Mac 13, 2020

Praktis menunjukkan ramai pedagang serta pelabur yang tidak begitu memahami apa sebenarnya leveraj serta kelebihan dan juga risiko yang dimilikinya. Malah, leveraj adalah suatu alat untuk melipatgandakan peluang seseorang pedagang itu.

Bagi mereka yang tidak tahu, kami akan jelaskan: leveraj kredit adalah sejumlah dana kredit yang disediakan broker kepada pedagang untuk membuat transaksi di pasaran, secara automatik tanpa sebarang cagaran. Ini bermaksud, jika nisbah leveraj maksimum adalah 1:1000, dengan hanya $100 dalam akaun, seseorang itu boleh membuat transaksi pembelian/jualan matawang asing atau lain-lain instrumen kewangan 1,000 kali ganda nilai dana miliknya, iaitu $100,000.

Leveraj 1: 1000: Kebebasan Berdagang1 

Jika bernasib baik, keuntungan yang diperoleh pedagang adalah berkadar terus dengan leveraj, Namun kadar kerugian juga meningkat jika dagangan tidak berjaya. Inilah yang menyebabkan pedagang terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama berpendapat, leveraj yang tinggi mengakibatkan kehilangan deposit, manakala kumpulan kedua pula melihatnya sebagai alat dagangan terbaik, bukan saja ia mampu meningkatkan jumlah keuntungan, malah … kadar risiko dapat dikurangkan. Justeru, leveraj adalah seperti alatan yang lain, contohnya penukul. Sesiapa yang mahir menggunakannya, mereka mampu membina rumah, namun jika tidak mahir, mereka mungkin akan kehilangan jari tanpa disangka-sangka.

Ini ada satu lagi contoh yang lebih ketara. Kereta anda berkapasiti untuk bergerak dengan kelajuan 200 km/h. Namun itu bukan bermaksud anda perlu menekan pedal sehingga habis setiap kali anda keluar rumah. Tidak, anda hanya akan menggunakan suku atau satu pertiga dari potensi yang ada, Jika perlu dan keadaan membenarkan, mungkin anda boleh pergi lebih laju.

Anda perlu benar-benar faham bahawa saiz leveraj TIDAK memberi kesan ke atas risiko! Risiko perlu diurus sendiri oleh pedagang, semasa mereka membuka posisi mengikut jumlah yang mereka inginkan!

Buku panduan pengurusan kewangan sering kali menyatakan bahawa pedagang profesional tidak akan mengambil risiko melebihi 5% daripada deposit mereka. Kenyataan ini menimbulkan kontroversi, dan ia bergantung sepenuhnya terhadap strategi yang digunakan oleh seseorang pedagang itu. Yang pasti adalah tiada seorang pun pedagang yang waras akan menggunakan 100% modal mereka dalam satu transaksi saja, kerana ia adalah resepi untuk anda mengalami kerugian yang teruk.

Di bawah ini adalah satu contoh (semasa latihan, anda perlu mengambil kira komisen serta swap yang diperoleh broker dalam anggaran anda).


Katakanlah anda mempunyai $10,000 dalam akaun dagangan, dan mengikut apa yang disyorkan tutorial pengurusan kewangan, anda memilih untuk membuka dagangan pada pasangan EUR/USD dengan volum sebanyak 5% daripada modal sendiri, i.e $500. Jika anda tidak menggunakan leveraj, mengikut kadar 1.1 dolar bagi setiap 1 euro, anda boleh membeli €455 dengan modal 500 dolar setelah nilainya digenapkan.

Pada penghujung hari, anda menutup dagangan dan menukar semula 455 euro kepada dolar. Jika nilai matawang Eropah itu bertambah sepanjang hari, katakanlah naik 100 mata, menjadikan nilainya 1.1100, untung yang anda perolehi adalah 5 dolar dan 5 sen. Tidaklah begitu teruk.

Namun jika digabungkan leveraj 1:1000 dengan modal $500, anda boleh membuat pembelian sebanyak €455,000 dan bukannya €455. Keuntungan anda pula bukan lagi $5.05, tetapi $5,050!

           
Benar, semua ini bukan perkara biasa, ia menakjubkan: dengan hanya melabur $500 pada satu transaksi, anda boleh mendapat untung 10 kali ganda dalam sehari! Namun… ia hanya boleh dicapai jika harganya mengikut apa yang anda harapkan. Bagaimana pula jika harganya mula jatuh dan tidak naik?

Pada waktu beginilah mereka yang menentang nilai leveraj tinggi bergembira. Ya, jika anda berdagang tanpa leveraj, nilai euro harus jatuh menjadi kosong daripada 1.1000 untuk anda kerugian $500. Walaupun ia berlaku, anda masih memiliki $9,500 dalam akaun. Dengan leveraj 1:1000, penurunan sebanyak 200 mata sudah cukup untuk menghilangkan $10,000 anda tanpa dapat dikesan.

Jangan bimbang! Di sinilah pentingnya pengetahuan tentang taktik dagangan serta strategi dalam pasaran kewangan. Leveraj memberi anda simpanan dana yang besar, ia bukan saja boleh membuat posisi anda susut nilai dalam keadaan trend menyongsang, malah ia juga mampu mempelbagaikan risiko dalam pelbagai cara yang disediakan oleh syarikat broker NordFX kepada pelanggan mereka. Ini termasuklah membuka transaksi lindung nilai terhadap lain-lain instrumen dagangan - saham, indeks, pasangan matawang dan kripto, minyak serta logam berharga, akaun PAMM, manakala transaksi pedagang berpengalaman yang lain juga boleh disalin secara automatik dengan servis Salin Dagangan, atau contoh lain adalah berdagang menggunakan robot penganalisis.

Satu lagi aspek yang penting adalah jumlah deposit yang anda miliki. Kami gunakan amaun $10,000 dalam contoh di atas. Bagaimana pula jika anda hanya ada $100 atau $10 saja? Ini adalah nilai deposit minimum bagi akaun Fix pada broker NordFX. Bolehkah anda berdagang Forex tanpa langsung menggunakan leveraj?

Sudah tentu tidak!

Ingat bahawa 1 lot bersamaan $100,000, dan saiz minimum transaksi bagi kebanyakan broker adalah 0.01 lot, iaitu $1000. Dengan cara itu, anda perlu gunakan leveraj 1:100 untuk membuka sekurang-kurangnya satu dagangan dengan deposit $10. Dalam hal ini tidak timbul persoalan risiko lindung nilai. Namun kemungkinannya adalah lebih besar untuk membuka 10 transaksi berbeza dan volum sebanyak 0.01 lot dengan leveraj 1:1000, kemudian barulah seseorang itu boleh bercakap mengenai strategi dagangan serta lindung nilai risiko dagangan.        

Mari kita simpulkan semua perkara di atas. Kelebihan utama leveraj adalah ianya memberi kebebasan kepada pelabur dalam menentukan nasib di pasaran. Dalam masa yang sama:

Lebih tinggi nisbah leveraj, lebih banyak modal yang anda miliki!

Dengan itu:

  1. Pelbagai risiko dapat dikurangkan. Lagipun, anda masih boleh mempelbagaikan alat dagangan dalam portfolio pelaburan anda dengan nilai deposit yang rendah. Jika salah satu posisi tidak berhasil, yang lain mungkin memberi pulangan.
  2. Mampu meningkatkan keuntungan dan mempelbagaikan risiko dengan menggunakan pelbagai strategi dagangan dalam satu-satu masa.
  3. Kebarangkalian untuk keluar daripada dagangan yang tidak berhasil lebih tinggi dengan mempelbagaikan jumlah dagangan serta menambah posisi apabila harganya bergerak menentang kemahuan pedagang.

Sekali lagi, kami ulang tiga prinsip yang tidak perlu disangsikan lagi:

  1. Nilai leveraj TIDAK memberi kesan kepada risiko!
  2. Pedagang menguruskan risiko mereka sendiri apabila membuka posisi dengan jumlah yang mereka inginkan.
  3. Nisbah ratio hanyalah suatu alat, ia bergantung sepenuhnya terhadap pengetahuan serta kemahiran pedagang dalam menentukan sama ada dagangannya itu berhasil ataupun tidak.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami