September 8, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti trend dan perubahan-perubahan yang berlaku, ramalan yang diberikan pada minggu lepas ternyata tepat: bermula pada hari Selasa, 6 September, kita dapat melihat nilai dolar yang lemah dan pertumbuhan pasangan ini, dan kemudian pada penghujung minggu, nilai dolar menjadi semakin kukuh akibat data pasaran buruh yang positif di AS menyebabkan penurunan nilainya. Walaupun berada di penghujung musim panas, turun naik pasangan ini jauh lebih rendah daripada yang dijangka: ia hanya bergerak 130 mata sahaja. Pasaran bertindak balas perlahan walaupun NFP (Non-Farm Payrolls) telah berkembang sebanyak 36.7% (naik dari 147K menjadi 201K), dan akibatnya, pasangan itu mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.1552, peningkatan sebanyak 50 mata sahaja bagi kedudukan dolar;
  • GBP/USD. Tidak seperti euro, turun naik pound telah berkembang melebihi 240 mata pada minggu lalu berikutan kenyataan yang dibuat oleh pegawai Kesatuan Eropah mengenai Brexit. Peningkatan nilai pound paling tinggi adalah disebabkan kenyataan perunding EU Michel Barnier mengenai situasi di sempadan Great Britain dan Ireland. Disebabkan itu, seperti yang diramalkan kebanyakan penganalisis (60%), nilai pasangan ini meningkat, mencapai paras 1.3025 pada tengah hari Jumaat. Namun, pada penghujung hari dagangan, nilai pasangan ini turun sebanyak 110 mata selepas berita mengenai pasaran buruh Amerika Syarikat dikeluarkan, turun sehingga paras 1.2915 seperti nilai pada permulaan minggu, menerima nasib yang hampir serupa dengan EUR/USD;
  • USD/JPY. Ramalan sebelum ini yang disokong lebih daripada 55% penganalisis, pengayun dan analisis grafik pada D1, menggambarkan pergerakan pasangan ini di saluran sisi paras yang terhad antara 110.00-111.45. Senario ini hampir tepat, dengan mengambil kira toleransi tertentu: kedudukan pasangan ini kekal antara paras 110.37-111.75, kembali ke zon tengah pada penghujung minggu dan berakhir pada paras 111.00;
  • Matawang Kripto. Ramalan bagi BTC/USD adalah nilai pasangan ini pada mulanya akan bertumbuh menjadi $7,760 (tetapi ia hanya meningkat kepada $7,400 sahaja), selepas itu berlakunya pembetulan dan akhirnya penurunan, tetapi nilainya tidak akan berada di bawah zon $6,000-6,230, iaitu paras untung pengeluaran. Apa yang berlaku adalah, nilai bitcoin jatuh sehingga paras sokongan 6,300, kerugian sehingga 15% dalam masa 16 jam. Keadaan Ethereum lebih menyedihkan buat pengikut trend bull: pasangan ETH/USD kerugian hampir 30%, jatuh daripada paras 302.1 ke 211.6. Nilai Litecoin (LTH) pula jatuh sebanyak 22%, dan Ripple (XRP) pula sebanyak 20%.
    Kejadian ini berlaku akibat daripada dua perkara: 1) platform kripto ShapeShift yang mahu para penggunanya mendaftar dan kemudian mengumpul data peribadi mereka, serta 2) kenyataan palsu yang dikeluarkan Goldman Sachs mengenai pembatalan penubuhan unit khas bagi dagangan matawang kripto.
    Sebenarnya, kedua-dua berita ini tidak memberi kesan yang mendalam terhadap pasaran kripto, ia hanyalah sebahagian daripada taktik syarikat persendirian. Seperti yang sering diperkatakan sebelum ini, mereka akan sentiasa mencari jalan bagi memenuhi kemahuan pelabur-pelabur besar yang ingin melihat pasaran ini jatuh sepenuhnya.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Dari sudut analisis dasar, semua pihak menunggu peristiwa penting yang akan berlaku pada hari Khamis, 13 September. Pada hari tersebut, keputusan kadar faedah ECB dijangka akan diumumkan, dan sidang akhbar ECB juga mungkin akan diadakan pada hari yang sama. Bagi kadar faedah, tidak ada kejutan yang mungkin akan berlaku. Sebaliknya bagi sidang akhbar, kenyataan mengenai tarikh pengetatan dasar monetari di zon Euro mungkin akan dikeluarkan, walaupun dasar ini mungkin tidak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Kesimpulan yang sama tidak boleh dibuat terhadap keputusan Rizab Persekutuan AS.
    Pada hari yang sama juga, data mengenai kadar inflasi AS akan dikeluarkan, dan berdasarkan data inilah pihak Rizab Persekutuan akan memutuskan jika berlakunya peningkatan kadar faedah. Mereka yang berada di pasaran 100% yakin kenaikan ini akan berlaku pada bulan September. Tetapi pedagang serta penganalisis tertanya-tanya adakah peningkatan ini akan berlaku sekali lagi pada bulan Disember.
    Berdasarkan peristiwa yang mungkin berlaku, kebanyakan penganalisis (60%) bersetuju akan pertumbuhan nilai dolar dan juga kejatuhan pasangan ini. Hampir 85% daripada pengayun dan indikator trend serta analisis grafik pada D1 turut menunjukkan perkara yang sama. Sasaran sokongan terdekat untuk akhir bulan September adalah pada paras 1.1530 dan 1.1400, manakala ia akan berada pada paras 1.1300 dan 1.1125 apabila tibanya bulan Oktober.
    Baki 40% penganalisis ahli percaya bahawa pembetulan pasangan ini masih lagi belum selesai, justeru ia masih boleh bergerak di saluran sisi antara paras 1.1530-1.1745 untuk seketika. Sentimen yang sama juga turut dikongsi analisis grafik pada H4 dan 15% pengayun yang mengatakan pasangan itu telah terlebih jual;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 September, 20181

  • GBP/USD. Data makroekonomi dari UK akan dikeluarkan pada minggu ini, bermula dengan data KDNK pada hari Isnin, kemudian data gaji pada hari Selasa, dan akhir sekali pengumuman Bank of England mengenai kadar faedah yang akan ditentukan pada hari Khamis. Fokus utama bukanlah pada nilai kadar yang diputuskan, kerana ia mungkin akan kekal pada paras 0.75%, tetapi jumlah undian yang bersetuju untuk menaikkannya. Seperti biasa, pasaran bertindak balas terhadap isu "perpisahan" antara Britain dari Kesatuan Eropah ini.
    Dalam situasi ini, ramalan berdasarkan bacaan indikator trend serta pendapat penganalisis terbahagi kepada dua bahagian yang sama. Pengayun juga tidak memberi isyarat yang jelas: hampir 50% adalah berwarna neutral, 25% berwarna hijau dan 25% lagi berwarna merah.
    Bagi analisis grafik pada D1 pula, ia menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi terhadap dolar dan kejatuhan pasangan ini ke zon 1.2785-1.2800 pada awalnya, dan kemudian turun lagi ke paras 1.2660. Bagi analisis grafik H4, ia tidak mengecualikan senario pasangan ini yang akan bergerak di sepanjang Pivot Point 1.2935 dalam saluran mendatar antara 1.3035-1.3040 selama beberapa hari sebelum ia mengalami penurunan;
  • USD/JPY. Komuniti bidang kewangan kini sedang memfokuskan terhadap artikel James Freeman dalam Wall Street Journal, yang menyatakan secara ringkasnya, Jepun akan menjadi sasaran baru dalam perang dagangan yang dibuat Donald Trump. Freeman membuat rujukan kepada perbualan telefon peribadinya bersama Presiden AS sebagai bukti.
    Nampaknya, Jepun turut berada di ambang krisis, yang mereka cuba elakkan. Jika anda mengambil kira perkara ini, dan juga rancangan untuk meningkatkan cukai jualan pada tahun hadapan serta penggantungan ke atas minyak di Iran, kelebihan akan lebih memihak kepada Amerika. Pertambahan dalam pendapatan serta perbelanjaan isi rumah, bagi memastikan kadar inflasi sebanyak 2% negara tersebut tercapai, memihak kepada Jepun.
    Berikut adalah peratusan ramalan penganalisis: 55% menjangkakan kejatuhan pasangan ini, manakala baki 45% pula berpendapat sebaliknya. Indikator tidak memberi gambaran yang jelas, dan analisis grafik pada H4 menggambarkan pasangan ini bergerak pada paras antara 110.30-111.80. Jika dilihat pada tempoh masa D1 pula, jarak ayunannya bertambah pada paras antara 109.80-112.15;
  • Matawang Kripto. Sudah jelas bahawa trend penurunan tidak akan berhenti di paras sekarang, pasangan BTC/USD akan cuba untuk melepasi paras $6,000 dan menghampiri paras terendah pada tahun ini di zon $5.760. Terdapat kemungkinan nilainya mampu kekal seketika, bergerak mendatar pada paras nilai antara $6,230-6,640. Rintangan seterusnya adalah pada zon $6,895-6,985.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami