Mei 4, 2019

 Basel III Standard: Adakah Emas Bakal Menggantikan Dolar Sebagai Matawang Global?1

29 Mac tahun ini menyaksikan permulaan bagi Bank for International Settlements melaksanakan fasa terakhir undang-undang terbaru mereka. Sesetengah penganalisis percaya bahawa pengembalian status wang kepada emas akan menamatkan penguasaan dolar. Menurut ramalan mereka, nilai matawang AS mungkin akan jatuh sebanyak 40% menjelang Disember, dan hilang sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

 

Tiga Peristiwa yang Menggemparkan Dunia Tentang Emas

Sejak tahun 1879, sistem kewangan AS adalah berasaskan apa yang digelar sebagai “standard emas”, iaitu permintaan bagi wang kertas adalah berkadaran dengan saiz rizab emas sesuatu negara itu, dan satu auns troy logam berharga ini boleh dibeli dengan harga $20 pada bila-bila masa.

Selepas 55 tahun berlalu, Presiden AS Franklin Roosevelt meluluskan Akta Rizab Emas pada tahun 1934. Mengikut dokumen ini, pemilikan emas secara persendirian adalah salah di sisi undang-undang, dan kesemua logam berharga itu perlu dijual kepada Perbendaharaan AS. Setahun kemudian, selepas semua emas telah dipindahkan dan menjadi milik negara, Roosevelt menaikkan harganya sebanyak 70% kepada $35 bagi setiap auns troy, membolehkan beliau mencetak wang kertas mengikut nilai yang sama.

Harga emas kekal stabil untuk empat dekad seterusnya, berada pada nilai sekitar $35, sehinggalah awal tahun 1970an ketika seorang lagi presiden, Richard Nixon mengambil keputusan untuk menghapuskan “standard emas” selama-lamanya. Perkara ini disambut baik kerajaan, mereka bebas mencetak matawang fiat tanpa had, manakala harga emas naik dengan mendadak kerana ia tidak lagi dilihat sebagai matawang.

Pada musim bunga 2019, media telah melaporkan satu lagi peristiwa penting: pada 29 Mac, fasa terakhir pelaksanaan undang-undang baru akan bermula, dimana logam kuning ini sekali lagi akan menjadi aset kelas pertama seperti wang kertas dan bon-bon kerajaan.

Menurut penganalisis, undang-undang yang dibuat oleh Bank for International Settlements (BIS) dan dikenali sebagai “Basel III Standard» (lokasi terletaknya BIS – Basel, Switzerland), akan membolehkan emas menjadi wang No 1 jika status kewangan emas sekali lagi diberikan, memadamkan dolar AS yang tidak kukuh dari pasaran. Disebabkan pertukaran not kertas dengan logam berharga bukan menjadi tanggungjawab Perbendaharaan AS lagi sekarang, tetapi secara terus dengan bank, mereka perlu membeli emas dengan lebih aktif bagi mengekalkan kestabilan sistem dolar daripada runtuh. Menurut ramalan penganalisis ini, Matawang AS mungkin akan jatuh sebanyak 40% menjelang Disember, dan tidak lagi bernilai pada awal tahun hadapan.

 

Fiksyen atau Realiti: USD 155 000 setiap Auns?

- Apa yang bakal berlaku pada 29 Mac? – Soalan ini diajukan pada penganalisis terkemuka dari syarikat broker NordFX, John Gordon.

- Ini yang akan berlaku, - beliau menunjukkan pada carta. – Tiada lonjakan yang akan berlaku, tetapi sebaliknya emas kerugian lapan peratus daripada harganya.

Saya berpendapat masih terlalu awal untuk membincangkan tentang pengakhiran matawang dolar. Harus diingat bahawa, walaupun Bank for International Settlements menyatukan lebih daripada 60 Bank Pusat daripada negara yang berbeza, dokumen yang diterbitkan adalah lebih kepada garis panduan dan bukannya mandatori. Lagipun, terdapat sumber yang mengatakan keputusan untuk menilai semula emas serta tarikh pengenalan undang-undang ini tidak diputuskan semasa mesyuarat agung BIS, tetapi oleh sekumpulan kecil pihak berwajib utama. Mereka adalah Rizab Persekutuan AS, ECB, Bundesbank dan juga bank-bank di England dan juga Perancis. Banyak lagi negara pengimport emas utama lain seperti China, India, Rusia atau Jepun contohnya, tidak hadir semasa keputusan dibuat.

Untuk menggantikan emas sebagai wang yang bernilai semula,” penganalisis NordFX itu meneruskan, “kesetaraan antara emas dan penetapan kandungan, sekurang-kurangnya dengan matawang utama dunia perlu diwujudkan.

Mari kita buat pengiraan ringkas. Harga emas sekarang adalah $1280 setiap auns, atau lebih kurang $41 setiap gram. Sekarang kira berapakah kos emas jika kita set kesetaraan antara dolar yang dimiliki dengan rizab emas di Amerika Syarikat. Mengikut data tahun 2018, rizab emas di AS adalah sebanyak 8,133.5 tan, dan dolar yang dimiliki termasuk bank deposit adalah lebih kurang $40 trilion. Kita bahagikan kedua-duanya dan kita dapat lihat harga satu gram emas adalah $5000 atau $155.5 ribu setiap auns troy. Nilainya adalah 120 kali ganda daripada nilai sekarang

Hutang negara AS melebihi $22 trilion, dan sukar untuk dipercayai apa yang akan berlaku jika terdapat pihak peminjam yang menuntut hutang mereka dilunaskan dalam bentuk emas dan bukannya wang fiat.    

“Saya berpendapat bahawa walaupun ianya sangat primitif, pengiraan yang ingin membuktikan kita akan kembali satu setengah abad yang lalu di mana setiap dolar, pound, ruble atau mark adalah berkadaran dengan rizab emas negara tersebut, adalah sangat mustahil”, John Gordon membuat kesimpulan.

Basel III Standard: Adakah Emas Bakal Menggantikan Dolar Sebagai Matawang Global?2 

 

Apa Lagi Yang Penganalisis Katakan

Persatuan Logam Berharga London (London Precious Metals Association ataupun London Bullion Market Association, LBMA) telah menjalankan kaji selidik ke atas 30 orang penganalisis, bertanyakan ramalan mereka mengenai harga emas untuk tahun 2019. Jika diambil secara purata, mereka berpendapat hanya pertumbuhan sederhana yang akan berlaku iaitu sebanyak 1.8%. Namun, dua pertiga daripada responden percaya nilai logam berharga ini akan mencecah paras $1,400 setiap auns pada tahun ini, malah nilainya mungkin lebih daripada itu.

Eddie Nagao dari Sumitomo adalah yang paling optimis, beliau meletakkan nilai sebanyak $1,475. Pada pandangannya, emas akan menjadi salah satu aset pilihan dalam kalangan pelabur persendirian mahupun berinstitusi, disebabkan oleh kebarangkalian yang tinggi akan berlakunya kegawatan di Amerika Syarikat.

Adam Williams dari Fastmarkets MB (Metal Bulletin) pula bersikap pesimis. Beliau melihat senario emas mengalami penurunan di bawah nilai $1,200. Bear berpendapat emas adalah faktor penentu bagi pelabur pada bulan November 2018 – Februari 2019. Tetapi melihat pada urus niaga dagangan antara Amerika Syarikat dan China, permintaan terhadap aset yang pasti selamat seperti emas akan menurun, dan menyebabkan harganya turut jatuh.

Semuanya kelihatan menarik jika kita lihat pada ramalan jangka panjang, mengambil model yang diilhamkan oleh Gary S. Wagner, seorang penganalisis dan penerbit siar berita harian The Gold Forecast. Menurut pengiraan yang dibuat, kali terakhir gelombang besar bull bermula pada penghujung 2015, selepas ia mengalami proses pembetulan harga pada $1,040, dan mengandaikan jika nilai emas mampu mencecah paras tertinggi pada 2011, ia mampu mencecah nilai antara $2070-2085 dolar setiap auns menjelang tahun 2020.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami