Januari 5, 2019

Keputusan bagi undian tahunan untuk Anugerah IAFT oleh International Association of Forex Traders telah dikeluarkan di laman web persatuan itu pada awal tahun baru 2019. Undian telah diadakan sebanyak tujuh kali, dan senarai syarikat pasaran kewangan paling popular untuk tahun 2018 telah diketahui hasil daripada undian tersebut. Lebih 200 syarikat yang mahukan kemenangan, tetapi hanya 23 daripada mereka yang berjaya memperoleh pengiktirafan tertinggi: mengatasi yang lain dalam pencalonan dan berjaya mendapatkan gelaran peneraju pasaran. Antara syarikat broker tersebut adalah NordFX, dicalonkan untuk “Broker Terbaik Asia” dan merangkul gelaran itu dengan perbezaan undi yang besar.

 Untuk Mengiktiraf Kejayaan Tahun 2018, NordFX Menerima Tiga Lagi Anugerah Berprestij1

Dua lagi berita gembira telah disampaikan oleh Market Leader, majalah yang memaparkan hasil undian Expert Council oleh MasterForex-V Academy. Pihak pentadbir dan pedagang profesional di Akademi tersebut akan menilai hasil kewangan syarikat-syarikat untuk sepanjang tahun, dan kemudian mendapatkan keputusan akhir pada penghujung tahun. Menurut pengerusi juri pertandingan, MasterForex-V Expo adalah satu tempat untuk menampilkan pemenang broker terbaik, dan rating Expo tersebut terdiri daripada dua dozen kriteria. Sekali lagi pada tahun 2018, untuk empat kali berturut-turut, NordFX telah memenangi Grand Prix dan dianugerahkan gelaran “Broker Terbaik Dunia”.

Syarikat tersebut memperoleh paling banyak undian dalam pelbagai kriteria, termasuklah kualiti urusan terbaik, inovasi terbaik, dana dan produk pelaburan terbaik, serta bermacam lagi kategori penting yang lain. Cukup untuk kami katakan bahawa 55% pedagang di Academy telah membuka akaun dagangan mereka bersama NordFX.

Syarikat tersebut turut menerima anugerah lain daripada MasterForex-V Expo bagi pencalonan “Broker Kripto Terbaik 2018” dalam mencipta kondisi dagangan unik yang membolehkan pedagang mendapatkan hasil terbaik semasa berdagang di pasaran matawang kripto.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada mereka yang telah mengundi kami, dan pengiktirafan ini bukan sahaja bukti kejayaan syarikat pada masa lalu, tetapi suatu kewajipan bagi kami untuk berusaha lebih gigih atas kepercayaan yang anda berikan pada masa kini dan juga pada masa hadapan.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami