Mac 21, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pandemik coronavirus terus mengawal pasaran global. Pergelutan harga minyak antara Arab Saudi serta Rusia dan tidak ketinggalan juga campur tangan secara terus Amerika Syarikat menambahkan lagi tekanan. Negara pengeluar minyak syal yang menjadi sasaran serangan Rusia itu kini mungkin akan bertindak sebagai pengantara dalam perang harga antara Arab Saudi dan juga Rusia.
    Covid-19 telah melemahkan ekonomi Amerika, namun ekonomi di negara lain yang turut mengalami wabak sama adalah lebih teruk. Bermula pada hari Khamis, 18 Mac, situasi dilihat agak stabil, harga minyak Brent serta indeks NASDAQ dan juga S&P500 telah menunjukkan sedikit peningkatan. Nilai dolar pula mengalami pertumbuhan berterusan untuk dua minggu berturut-turut, dan kenaikan itu adalah antara yang terbaik sejak krisis 2008. Semenjak 9 Mac, nilai matawang AS adalah 800 mata lebih kukuh berbanding euro, manakala indeks dolar menunjukkan pertumbuhan sebanyak 3.3%. Rizab Persekutuan yang telah menurunkan kadar faedah daripada 1.25% menjadi 0.25% pada hari Isnin membuka semula talian swap kepada bank-bank pusat di kebanyakan negara bermula pada hari Khamis, bersama dengan misi pengantaraan dalam perang minyak, pasaran menjadi agak tenang. Namun begitu, tiada sesiapa mungkin dapat memberi jaminan situasi ini akan berterusan.
    Amat sukar untuk membuat analisis terhadap situasi sekarang, hampir kesemua teknik-teknik biasa tidak memberikan hasil, namun ramalan oleh majoriti penganalisis (55%) yang disokong oleh 85% pengayun serta indikator trend pada H4 adalah yang terbaik pada minggu lalu, meramalkan penurunan lebih rendah pasangan EUR/USD. Walau bagaimanapun, realiti yang berlaku melebihi unjuran yang dibuat: penganalisis meramalkan paras terendah Februari iaitu 1.0750 adalah paras terakhirnya, namun ia pergi lebih rendah daripada itu dan pasangan ini berada 100 mata lebih rendah, mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.0695;
  • GBP/USD. Nilai matawang British tidak pernah jatuh serendah ini! 230 tahun yang lalu, pada tahun 1791, nilai pound adalah $4.555, tahun 1900 - $4.864, tahun 2000 - $1.515, dan pada 20 Mac 2020, nilainya hanyalah $1.141. Semasa kami mensasarkan nilai pound turun ke paras 1.1960, kami telah beri amaran bahawa itu bukanlah hadnya, dan ternyata kami betul. Paras terendah mingguan yang direkodkan adalah 1.1409. Jika pound rugi kira-kira 1,900 mata pada 23 Jun 2016 berikutan keputusan referendum Brexit, nilai pasangan GBP/USD telah kerugian hampir 1,800 mata sepanjang dua minggu lalu. Penurunan terbaru ini telah disebabkan oleh berita mengenai pengurangan kadar oleh Bank of England daripada 0.25% kepada 0.10%, serta pelanjutan program pelonggaran kuantitatif sebanyak £200 bilion. Ia mengakhiri minggu lalu dengan berada pada paras 1.1635;
  • USD/JPY. Keseluruhan ramalan berkenaan pasangan ini juga ternyata tepat. Hampir 70% penganalisis mengatakan matawang Jepun akan kehilangan posisinya, manakala pasangan ini akan melepasi zon 108.30-109.75 dengan mudah dan akhirnya berada di paras antara 112.00-112.40. Penganalisis memberikan tempoh selama 1-2 bulan untuk pasangan ini mencapainya, namun ia telah melepasi bahagian utama perjalanannya dalam tempoh seminggu saja, mencecah ketinggian maksimum 111.50 dan mengakhiri sesi dagangan hampir pada paras 110.70;
  • Matawang Kripto. Jika dalam beberapa minggu ini pergerakan EUR/USD menyamai hampir sepenuhnya pergerakan carta Brent, NASDAQ atau S&P500, pasangan BTC/USD pula dilihat lebih bebas. Apabila nilai dolar jatuh bermula pada 24 Februari hingga 1 Mac, nilai Bitcoin juga turun. Dolar terus mengalami penurunan pada 2 Mac sehingga 8 Mac, namun berbeza dengan Bitcoin, nilainya agak stabil dan menunjukkan sedikit kenaikan. Kemudian pada 9 hingga 15 Mac, trend matawang berubah 180 darjah, nilai dolar mula naik mendadak, tetapi harga Bitcoin mula jatuh, dan ia mungkin disebabkan oleh ramai orang meninggalkan matawang kripto dan menukarkannya dengan aset matawang sebenar setelah melihat perkembangan krisis yang berlaku. Manakala untuk minggu antara 16 hingga 22 Mac pula: nilai dolar masih bertumbuh, Bitcoin pula agak stabil pada mulanya, dan kemudian menunjukkan sedikit kenaikan.
    Apakah maksud semua ini?
    Kami menyingkirkan pendapat BTC sebagai aset selamat yang sering dilaung-laungkan oleh bermacam pakar kripto. Dalam tempoh sebulan sejak 12 Februari hinggalah 13 Mac, matawang kripto utama kerugian 58% nilainya, jatuh dari $10,340 kepada $4,300. Di sesetengah bursa, penurunannya lebih teruk - hampir mencecah 63% iaitu $3,815. Bitcoin kehilangan hampir separuh daripada nilainya dalam tempoh satu hari dari 12 hingga 13 Mac, membawa bersama keseluruhan pasaran kripto turun, termasuklah altcoin terkenal seperti Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD) dan Ripple (XRP/USD). Langsung tidak seperti aset selamat!
    Namun adalah berbaloi untuk menggunakan pasangan BTC/USD sebagai indikator utama. Sudah tentu semua ini hanyalah teori saja, namun ada alasan yang kukuh disebaliknya. Kestabilan pergerakan BTC/USD dalam kemeruapan pasaran yang amat tinggi dan berterusan ini mungkin disebabkan oleh pelabur-pelabur utama yang tidak tahu apakah tindakan yang perlu diambil seterusnya – jual atau beli aset kripto, dan semua ini mungkin satu amaran tentang kemungkinan berlakunya perubahan trend (atau pembetulan) bagi EUR/USD atau pasangan dolar yang lain.
    Untuk minggu lalu pula, paras terendah mingguan Bitcoin direkodkan pada nilai $4,465, manakala paras tertinggi adalah $6,900 bagi setiap coin. Pada penghujung hari Jumaat, 20 Mac, modal keseluruhan pasaran Bitcoin naik kepada $103.590 bilion daripada $91.459 bilion, manakala sebut harga pasangan BTC/USD berada pada paras $6,140.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Dalam krisis sejagat yang berlaku, dolar telah menyerlah sebagai aset paling dilindungi untuk pelabur, bukan euro mahupun yen. Adakah ia akan mengekalkan status tersebut, atau nilainya akan terus bertumbuh?
    Pada satu sudut, pihak Rizab Persekutuan AS telah mengecilkan ruang untuk menyusut dengan menurunkan kadarnya kepada 0.25%, membanjiri pasaran dengan likuiditi murah serta memberi pinjaman sebanyak $1.42 trilion kepada bank-bank setiap minggu. Kenaikan kadar pengangguran turut memberi tekanan kepada dolar: bilangan permohonan baru untuk bantuan meningkat kepada 70K berbanding 9K yang diramalkan. California, Texas, New York serta Pennsylvania telah menutup semua perniagaan sekunder, dan negeri-negeri ini secara agregatnya telah menyumbang 35% kepada KDNK di AS. Tindakan selaras yang diambil oleh negara-negara G7 dan juga bank-bank pusat negara lain juga mampu melemahkan matawang AS jika mereka mula menyingkirkan dolar secara serentak dan besar-besaran.
    Di sebalik semua itu, masih terdapat pakej rangsangan Presiden Donald Trump yang berkemungkinan besar akan mendapat sokongan kongres. Paling utama, situasi ekonomi di lain-lain negara adalah lebih teruk berbanding apa yang berlaku di Amerika Syarikat.
    Jika anda lihat pada carta hari Khamis dan juga separuh daripada hari Jumaat yang lepas, pasti anda mengatakan bahawa pasaran sudah mula tenang, pasangan EUR/USD telah mencecah paras terendahnya, dan inilah masanya untuk membuka posisi long. Namun bull sekali lagi mendapat tentangan menjelang penghujung minggu: dalam tempoh setengah hari, matawang euro kehilangan kesemua posisi yang dimilikinya, kembali ke paras terendah mingguan. Ini membuatkan kita berfikir sama ada sebut harga dolar telah mencecah nilai tertingginya ataupun tidak, serta trend menurun pasangan ini yang mungkin akan terus berlaku.
    Sekali lagi, segalanya bergantung kepada kejayaan dalam menentang coronavirus. Setakat ini, 100% indikator serta 85% pengayun pada H4 dan juga D1 adalah berwarna merah. Baki 15% pengayun kini berada di zon lebihan jualan.
    Bagi ramalan penganalisis, amat sukar untuk menyimpulkan pendapat mereka sebagai ramalan yang khusus untuk minggu hadapan. Namun jika beralih ke tempoh masa yang lebih panjang, penyokong bull mendapat sedikit kelebihan: 60% penganalisis menjangkakan pertumbuhan pasangan ini sepanjang bulan, manakala 75% lagi - sepanjang suku ini. Sasarannya adalah untuk kembali ke zon di antara 1.1000-1.1240, dan rintangan paling hampir berada di zon 1.0800.
    Sudah tentu, paras sokongan paling hampir berada di sekitar 1.0600, kemudian 100 mata lebih rendah. Sasaran utama bear adalah paras terendah pada 2016-17 iaitu 1.0350, dan selepas itu jalan untuk kesetaraan antara dolar dan euro pada nilai 1.0000 akan terbuka;
  • GBP/USD. Berbeza dengan matawang euro, nilai pound British agak stabil di saluran sisi 1.1450-1.1800 sejak 18 Mac dan kini bergerak di sepanjang Pivot Point 1.1625. Lebar salurannya adalah sebanyak 350 mata dan ia mungkin agak besar bagi sebilangan orang, namun dengan kadar turun naik harian yang melebihi 500-600 mata sekarang, nilai itu tidaklah seberapa.
    Majoriti penganalisis (65%) berharap tiada perkara luar biasa yang akan berlaku pada minggu hadapan, dan nilai pound kekal berada di saluran seperti yang dinyatakan di atas. Dalam pada itu, 70% hingga 80% daripada mereka mengharapkan nilai pound mampu kembali ke zon di antara 1.2725-1.3205 sepanjang April-Mei nanti. Zon rintangan berada pada paras 1.1800, 1.1875, 1.2125, 1.2325 serta 1.2625. Paras sokongan pula berada di sekitar 1.1425, 1.1300 dan juga 1.1200, namun paras-paras ini hanyalah agakan kerana jika diingat semula, nilai pound British tidak pernah jatuh serendah ini dalam tempoh 230 tahun;
  • USD/JPY. Pergerakan pasangan ini bergantung kepada situasi semasa, pertama sekali bukan ke atas yen tetapi dolar. Pasangan ini akan mengikuti ke mana saja nilai dolar berada. Faktor-faktor utama yang boleh memberi kesan kepada sebut harga matawang AS telah dinyatakan di atas. Dalam masa yang sama, paras pasangan ini telah pulih sedikit sejak 24 Februari hingga 09 Mac, dan kini jumlah skornya adalah terikat: rugi 1000 mata dalam masa dua minggu, kemudian memperoleh 1000 mata untuk dua minggu berikutnya. Kini 55% penganalisis menantikan perubahan trend ke arah berbeza pada minggu hadapan serta penurunan pasangan ini ke paras sekurang-kurangnya di zon 108.50-110.00. Apabila beralih ke ramalan bulanan, bilangan penyokong bear meningkat kepada 65%. Zon sasaran berikutnya adalah pada 107.00-107.70.
    Peminat matawang AS mempunyai sasaran berbeza: mereka mahu pasangan ini naik ke paras 112.25 yen bagi setiap dolar pada mulanya, kemudian naik lagi 100 mata. Sasaran mereka adalah paras tertinggi 2018 iaitu 114.55;
  • Matawang Kripto. Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto Bitcoin hampir sama dengan bacaan pada minggu lalu iaitu 9 poin daripada keseluruhan 100 poin. Pertama sekali, hal ini agak teruk dan ia menunjukkan para pelabur berada dalam keadaan yang amat takut. Namun, ia mungkin akan menjadi sesuatu yang baik kerana indikator tidak turun ke bacaan sifar, hanya pegun di satu paras - mungkin “singa” sedang bersiap sedia untuk melompat, dan mungkin tidak lama lagi kita dapat lihat pertumbuhan memberangsangkan matawang kripto?
    Semuanya mungkin akan berlaku kerana pada satu sudut, terdapat lebihan likuiditi dolar dalam pasaran yang disebabkan oleh program pelonggaran Rizab Persekutuan AS, manakala pada sudut yang lain pula, kadar faedah dolar kini mencecah sifar. Para pelabur yang berjaya memperoleh pulangan daripada pertumbuhan dolar pada minggu lalu mungkin akan memindahkan sejumlah wang mereka ke dalam aset kripto.
    45% penganalisis yang mahu melihat pasangan BTC/USD berada di zon $7,500 bersetuju dengan perkembangan ini. Peratusan penganalisis yang sama mengunjurkan penurunan pasangan ini ke paras di antara $5,000-5,500. Baki 10% penganalisis lagi gagal untuk memberi ramalan dan memetik situasi Covid-19 coronavirus yang tidak menentu sebagai puncanya.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Mac, 20201

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami