April 17, 2019

Bermula April ini, pelanggan NordFX boleh menggunakan salah satu daripada pengurusan amanah paling popular dan telah teruji – akaun PAMM (Percent Allocation Management Module).

 Seluruh Perkhidmatan yang NordFX Tawarkan telah diperhebatkan dengan Satu daripada Servis Pelaburan Paling Popular, Akaun PAMM1

Ia adalah satu daripada servis broker paling diminati kerana cirinya yang menggunakan seorang pedagang mahupun lebih daripada itu untuk menguruskan dana pelanggan dan menerima sebahagian peratus keuntungan sebagai imbuhan, menjadikan ia suatu alat efektif bagi pelabur memperoleh pendapatan pasif dan memastikan perlindungan sebahagian modal mereka.

Khidmat PAMM NordFX menawarkan beberapa terma terbaik yang ada di pasaran dan juga pilihan alat dagangan meluas tersedia untuk akaun Pro dan Zero, termasuklah 33 pasangan matawang, logam berharga, 15 pasangan kripto, 4 indeks kripto, dan kontrak CFD bagi indeks saham utama dunia serta minyak.

Dagangan dibuat menggunakan platform MetaTrader-4. Maksimum leveraj yang ada untuk akaun PAMM ialah 1:1000. Amaun minimum pelaburan oleh pengurus  yang tidak boleh dikeluarkan adalah sebanyak $50. Tiada syarat yang dikenakan syarikat kepada pelabur, dan pengurus yang menguruskan dagangan akan menentukan amaun minimum dagangan, serta terma-terma lain dalam tawaran mereka.

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai asas-asas servis PAMM di Kabinet Pedagang di bahagian “Produk Pelaburan” di https://account.nordfx.com/account/pamm/ . Anda juga boleh membuka akaun lain yang berkaitan pada laman yang sama dengan mendaftar sebagai seorang pengurus ataupun sebagai seorang pelabur.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami