Mac 9, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pasangan ini jatuh merudum pada hari Khamis, 7 Mac selepas pihak ECB mengumumkan adalah sia-sia untuk menunggu kadar faedah dinaikkan pada musim bunga ini. Paling cepat untuk ia berlaku adalah pada tahun 2020. Selain itu, umum telah pun sedia maklum tentang rancangan penggubal dasar di negara-negara Eropah untuk memulakan Operasi Pembiayaan Semula Jangka Panjang (Long Term Refinancing Operation, atau LTRO) pada bulan September – sebuah program bagi membiaya semula bank-bank di Eropah pada kadar faedah yang lebih rendah. Jika kita mengambil kira sekali tentang penurunan nilai KNDK dan juga kadar inflasi yang telah diunjurkan, serta statistik ke atas dagangan asing China di Eurozone yang kurang memberangsangkan, keadaan matawang Eropah dilihat tidak begitu baik.
    Akhirnya, menjelang tengah hari Jumaat, nilai pasangan ini turun ke paras ia berada pada musim panas 2017 (1.1175), sedikit melonjak keluar daripada koridor jangka sederhana antara 1.1215-1.1570. Namun, data pasaran Buruh yang dikeluarkan pada 8 Mac (NFP) telah membolehkan bull menukar trend ke arah atas. Setelah didapati jumlah pekerjaan baru pada bulan Januari adalah sebanyak 311K, dan pada bulan Februari pula nilai yang dijangka adalah sebanyak 180K. Ternyata apa yang berlaku adalah jauh lebih teruk, hanya 20K saja yang dilaporkan, dan hal ini telah menyebabkan khabar angin tentang kelembapan ekonomi AS sekali lagi diperkatakan dan pasangan ini kembali ke paras 1.1235;
  • GBP/USD. Seperti yang diramal kebanyakan penganalisis (60%), pound terus mengalami penurunan menjelang pemilihan semula ke atas perjanjian EU oleh Parlimen UK yang bakal berlaku pada 12 Mac, kerugian hampir 200 poin dalam seminggu dan mencecah nilai di zon 1.3000;
  • USD/JPY. Hampir 20% pengayun pada H4 dan D1 memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih beli pada minggu lalu, dan ia memberi kami alasan kukuh untuk meramalkan proses pembetulan ke arah bawah bakal berlaku. Realitinya apa yang telah berlaku adalah, yen hampir mendapatkan semula nilai kerugian minggu akhir bulan Februari dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 111.15;
  • Matawang Kripto. Pelaburan Bitcoin kini semakin perlahan dan kurang memberangsangkan, tetapi masih lagi berkembang bagi tempoh sebulan setengah yang lalu. Sudah pasti, ada lagi yang masih berharap dikalangan 16% pertumbuhan itu. Tetapi jika dilihat pada carta, ianya sangat jelas bahawa sebarang usaha yang dibuat bull dengan serta-merta akan mengalami pertembungan dengan rintangan yang aktif daripada bear, pihak yang tidak mahu matawang kripto utama melangkaui paras tertinggi selama 15 minggu. Justeru, masih ada lagi kemungkinan untuk membincangkan tentang penyatuan BTC di zon $3,900
    Bagi jumlah modal pasaran kripto pula, ia kelihatan sugul dan membosankan: bermula pada penghujung Disember, jumlahnya turun dan naik pada julat yang sedikit sempit antara $110 bilion dan $135 bilion (tanpa mengambil kira lonjakan sekali ke paras $141 bilion).
    Untuk altcoin utama, Litecoin (LTC/USD) menunjukkan pertumbuhan paling ketara, bertambah hampir 90% dalam masa sebulan setengah. Ethereum (ETH/USD) pula, indikatornya nampak lebih bersederhana: naik 30%, manakala Ripple (XRP/USD) hanya naik 10% saja.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

Minggu antara 11 dan 15 Mac dilihat akan dipenuhi dengan peristiwa penting, bukan saja setiap satunya akan meningkatkan kemeruapan pasaran, juga turut mampu mengubah arah trendnya.

Pada hari Isnin, 11 Mac, satu perjumpaan antara menteri-menteri kewangan Eurozone akan diadakan di Brussels. Pada petang hari yang sama, data “kelompok kawalan jualan runcit” di AS akan dikeluarkan, dan menurut ramalan, ia mampu mengukuhkan sedikit nilai dolar.

Statistik ekonomi di Amerika Syarikat pula akan dikeluarkan pada hari Selasa, kali ini ia berkaitan dengan indeks harga pengguna. Tumpuan harus diberikan terhadap ucapan ketua Rizab Persekutan, J. Powell ke atas polisi kewangan mereka. Pada hari Rabu pula, kami menjangkakan laporan bajet UK serta statistik jualan runcit dan pengeluaran industri di China akan dikeluarkan. Pada hari Khamis, kita akan mengetahui keadaan harga pengguna di Jerman, dan pada hari Jumaat, kita akan mendengar komen Haruhiko Kuroda mengenai prospek polisi kewangan Bank of Japan.

Tetapi kesemua peristiwa penting ini tidak akan dapat menandingi dengan apa yang bakal berlaku pada hari Selasa, 12 Mac, di ibu negara United Kingdom. Undian kali kedua mengenai perjanjian Brexit akan berjalan pada hari tersebut yang akan diadakan di Parlimen British, dan jika sekali lagi Perdana Menteri May mengalami kegagalan, ahli-ahli parlimen boleh membuat undian pada 13 Mac bagi menunda rundingan tersebut dan juga menunda Brexit untuk berlaku ke satu tarikh lain. Secara teorinya, referendum kali kedua mengenai perpisahan UK daripada EU juga tidak dikecualikan.

Undian semula ini bukan saja mampu untuk memberi kesan terhadap sebut harga matawang utama dunia, malah masa depan ekonomi dunia secara keseluruhannya. Dalam masa yang sama, pendapat penganalisis adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. 60% daripada penganalisis, disokong hampir 90% pengayun dan indikator trend mengunjurkan euro akan turun lebih rendah di zon antara 1.1100-1.1125. Dengan mengambil kira ramalan yang dibuat adalah untuk setengah kedua bulan Mac, 60% penganalisis sudah pun memihak kepada bull, menunggu pasangan ini untuk kembali ke paras 1.1400-1.1500;
  • GBP/USD. 65% daripada penganalisis kini memilih penurunan pasangan ini ke paras antara 1.2850-1.2900. Namun, jika beralih ke ramalan jangka sederhana, seperti yang berlaku terhadap euro, majoriti (60%) mengunjurkan matawang British itu akan lebih kukuh dan melonjak naik ke paras maksimum bulan Februari (1.3350) dan kemudiannya naik 200 poin lagi;
  • USD/JPY. Walaupun pasangan ini mengalami penurunan pada minggu lepas, ia kekal dalam saluran menaik yang bermula pada awal Januari 2019. Disebabkan itu, 60% penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik pada D1 percaya bahawa pasangan ini mampu untuk melepasi batasan pada paras 112.00, dan diikuti dengan pergerakan di saluran sisi antara 112.25-113.70, sama dengan apa yang berlaku antara November-Disember lalu.
    Pendapat alternatif pula disokong oleh 40% penganalisis, pihak yang percaya pasangan ini masih belum mencapai paras terendahnya, iaitu di zon antara 109.70-110.10;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  11 - 15 Mac, 20191

  • Matawang Kripto. Perumpamaan ada menyebut “Banyak orang, banyak ragamnya”. Pedagang kripto dan juga salah seorang penulis terkenal di TradingView dengan nama pena MagicPoopCannon telah menjalankan satu kaji selidik dikalangan pengikut Twitternya, dengan bertanyakan berapa nilai Bitcoin untuk jangka masa panjang. Lebih kurang tiga ribu pelanggan turut serta dalam kaji selidik itu. Menurut jawapan mereka, majoritinya (42%) percaya bahawa harga Bitcoin akan berada di antara $100,00 dan $1 juta dalam tempoh empat tahun akan datang, 30% pula melihat harganya di antara $20,000 dan $100,000, 13% pada $3,000 hingga $20,000 dan 15% meramalkan matawang kripto akan melalui zaman gelap, iaitu pada $0 hingga $3,000.
    Untuk ramalan minggu hadapan, menurut kebanyakan penganalisis, pasangan BTC/USD berkemungkinan akan terus bergerak pada julat antara $3,600-$4,300, menunggu berita yang benar-benar serius bagi membolehkan ia melepasi sempadan saluran ini ke mana-mana arah.

 

Roman Butko, NordFX


Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami