Jun 29, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Kebanyakan penganalisis melihat pasangan ini mampu untuk bangkit semula pada dua minggu yang lalu. Sasaran bull adalah untuk kembali ke paras 1.1350, dan kemudian naik ke zon antara 1.1420-1.1450. Walaupun ianya tidak 100% tepat, ramalan ini benar-benar berlaku dengan ketepatan sebanyak 99%: pasangan ini merekodkan paras tertinggi pada 1.1411 pada 25 Jun. Kemudian diikuti pula dengan penurunan, dan sementara menunggu hasil rundingan pada sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun, pasangan ini kembali kepada trend sisian di saluran sempit antara 1.1345-1.1390, dan berada pada paras 1.1370 di penghujung minggu bekerja;
  • GBP/USD. Selepas naik sebanyak 250 poin pada setengah terakhir bulan Jun, keadaan kembali reda buat matawang British ini, dan keadaan sama turut berlaku pada minggu lalu. Pasangan ini kembali ke koridor antara 1.2650-1.2765 dan mengakhiri minggu tersebut hampir dengan zon sokongan/rintangan yang kuat iaitu pada paras 1.2700;
  • USD/JPY. Matawang bagi negara tuan rumah G20, Jepun, juga berada hampir dengan Pivot Point bulanannya. Dalam tempoh masa pertemuan Presiden AS Donald Trump dan juga Presiden China Xi Jinping semasa mesyurat ketua-ketua negara G-20, permintaan bagi matawang selamat turun sedikit, menjadikan tukaran nilai pasangan ini sebanyak 107.90 yen bagi setiap 1 dolar AS, naik dari paras terendah sepanjang 5.5 bulan lalu iaitu pada 106.77;
  • Matawang Kripto. “Bitcoin tidak akan berakhir”, pendapat sesetengah pihak. “Ia akan berakhir dengan mudah”, pendapat pihak lain pula. Tetapi terdapat satu perkara yang jelas: mereka yang mula-mula membuat pelaburan pada arah yang betul dan kemudian melakukan jualan pada paras tertentu mampu mendapat pulangan lumayan. Bagi mereka yang membuat pelaburan baru-baru ini atau meletakkan sasaran yang salah akan mengalami kerugian yang amat besar.
    Nilai Bitcoin naik daripada $7,500 kepada $13,765 dalam masa hanya tiga minggu, peningkatan sebanyak 80%. Kemudian, nilainya turun kepada $10,390 dalam masa dua hari, penurunan sebanyak 25%. Keesokan harinya, sekali lagi nilainya naik sebanyak 15%.
    Yang menariknya, semasa nilai BTC turun sebanyak 25%, jumlah modal pasaran kripto hanya turun sebanyak 13% (daripada 367.42 bilion kepada $318.61 bilion). Dapat disimpulkan kebanyakan pelabur tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan pulangan dengan menjual bitcoin tetapi mengharapkan nilainya akan terus bertumbuh.
    Dalam masa yang sama, para penganalisis memberi amaran bahawa jangan mengharapkan perkara sama akan berlaku kepada altcoin. Ia dapat dilihat dengan jelas pada carta matawang kripto TOP, sebagai contoh, Litecoin (LTC/USD) atau Ripple (XRP/USD). Pergerakan Ethreum (ETH/USD) pula dilihat hampir menyamai dengan tepat dinamik coin rujukan.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pasaran tidak menjangkakan sebarang penyelesaian dapat dicapai daripada sidang kemuncak G20. Rundingan bilateral antara ketua-ketua negara yang memiliki kekuatan ekonomi terbesar di dunia dijalankan pada forum ini, dan paling utama, rundingan antara pemimpin China Xi Jinping dan Presiden AS Trump pada hari Sabtu 29 Jun akan menjadi perhatian. Para pelabur mengharapkan rundingan tersebut dapat mengurangkan ketegangan dalam perang dagangan antara kedua negara ini, dan jika ia berjaya, mungkin akan berlakunya jurang dalam dagangan di pasaran tukaran asing yang dibuka pada hari Isnin.
    Namun, kebanyakan penganalisis masih tenang melihat perkara yang berlaku dan percaya bahawa tiada sebarang penyelesaian di peringkat global akan dibuat berkenaan perang dagangan ini. Tarif yang dikenakan memberi kesan ke atas 10,000 kategori barangan daripada China, dan salah satu syarat yang dicadangkan oleh Beijing adalah pembatalan ke atas duti sedia ada yang dikenakan Amerika Syarikat. Kebarangkalian Trump akan bersetuju dengan syarat itu adalah hampir tiada. Larangan usaha sama denga syarikat China Huawei juga mungkin akan diteruskan. Kedua-dua pihak mungkin masih tersenyum sesama mereka sambil bersalaman, tetapi tiada seorang pun daripada mereka akan menyerah kalah. Hasil daripada perbincangan yang hampir tiada (atau minimum) membolehkan Trump untuk meraikan satu lagi “kejayaan”, diambang pilihan raya presiden di Amerika Syarikat, serta China untuk melengah-lengahkan lebih banyak masa.
    Dalam situasi ini, Rizab Persekutuan AS akan menjadi watak penting dalam percaturan yang akan dibuat, dan bagi mengelakkan kejatuhan indeks saham global, mereka akan dipaksa untuk melonggarkan polisi kewangan mereka, sehingga menyebabkan nilai matawang AS lemah.
    Data makroekonomi AS yang lemah akan dikeluarkan pada minggu depan, dan ia mungkin akan memaksa pihak Rizab Persekutuan untuk mengurangkan kadar faedah. Indikator untuk indeks aktiviti perniagaan ISM akan diketahui pada 1 dan 3 Julai, dan data daripada pasaran buruh (termasuklah data NFP) akan dikeluarkan kepada umum pada hari Jumaat pertama setiap bulan, iaitu pada 5 Julai.
    Satu perempat daripada penganalisis percaya bahawa pihak Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar sebanyak 25 mahupun 50 poin asas tidak lama lagi, pada mesyuarat yang akan diadakan pada 31 Julai. Harapan pasaran adalah untuk mendapatkan isyarat yang lebih tepat daripada ucapan ahli FOMC iaitu Richard Clarida di Finland pada 1 Julai dan juga Timbalan Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu John Williams pada 2 Julai di Zurich.
    Dalam pada itu, risiko politik dan juga masalah berkenaan ekonomi di Eurozone masih dapat dirasai. Turut tidak dikecualikan adalah pihak ECB yang akan mengambil pakej tambahan sebagai langkah untuk merangsang ekonomi, dan ia mungkin akan berlaku pada mesyuarat yang akan diadakan pada 25 Julai nanti.
    Hampir mustahil untuk memberi sebarang ramalan secara khusus bagi minggu akan datang, disebabkan jumlah perbezaan pendapat para penganalisis yang hampir sama. Namun, jika kita bertukar kepada ramalan bulanan dan tempoh sederhana, 75% penganalisis percaya pasangan ini sudah pasti akan cuba sekali lagi untuk berada pada paras paling rendah musim bunga 2019 dan dalam masa yang sama melepasi paras sokongan di zon 1.1100. Sasaran seterusnya bagi bear adalah pada paras 1.0900 dan 1.0800. Pada pandangan baki 25% penganalisis pula, zon 1.1100 adalah had akhir penurunan, dan pasangan ini diunjur untuk naik ke zon antara 1.1530-1.1650.
    Bagi indikator pula, kebanyakan indikator trend dan juga pengayun pada D1 adalah berwarna hijau. Namun, 20% pengayun sudahpun memberi isyarat pasangan ini telah dibeli secara berlebihan;
  • GBP/USD. Wajah Perdana Menteri British Theresa May semakin hilang, manakala pengganti yang berkemungkinan besar akan menggantikan beliau iaitu Boris Johnson dilihat menjadi tajuk berita utama mengenai Brexit. Beliau ada menyatakan pada minggu lalu, dengan menjadi ketua kerajaan, beliau dengan sedaya upaya akan mengekalkan kemungkinan akan berlakunya pengunduran negara itu secara paksa daripada EU, tanpa sebarang perjanjian. Menurut Johnson, ugutan seperti itu akan mengukuhkan lagi kedudukan beliau dalam rundingan bersama Kesatuan Eropah, malah ahli politik ini turut bersedia untuk menangguhkan kerja-kerja di Parlimen bagi menghadapi perkara tersebut.
    Pasaran sudahpun memberi reaksi terhadap retorik seperti itu setelah nilai pound lebih rendah berbanding nilai euro. Bagi GBP/USD pula, kebanyakan penganalisis (65%) mengunjurkan matawang British ini akan terus turun, pertama sekali ia akan turun ke paras antara 1.2475-1.2500, dan kemudian turun ke paras terendah pada 3 Januari lalu iaitu pada paras 1.2400 sepanjang bulan Julai.
    35% penganalisis masih lagi mengekalkan sikap optimis mereka dan mengharapkan perkembangan positif dalam rundingan bersama EU. Dalam kes ini, pasangan tersebut akan terus bergerak ke atas. Sasaran paling hampir adalah pada paras 1.2775 dan 1.2830, kemudian pada 1.2930.
    Pilihan berkompromi dari segi kitaran pergerakan pada saluran antara 1.2500-1.2860 dibuat oleh analisis grafik pada D1;
  • USD/JPY. Seperti yang sedia maklum, perbincangan berterusan yang sia-sia antara Presiden Trump dan Pengerusi Xi pada sidang G20 adalah hasil terbaik yang boleh dicapai daripada rundingan antara dua negara ini. Bagi situasi seperti itu, indeks saham global menunggu untuk jatuh, polisi kewangan AS pula dilonggarkan, dan nilai dolar akan menjadi lemah. Respon yang akan diambil oleh para pelabur adalah dengan meningkatkan permintaan untuk aset mempertahankan diri, termasuklah matawang yen.
    Namun, perkara ini tidak akan berlaku dalam masa sehari, malah bukan dalam masa seminggu. Dalam masa yang sama, hanya 40% penganalisis dan analisis grafik pada D1 bersetuju nilai matawang Jepun ini akan kukuh dan pasangan ini akan bergerak ke arah bawah. Manakala 30% lagi memilih pergerakan pasangan ini ke atas, dan selebihnya hanya mengambil posisi selamat. Perkara yang hampir sama turut ditunjukkan oleh pengayun dan juga indikator trend pada D1.
    Paras sokongan berada pada zon antara 106.80-107.00, dan kemudian pada 105.50-106.00. Paras rintangan pula berada pada paras 108.85, 109.70 dan juga 110.65;
  • Matawang Kripto. – Pengasas Morgan Creek Digital dan juga rakan kongsi, Anthony “Pomp” Pompliano telah mengunjurkan pertumbuhan nilai Bitcoin kepada $100 ribu dalam suratnya yang ditujukan kepada syarikat para pelanggannya. Pada pandangan beliau, kemungkinan perkara itu akan berlaku dalam tempoh 2.5 tahun lagi adalah sebanyak 70-75%.
    Ramalan yang hampir sama juga dibuat oleh pedagang yang juga seorang penganalisis iaitu Peter Brandt. “Nilai Bitcoin akan mencecah $100,000. Pasangan BTC/USD sedang mengalami fasa parabolik keempat sejak 2010. Tiada pasaran lain yang boleh dibandingkan dengan grafik logaritma seperti ini sepanjang 45 tahun saya berdagang,” tulis beliau.
    Bagi salah seorang pengasas Fundstrat Global Advisors pula yang turut memiliki pengalaman selama 45 tahun iaitu Tom Lee percaya Bitcoin akan mengalami proses pembetulan yang agak drastik. Ia bukanlah pembetulan seperti penurunan nilai BTC / USD sebanyak 25% yang berlaku pada 26-27 Julai lalu. Penganalisis tidak menolak kemungkinan pasangan ini akan kehilangan sehingga $7,500-8,000 daripada nilai sekarang.
    Bagi altcoin daripada TOP-10 pula, melihat pada graf modal pasaran, ia dilihat semakin hilang daya tarikan berbanding matawang digital No. 1. Justeru, hanya Bitcoin yang menunjukkan pertumbuhan sepanjang 12 bulan yang lalu, peningkatan saham daripada 41% kepada 66% untuk keseluruhan modal pasaran. Kedudukan saham coin yang lain pula sama ada turun, atau hanya mampu kekal pada paras yang sama.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  01 - 05 Julai, 20191

P.S. Seperti ramalan di atas, pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden PRC Xi Jinping pada hari terakhir sidang kemuncak gagal untuk mengakhiri perang dagangan yang sedang berlaku. Kedua-dua ketua negara tersebut hanya bersetuju untuk menangguhkan permusuhan dan menyambung semula rundingan dari segi dagangan dan juga ekonomi atas dasar “kesaksamaan dan saling menghormati”.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami