Oktober 12, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Dua perkara besar berlaku pada minggu lalu. Pertama sekali, rundingan dagangan antara AS dan China di peringkat berikutnya yang menujukkan kemajuan, permulaan kepada suatu perkara yang “lebih baik” jika mengikut kenyataan presiden Trump. Yang kedua pula adalah kejayaan dalam rundingan Brexit. Harapan menggunung untuk melihat perpisahan UK dikawal selia telah menaikkan nilai pound dan seterusnya turut menarik matawang Eropah ini ke atas. Ia dibantu oleh minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan pada hari Khamis, 10 Oktober yang telah mengesahkan dasar pelonggaran (QE) oleh pihak Bank akan berakhir. Hasilnya, pasangan ini mampu melonjak ke paras 1.1062;
  • GBP/USD. Hanya 35% penganalisis percayakan Perdana Menteri Boris Johnson dan mereka mengharapkan keajaiban. Sesuatu yang luar biasa telah berlaku, dan hasilnya jauh lebih baik daripada yang diharapkan. Penganalisis menunggu pasangan ini naik ke ketinggian 1.2525, namun realitinya, nilai pound melonjak lebih daripada 500 mata dan mencecah paras 1.2708. Semua ini disebabkan oleh kejayaan rundingan mengenai sempadan Ireland, selepas Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar menyatakan mereka “amat positif dan baik-baik saja”. Kemungkinan besar Johnson sudah bersedia untuk memperkenalkan terma khas bagi Ireland Utara dan membenarkan mereka untuk kekal dalam Kesatuan Kastam Eropah (European Customs Union) selama empat tahun lagi selepas Brexit berlaku.
    Menurut penganalisis, pasangan GBP/USD telah terlebih jual dan sebarang berita positif mampu melonjakkan nilai pound. Dalam hal ini, kesan positif daripada rundingan tersebut telah menjadi pencetus, dan nilai matawang British naik 4% lebih tinggi dalam tempoh beberapa hari saja;
  • USD/JPY. Tidak seperti pound, perkara berbeza berlaku ke atas yen dan hari-hari sukar dilihat akan tiba: akibat daripada pertambahan dalam sentimen risiko, matawang Jepun ini telah dijual secara besar-besaran, dan menyebabkan sebut harganya jatuh hampir 200 mata ke paras 108.62 yen bagi setiap dolar. Pelbagai punca semua perkara ini berlaku. Antaranya adalah harapan untuk hasil yang menguntungkan daripada perang dagangan AS-China, kemajuan dalam rundingan Brexit, minit mesyuarat ECB yang terkini serta kenaikan mendadak dalam hasil bon AS;
  • Matawang Kripto. Jumlah modal pasaran kripto ($234 bilion) masih lagi sedikit berbanding pasaran tradisional (pasaran emas dianggarkan berjumlah $9 trilion, pasaran saham - $66 trilion, pasaran bon - $86 trilion) dan belum lagi melepasi 0.2 peratus jumlah aset mereka. Walaupun begitu, topik matawang kripto sering kali mendapat perhatian dunia politik.
    Justeru, jutawan Amerika Daniel Steven Peña mengatakan matawang kripto adalah hasil konspirasi Rusia menentang Amerika Syarikat, dan Presiden Vladimir Putin sendiri adalah pencipta di sebalik penghasilan Bitcoin. Kenyataan ini disuarakan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat di Kongres AS yang merayu kepada Ketua Rizab Persekutuan dengan cadangan untuk mengeluarkan kripto berbentuk dolar. Dengan langkah ini, pihak yang merayu mahu sektor kewangan di Amerika dilindungi daripada pengaruh matawang kripto asing yang dilihat merbahaya.
    Inisiatif hampir serupa telah dicadangkan oleh Timbalan Kaunselor Jerman yang juga Menteri Kewangan Olaf Scholz yang mahu mengeluarkan matawang digital dengan nilai Euro. Beliau berkata, “kita tidak harus membiarkan China, Rusia, Amerika Syarikat atau mana-mana penyedia persendirian lain mendominasi bidang ini.”
    Kripto dengan nilai dolar dan juga Euro adalah sesuatu yang bakal tiba tidak lama lagi, namun kini sudah ada kerajaan dan bank-bank pusat yang mula memberi tentangan terhadap pesaing-pesaing bebas yang berpotensi ini. Zuckerberg (Facebook) telah mengeluarkan coin Libra beliau sendiri dan mendapat tekanan hebat. Sasaran berikutnya adalah TON-coin, Telegram sedang giat untuk melancarkannya.
    Buat masa ini, matawang kripto utama yang menerajui pasaran sudah semestinya Bitcoin. Ramalan minggu lalu yang turut disokong oleh majoriti penganalisis (75%) telah mengunjurkan pergerakan lateral pasangan BTC/USD yang didominasi oleh bear dan mampu menurunkan pasangan ini ke paras antara $7,500-7,700. Namun, pada hari Isnin, paras terendah mingguan bitcoin berada pada $7,795 dan kemudian nilainya naik ke atas. Perubahan trend ini adalah disebabkan oleh pelancaran platform p2p milik Binance, di mana Bitcoin dan Ethereum akan didagangkan ke atas yuan China.
    Pada hari Rabu, 9 Oktober, pasangan ini berjaya melepasi paras rintangan selama dua minggu di zon $8,350 dan mencecah paras tertingginya, $8,815 pada hari Jumaat. Kemudian, ia kembali berada hampir pada $8,350, paras yang kini dikenali sebagai zon sokongan yang kuat.
    Altcoin benar-benar mengikuti setiap pergerakan yang dilalui matawang kripto rujukan itu sepanjang minggu. Namun, jika ayunan Ethereum (ETH/USD) dan ripple (XRP/USD) adalah sebanyak 17%, pergerakan Litecoin (LTC/USD) dilihat lebih tenang dengan turun naiknya hanyalah pada 13% saja.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Berkenaan dengan keputusan akhir rundingan dagangan antara AS-China, pasaran mengekangnya dengan baik, mereka menjangkakan pertikaian demi pertikaian akan terus berlaku, malah mungkin rundingan tersebut akan gagal dan kemudian memperkenalkan duti yang baru. Untuk minggu seterusnya, kami turut menjangkakan berita-berita penting yang mempunyai impak besar ke atas kadar kedua-dua matawang negara ini. Antaranya adalah statistik dari China yang akan dikeluarkan pada hari Isnin, 14 Oktober dan Jumaat, 18 Oktober, serta laporan inflasi di UK dan juga Eurozone pada hari Selasa, 15 Oktober dan juga Rabu, 16 Oktober. Pada hari Khamis, peningkatan dalam turun naik mungkin akan berlaku yang berpunca daripada laporan hasil industri di Amerika Syarikat. Penurunan ketara ke atas indikator ini dijangka akan berlaku: dari 0.6% kepada 0.1%. Jika nilai sebenar bertepatan dengan apa yang diramal, nilai dolar dijangka mengalami penurunan.
    70% penganalisis mengunjurkan penurunan nilai dolar dan kenaikan pasangan ini, dan ramalan tersebut turut disokong oleh 75% bacaan daripada pengayun serta analisis grafik pada H4 dan D1. Zon sokongan jika pasangan ini bertumbuh adalah pada 1.1000. Sasarannya adalah pada 1.1075, 1.1100 dan 1.1160.
    Pendapat berbeza dibuat oleh 30% penganalisis serta 20% pengayun yang telah menunjukkan pasangan ini dibeli secara berlebihan. Sasaran mereka adalah pada 1.1000, 1.0940, 1.0925 serta paras terendah pada 1 Oktober iaitu 1.0880;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  14 – 18 Oktober, 20191

  • GBP/USD. Hakikatnya, masih terlalu awal untuk meraikan kegembiraan ke atas kejayaan yang ditempa Brexit. Johnson masih memerlukan Parlimen untuk meluluskan terma-terma perjanjian bersama EU. Jika diingat semula, perkara sama pernah dilalui Perdana Menteri Great Britain Theresa May sebelum ini dan beliau gagal untuk mendapatkannya sebanyak empat kali. Rundingan bersama Ireland juga masih belum selesai. Tambahan pula, kemuncak Majlis Kesatuan Eropah ke atas Brexit akan diadakan pada hari Khamis dan Jumaat ini. Setiap perkara tersebut mampu memperlahankan proses rundingan, malah mungkin akan menjadi batu halangan. Jika benar proses ini terganggu, EU telah bersedia untuk memberi tempoh penangguhan baru sehingga musim panas 2020 bagi memastikan perpisahan UK daripada EU berjalan lancar.
    Segala rintangan ini, serta pertumbuhan mendadak pound pada minggu lalu telah mengakibatkan 75% penganalisis menjangkakan pembalikan trend akan berlaku serta penurunan matawang British ke zon 1.2200. Senario ini disokong oleh analisis grafik pada D1 manakala 15% pengayun pada H4 dan D1 memberikan isyarat bahawa pound sudah terlebih beli.
    Majoriti kebanyakan pengayun dan indikator trend, serta 25% penganalisis masih percaya tuah akan menyebelahi Boris Johnson, mengharapkan pengukuhan nilai pound dan seterusnya kenaikan pasangan ini ke paras 1.2800. Menjadi kebiasaan, nilai pound mampu melonjak ke paras yang agak tinggi sekali lagi jika timbulnya berita positif mengenai Brexit, dan tidak lupa juga jika Perjanjian tersebut ditandatangani;
  • USD/JPY. Pada H4, 100% daripada indikator trend menunjukkan arah atas, manakala hanya 90% menunjukkan arah sama pada D1. 75% pengayun pada H4 dan D1 berwarna hijau, baki 15% lagi memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih beli. Analisis grafik pada D1 menunjukkan penurunan pasangan ini hampir pada paras 106.65, dan kemudian kembali ke paras 108.40.
    Bagi penganalisis pula, pendapat mereka terbahagi sama rata: satu pertiga memilih pertumbuhan pasangan ini, manakala satu pertiga lagi memilih penurunan, baki satu pertiga berpendapat ia akan mengalami trend ke arah sisi. Zon sokongan adalah pada paras 107.00, 106.65 dan 105.70, manakala zon rintangan pula adalah pada paras 109.00 serta 109.85;
  • Matawang Kripto. Seperti yang disebut di atas, kini Bitcoin menjadikan zon $8,350 sebagai paras sokongan yang agak kuat setelah berjaya melepasi paras rintangan selama dua minggu itu. Tambahan pula, Indeks Fear & Greed telah menunjukkan perubahan daripada “extreme fear” kepada “ordinary fear” dan semakin menghampiri posisi neutral. Jika ini berlaku, sasaran pasangan BTC/USD yang seterusnya adalah untuk mengalami penyatuan di sekitar nilai $9,000. Namun, ramalan ini hanya disokong oleh 35% penganalisis. Kebanyakan mereka (65%) berpihak kepada bear dan mengunjurkan penurunan pasangan ini pertama sekali ke paras $8,000, dan kemudian turun lagi $400 ke bawah.
    Antara ramalan “luar biasa” yang sering kami bincangkan adalah kenyataan oleh pencipta anti virus terkemuka John McAfee bahawa nilai Bitcoin akan mencecah $1 juta pada tahun 2020. Menurut beliau, bilangan coin yang terhad adalah perkara yang mendorong dinamik bullish ini untuk berlaku, serta pengurangan bilangan altcoin yang akan menyebabkan coin utama menjadi satu-satunya aset yang stabil dan boleh dipercayai.
    Penganalisis di TIE juga meramalkan masa depan yang suram untuk altcoin. Pada pengamatan mereka, minat ke atas altcoin turun secara mendadak, sesetengahnya hingga menghampiri nilai kosong. Justeru, terdapat kemungkinan hanya coin terkemuka seperti Ethereum atau Libra saja yang mungkin masih wujud daripada beribu-ribu jenis coin dalam masa beberapa bulan lagi.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami