Januari 4, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Musim cuti adalah waktu untuk mengalih perhatian daripada masalah harian, terjun ke dalam suasana keajaiban yang dinanti-nantikan. Keajaiban memang berlaku, dan pasaran kewangan juga terlibat sama, seperti yang telah kami beritahu kepada anda sebelum ini.
    Pada waktu normal, para pelabur kebiasaannya akan melihat pada pasaran saham berisiko, ataupun menyimpan modal mereka di pasaran yang lebih selamat. Namun sambutan Krismas dan Tahun Baru bukanlah sesuatu yang biasa, pasaran begitu tipis sehinggakan volum paling kecil mampu diuruskan pada waktu itu. Hasilnya, pada bulan Disember terakhir dekad tersebut, kedua-dua indeks saham S&P500 terus merekodkan paras tertinggi dalam sejarah, manakala emas serta matawang yen dan juga franc menunjukkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan. Kewajipan hutang oleh piihak Perbendaharaan pula tidak mahu berundur dari posisi teratas. Inilah yang disebut sebagai keajaiban Tahun Baru! Tetapi, seperti yang anda ketahui, hari bekerja adalah lebih panjang berbanding hari cuti dalam masa setahun. Pasaran kembali ke kedudukan asalnya pada minggu ini.
    Bagi EUR/USD, pasangan ini bergerak perlahan di sepanjang saluran menaik seawal 29 November. Pada 31 Disember, ia mencecah had atas pada 1.1240 dan kemudian arah pergerakannya berubah, menyambut tahun baru dengan menghasilkan jurang. Kedudukan pasangan ini hampir-hampir berada pada paras paling rendah dalam saluran tersebut pada petang Jumaat, 3 Januari, namun ia kembali ke zon tengah saluran itu akibat statistik aktiviti perniagaan yang agak suram di AS (indeks ISM dalam sektor pembuatan berada di bawah jangkaan dan gagal untuk naik di atas paras $50) dan mengakhiri minggu tersebut di sekitar paras sokongan/rintangan yang kuat iaitu pada 1.1160;
  • GBP/USD. Hasil mingguan bagi pound British hampir kepada kosong. Bermula pada paras 1.3085, ia mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 1.3075, kerugian hanya sebanyak 10 mata. Namun, akibat daripada turun naik yang agak tinggi, ia tidak menghalang pedagang untuk turut serta bagi mengaut keuntungan: julat turun naiknya kini berjumlah hampir kepada 230 mata;
  • USD/JPY. Berbeza dengan pound yang menamatkan tempoh lima hari dagangan tanpa memberi sebarang hasil, matawang selamat ini bertumbuh secara mendadak jika dibandingkan dengan dolar. Disebabkan itu, nilai yen bertambah sebanyak 135 mata berbanding matawang Amerika: mula pada paras hampir dengan 109.45, berakhir pada paras 108.10;
  • Matawang Kripto. Pasaran aset digital dan juga pasaran Forex berterusan menunjukkan hasil bagi tahun lalu. Sebagai contoh, portal atas talian ForkLog telah menyusun satu senarai individu paling terkenal dan berpengaruh dalam pasaran kripto bagi tahun 2019. Mendahului dalam 10 orang teratas adalah ketua bursa Binance Changpeng Zhao, diikuti pula dengan ketua Facebook Mark Zuckerberg dan juga pengasas Telegram Pavel Durov, dan senarai sepuluh teratas itu diakhiri oleh Presiden China Xi Jinping serta pembangun Ethereum Vitalik Buterin.
    Walaupun kadar Bitcoin naik sebanyak 110% dalam tempoh 12 bulan, indeks S&P500 naik sebanyak 22.8%, dan nilai emas turut bertambah sebanyak 19% dalam tempoh yang sama. Hasil bagi matawang rujukan pada umumnya juga agak baik, namun ia hanya boleh dirasai oleh pelabur yang telah melabur sejak awal permulaan tahun. Bagi mereka yang mula melabur pada pertengahan musim panas, nasib mereka tidak begitu baik.
    Sekarang kita beralih kepada keputusan pada minggu lalu. Tiada ada yang boleh dibincangkan tentangnya: ia melalui trend ke sisi yang sama. Pasangan BTC/USD naik ke paras $7,550 pada 29 Disember, kemudian turun kepada $6,900 pada 3 Januari, dan seterusnya kembali ke paras ia bermula di sekitar $7,300. Umumnya, para pelabur berasa sangat kecewa. Namun bagi mereka yang aktif berdagang pada tempoh masa pendek, dengan leveraj sebanyak 1:50 seperti broker-broker di NordFX, kenaikan sebanyak $650 adalah suatu peluang terbaik untuk mengaut keuntungan.
    Altcoin utama turut melalui perkara yang sama: terdapat pergerakan dalam saluran sisi yang amat sempit dan penyatuan berlaku secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu berturut-turut: nilai Ripple (XRP/USD) berada pada $0.19, Ethereum (ETH/USD) - $130 dan Litecoin (LTC/USD) - $42 bagi setiap coin. Jumlah nilai permodalan di pasaran kripto jatuh ke paras $190 bilion, dan Indeks Fear & Greed Kripto Bitcoin beransur-ansur menghampiri posisi neutral (kini berada pada angka 38), ini memberi petunjuk bahawa pasaran tidak akan berkembang.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pada minggu lalu, kami telah rumuskan ramalan oleh para penganalisis dari JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Bank of America Merrill Lynch, Deutsche Bank serta beberapa bank global yang lain bagi tahun 2020. Jika diingat, mereka secara umumnya sebulat suara meramalkan penurunan nilai dolar berbanding euro serta pertumbuhan pasangan ini dari paras 1.1400 kepada 1.2000. Punca utama adalah disebabkan oleh kelembapan pertumbuhan ekonomi global yang akan menyebabkan permintaan untuk aset berisiko meningkat. Terutama sekali apabila pihak Rizab Persekutuan AS dilihat akan terus mengurangkan kadar faedah mereka, atau sekurang-kurangnya mengekalkan kadar yang ada setelah mendapat tekanan daripada Donald Trump menjelang pilihanraya presiden.
    Namun, terdapat juga pendapat berbeza yang sekali lagi dikaitkan dengan pilihanraya presiden AS. Menjadi kebiasaan matawang AS akan menunjukkan hasil yang baik pada tahun pilihanraya dijalankan. Indeks USD hanya turun sebanyak dua kali saja pada tahun pilihanraya bagi tempoh 40 tahun yang lepas. Matawang Euro pula jatuh 9 kali daripada 11 kali pilihanraya. Jika anda benar-benar fokus ke atas statistik ini, matawang dolar harus dibeli dan bukannya dijual. Lagipun, Bank Pusat masih lagi melihat ia sebagai matawang rizab utama, jauh lebih baik dari mana-mana aset.
    Untuk masa terdekat ini, 55% penganalisis yang disokong oleh 85% indikator pada D1 menjangkakan pertumbuhan pasangan ini ke had atas saluran menaik pada paras 1.1240. Sasaran seterusnya adalah pada 1.1330. Pengukuhan nilai euro berbanding dolar turut dibantu dengan data makroekonomi yang akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Pada hari Selasa, 7 Januari, nilai indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan bagi bulan Disember akan diketahui, dan pada hari Jumaat pula, data pasaran buruh di Amerika Syarikat akan dikeluarkan. Jika jumlah pekerjaan baru di luar sektor agrikultur (NFP) menurun, turun sebanyak 40% jika mengikut ramalan (dari 266K kepada 160K), ia akan memberi impak negatif terhadap dolar. Walau bagaimanapun, menjadi kebiasaan bagi pasaran untuk terlebih dahulu memberikan reaksi mereka kepada ramalan seperti itu, justeru tiada gangguan teruk dijangka berlaku semasa statistik tersebut dikeluarkan.
    Selain daripada 55% penyokong bull tersebut, terdapat juga 45% penganalisis yang menyokong sentimen bearish. 85% indikator pada H4 serta analisis grafik pada tempoh masa yang sama juga berpihak kepada mereka. Paras sokongan berada pada 1.1100, 1.1065 dan juga 1.1000;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  06 – 10 Januari, 20201

  • GBP/USD. Situasi mengenai pound sekali lagi agak mengelirukan dan bergantung kepada perkara yang bakal berlaku semasa proses meninggalkan EU. Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan kebimbangan beliau terhadap baki tempoh rundingan yang singkat dalam membincangkan hubungan antara UK dan Kesatuan Eropah selepas Brexit. Beliau berpendapat, tempoh peralihan selama 11 bulan untuk rundingan adalah amat pendek dan mungkin perlu dilanjutkan. Timbalannya, Frans Timmermans menyeru British untuk kembali ke “pangkuan” Kesatuan Eropah walaupun selepas berpisah.
    Dalam masa yang sama, 60% penganalisis mengunjurkan pertumbuhan pasangan ini ke had atas saluran antara 1.3050-1.3215. Jika keadaan pulih, sasarannya adalah pada paras 1.3285, 1.3425, serta 1.3515, paras tertinggi pada 13 Disember lalu. Analisis grafik, 15% indikator trend pada D1 serta 15% pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah dijual secara berlebihan turut bersetuju dengan perkembangan ini.
    Baki 40% penganalisis serta majoriti indikator memilih penurunan pasangan ini. Paras sokongan terkuat paling hampir adalah pada 1.2975, sasarannya adalah untuk mencecah paras di zon antara 1.2825-1.2900;
  • USD/JPY. Mendapat sokongan analisis grafik pada D1, 70% penganalisis percaya penurunan pasangan ini akan berhenti pada paras 107.80, kemudian pulih sedikit dan pada mulanya naik ke paras rintangan 109.25, dan selepas itu naik lagi sehingga mencapai nilai maksimum pada Disember lalu iaitu di sekitar 109.70.
    Baki 30% lagi mengunjurkan pengukuhan nilai yen akan berterusan, justeru kedudukan pasangan ini akan jatuh ke paras sokongan pada 107.50, dan kemudian turun 100 mata lagi.
    Bagi indikator pula, 100% pada H4 dan 85% pada D1 adalah berwarna merah. 15% pengayun pada D1 menunjukkan pasangan ini sudah dijual secara berlebihan, dan perkara ini selalunya benar akibat dari perubahan trend yang agak kerap;
  • Matawang Kripto. Ramalan untuk masa terdekat adalah amat membosankan seperti yang ditunjukkan pada carta pasangan kripto ini. Walau bagaimanapun, semakin hampir kita dengan pengurangan penghasilan yang akan berlaku pada Mei nanti, semakin rancak dan meningkatnya sikap optimis yang ditunjukkan para penganalisis. 70% daripada mereka menjangkakan sebut harganya akan naik mendadak. Para pelabur juga menggambarkan perkara yang sama. Menurut TradeBlock, hanya 30% coin BTC yang bergerak dalam tahun 2019. Baki 70% lagi hanya “pegun” di dalam walet, berharap akan berlakunya kenaikan pada masa hadapan.
    Sudah semestinya terdapat sikap pesimis dikalangan penganalisis. Menurut ramalan mereka, nilai pasangan BTC/USD akan turun sekali lagi dalam tempoh terdekat. Peralatan penghasilan generasi baru (ASIC S17 serta T17) adalah lebih cekap, keuntungan masih boleh dicapai walaupun nilai Bitcoin jatuh ke zon di antara $3500-4400, dan mereka percaya pada kadar itulah paras sokongan yang kuat akan berada. Namun jika pasangan ini turun dan melepasi paras tersebut, bolehlah kiranya kita mula bercerita tentang pengakhiran 10 tahun matawang digital pertama di dunia.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami