhan. Hasilnya, BTCUSD jatuh sebanyak $1,000, kehilangan kira-kira 12% sepanjang minggu dan mencapai nilai pertengahan Julai, sekitar $7,280 setiap koin.
    Ethereum jatuh lebih banyak, kira-kira 14%, melintasi sokongan pada $400 di masa-masa yang tertentu. Litecoin kehilangan 11% tetapi ripple adalah lebih stabil: hanya jatuh sebanyak 7%, kemudian bertukar arah dan naik 2.5%;

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Diramalkan tiada acara beerti yang boleh memberi kesan serius kepada mood pasaran pada minggu depan. Banyak penunjuk menunjukkan kekurangan aktiviti dalam pasaran. MACD pada D1 telah bergerak mendatar sedikit di bawah paras sifar bagi empat minggu berturut-turut. Lebih kurang 85% daripada semua pengayun adalah berwarna merah dan baki 15% telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual.
    70% daripada penganalisis, dengan sokongan analisis graf, meramalkan pasangan ini akan mencapai batasan bawah saluran sisi jangka sederhana 1.1505-1.1850, dan kemudian naik ke atas. Baki 30% meramalkan pergerakan di dalam koridor tiga-minggu yang lebih sempit 1.1575-1.1750;
  • senario bagi masa depan paun British adalah negatif. Kebanyakan penganalisis (70%) sedang menunggu pasangan ini jatuh ke paras terendah musim panas 2017, dalam zon 1.2800. Perkembangan ini disokong oleh semua pengayun (kecuali satu) dan analisis graf pada H4 dan D1. Sokongan terdekat adalah 1.2955 dan yang seterusnya adalah 100 lebih rendah.
    30% penganalisis yang lain berpendapat pasangan ini telah memasuki suatu saluran sisi 1.2955-1.3210. Rintangan terdekat adalah dalam lingkungan 1.3100;
  • USD/JPY. Kebanyakan (75%) daripada penganalisis berpendapat dolar akan semakin kuat. Sungguhpun pasangan ini jatuh pada penghujung minggu lepas, ia masih berada di dalam saluran menaik jangka sederhana, yang bermula pada penghujung March ini dan kini berada pada garisan sokongannya. Sasaran terdekat pasangan ini adalah ketinggian 112.00 dan sasaran muktamad adalah 113.15.
    Jika trend bear berkuasa dan pasangan ini bergerak ke arah selatan, sokongan adalah di paras 110.60, 110.30 dan 109.75. Apabila beralih dari ramalan mingguan ke ramalan sehinggan penghujung musim panas, bilangan penganalisis yang menyokong senario ini meningkat dari 25% ke 45%.
    Analisis graf meramalkan: penurunan ke paras 110.60 terlebih dahulu, dan kemudian naik ke paras 112.00;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06-10 Ogos, 20181

  • Matawang kripto. Penyokong teori gelombang Elliot boleh melihat penghujung gelombang menaik ke-5 bagi BTC/USD dalam maksimum 25 Julai. Kejatuhan yang berikutan adalah suatu gelombang impuls, yang mana selepas itu pasaran menjangka suatu gelomban pembetulan B dan pertumbuhan ke zon 7,800-8,000. Sasaran paling optimistik bagi separuh pertama Ogos adalah ketinggian $10,000.
    Walau bagaimanapun, penunjuk-penunjuk utama - penunjuk trend dan volum, bersama pengayun - belum memberi isyarat jelas berkenaan perubahan trend bagi jangka masa D1 dan W1. Oleh sebab itu, jika $7,300 ditembusi, ia mungkin jatuh ke zon $6,700. Sokongan paling kuat adalah dalam zon $6,000-6,100 - ini adalah paras apabila melombong hampir menjadi tidak menguntungkan. Mengikut salah satu teori, antara sebab utama kejatuhan harga dalam 2018 adalah disebabkan oleh pelombong. Peningkatan bilangan pelombong menyebabkan kerumitan teruk bagi algoritma perlombongan. Dan, apabila harga bitcoin jatuh, keuntungan daripada perlombongan akan berkurangan dan pemilik ladang kripto akan mula menjual stok koin yang mereka telah lombong, maka membawa keburukan kepada diri sendiri mereka.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami