Februari 1, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Minggu lalu banyak berkisar tentang coronavirus, dan hal itu menjadi sebahagian besar dalam menentukan keadaan di pasaran. Komoditi dan matawang yang berkait rapat dengan China adalah yang paling terkesan dengannya.
    Seperti yang anda sedia maklum, ekonomi di zon eropah sangat berkait rapat dengan ekonomi di China, dan ini memberi kelebihan kepada dolar pada awal minggu. Paras pasangan EUR/USD jatuh sehingga mencecah paras sokongan 1.1000 pada hari Rabu, 29 Januari seperti yang diramal majoriti penganalisis (55%), yang turut disokong oleh 85% pengayun dan 100% indikator trend bukan saja pada H4 dan D1, malah W1 juga.
    Setelah mencapai paras terendah mingguannya pada 1.0992, ia mengubah arah pergerakan dan bergerak ke atas.
    Kenaikan ini tidak seharusnya terhenti namun kenyataan yang dikeluarkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) serta usaha para pegawai dalam memastikan keadaan panik tidak berlaku di pasaran akhirnya berjaya dan ini telah melemahkan aktiviti ekonomi. Dalam pada itu, pihak WHO mengisytiharkan epidemik coronavirus adalah keadaan darurat berskala antarabangsa, namu dalam masa yang sama meminta semua orang berkelakuan seperti biasa.
    Akhirnya, nilai matawang Eropah itu terus meningkat walaupun data makroekonomi di Eurozone menunjukkan nilai yang lemah. Bukan saja data KDNK AS menyokong pasangan ini, malah keputusan Bank of England untuk mengekalkan kadar faedah mereka (lebih lanjut mengenainya di bawah) turut membantu. Sepanjang tahun 2019, matawang pound dan euro saling menyokong dalam mengukuhkan nilai mereka berbanding dolar, justeru pertambahan nilai matawang British telah membantu “rakan sejawat” mereka di Kesatuan Eropah. Posisi short yang ditutup pada petang sebelum minggu berakhir juga telah menyumbang kepada pertumbuhan pasangan EUR/USD pada hari Jumaat. Hasilnya, setelah sesi dagangan mingguan berakhir, pasangan ini kembali ke zon Pivot Point jangka sederhananya, di sekitar kawasan ia sering bergerak sejak pertengahan Julai 2019 - 1.1085-1.1100, mengesahkan hipotesis berkenaan keseimbangan antara dua matawang tersebut sejak kebelakangan ini;
  • GBP/USD. Antara minit mesyuarat Bank of England pada 30 Januari lalu: volum pembelian aset oleh Bank of England: kekal (£435B), kadar faedah: kekal (0.75%), bilangan undi mengekalkan kadar faedah: kekal (7), bilangan undi mengurangkan kadar faedah: kekal (2). Lihatlah, sama seperti sebulan lalu. Semua “pengekalan” ini telah menaikkan nilai pound British berbanding dolar serta beberapa lagi matawang negara lain termasuklah euro. Mengapa begitu?
    31 Januari adalah tarikh rasmi bagi UK meninggalkan Kesatuan Eropah, namun, menjelang akhir 2020, tiada perkara serius yang boleh dikaitkan dengan hal tersebut jika melihat pada persetujuan mengenai tempoh peralihan, dan negara itu sekali lagi sedang menantikan rundingan bersama EU. Coronavirus mampu mengganggu pasaran. Namun semua itu tidak berlaku. Jawatankuasa Polisi Kewangan menganggap situasi ekonomi yang semakin pulih selepas pilihanraya Parlimen UK Disember lalu akan terus berlaku dan membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah mereka.
    Ramalan yang dibuat kebanyakan penganalisis (65%) pada minggu lalu memang benar-benar berlaku. Pada pandangan mereka, pasangan GBP/USD harus melepasi rintangan 1.3160 pada awalnya, dan kemudian menghampiri 1.3200. Sebenarnya ini yang berlaku: matawang British ini mengakhiri minggu dengan berada pada paras 1.3202;
  • USD/JPY. Kebanyakan pelabur merasakan matawang selamat seperti yen mampu melindungi mereka daripada permulaan wabak coronavirus. Keyakinan seperti itu dan juga perubahannya daripada aset berisiko kepada aset terlindung telah menyumbang lagi pengukuhan matawang Jepun tersebut pada minggu lalu. 40% penganalisis meletakkan 108.40 sebagai paras sokongan utama bagi pasangan USD/JPY, dan ia mengakhiri minggu tersebut pada paras 108.36;
  • Matawang Kripto. Jika diingat semula pada minggu lalu 20% penganalisis menyokong nilai Bitcoin akan berada hampir pada paras $9,000 menjelang Januari nanti. Majoriti (70%) menjangkakan hal ini akan berlaku hanya selepas 2-3 minggu. Namun, coronavirus mengabulkan impian tersebut.
    - Saham-saham di AS memulakan minggu dengan jualan secara besar-besaran. Ketiga-tiga indikator utama jatuh ke paras negatif akibat kebimbangan penyebaran wabak coronavirus. Purata industri Dow Jones turun 400 mata, indeks Komposit Nasdaq turun 1.8%, manakala S&P 500 rugi 1.4%. Dalam masa yang sama, nilai Bitcoin meningkat, mencecah paras $9,550 USD pada malam Khamis sehingga hari Jumaat. “Setiap kali pasaran yang dikawal selia mengalami penurunan akibat kebimbangan dan kerisauan, nilai Bitcoin akan naik. Hal ini mengukuhkan lagi konsep tentang matawang kripto utama sebagai aset selamat,” penganalisis Nathaniel Whittemore menjelaskan mengenai situasi yang sedang berlaku dalam temubualnya bersama BlockTV.
    Pertambahan nilai matawang kripto utama itu juga merangsang keseluruhan pasaran kripto, melonjakkan nilai coin terkenal, Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD) dan juga Ripple (XRP/USD) ke zon hijau. Jumlah modal keseluruhan pasaran matawang kripto juga meningkat: jika jumlahnya pada 25 Januari adalah $235 bilion, nilainya hampir mencecah $267 bilion lima hari kemudian, pertumbuhan sebanyak 13.5%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Sesetengah rakyat Amerika berpendapat perkara yang berlaku di luar Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan mereka. Namun itu bukanlah hakikatnya. Ekonomi Amerika Syarikat bergantung secara meluas terhadap apa yang berlaku di negara asing. Sedar tentang perkara ini, pihak Rizab Persekutuan yang agak sensitif dengan cabaran luar ingin mengubah KDNK di peringkat global, sesuatu yang seringkali kita gelarkan biarkan anjing mengikut “ekor”. Buat masa ini, cabarannya ialah coronavirus dari China. Namun masih belum ada reaksi yang jelas dari “ekor” lagi.
    Coronavirus masih belum ada penyembuhnya, jadi keadaan panik hingga menyebabkan jualan aset-aset berisiko mungkin menjadi trend utama pada minggu hadapan. Jika terdapat berita positif seperti vaksin terhadap jangkitan itu telah berjaya dihasilkan, ia mampu “mengubah keadaan semasa” secara drastik. Sangat sukar untuk memberi ramalan buat masa ini.
    Jika bercakap mengenai analisis teknikal, kebanyakan indikator pada H4 adalah berwarna hijau, manakala warna kelabu mendominasi D1. Namun, hanya 15% daripada pengayun pada kedua-dua tempoh masa memberi isyarat bahawa pasangan ini telah dibeli secara berlebihan dan ia boleh dijadikan sebagai satu peringatan, jika tiada perubahan ke atas trend, sekurang-kurangnya pembetulan ke arah bawah pasti berlaku. Analisis grafik pada H4 bersetuju dengan situasi ini, meramalkan kembalinya pasangan ini ke paras sokongan yang agak kukuh di antara 1.0990-1.1000.
    Buat masa ini, pendapat penganalisis dan juga indikator pada D1 boleh dianggap sebagai neutral-kelabu. Walau bagaimanapun, ia menjadi kehijauan apabila kita beralih daripada ramalan mingguan ke ramalan bulanan, mencapai ketinggian 70%. Itulah peratusan penganalisis yang percaya setelah pasangan ini melepasi rintangan di zon antara 1.1100-1.1115, ia akan bergerak secara konsisten pada paras 1.1145 dalam bulan Februari, dan kemudian pada paras 1.1170, 1.1200 dan akhirnya mencecah kedudukan 1.1240, paras tertinggi pada 31 Disember, 2019 lalu.
    Bagi statistik makroekonomi pula, kita akan mengetahui nilai indeks aktiviti perniagaan ISM dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di AS pada minggu hadapan, serta data mengenai pasaran buruh di AS (termasuklah NFP) pada hari Jumaat pertama setiap bulan seperti biasa.
    Namun, pasaran menjangkakan kejutan seawal hari Isnin, 3 Februari apabila indeks aktiviti Caixin Purchasing Managers (PMI), salah satu indikator utama mengenai keadaan sektor pembuatan di China untuk bulan Januari dikeluarkan. Nilai indeks tersebut boleh memberi petunjuk apakah kesan coronavirus ke atas situasi ekonomi di China.
    Kejutan pada hari Isnin mungkin tidak berakhir di situ - pada 3 Februari, musim bagi “memburu” jawatan Presiden AS akan bermula secara rasmi. Pada hari tersebut undian demokratik yang pertama akan berlangsung di Iowa. Jika keputusannya memihak Bernie Sanders, mungkin reaksi sama akan berlaku di pasaran;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 – 07 Februari, 20201

  • GBP/USD. Setelah mengalami kenaikan mendadak sebanyak 230 mata sebelum berakhirnya minggu lalu, majoriti indikator pada H4 dan D1 kini berwarna hijau. Namun, seperti pasangan sebelum ini, kira-kira 15% pengayun sudah berada di zon terlebih beli. Selain itu, analisis grafik pada D1 menggambarkan kemungkinan matawang British ini akan jatuh pertama sekali menghampiri 1.2970, dan kemudian pada 1.2800. Sokongan paling hampir dan kukuh berada pada paras 1.3100.
    Harus diingat, sebulan setengah lalu turun naik pasangan ini berada di antara 1.2900-1.3285, dan kini perlahan-lahan ia mengurangkan turun naiknya ke sempadan antara 1.2975-1.3200. Kebanyakan penganalisis (55%) percaya bahawa ia mampu kekal berada di koridor tersebut untuk masa terdekat ini. Namun, tidak kurang juga mereka yang menjangkakan dinamik positifnya akan terus naik oleh baki penganalisis (45%), ia akan melepasi zon rintangan di antara 1.3285-1.3300 dan melonjak ke paras tertinggi Disember lalu di sekitar 1.3500;
  • USD/JPY. Pada minggu hadapan, sebut harga pasangan ini bergantung sepenuhnya terhadap kejayaan ahli virologi. Jika mereka berjaya membendung coronavirus dalam tempoh beberapa hari berikutnya, dolar akan menang. Jika epidemik ini terus berlaku sehingga merebak ke negara lain, serta bilangan mangsanya terus bertambah, kelebihan akan memihak kepada matawang Jepun - sebagai simpanan selamat.
    Disebabkan para penganalisis tidak memiliki data tentang apa yang berlaku di makmal saintifik, pendapat mereka adalah 50-50. Bagi analisis teknikal, 100% indikator trend dan 80% pengayun pada H4 serta D1 meramalkan penurunan pasangan ini. Analisis grafik pada H4 bersetuju dengannya. Sokongan berada pada paras 107.70, 107.00 dan 106.60. Pendapat berbeza ditunjukkan oleh analisis grafik pada D1 serta 20% pengayun yang telah memberi isyarat pasangan ini dijual secara berlebihan. Rintangan berada pada paras 109.25, 109.70, dan sasarannya adalah pada 110.25;
  • Matawang Kripto. Pasangan BTC/USD telah menunjukkan peningkatan sebanyak 30% atau $2,200 dalam tempoh sebulan untuk tahun 2020. Indeks Fear & Greed Kripto telah melepasi paras tengah dan kini berada pada kedudukan 55 daripada 100 yang mungkin ada. Sikap optimis penganalisis juga telah bertambah. Jika sebelum ini mereka takut untuk memberi ramalan positif disebabkan oleh kemungkinan akan berlakunya kejatuhan matawang kripto utama yang tidak diduga, kini 60% daripada mereka dengan berani mengatakan ia akan melepasi paras $10,000. Pada ketika inilah para pelabur seharusnya memberi lebih banyak perhatian: keadaan yang dipenuhi sikap optimis oleh para spekulator mampu mengubah arah pergerakannya. Tidak perlu masa yang lama untuk melihat contohnya - cuba ingat apa yang berlaku pada tahun lalu.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami