Oktober 27, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Semasa membuat ramalan, kami menganggap tiada satu pun peristiwa pada kalendar ekonomi yang berlaku mampu untuk memberi impak terhadap pasaran. Ternyata ramalan kami tepat: reaksi pasaran adalah perlahan walaupun selepas kenyataan Pengerusi ECB Mario Draghi dikeluarkan, serta terhadap data KDNK AS yang 0.2% lebih tinggi berbanding daripada apa yang telah dijangka.
    Ramalan kedua kami untuk minggu lalu adalah pertumbuhan nilai dolar, yang turut disokong oleh 70% penganalisis. Sememangnya ia lebih kukuh berbanding euro kira-kira 200 mata. Nilai pasangan EUR/USD turun secara teratur sepanjang minggu, sedikit demi sedikit, sehingga nilainya berada pada paras 1.1335. Kemudian nilai matawang euro meningkat sebanyak 65 mata, dan pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada zon 1.1400;
  • GBP/USD. Jika diimbas kembali, lebih daripada 90% penganalisis menyokong sepenuhnya majoriti indikator yang menjangkakan penyusutan nilai matawang British. Ternyata ramalan itu tepat sekali, dan matawang Pound kehilangan kira-kira 300 mata. Carta pasangan ini hampir menyerupai carta EUR/USD: penurunan yang disusuli dengan pembetulan berulang kali sehingga ke hujung minggu, dan ianya berhenti pada paras 1.2825;
  • USD/JPY. Apabila membuat ramalan mengenai matawang Eropah, para penganalisis menjangkakan peningkatan nilai dolar, tetapi berlainan pula bagi pasangan ini: nilai yen menjadi lebih kukuh walaupun sedikit, mengambil kira perang dagangan yang berlaku antara AS dan China. Sasaran dibuat pada paras 112.00 dan juga 111.65. Pasangan ini berjaya mencapai kedua-duanya, mengalami penurunan sehingga paras 111.37 dan mengakhiri dagangan mingguan pada zon 111.88;
  • Matawang Kripto. Seperti yang dijangka, pasaran ini beralih ke fasa penyatuan setelah keadaan kembali reda akibat tersebarnya khabar angin pada hari Isnin, 15 Oktober lalu. Matawang ripple mempamerkan kemeruapan paling tinggi (kira-kira 8%). Dalam masa sama, keadaan matawang bitcoin, litecoin dan juga ethereum agak sepi jika dibandingkan dengan pasangan matawang serta ekuiti konvensional yang lain. Sebagai contoh, pasangan BTC/USD kekal di koridor $6,460-6,655 yang sempit, walaupun telah berlakunya lagi penggodaman pada bursa kripto.
    Kami membicarakan mengenai serangan kumpulan penggodam Lazarus milik Korea Utara pada bursa negara Switzerland, Trade.io. Menurut CipherTrace, bilangan kecurian matawang kripto pada tahun 2018 telah meningkat sebanyak 3.5 ganda berbanding tahun sebelumnya, dan jumlah nilai kecurian dana tersebut hampir mencecah 1 bilion dolar AS secara amnya. Tambahan lagi, sekurang-kurangnya 60% daripada kecurian tersebut telah dilakukan oleh penggodam Korea Utara.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Majoriti penganalisis masih lagi menantikan nilai dolar yang akan menjadi semakin kukuh. Namun, majoritinya adalah kecil, 55% berbanding 45%.
    Terdapat pelbagai peristiwa ekonomi yang akan berlaku pada minggu hadapan, dua daripadanya haruslah diberi perhatian. Pertama adalah penerbitan data KDNK negara zon Eropah bagi suku ketiga pada hari Selasa, 30 Oktober. Jika hasilnya adalah lebih teruk atau menyamai hasil suku kedua, nilai euro akan lebih kukuh.
    Data pasaran buruh (termasuklah NFP) yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 2 November pula mungkin akan memihak pada dolar.
    Semasa ramalan ini dibuat, majoriti besar indikator trend dan juga pengayun adalah berwarna merah. Namun, 10% pengayun pula memberi petunjuk bahawa pasangan ini telah terlebih jual pada D1, iaitu suatu isyarat kemungkinan berlakunya proses pembetulan, dan menurut keputusan yang ditunjukkan analisis grafik akibat daripada proses itu adalah pasangan ini boleh melonjak ke paras 1.1450 atau 80 mata lebih tinggi, ke paras 1.1530, dan kemudiannya ia akan turun semula.
    Sasaran trend bear adalah nilai terendah tahun ini yang berlaku pada 15 Ogos iaitu pada 1.1300. Nilai pasangan ini tidak mungkin akan berada di bawah nilai tersebut sebelum hari undian pertengahan penggal di AS pada 6 November dan juga mesyuarat Rizab Persekutuan pada 8 November berlaku. Namun tiada siapa boleh mengecualikan kemungkinan terdapat sebarang cubaan untuk melepasi paras sokongan ini;
  • GBP/USD. Nilai pound telah mencapai paras terendah untuk bulan September, dan sasaran seterusnya adalah untuk berada pada paras terendah tahun 2018, iaitu 1.2660. 70% penganalisis berpendapat tiada apa yang mampu menghalangnya.
    Masalah mengenai Brexit yang masih belum selesai, ekonomi negara yang lemah, serta ancaman perletakan jawatan Perdana Menteri Theresa May turut menjadi punca. Akibatnya, para pelabur tidak lagi berminat untuk memiliki pound British dan ianya dilihat sebagai aset berisiko dan bukan lagi sebagai matawang utama.
    Namun, 30% penganalisis masih lagi berharap berlakunya lonjakan walaupun gambarannya masih samar-samar. Ia boleh dicapai dengan menetapkan untung bulanan dalam nilai dolar terhadap pelabur-pelabur utama, dan juga berita positif berikutan mesyuarat Bank of England pada hari Khamis, 1 November. Pasangan ini mungkin akan kembali ke zon 1.3045-1.3255 hasil daripada lantunan ini. Rintangan paling hampir adalah pada 1.2390.
    Bacaan indikator pasangan ini adalah hampir 100% sama dengan bacaan bagi pasangan euro/dolar: hampir semuanya berwarna merah, dan hanya 10% pengayun memberi isyarat bahawa matawang pound telah terlebih jual.
    Satu lagi versi telah pun dibuat hasil daripada analisis grafik, dan ia menyatakan bahawa pasangan ini mungkin akan bergerak di saluran sisi pada 1.2800-1.2930 untuk beberapa hari;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Oktober - 02 November, 20181

  • USD/JPY. Penurunan nilai pasangan ini telah terhenti pada hari Jumaat, 26 Oktober, dan ia telah melepasi paras sokongan/rintangan 111.80 yang kuat. Kebanyakan penganalisis (70%), juga disokong oleh analisis grafik percaya bahawa ia suatu petanda jelas bagi pengukuhan nilai dolar yang akan berlaku dan kebangkitan pasangan ini ke paras sekurang-kurangnya pada 112.85. Sasaran berikutnya adalah pada paras 113.35 dan juga 114.55.
    Baki 30% penganalisis memilih senario alternatif. Mereka berharap pada mesyuarat Bank of Japan dan juga ucapan ketua bank tersebut, Haruhiko Kuroda pada hari Rabu, 31 Oktober mampu menyokong matawang Jepun dan membantu ia mencapai nilai pada zon 110.75-111.40;
  • Matawang Kripto. Bilangan carian di laman web Google bagi matawang kripto telah menurun sebanyak 93% sepanjang sepuluh bulan pada tahun ini. Jumlah keseluruhan modal pada pasaran kripto sentiasa turun dan naik di sekitar $200 bilion dan hal ini berlaku dalam jangkamasa melebihi dua bulan, suatu petanda minat para pelabur terhadap bitcoin dan juga pada pasaran secara keseluruhannya sudah tiada lagi.
    Pasaran ini hanya boleh pulih jika terdapat berita-berita penting mengenainya muncul. Jika tidak, pasangan BTC/USD akan terus bergerak di julat sempit sekitar $6,325-$6,660 mengikut sentimen trend bearish yang dominan. Rintangan seterusnya adalah pada 6,780, dan seperti sebelumnya, paras sokongan adalah pada zon keuntungan penghasilan iaitu $6,100.

 

Roman Butko, NordFX


Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit. Ia juga sangat berisiko hingga boleh menyebabkan kemuflisan.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami