Ogos 26, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti dijangka, hasil perbincangan antara AS-China tidak begitu jelas: satu-satunya maklumat datang dari Kementerian Perdagangan RRC, Kementerian Kewangan China hanya dilaporkan berkata perbincangan tersebut adalah sesuatu yang jujur dan bermanfaat. Kenyataan seperti itu hanya boleh dianggap seperti tiada kata putus. Ucapan Pengerusi Perbendaharaan Jerome Powell juga tidak menerangkan apa-apa dan menyebabkan kejatuhan dolar sebanyak 30 mata.
    Umumnya, pada minggu ini, euro meningkat hampir 200 mata, disebabkan oleh masalah serius yang melanda presiden AS dan pasukannya, sehinggakan pembantunya boleh dikenakan hukuman penjara dan Trump sendiri boleh didakwa. Keputusan Amerika Syarikat untuk menangguhkan kenaikan duti import kereta daripada EU juga memihak kepada euro. Hasilnya, pasangan itu mengakhiri minggu ini pada 1.1622, hampir pada rintangan 1.1630, seperti yang dijangka 45% penganalisis;
  • GBP/USD. Seperti yang dialami euro, pound British berbanding dolar juga meningkat, mencecah pertengahan trend menurun jangka sederhana, yang telah bermula sejak musim bunga lalu. Pasangan ini telah mencapai paras tertingginya pada bulan Ogos dan berada pada paras 1.2845 setelah berakhirnya tempoh dagangan;  
  • USD/JPY. Ingat kembali bahawa 75% daripada penganalisis menjangkakan pasangan ini akan jatuh ke zon 109.00, dan 25% bersetuju bahawa ia akan kembali ke paras 111.00-112.00. Seperti yang dijangka majoriti, pasangan ini benar-benar jatuh dan ia menjunam lagi ke paras 109.75 pada hari Selasa, 21 Ogos. Walau bagaimanapun, penurunan itu berhenti, dan ramalan baki 25% penganalisis kemudiannya berlaku: pasangan itu naik semula ke sekitar 111.00-112.00, mencapai paras 111.50. Ia berakhir sedikit rendah – di sekitar 111.25;
  • Matawang Kripto. Berita paling buruk minggu ini adalah permohonan untuk melancarkan lima lagi dana pelaburan (jumlah keseluruhannya sembilan) yang berorientasikan Bitcoin (Bitcoin-ETF) telah ditolak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC). Sebab yang diberikan adalah sama - masalah penipuan dan memanipulasi harga di tukaran wang kripto. Namun, berita baiknya adalah SEC masih boleh menimbang semula keputusannya. Pengikut trend bull juga gembira dengan berita mengenai bon berasaskan blockchain yang pertama di dunia, keluaran Bank of Australia telah dibeli secara aktif oleh pelabur.
    Bagi pelaburan pada pasaran kripto pula, ia mengalami sedikit pertumbuhan dengan jumlah lebih dari $210 bilion.
    Dalam situasi ini, pergerakan pasangan BTC / USD ini hanya terbatas pada nilai antara $6,230-6,650 disepanjang masa. Seperti yang dijangka, sukar bagi bitcoin untuk mencecah kedudukan di atas rintangan pada nilai $6,830. Percubaan pada 22 Ogos gagal: setelah mencapai $6,885, pasangan tersebut turun semula dengan cepat dan kembali ke paras mingguan. Percubaan seterusnya berlaku pada malam Jumaat, apabila pasaran susut menjadi lebih susut.
    Kegagalan untuk mendapat sokongan pada $6,230 berlaku disebabkan oleh kebanyakan pelombong bitcoin berharap untuk mendapatkan semula modal. Dan jika nilainya jatuh di bawah zon $6,000-6,100, melombong bitcoin tidak lagi menguntungkan.
    Sama seperti bitcoin, Litecoin (LTH), ripple (XRP) dan kebanyakan coin utama juga tidak menunjukkan sebarang aktiviti. Tetapi Ethereum (ETH) sekali lagi menunjukkan dinamik negatif, kerugian hampir 15% disepanjang minggu.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Tiada kata putus dalam perbincangan antara AS-China, pemecatan Presiden Trump mungkin boleh berlaku. Diikuti pula serangan presiden AS kepada ketua Perbendaharaan Persekutuan. Perkara ini akan menyebabkan nasib tidak menyebelahi Trump kerana dasar kewangan yang ketat dan peningkatan kadar pinjaman. Semua ini menimbulkan ketidakpastian pada pasaran, dan pendapat penganalisis terbahagi seperti berikut:
    - 45% daripada mereka, yang turut disokong kebanyakan pengayun dan analisis grafik pada H4, bersetuju dolar akan semakin lemah dan pasangan ini akan beralih ke zon 1.1630 -1.1750. Rintangan seterusnya adalah pada 1.1840;
    - 30% penganalisis masih percaya pada dolar dan sedang menunggu pasangan itu kembali ke paras terendah pada pertengahan bulan Ogos. Sokongan terdekat adalah pada 1.1430, sasarannya pada 1.1300. Disamping analisis ini, analisis grafik pada D1 dan 15% daripada pengayun juga bersetuju matawang Amerika telah terlebih beli;
    - dan akhir sekali, baki 25% penganalisis tidak dapat membuat keputusan dalam situasi ini.
    Jika kita beralih ke ramalan jangka panjang, lebih daripada 60% penganalisis memihak kepada dolar. Sebagai contoh, walaupun EU masih belum memutuskan sama ada ingin meneruskan rangsangan dasar monetarinya, penganalisis JP Morgan telah meramalkan kadar euro / dolar adalah pada paras 1.1000-1.1200 menjelang akhir tahun ini. Ia kerana sebab yang sama: Brexit, Itali dan Turki, dan negara-negara lain di dalam Kesatuan Eropah. Walau bagaimanapun, penganalisis JP Morgan tidak menolak kenaikan mata wang Eropah pada paras 1.1900 selepas itu, tetapi ia hanya akan berlaku pada musim bunga 2019;
  • GBP/USD. Menurut analisis grafik, apa yang akan terjadi pada pasangan ini adalah seperti berikut: pertama sekali ia akan mengalami pertumbuhan ke sempadan atas saluran menurun (zon 1.3000-1.3080), pulih, dan kemudian jatuh untuk pertama kalinya ke sokongan 1.2660, dan seterusnya turun lagi ke paras 1.2585. Terdapat pula kekeliruan pada indikator. Ada yang menunjukkan pasangan itu terlebih beli, ada pula yang mengatakan ia terlebih jual, ada yang berwarna merah, dan ada pula yang berwarna hijau atau kelabu. Kekeliruan yang sama turut dilihat di kalangan penganalisis. Walau bagaimanapun, apabila kita melihat ramalan untuk musim luruh, semuanya menjadi lebih jelas - lebih daripada 65% penganalisis menjangkakan pertumbuhan pasangan ini. Namun, sasarannya masih agak kabur - dari paras 1.3100 hingga paras 1.3500;
  • USD/JPY. Tekanan inflasi rendah terhadap yen berterusan, membawa maksud permintaan yang lemah dan menghalang pertumbuhan KDNK. Ketua Bank Negara Jepun Haruhiko Kuroda pernah berjanji untuk melakukan harakiri jika inflasi tidak mencapai sasaran iaitu 2%. Tetapi kenaikan harga masih lemah dan belum mencapai 1%. Namun, kita berharap Encik Kuroda tidak tergesa-gesa untuk memenuhi janjinya itu.
    Sementara itu, penyelaras undang-undang masih lagi meneruskan polisi untuk merangsang kadar negatif dan pembelian berskala besar aset-aset. Dengan cara ini, walaupun berlakunya perang ekonomi antara AS-China serta masalah AS yang lain, dolar masih lagi akan bertumbuh. Itulah yang djangka 65% penganalisi, menyasarkan pada paras 112.00, 113.50 dan 114.70.
    Pendapat alternatif oleh 35% penganalisis, analisis grafik pada D1 dan 20% pengayun pula adalah pasangan itu terlebih beli. Jika trend bear ini berterusan, pasangan ini akan dijangka turun pada paras antara 109.75-110.10. Sokongan terdekat adalah pada paras 110.75;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27-31 Ogos, 20181

  • Matawang Kripto. Kedua-dua bitcoin dan altcoin menghampiri paras terendah mereka, krisis keyakinan dalam sektor ini dan kurangnya berita positif mengjadi penghalang kepada pertumbuhan trend bull yang kuat. Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, berita seperti itu tidak akan memberi kesan serius terhadap ekonomi dan hanya menjadi sebab untuk spekulasi seterusnya.
    Sasaran untuk BTC/USD adalah sama. Sasaran bagi trend bull adalah untuk mencecah paras $6,850, dan kemudian pada paras $7,760, trend bull pula menyasarkan untuk menembusi sokongan $6,230, kemudian turun ke paras $6.000 dan jatuh ke paras $5,760. Kedudukan di bawah paras ini mungkin memberi petanda kuat jualan matawang kripto secara besar-besaran akan berlaku hingga menyebabkan keruntuhan sepenuhnya pasaran. Namun ianya bertentangan dengan matlamat semua peserta, walaupun bagi mereka yang kini diambang kerugian. Jika kejatuhan ini berlaku, ia mungkin hanya untuk jangka pendek, dan pasangan ini akan kembali berada di zon melebihi $6,000. Walaupun terdapat sesetengah penganalisis meramalkan kejatuhan sehingga ke paras $4,700.
    Dan sekarang, ini adalah berita bagi mereka yang optimis serta pelabur jangka panjang yang yakin dan masih menyimpan bitcoin hingga sekarang. What's on Crypto, sebuah saluran di Telegram menyatakan bahawa selepas setiap pengurangan harga coin yang dilombong kepada separuh berlaku, harga bitcoin meningkat 12 kali ganda. Pengurangan fi pertama berlaku pada 28 November 2012, pasangan BTC/USD diniagakan pada harga $12. Pengurangan kali kedua pula berlaku pada 9 Julai 2016, pada waktu itu harganya adalah kira-kira $ 657. Pengurangan kali ketiga (dari 12.5 BTC kepada 6.25 setiap blok) pula sepatutnya berlaku pada pertengahan tahun 2020 dan, jika ramalan itu benar, menjelang tahun 2023, kadar ini akan mencapai $10 juta bagi setiap coin. Sama ada benar atau tidak, kita akan “ketahuinya” tidak lama lagi - "hanya" perlu menunggu kira-kira lima tahun dari sekarang.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami