Ogos 10, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Penyatuan garis bagi pasangan ini berlaku di zon sokongan/rintangan yang kuat iaitu pada paras 1.1200. Umumnya, pasangan ini kerap berada pada zon antara 1.1150-1.1215 kerana ia adalah Pivot Point utama bagi tahun 2015-2016. Kini, selepas tiga tahun, sekali lagi pasangan ini turun dan berada pada julat tersebut, dan ini mungkin memberi sedikit petunjuk bahawa berlakunya kecelaruan dalam pasaran.
    Terdapat pelbagai faktor bagi ketidakpastian ini.
    Pertama sekali, perang dagang antara AS-China dilihat akan berlaku lagi. Dengan memperkenalkan duti sebanyak 10 peratus ke atas barangan yang akan tiba dari China bermula 1 September nanti, tindakan Presiden AS bukan hanya setakat itu saja, beliau juga menggelar China sebagai “pemanipulasi matawang” dan merancang untuk menunda lesen-lesen syarikat AS sendiri yang berurusan dengan Huawei daripada dikeluarkan.
    Selain daripada gangguan luaran, Trump juga telah memulakan perang di negara beliau sendiri iaitu dengan pihak Rizab Persekutuan. Coretan Twitter beliau pada hari Khamis 8 Ogos: “Syarikat-syarikat di negara kami adalah yang terhebat di dunia, tiada siapa yang mampu bersaing dengan mereka, namun perkara yang sama tidak berlaku di Rizab Persekutuan. Semua keputusan yang mereka ambil adalah salah…”. Trump menyalahkan nilai dolar yang kukuh kerana untuk mengelak daripada berlakunya kemelesetan, rangsangan ekonomi di Amerika perlu dilakukan. “Kadar faedah yang dikenakan pihak Rizab terlalu tinggi,” beliau menulis, “berbanding matawang di negara-negara lain, nilai dolar yang kukuh akan menyukarkan syarikat-syarikat pembuatan di negara ini daripada bersaing...walaupun di kalangan mereka sendiri.”
    Jadi, pasaran menjangkakan tampuk pimpinan AS akan mengambil langkah-langkah bagi mengelak daripada kemerosotan industri. Pihak ECB juga dijangka akan mengambil langkah yang sama, semua disebabkan oleh keadaan ekonomi di Eurozone yang lemah akibat perang dagangan serta keadaan politik yang tidak stabil di EU, serta bon Jerman yang turut merekodkan hasil paling rendah. Namun, penurunan kadar faedah ke atas euro adalah seperti serampang dua mata. Dengan merangsang pertumbuhan industri, langkah ini akan menimbulkan masalah serius bagi sistem perbankan di Eropah. Menurut penganalisis di Bloomberg, perbelanjaan oleh pihak bank yang berkaitan dalam mengimbangi kadar yang negatif akan meningkat sebanyak 60% jika kadar ke atas deposit matawang euro diturunkan kepada -0.5%.
    Para pelabur juga tidak begitu gembira dengan kejatuhan harga minyak yang berterusan. Arab Saudi telah mengambil banyak usaha bagi mengekalkan harga “emas hitam” itu sekurang-kurangnya pada paras semasa, namun hasilnya masih menjadi tanda tanya;
  • GBP/USD dan USD/JPY. Kebanyakan penganalisis telah mengunjurkan penurunan kedua-dua pasangan ini. Jika anda lihat keputusan pada minggu lalu, ramalan yang dikeluarkan ternyata benar, walaupun tiada satu daripadanya menepati sasaran yang ditetapkan. Justeru, 75% penganalisis yang ingin melihat GBP/USD untuk berada pada paras 1.2000 tidak tercapai kerana paras terendah yang dicatatkan untuk minggu tersebut berada sedikit tinggi iaitu pada 1.2025. Ini menyebabkan pound British kerugian hampir 135 poin jika dibandingkan dengan dolar.
  • Tidak seperti pound, USD/JPY pula terus mengukuhkan kedudukannya berbanding matawang AS. Penganalisis (60%) telah menjangkakan pasangan ini untuk mencapai paras terendah bulan Januari 2019 iaitu di sekitar 105.00. Namun, penurunan itu terhenti hampir pada 105.40 (kurang 120 poin sepanjang minggu), dan kemudian berlakunya pertukaran arah pergerakan ke atas, dan pasangan ini mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 105.65;
  • Matawang Kripto. Bekas CEO Google dan juga Facebook, Avichal Garg tampak pasti nilai dominasi sebenar bitcoin dalam pasaran matawang kripto adalah lebih tinggi daripada nilai yang dikeluarkan oleh perkhidmatan matawang kripto, dan ia melebihi 75%. Menurut Garg, langkah-langkah standard yang ada sekarang perlu disemak semula kerana mereka juga telah mengambil kira sebahagian besar altcoin yang mempunyai sifar kecairan. Ia sama sekali tidak mengecualikan nilai bitcoin akan dilihat melebihi paras 80% tidak lama lagi, malah mungkin mencecah 90%. Ada khabar angin yang memihak kepada perkara ini dengan menyatakan BTC semakin popular untuk menjadi aset selamat. “Nilai bitcoin telah terbukti terlindung daripada risiko global kerana ia menunjukkan korelasi positif dengan nilai emas dan korelasi negatif dengan pasaran saham,” jelas Tom Lee, pengasas bersama yang juga seorang penganalisis kanan di Fundstrat, dalam temubualnya bersama CNBC. Melihat pada carta minggu lalu, semua orang bersetuju dengan pendapat beliau. Kebiasaannya, altcoin utama akan mengikut jejak dinamik matawang kripto rujukan. Kini, walaupun pasangan BTC/USD sememangnya bertumbuh secara stabil, mengalami pertambahan nilai sebanyak $1,500 untuk sepanjang minggu dan berjaya menduduki paras di zon antara $11,550-12,120, altcoin utama, termasuklah Litecoin (LTC/USD), Ethereum (ETH/USD) dan juga Ripple (XRP/USD), semuanya mengakhiri minggu mereka di zon merah. Namun, sudah semestinya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Menurut beberapa orang penganalisis, sebilangan matawang kripto alternatif (sebagai contoh, Ethereum) mampu untuk berfungsi dalam blockchain mereka sendiri, menamatkan taraf mereka sebagai altcoin. Ada juga yang akan lenyap kerana ia tidak diperlukan lagi.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Jika kedua-dua indikator trend serta pengayun pada H4 masih menunjukkan peningkatan, D1 pula menunjukkan sebaliknya: separuh daripada indikatornya berwarna merah, 15% lagi pengayun memberikan isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih beli. Analisis grafik pada H4 serta 60% penganalisis juga berpihak kepada bear, mereka menjangkakan pasangan ini akan sekali lagi cuba untuk berada pada paras sokongan iaitu di zon 1.1025 setelah turun ke paras rintangan pada 1.1200. Mereka berpendapat, sebut harga euro pada nilai 1.1200 kini disokong oleh pertumbuhan faedah dalam aset yang dilindungi. Namun, keadaan yang tidak seimbang ini boleh diganggu dengan data pertumbuhan KDNK di Eurozone yang lemah, yang akan diumumkan pada hari Rabu, 14 Ogos ini, selain daripada situasi Brexit dan juga kekecohan situasi politik yang baru di Itali.
    Pengurangan defisit belanjawan negara serta data inflasi di AS turut mampu memainkan peranan penting dalam pengukuhan nilai dolar. Data-data tersebut akan diumumkan pada hari Isnin dan Selasa, 12 dan 13 Ogos nanti.
    Baki 40% penganalisis bersetuju dengan pertumbuhan pasangan ini ke zon antara 1.1275-1.1345. Ramalan ini adalah berdasarkan jangkaan berlakunya kemelesetan dan juga penurunan kadar faedah yang lebih rendah di Amerika Syarikat. Justeru, penganalisis di Wall Street Journal menganggarkan sebanyak 33.6% kebarangkalian kemelesatan akan berlaku dalam tempoh 12 bulan (nilainya hanya 18.3% setahun lalu) dan menjadikan ia nilai tertinggi sejak 2011. Bagi perubahan kadar pula, para penganalisis percaya bahawa nilainya akan turun daripada 2.25% kepada 1.85% menjelang akhir tahun 2019;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  12 - 16 Ogos, 20191

  • GBP/USD. Pada pagi Selasa, 13 Ogos, negara UK akan membentangkan sebahagian data pasaran buruh mereka dan nilai terbaik yang dijangka ditunjukkannya adalah neutral manakala nilai yang lemah jika mengambil kira senario terburuk. Bagi indikator untuk inflasi pula, ia dijangka akan dikeluarkan pada 14 Ogos, dan nilainya mungkin akan kekal pada paras yang sama. Secara umum, para penganalisis tidak menjangkakan sebarang perubahan besar terhadap pound pada minggu ini, disebabkan itu ramalan mereka boleh diklasifikasikan sebagai neutral.
    Bagi analisis teknikal pula, 100% indikator trend dan juga kebanyakan pengayun pada H4 dan D1 adalah berwarna merah. Analisis grafik juga menunjukkan penurunan berterusan pasangan ini. Tambahan lagi, 25% pengayun sudahpun menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual, memberi petanda besar akan berlakunya peralihan trend ke arah yang berbeza dan juga proses pembetulan.
    Paras sokongan: paras terendah Januari 2017 - 1.1985 dan paras terendah Oktober 2016 - 1.1945. Paras rintangan: 1.2210, 1.2415, 1.2525;
  • USD/JPY. Seperti yang telah disebutkan, keinginan para pelabur semakin bertambah untuk menyelamatkan modal mereka di tempat yang terasing. 35% penganalisis sudah pasti matawang Jepun akan terus memainkan peranan mereka sebagai lokasi pengasingan, justeru penurunan pasangan ini akan terus berlaku sehingga mencecah paras terendah 3 Januari, 2019 yang lalu iaitu pada 105.00. Sasaran seterusnya adalah pada paras terendah Mac 2018 iaitu pada 104.60. Analisis grafik pada H4, serta 85% pengayun dan juga 100% indikator trend pada H4 dan D1 juga bersetuju dengan senario ini.
    30% lagi penganalisis tidak dapat memberi sebarang ramalan, dan baki 35% lagi serta analisis grafik pada D1 memilih peralihan trend pasangan ini ke arah atas sehingga mencecah ke zon antara 107.00-108.00. Senario itu turut disokong oleh 15% pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah pun terlebih jual.
    Perhatian harus diberi jika beralih daripada ramalan mingguan kepada ramalan jangka sederhana, iaitu bilangan penyokong bull dikalangan penganalisis meningkat dengan mendadak, daripada 35% menjadi 65%, dan sasaran utamanya adalah pada ketinggian 109.00;
  • Matawang Kripto. Tom Lee yang berkeyakinan Bitcoin mampu menjadi aset selamat bersama-sama dengan yen dan juga emas meramalkan nilainya mampu melonjak hingga $20,000. Pendapat sama turut dikongsikan oleh Anthony Pompliano, pengasas bersama Morgan Creek. Beliau berkata, bank-bank pusat akan mula membeli Bitcoin dalam jumlah yang besar tidak lama lagi bagi melindungi daripada risiko dolar yang berpunca daripada ketegangan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan juga China. “Epidemik” penurunan kadar faedah oleh pihak berkuasa akan memberi kesan positif kepada sebut harga matawang kripto. Satu lagi kekuatan yang ada pada Bitcoin adalah jangkaan pengeluaran serta bekalan yang terhad.
    Matawang kripto rujukan telah bertumbuh sebanyak 93% dalam tempoh tiga bulan dan kini ia perlu naik ke paras tertinggi Jun 2019 iaitu di zon $14,000. Lebih daripada 70% penganalisis bersetuju dengan ramalan ini walaupun pada pendapat mereka sasaran itu hanya boleh dicapai pada penghujung bulan Ogos. Pasangan ini diharap akan terus bergerak di sepanjang garis $12,000 pada minggu hadapan.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami