Julai 6, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti yang diramal, pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden Republik China Xi Jinping pada hari terakhir kemuncak di Osaka gagal untuk mengakhiri perang dagangan yang sedang berlaku. Ketua kedua-dua buah negara itu hanya bersetuju untuk menangguhkan permusuhan dan menyambung semula rundingan dari segi dagangan dan juga ekonomi. Namun, pasaran yang sedikit optimis telah dapat mengagak hasil keputusan seperti itu. Dolar berjaya mengukuhkan kedudukan nilainya pada hari Isnin, setelah pasangan ini jatuh 100 poin. Kemudian dolar hampir tidak bergerak, dan hanya selepas data pasaran buruh AS dikeluarkan pada hari Jumaat barulah terdapat pergerakan. Bilangan pekerjaan yang wujud di luar sektor agrikultur (NFP) meningkat lebih daripada tiga kali ganda pada bulan Jun berbanding bulan Mei (72K menjadi 224K), membolehkan dolar memberi lebih banyak tekanan kepada euro. Pasangan ini hampir mencecah paras 1.1200, tetapi berlakunya sedikit loncatan selepas itu, dan ia mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.1225;
  • GBP/USD. Calon utama bagi jawatan Perdana Menteri British, Boris Johnson, terus memainkan peranannya untuk menanamkan rasa takut di pasaran. Kenyataan Johnson mengenai kemungkinan berlakunya Brexit secara paksa tanpa sebarang urus janji terus memberi tekanan kepada pound, nilainya jatuh ke paras pada penghujung 2016 – awal 2017. Sudah menjadi lumrah statistik positif yang ditunjukkan pasaran buruh Amerika juga dapat mempengaruhi dinamik pasangan ini. Hasilnya, ramalan yang dibuat oleh majoriti penganalisis pada minggu lalu ternyata tepat. Seperti dijangka, pasangan ini merekodkan paras terendah setempat di zon 1.2480, kemudian naik 45 poin dan kekal di situ semasa berakhirnya sesi lima hari dagangan;
  • USD/JPY. Jika diimbas, ramalan tepat pasangan ini tidak dapat diberikan pada minggu lalu. 40% penganalisis memilih pengukuhan matawang Jepun dan penurunan pasangan ini. Manakala 30% lagi memilih lonjakan, dan baki yang lain tidak dapat memberi sebarang ramalan. Ternyata tepat kesemua ramalan mereka: pasangan ini turun ke paras 107.52 pada pertengahan minggu, kemudian naik semula dan pada hari Jumaat, 5 Julai, pasangan ini kembali ke paras tertinggi pada hari Isnin, 1 Julai. Ini bermakna dolar hanya mampu mendapatkan semula 55 poin daripada yen dalam tempoh lima hari, dengan kata lain ia hanya kekal di sempadan antara koridor sisi dua minggu terawal pada bulan Jun;
  • Matawang Kripto. BTC/USD merekodkan paras terendah dalam tempoh dua minggu pada Khamis lepas, turun ke paras $9,725. Sejak lonjakan pertumbuhan sebanyak 155% antara Mei-Jun, Bitcoin telah kerugian hampir separuh nilai yang diperoleh dalam tempoh tujuh hari, bermula daripada 26 Jun sehingga 2 Julai. Ini bukanlah sesuatu yang pelik selepas mengambil kira turun naik matawang kripto. Tambahan pula, ada penganalisis yang menjangkakan kemungkinan berlakunya proses pembetulan sehingga 50% dan bukan hanya 30%. Persoalannya, bolehkan kita menggelarkan turun naik seperti itu sebagai “pembetulan”?
    Selepas mengalami penurunan, Bitcoin mula naik dan mendapatkan semula kedudukannya, naik ke paras $11,000 menjelang petang Jumaat 5 Julai. Ethereum (ETH/USD), Ripple (XRP/USD) dan Litecoin (LTC/USD) turut mengalami turun naik yang sama dengan coin rujukan. Secara purata, julat turun naik coin ini adalah antara 17% ke 23%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Reaksi pasaran tertumpu kepada data tenaga kerja di AS untuk bulan Jun. Menurut ramai penganalisis, semua ini mampu mempengaruhi keputusan pihak Rizab Persekutuan berkenaan pengurangan kadar faedah. Berdasarkan ramalan, pengurangan ini boleh berlaku semasa mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan diadakan pada 31 Julai. Nilai NFP yang rendah akan meningkatkan lagi kemungkinan pengurangan kadar antara 25 sehingga 50 poin basis. Tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, nilai NFP bertambah tiga kali ganda. Ternyata keadaan ekonomi di AS tidak begitu kritikal. Jika begitu, mengapa perlu melonggarkan polisi dan memudahkan lagi pinjaman wang?
    Para pelabur menantikan jawapan terhadap persoalan ini menerusi ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan J.Powell pada 9, 10, dan 11 Julai nanti, juga boleh didapati dengan melihat pada minit mesyuarat pada hari Rabu, 10 Julai.
    Mesyuarat ECB pula akan diadakan pada hari Rabu. Langkah tambahan oleh pihak berkuasa Eropah bagi merancakkan ekonomi di EU turut dinanti-nantikan pasaran. Hour X dijangka akan berlangsung pada 25 Julai. 
    Masih belum jelas matawang manakah yang akan mendominasi. Pelonggaran polisi kewangan oleh pihak Rizab akan melemahkan nilai dolar. Perkara sama akan berlaku jika langkah serupa diambil pihak ECB. Kedua-duanya boleh berlaku serentak. Daripada satu pemerhatian yang dibuat: hasil bon 30 tahun kerajaan Jerman menunjukkan penurunan, sehingga mencecah poin pangkalnya, dan ia bertepatan dengan dinamik hasil bon 30 tahun AS.
    Selain itu, beberapa peristiwa yang akan berlaku di Jerman. Negara ini akan mengeluarkan beberapa data makroekonomi pada hari Isnin, 8 Julai, termasuklah statistik keseimbangan dagangan bagi bulan Mei. Mengikut ramalan, ia akan menunjukkan nilai positif dan perkara tersebut mungkin dapat mengukuhkan lagi posisi matawang euro.
    Walaupun dengan semua perkara yang dinyatakan di atas, 60% penganalisis percaya pasangan ini belum lagi berada di paras terendahnya dan mereka ingin melihat ia berada di zon antara 1.1100-1.1185. 90% indikator trend serta 80% pengayun pada H4 dan D1 bersetuju dengan ramalan itu. Baki 40% penganalisis lagi berpendapat pasangan ini tidak akan berjaya melepasi paras sokongan di zon 1.1185 dan akan kembali ke paras antara 1.1275-1.1320. Sasaran seterusnya adalah pada 1.1350-1.1400. Tumpuan harus diberikan semasa beralih daripada ramalan mingguan kepada bulanan, iaitu bilangan penyokong bull dikalangan penganalisis meningkat daripada 40% kepada 65%. Mereka disokong oleh 20% pengayun yang kini berada di zon terlebih jual;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  08 - 12 Julai, 20191

  • GBP/USD. Walaupun terdapat kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua Bank of England Mark Carney, kebanyakan penganalisis percaya bahawa kadar faedah ke atas pound tidak akan dikurangkan pada 1 Ogos mahupun 19 September. Harapan untuk berlakunya Brexit secara aman belum lagi pudar. Perkara ini dapat memberi sokongan terhadap matawang British itu walaupun hanya sedikit. Satu lagi faktor positif ke atas pound ialah nilai matawang ini kini berada di zon terendah dalam tempoh tiga minggu. Disebabkan itu 60% penganalisis mengunjurkan pasangan ini untuk naik semula dan terus berada pada paras antara 1.125-1.2750. Paras rintangan paling hampir adalah pada 1.2570 dan juga 1.2700.
    Mendapat sokongan analisis grafik pada D1, 40% penganalisis berpegang teguh pada pendapat bertentangan iaitu pasangan ini akan jatuh ke paras terendah antara Disember 2018 – Januari 2019, di zon antara 1.2405-1.2475.
    Bagi indikator pula, majoritinya berwarna merah pada H4 dan juga D1. Namun, 15% pengayun telahpun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah dijual secara berlebihan;
  • USD/JPY. Minat terhadap matawang yen mula turun disebabkan oleh nilai dolar yang semakin kukuh dan daya tarikan aset berisiko yang bertambah. Tetapi hanya 40% penganalisis yang meramalkan pasangan ini untuk melepasi paras rintangan di sekitar 108.50-108.80. Baki 60% lagi percaya pasangan ini akan bergerak di saluran sisi antara 107.55-108.50 untuk seketika, cuba untuk melepasi sempadan bawah, dan jika berjaya, ia boleh turun lagi dan terus berada pada paras 106.75. 15% pengayun pada H4 dan D1 yang berada pada pada zon terlebih beli menunjukkan kemungkinan pergerakan pasangan ini ke arah bawah;
  • Matawang Kripto. Secara umum, berita-berita berkenaan pasaran kripto adalah positif. Bitcoin dan matawang kripto yang lain terus menarik minat pelabur-pelabur utama yang lebih berpengalaman. Sebagai contoh seperti yang dinyatakan oleh Bloomberg, jutawan berusia 75 tahun yang ragu-ragu dengan kripto, Henry R. Kravis, mula melabur dalam dana matawang kripto bersama ParaFi Capital setelah melihat prestasinya. Minat terhadap Bitcoin berada pada paras tertinggi sejak 17 bulan lalu. Subjek berkenaannya telah melepasi bilangan carian mengenai Donald Trump dan Kim Kardashian di Google, yang mana kedua-duanya menduduki tempat pertama dan kedua sebelum ini. Malah, pihak berkuasa China juga turut mengubah pandangan mereka terhadap matawang kripto. Dalam laporan agensi maklumat rasmi negara tersebut, Xinhua, bitcoin digelar sebagai antara satu aset yang mempunyai ciri-ciri matawang selamat ideal buat pelabur.
    Ramalan optimis masih lagi kekal: $50-100 ribu bagi setiap BTC dalam tempoh satu setengah tahun lagi. Dalam masa yang sama, pembetulan ke arah bawah masih boleh berlaku, turun sebanyak 50% atau lebih lagi. Selain itu, 30% penganalisis mengatakan bahawa pasangan BTC/USD mungkin akan turun ke paras sokongan pada $9,200, 40% menjangkakan lonjakan ke paras $14,000, dan baki 30% lagi meramalkan pergerakan lateral di saluran antara $9,725-12,200.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami