Mei 31, 2019

Syarikat broker NordFX telah mengambil bahagian secara khusus pada Pameran Perdagangan Forex-2019 yang telah diadakan di Manila, ibu negara Filipina, pada penghujung bulan Mei lalu.

Negara Filipina dengan populasi penduduk seramai 105 juta orang menyediakan peluang meluas dalam pembangunan pasaran servis kewangan. Pameran berskala besar ini saja, yang dianjurkan oleh FinExpo, telah mengumpulkan lebih daripada dua ribu orang pengunjung dan peserta.

Produk dan Servis NordFX Diberi Pujian di Pameran Perdagangan Filipina1 

Para pengunjung yang hadir ke gerai NordFX bertukar-tukar pandangan bersama wakil syarikat, mereka juga membuat penilaian terhadap produk baru, antaranya alat dagangan CFD, termasuklah kontrak minyak dan juga indeks saham global, serta dana pelaburan yang disertai oleh saham peneraju industri dunia paling dipercayai dan menjanjikan pulangan besar. Pengunjung di Pameran itu tertarik dengan ketersediaan dan juga ketelusan dana-dana tersebut, semuanya disebabkan oleh pasaran saham global yang boleh diakses walaupun oleh pelabur novis dengan sumber kewangan yang kecil.

Sebagai tambahan pada dagangan matawang dengan sebaran paling rendah dan leveraj sehingga 1:1000, servis NordFX yang sudahpun popular seperti PAMM dan platform pengurusan amanah RAMM, serta dagangan margin dalam matawang dan indeks kripto pada MetaTrader-4 dan MetaTrader-5, adalah sangat-sangat dihargai.

Disebabkan oleh pemberian komisen yang tinggi serta kondisi yang sering dipertingkat, program affiliate dua peringkat NordFX juga turut menarik minat para pelabur.

Pihak syarikat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur Pameran ini di atas usaha mereka, dan sudah tentu, kepada para pengunjung yang hadir ke gerai NordFX dan memilih NordFX sebagai broker mereka.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami