September 14, 2019

Menunggu Runtuhnya Sektor Kewangan

Dunia seakan kaku menantikan krisis kewangan global. Sesetengah penganalisis meramalkan ia akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi, ada pula yang berpendapat ia hanya akan berlaku pada penghujung tahun 2020 - awal tahun 2021. Namun kedua-duanya adalah seperti gambaran sebuah malapetaka. Penurunan harga minyak, bijih timah serta tembaga, kejatuhan nilai saham dan matawang, pemberhentian kerja beramai-ramai dan juga muflis.

Salah seorang pakar ekonomi terkemuka, Nouriel Roubini percaya bahawa krisis ekonomi akan berlaku tidak lama lagi, bermula pada penghujung tahun 2019-2020. Jika diingat semula, ramalan beliau sebelum ini memang benar-benar berlaku. Kini, dalam artikelnya di Project Syndicate, Roubini telah menunjukkan beberapa tanda tentang bencana yang bakal berlaku ini. Antaranya, selain daripada perang dagangan yang dimulakan Amerika terhadap China, EU serta negara asing yang lain, Roubini melihat kenaikan kadar faedah yang dibuat Rizab Persekutuan serta pemberhentian stimulus fiskal boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi berlaku.

Atas sebab-sebab ini, kadar pertumbuhan ekonomi Amerika mungkin akan terbantut sehingga mencecah 1%, dan mengakibatkan masalah kekurangan pekerjaan serta pengangguran di negara itu. Tidak lupa juga rizab tukaran asing bagi kebanyakan negara adalah dalam dolar AS, justeru krisis ekonomi di AS mungkin akan mengakibatkan kejatuhan ekonomi di serata dunia.

 

Adakah Benar Situasinya Begitu Teruk?

Pertama sekali, krisis yang berlaku diyakini bersifat sementara dan mempunyai kitaran. Jika merujuk kepada teori kitaran ekonomi jangka sederhana, dapatlah kita lihat krisis ini akan berlaku sekali setiap kira-kira 7-12 tahun sejak bermulanya Zaman Kemelesetan pada 1929.

Krisis pertama yang berlaku pada abad ke-21 ialah semasa runtuhnya kegemilangan dotcom (terutamanya syarikat-syarikat Internet di Amerika) pada tahun 2000. Sejak 1994, indeks NASDAQ berkembang lebih daripada 500%, dan pada tanggal 10 Mac, 2000, nilainya jatuh sekali ganda dalam masa satu hari saja. Penurunan ini berterusan sehingga tahun 2003.

Krisis seterusnya berlaku pada tahun 2008 yang telah disebabkan oleh runtuhnya pinjaman gadai janji di Amerika Syarikat. Kini, kita sedang menuju ke satu puncak yang rapuh, semuanya berpunca daripada ekonomi di Amerika yang sedang rancak, dan disemarakkan lagi oleh ketidakstabilan ekonomi global. Pada musim panas lalu, indeks S&P500 yang memiliki 500 buah syarikat milik AS dengan nilai modal terbesar telah mencecah paras maksimumnya, menghampiri paras 3.000. Pada Januari 2010, parasnya betul-betul 3 kali ganda lebih kecil: 1.000. Hakikatnya kita telah lihat pertumbuhan ekonomi yang berterusan di AS untuk tempoh hampir 10 tahun. Ini adalah pertumbuhan paling lama berlaku dalam tempoh 150 tahun jika benar aggaran ketua pakar ekonomi ACCA, Michael Taylor. Jika kita memfokuskan pada kitaran semulajadi krisis-krisis ini, kita hanya menanti waktu sebelum krisis baru akan bermula.

 

Bagaimana pula dengan Washington?

“Hakikatnya, pucuk pimpinan Rizab Persekutuan serta Presiden Donald Trump sedar tentang hal ini,” jelas John Gordon, ketua penganalisis di syarikat broker NordFX.  - Kita harus ingat tahun hadapan, tahun 2020 adalah tahun pilihanraya bagi presiden Amerika Syarikat yang seterusnya. Jika Trump mahu memimpin negara tersebut untuk penggal yang kedua (memang jelas beliau inginkannya), beliau tidak seharusnya meruntuhkan ekonomi Amerika, mengurangkan jumlah pendapatan serta meningkatkan pengangguran. Para pengundi pasti tidak akan memaafkan beliau. Justeru, dapat kita lihat Trump baru-baru ini kerap memberi tekanan terhadap pucuk pimpinan Sistem Rizab Persekutuan, mendesak mereka untuk meringankan polisi kewangan. Dapat dirasakan pihak Rizab Persekutuan akan menuruti arahan presiden tersebut.

Jadi, selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah daripada 2.25% kepada 2.5% pada Disember tahun lalu, dijangkakan terdapat tiga kali, malah mungkin empat kali lagi kenaikan sehingga pertengahan 2020. Namun, sebaliknya yang telah berlaku: sejak 31 Julai, 2019, sekali lagi kadar faedah berada pada paras 2.25%. Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell yang berucap pada simposium ekonomi tahunan Jackson Hole (AS) pada penghujung Ogos lalu berkata pihak Rizab Persekutuan bersedia untuk menyediakan lebih banyak insentif jika berlakunya kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Banyak bank-bank pusat yang lain termasuklah pihak berwajib di Eropah iaitu ECB telah memfokuskan untuk melonggarkan polisi mereka. Pucuk pimpinan di China juga telah mengisytiharkan akan memberi sokongan terhadap ekonomi di negara tersebut. Masih ada lagi harapan dalam usaha yang dibuat bersama-sama, jika bukan untuk menghalang krisis daripada berlaku, sekurang-kurangnya ia boleh ditunda ke tahun 2021.

 

Yen, Bitcoin, Emas: Sebuah Segitiga Sama Sisi

Dengan mengumpulkan sumber, syarikat-syarikat besar di AS sudahpun mentakrifkan semula keutamaan mereka dalam membayar dividen kepada para pemegang saham, dan membuatkan kita berfikir: bagaimana jika krisis berlaku dalam masa terdekat ini? Apa yang perlu dilakukan? Aset apakah yang boleh dilaburkan supaya tidak mengalami sebarang kerugian?

Matawang seperti yen boleh dianggap sebagai tempat melarikan diri. Walau bagaimanapun nilainya amat bergantung pada pasaran minyak dan juga hasil yang diterima daripada bon kerajaan AS. Buat masa sekarang, yen Jepun masih mampu untuk terus bertahan. Namun, jika krisis yang amat teruk dan berpanjangan berlaku, nasib yang tidak diingini juga mungkin akan menimpanya.

Apakah pilihan lain yang ada? Peminat kripto, seperti Tom Lee, seorang penganalisis di Fundstrat ataupun pengasas bersama Morgan Creek, Anthony Pompliano akan mencadangkan untuk melabur dalam bitcoin, mereka akan meyakinkan para pelabur dengan mengatakan coin maya ini sudahpun menjadi salah satu aset selamat yang mampu untuk melindungi nilai daripada risiko kewangan. Namun, bagi kebanyakan penganalisis, penggunaan kaedah simpanan wang ini menimbulkan sedikit keraguan. “Tanya diri anda sendiri,” jelas John Gordon dari NordFX, “adakah Bitcoin boleh dipercayai jika matawang digital ini kerugian lebih daripada 20% nilainya untuk tempoh 08-15 Ogos saja, jatuh daripada $12,000 kepada $9,500? Lebih menarik, tiada sebarang krisis yang berlaku tetapi nilainya jatuh!"

Dengan turun naik yang menggilakan seperti itu, Bitcoin bukanlah sebuah aset yang selamat, tetapi alat ideal bagi spekulasi berisiko tinggi. Juga sebagai tempat berlindung, namun bukan daripada turun naik pasaran kewangan tradisional, tapi daripada “rakan” lain dalam pasaran digital iaitu altcoin, kini sudah kehilangan tarikannya. Sudah semestinya, ada kemungkinan harga matawang kripto utama ini akan melonjak tinggi semasa berlakunya krisis. Ia juga mampu jatuh dengan teruk sekali. Kebarangkaliannya adalah 50 dan 50. Kita mencari sebuah aset yang benar-benar boleh dipercayai. Menurut kebanyakan penganalisis, mereka akan mengatakan sudah semestinya emas.

Malapetaka Sektor Kewangan 2019-20201 

Sejak 20 tahun yang lalu, harga logam berharga ini melonjak naik daripada $275 bagi setiap auns pada September 2000 menjadi $1,550 pada September 2019, memberi pulangan sebanyak 460% kepada para pelabur.

Menurut penganalisis yang juga penerbit bagi surat berita harian The Gold Forecast Harry Wagner, kali terakhir gelombang bullish berlaku adalah pada penghujung 2015, nilainya menjadi $1,040 selepas melalui proses pembetulan, dan beliau turut berpendapat emas akan sekali lagi cuba untuk kembali berada pada nilai tertingginya pada tahun 2011, harganya akan mencecah $2,070-2,085 bagi setiap auns pada tahun 2020.

Sepanjang tahun lalu sahaja, sejak September 2018, harga logam kuning keemasan ini melonjak sebanyak 30%. Menurut World Gold Council (WGC), permintaan terhadap emas dalam enam bulan pertama bagi tahun 2019 telah mencecah rekod tertinggi dalam tempoh tiga tahun (2181 tan), semua ini berpunca daripada pembelian logam berharga ini secara besar-besaran oleh bank-bank pusat yang mahu memindahkan rizab dolar mereka dan berpendapat emas adalah satu aset yang lebih dipercayai.

“Sudah semestinya angka-angka di atas nampak menarik,” jelas seorang penganalisis di NordFX. - Langkah yang diambil Bank-Bank Pusat boleh dijadikan sebagai contoh. Namun, harus diingat, jika kemelesetan dijangka akan berlaku, permintaannya akan meningkat, seterusnya menaikkan harga logam ini, tetapi jika ekonomi kembali stabil, harganya mungkin akan jatuh. Tambahan pula, kejatuhan harganya mungkin agak teruk. Pelabur perlu bersabar dan menunggu saat yang tepat untuk harganya naik sekali lagi: proses yang boleh mengambil masa 5, 10 malah berpuluh tahun. Dalam kes ini, apabila membincangkan tentang melindungi nilai risiko kewangan semasa berlakunya krisis global, sudah tentu emas menjadi aset pilihan. Jika mahu menggunakan emas sebagai aset spekulasi jangka pendek dan sederhana, ia menjadi satu perkara yang berbeza sepenuhnya, memerlukan pendekatan yang berbeza sepenuhnya, dan perlu dibincang secara berasingan. Namun, dalam ini, emas masih mampu menjadi sumber keuntungan yang baik.”

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami