Jun 22, 2019

Kemuncak musim cuti semakin hampir, ini menandakan penurunan dalam aktiviti perniagaan, termasuklah pasaran kewangan. Dari suatu segi, penurunan dalam turun naik pasangan matawang utama yang sedia ada rendah akan menyebabkan keuntungan yang sedikit, dari suatu segi yang lain pula, ia akan mengurangkan potensi kerugian yang besar jika berlakunya kegagalan pada posisi yang diletakkan.

Sudah berulang kali kita bincangkan dalam ramalan kami sebelum ini, mengenai perang dagangan yang diketuai Presiden AS Trump terhadap China dan Eropah, serta kebarangkalian akan berlakunya krisis ekonomi dan juga kegawatan, Brexit serta risiko-risiko berkenaan politik yang lain, prospek kenaikan kadar yang dikenakan oleh pihak Rizab Persekutuan dan pelonggaran kuantitatif di Eurozone, dan bermacam lagi faktor-faktor penting yang akan mempengaruhi pembentukan kedua-dua trend jangka pendek dan juga jangka panjang. Jika bercerita tentang mood penganalisis untuk beberapa bulan akan datang, kebanyakan daripada mereka mengunjurkan keboleh upaya dolar AS untuk mengukuhkan kedudukannya berbanding matawang utama dunia lain.

  • EUR/USD. Di sini, 75% penganalisis yang turut disokong oleh 80% indikator pada MN percaya bahawa pasangan ini sudah tentunya sekali lagi akan cuba untuk mencipta rekod baru dengan berada pada paras terendah bagi musim luruh 2019, dan kemudian berjaya menembusi paras sokongan di zon sekitar 1.1100. Target bagi bear adalah pada 1.0900 dan juga 1.0800 (sudah tentunya margin antara ± 25÷35 poin perlu diambil kira). Menurut baki lagi 25% penganalisis, zon 1,1100 menjadi had akhir penurunan, dan pasangan ini akan mula bergerak ke zon antara 1.1530-1.1650. Kebanyakan indikator trend dan juga pengayun pada W1 juga berwarna hijau.

Ramalan Forex bagi Julai – Ogos 20191

  • USD/CHF. Matawang euro dan franc Swiss sangat berhubung rapat: nilai matawang Eropah jatuh berbanding dolar, dan dalam masa yang sama nilai matawang Swiss ini juga mengalami kerugian. Disebabkan itu, seperti apa yang berlaku ke atas EUR/USD, kebanyakan penganalisis (75%) memihak kepada Amerika. Menurut mereka, kedudukan pasangan ini akan berada di atas, pertama sekali pada paras 1.0130, dan kemudian 100 poin lebih tinggi pada paras 1.0230. Namun, sekurang-kurangnya 15% pengayun pada W1 dan MN sudah memberi isyarat bahawa pasangan ini sudah terlebih jual. Pendapat alternatif pula diberikan oleh satu perempat daripada keseluruhan penganalisis yang melihat dolar tidak mampu untuk berada pada paras melebihi 1.0000. Pada pendapat mereka, Amerika tidak akan diberi lebih daripada 0.9600-0.9700 bagi setiap francs menjelang akhir musim panas.
  • NZD/USD dan AUD/USD. Kami hanya membincangkan pasangan matawang yang telah mendapat ulasan mengenai nasib mereka pada masa akan datang dan sekurang-kurangnya ia telah dipersetujui para penganalisis. Salah satunya adalah NZ/USD: 85% memihak kepada bear. Jika ramalan ini tepat, nilai matawang New Zealand akan jatuh ke paras terendah sejak 10/08/2018 iaitu pada zon 0.6420. 90% pengayun pada kedua-dua tempoh masa, W1 dan MN bersetuju dengan ramalan ini.
    Undian ke atas bear bagi masa depan matawang “rakan” rapat New Zealand iaitu dolar Australia adalah sedikit berbeza. Hanya 60% saja yang memihak mereka. Benar, bear mendapat sokongan hampir 85% indikator trend dan pengayun pada W1 dan MN. Sasaran bear adalah untuk berada pada paras terendah yang baru sejak 17 Jun lalu, turun untuk berada di zon antara 0.6750-0.6800. 20% memilih pertumbuhan pasangan ini ke paras 0.7300, dan baki 20% lagi menjangkakan pergerakan yang tenang di sepanjang Pivot Point iaitu pada paras 0.7000.
  • Terdapat dua lagi pasangan yang menarik perhatian kami untuk diunjurkan. Kedua-duanya berkait dengan pound British, iaitu GBY/JPY serta EUR/GBP.
    70% penganalisis percaya bahawa pasangan GBY/JPY telah mencecah paras terendahnya iaitu 135.65, dan parasnya kini dijangka akan mula naik ke paras 141.50, dan kemudian tidak dinafikan ia akan terus meningkat melebihi paras 143.75. Para penganalisis yang menjangkakan akan berlakunya Brexit secara paksa serta perpisahan UK daripada EU tanpa sebarang perjanjuan pula melihat pasangan ini akan berada pada para 131.00.
    Walaupun nilai matawang British jatuh berbanding Euro sepanjang bulan Mei dan awal Jun, kebanyakan penganalisis bersikap optimis dalam melihat masa depat matawang pound. Seperti yang berlaku kepada GBP/JPY, 70% telah memilih pertumbuhan pound dan penurunan pasangan EUR/GBP ke zon antara 0.8600-0.8680. Sasaran seterusnya adalah paras terendah bulan Mac 2019 di sekitar 0.8470. Bagi bull pula, mereka menyasarkan untuk naik melebihi paras tertinggi pada 01/01/2019 iaitu melepasi paras 0.9100.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami