September 29, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti dijangka, terdapat pelbagai masalah yang berlaku terhadap kedua-dua matawang euro dan dolar AS minggu lalu. Pasangan ini melepasi kedua-dua sempadan atas dan bawah sisi koridor jangka sederhana antara 1.1525-1.1830 sepanjang minggu dagangan. Ternyata, kemenangan milik dolar. Ini disebabkan oleh hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS, turut memainkan peranan ialah pertumbuhan KDNK AS serta inflasi yang berlaku di Eurozone, dan tidak lupa juga masalah yang berlaku di Itali selepas pembentangan bajet 2019 yang dibuat kerajaan itu, yang menunjukkan defisit sebanyak 2.4% (bukan seperti yang dijangka iaitu 2%). Hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada 1.1602 selepas menunjukkan kemeruapan sebanyak 245 mata;
  • GBP/USD. Jika diimbas minggu lalu, 55% penganalisis memilih akan pertumbuhan pasangan ini, 30% bersetuju ianya akan mengalami penurunan, dan baki 15% memilih trend ke sisi. Percanggahan pendapat ini ternyata adalah ramalan paling tepat. Pasangan ini melonjak pada permulaan minggu, mencecah paras tertingginya iaitu 1.3225, dan kemudiannya beralih arah, mencecah paras terbawah pada 1.3000. Akhirnya, ia hanya mengalami penurunan sebanyak 45 mata sepanjang lima hari, berada pada paras 1.3030; 
  • USD/JPY. Senario yang mencadangkan pertumbuhan pasangan ini ke paras antara 113.20-113.75 telah dipersetujui oleh 40% penganalisis, analisis grafik pada D1 dan 100% indikator trend. Ternyata pasangan ini mengalami lonjakan, mencapai ketinggian 113.70.
    Mengapa yen jatuh adalah disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan ketua Bank of Japan Haruhiko Kuroda dan juga ketua Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell. Kuroda berkata penggubal undang-undang Jepun tidak bercadang untuk menyekat polisi mitigasi. Lagipun, kadar faedah sekarang yang ditetapkan di bawah 0.1% boleh diturunkan lagi. Bagi kenyataan Powell pula, beliau mengesahkan pada sidang akhbar bahawa selain daripada peningkatan kadar faedah yang dibuat pada hari Rabu, 26 September lalu, pihak Rizab Persekutuan bercadang untuk menaikkan sekali lagi kadar tersebut bagi tahun 2018 dan tiga kali lagi pada tahun 2019.
    Dalam situasi ini, reaksi pasaran sudahpun dijangka: pertumbuhan dolar secara aktif yang berterusan dan mengakhiri minggu pada paras 113.68;
  • Matawang Kripto. Tiada sebarang berita gembira yang mampu mengubah arah pasaran kripto secara serius dilaporkan minggu lalu. Matawang-matawang kripto yang berada dalam senarai TOP-10 bergerak seperti yang dijangka. Pada awal minggu dagangan, bitcoin menunjukkan penurunan sebanyak 7.5%, diikuti peningkatan sebanyak 7.25%. Ia mengakibatkan kedudukan pasangan BTC/USD tidak berubah dan berada di antara nilai $6,000 dan $7,000, kekal pada saluran yang lebih sempit iaitu $6,325-$6,835. Litecoin (LTH/USD) dan juga ripple (XRP/USD) ditutup pada nilai yang hampir sama dipermulaan minggu. Namun hanya ethereum (ETH/USD) menunjukkan penurunan sebanyak 8% sepanjang minggu, turun ke $225.0 bagi setiap coin, dan sekarang berada di kedudukan sama seperti pada 6-7 September.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Majoriti kebanyakan penganalisis (70%), yang juga disokong oleh 95% indikator trend bersetuju bahawa dolar akan lebih kukuh dan pasangan ini pada mulanya akan turun ke paras sokongan 1.1525, dan terus ke paras terendah bulan Ogos pada 1.1300 untuk sepanjang bulan Oktober.
    Senario berbeza yang disokong 30% penganalisis dan 20% pengayun memberi isyarat pasangan ini telah terlebih jual. Jika ramalan ini ditambah dengan analisis grafik pada H4 dan D1, apa yang boleh kami katakan adalah pertumbuhan pasangan ini terhad hingga ke sempadan atas saluran melintang jangka sederhana pada paras 1.1525-1.1830. Sasaran paling hampir trend bull adalah pada paras 1.1740.
    Bagi data makroekonomi yang dikeluarkan pula, kita harus beri perhatian terhadap statistik pasaran buruh AS pada hari Jumaat, 5 Oktober, termasuklah data pendapatan, pengangguran serta NFP. Konsensus penganalisis Amerika meramalkan bilangan jumlah pekerjaan baru yang terhasil di luar sektor agrikultur adalah 8% kurang daripada jumlah pada bulan Ogos, dan perkara ini mungkin akan melemahkan nilai dolar sedikit;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01-05 Oktober, 20181

  • GBP/USD. 55% penganalisis meramalkan kejatuhan pasangan ini ke paras 1.2900, 25% pula berpendapat ia akan bertumbuh ke sekitar 1.3100-1.3145, dan baki 20% pula mengambil langkah neutral. Sebab terdapatnya jurang perbezaan pendapat yang besar mengenai penyusutan nilai pound adalah masih lagi sama: kemerosotan ekonomi di UK serta ketidakpastian mengenai hal Brexit.
    Bagi bacaan indikator. Jika kebanyakan pengayun dan indikator trend adalah berwarna merah pada H4, hampir 30% daripadanya berwarna hijau pada D1. Dalam masa yang sama, bacaan hampir 20% pengayun pada kedua-dua tempoh masa menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual. Bacaan analisis grafik juga tidak menunjukkan kesepakatan: pada D1, ia jelas menunjukkan pergerakan pasangan ini ke bawah di sekitar zon 1.2800-1.2845, manakala pada H4 pula ia bergerak ke saluran sisi pada paras 1.2980-1.3175;
  • USD/JPY. Pendapat bagi pasangan ini terbahagi secara sama rata. 50% penganalisis yang disokong oleh analisis grafik pada D1 dan juga 100% indikator trend, percaya bahawa momentum lonjakan masih belum lagi berakhir, dan pasagan ini seharusnya akan mencecah ketinggian 114.50.
    Baki separuh penganalisis pula menjangkakan suatu pembetulan akan berlaku dan pasangan ini akan menyusut ke paras sokongan 112.00. 15% daripada pengayun juga memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih beli, yang memihak kepada senario seperti itu;
  • Matawang Kripto. Nilai permodalan bagi pasaran kripto secara keseluruhannya masih belum lagi mencecah $ 250 bilion, tetapi pertumbuhan kadar matawang kripto utama kini berada dalam jumlah yang baik, menunjukkan trend bull semakin lama semakin kukuh. Ripple (XRP) dan juga bitcoin cash (BCH) antara dua altcoin yang mendorong para pelabur buat masa ini, dapat memberikan mereka sedikit harapan. Ripple telah naik lebih daripada dua kali semenjak tiga minggu yang lalu, dan bitcoin cash pula melonjak sebanyak 30%.
    Ciri pemindahan segera yang dihasilkan berdasarkan protokol Ripple semakin mendapat sambutan dan sepertinya mampu bersaing dengan sistem SWIFT yang kini menerajui dalam sektor perbankan. Terdapat pendapat yang menyatakan teknologi blockchain seperti itu dibiayai oleh syarikat yang berniat untuk menyembunyikan wang mereka dalam “syarikat luar persisir digital” dengan cepat, tersembunyi dan boleh dipercayai. Terdapat juga pendapat alternatif yang menyatakan ianya dihasilkan bersama oleh perkhidmatan khas AS, bertujuan bagi mengawal sepenuhnya aliran wang di seluruh dunia. Tidak diketahui teori manakah yang benar, tetapi dalam mana-mana contoh, matawang maya seperti ripple mempunyai asas yang kukuh untuk berkembang.
    Semuanya bergantung pada berita yang bakal keluar, tidak kira sama ada permodalan pasaran kripto dapat menghampiri sasaran $300 bilion dalam masa terdekat, atau nilai bitcoin akan melebihi $7,000 dan mengheret altcoin ke atas sekali. Jika tiada berita positif, senario yang mungkin akan berlaku ialah nilainya akan bergerak antara $6,000-7,000 (atau pada saluran lebih sempit - $6,325-6,835).

  

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami