Mei 9, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Mahkamah Perlembagaan Jerman memberi tamparan hebat kepada usaha pihak ECB dalam menyelamatkan ekonomi Eropah pada minggu lalu. Mahkamah itu memutuskan bahawa penggubal dasar di Kesatuan Eropah telah bertindak melangkaui bidang kuasa mereka berkenaan program pelonggaran kuantitatif (QE), oleh itu Jerman tidak akan tertakluk kepada keputusan yang telah dibuat. Berita ini serta-merta melemahkan kedudukan EUR/USD. Jika perkara ini serta masalah kurangnya tolak ansur antara kerajaan-kerajaan dalam Kesatuan Eropah mengenai rangsangan fiskal terus berlaku, risiko untuk Eurozone berpecah adalah semakin tinggi hari demi hari.
    Namun, perkara yang hampir sama berlaku di benua Amerika. Data yang baru-baru ini dikeluarkan telah menunjukkan situasi pasaran buruh di AS adalah lebih teruk daripada yang disangka. 33.5 juta rakyat Amerika telah memohon untuk faedah pengangguran primer sejak penghujung bulan Mac, pekerjaan bukan pertanian pula jatuh kepada 22.5 juta, manakala kadar pengangguran mencecah 14.7% (4.4% pada bulan Mac). Dalam keadaan ini, sesetengah penganalisis tidak menolak kemungkinan kadar faedah Rizab Persekutuan akan dipotong sehingga nilai negatif.
    Walau bagaimanapun, pasaran sudah bosan serta enggan memberi sebarang respon terhadap angka dan berita secara individu, mereka hanya lebih tertumpu kepada penyambungan semula aktiviti perniagaan serta pembatalan kekangan kuarantin di pelbagai negara. Sudah tentu, turun naik sebut harga EUR/USD kerap berubah, namun kadar kemeruapan yang diperhatikan pada penghujung Februari dan Mac tidak berlaku. Pasangan ini telah bergerak di saluran antara 1.0750-1.1000 selama lima minggu berturut-turut sejak awal April, dan seperti kebanyakan (65%) penganalisis ramalkan, pasangan ini tidak akan melepasi sempadan tersebut walaupun dengan jangkaan mengenai perang dagangan antara AS-China yang mungkin akan berlaku;
  • GBP/USD. Ramalan kedua-dua penganalisis serta indikator bagi pasangan ini pada minggu lalu adalah kelabu neutral. Satu pertiga daripada mereka memilih pertumbuhannya, satu pertiga lagi - penurunan, manakala baki satu pertiga lagi - trend mendatar ke sisi. Mesyuarat Bank of England pada 7 Mei tidak menjelaskan apa-apa, keputusan yang dibuat adalah mengekalkan parameter polisi kewangan mereka tanpa sebarang perubahan - kadar faedah pada 0.1% dan juga program pelonggaran kuantitatif pada nilai £645 bilion. Cadangan untuk menambah nilai program tersebut sebanyak £100 bilion oleh dua orang ahli pengurusan Bank tidak mendapat sokongan daripada baki tujuh orang rakan sejawat mereka.
    Dalam keadaan tersirat seperti ini, pound telah bergerak di saluran antara 1.2200-1.2645 selama enam minggu, manakala julat turun naiknya susut kepada 1.2265-1.2500 pada minggu lalu, dan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.2405;
  • USD/JPY. 75% pengayun serta 100% indikator trend pada D1 minggu lalu telah meramalkan trend penurunan yang bermula pada 25 Mac akan terus berlaku serta penyatuan pasangan ini di bawah paras utamanya iaitu 107.00. Umumnya, apa yang berlaku menyamai situasi tersebut. Jika diingat pada hari pertama bulan Mei, pasangan ini telah sekali lagi cuba untuk melepasi paras sokongan 107.00, mengakhiri sesi dagangan sedikit rendah dari paras itu - 106.85. Kemudian trend penurunan terus berlaku, dan pada hari Rabu, 6 Mei, pasangan ini mencecah paras terendah mingguan pada 106.00. Kemudian diikuti pula dengan perubahan arah pergerakan, dan pasangan ini kembali ke paras permulaan di awal minggu, mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 106.70;
  • Matawang Kripto. Pengurangan penghasilan dalam rangkaian Bitcoin semakin hampir berlaku. Semasa ramalan ini dibuat, kurang empat hari lagi. Apabila anda membacanya pula, mungkin penghasilannya sudahpun dikurangkan.
    Persoalan yang diajukan para pelabur dan pedagang kepada kami menunjukkan tidak semua orang memahami apa yang bakal berlaku. Justeru, penjelasan harus dibuat mengenainya.
    Penghasilan Bitcoin hanya ditetapkan pada 21 juta coin. Tidak seperti bank pusat yang boleh mencetak wang mereka sendiri tanpa had, jumlah BTC adalah sangat terhad, dan jumlah inilah yang menentukan nilainya, menjadikan matawang kripto ini kelihatan seperti emas.
    Pengurangan penghasilan adalah satu proses untuk mengurangkan ganjaran penghasilannya kepada separuh. Pengurangan ini telah berlaku sebanyak dua kali sepanjang hayat Bitcoin – pada 2012 serta 2016. Jika para penghasil mampu memperoleh 50 BTC bagi setiap blok yang diagih ke dalam daftar coin kripto pada peringkat pertama dulu, tidak lama lagi nilainya mungkin tinggal 6.25 BTC. Matlamatnya adalah untuk menghalang inflasi terhadap matawang kripto utama itu serta bagi memastikan penghasilan kesemua 21 juta coin hanya berlaku pada 2140.
    Perlu diingat proses pengurangan ini tidak berlaku pada tarikh tertentu, ia akan bermula pada blok 210,000 yang ingin dihasilkan selepas ini. Pengurangan seterusnya akan berlaku pada blok 630,000, dan jika mengikut kiraan, ia seharusnya berlaku pada 12 Mei.
    Sementara menunggu proses tersebut berlaku, matawang kripto utama menunjukkan hampir 14% pertumbuhan, malah pada satu ketika parasnya melonjak melepasi tanda aras $10,000. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto kini mencecah $270 bilion, dan 70% daripadanya adalah BTC. Indeks Fear & Greed Kripto naik dari bacaan 20 kepada 55 dalam tempoh dua minggu, dan jika mengikut pandangan penciptanya, kenaikan itu sepadan dengan perasaan tamak dalam pasaran dan sesuatu yang membahayakan untuk membuka posisi short.
    Tidak seperti matawang kripto penanda aras, altcoin ternama tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan atau berada di zon merah. Pada hari Jumaat, 8 Mei, Ethereum (ETH/USD), Ripple (XRP/USD) serta Litecoin (LTC/USD) berada pada kedudukan yang hampir sama tujuh hari lalu, dan ia bermakna para pelabur kini lebih berminat dengan Bitcoin dan tidak menghiraukan tentang coin-coin yang lain.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Baru-baru ini pentadbiran AS secara aktif mengukuhkan kedudukannya mereka ke atas negara China. Donald Trump telah memberi arahan untuk memantau komitmen Beijing mengenai pertambahan eksport Amerika. Dalam masa yang sama, terdapat ura-ura yang sering diperkatakan presiden AS bahawa China adalah sumber utama bagi semua masalah yang berkaitan dengan wabak COVID-19. Disebabkan itu kami menjangkakan kadar kastam yang tidak memihak kepada China akan diwartakan tidak lama lagi.
    Di Kesatuan Eropah pula, mereka sedang cuba memahami keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perlembagaan Jerman, keputusan yang mampu menggandakan lagi masalah berkenaan ekonomi di Kesatuan Eropah. Bank-bank utama seperti Societe Generale dan juga Citi telah menyatakan kebarangkalian untuk mereka berpecah dari Eurozone jika pihak ECB mengabaikan keputusan Mahkamah Perlembagaan Jerman dan sekali gus mencabar kerajaan Jerman. Ramalan menunjukkan jika tidak berlakunya sebarang perkara yang mengejutkan sekalipun, penurunan KDNK di Eurozone mampu mencecah nilai 7.7% bagi tahun 2020
    Semua perkara ini menambahkan lagi sentimen anti risiko, ia akan sekali lagi membuatkan para pelabur mula melihat dolar sebagai matawang selamat. Jika pihak ECB gagal untuk mengambil tindakan dalam merangsang ekonomi di Eropah, kedudukan pasangan EUR/USD boleh turun ke paras 1.0200 menjelang akhir tahun, mengikut ramalan BofA Merill Lynch.
    Untuk minggu hadapan, sokongan para penganalisis adalah seperti berikut: 35% percaya pasangan ini akan kekal berada pada julat antara 1.0750-1.1000, 50% lagi mengunjurkan pengukuhan dolar dan bergerak melepasi sempadan bawah koridor tersebut, manakala baki 15% pula menjangkakan pergerakan ke atas.
    Indikator pula memberi gambaran berbeza. Pada H4, 60% indikator trend serta 70% pengayun adalah berwarna hijau, manakala pada D1, warna merah masih lagi wujud, campuran antara 60% pengayun dan juga 90% indikator trend.
    Sokongan berada pada paras 1.0750 dan 1.0650, manakala rintangan pula berada pada paras 1.1000, 1.1065, 1.1100 dan 1.1150;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Mei, 20201

  • GBP/USD. Matawang pound masih mendapat tekanan. Masalah berkaitan Brexit telah berlipat ganda akibat daripada wabak coronavirus. Menurut Bank of England, KDNK UK bagi suku kedua tahun 2020 “mungkin 30% lebih rendah” berbanding penghujung 2019. Walaupun begitu, para penggubal dasar tidak menambah jumlah program bantuan ke atas ekonomi British, namun melihat pada kadar pembelian bon sekarang, had semasa yang ada mungkin akan dicapai menjelang akhir Julai. Apakah langkah seterusnya? Ia masih belum jelas lagi.
    40% penganalisis yang mendapat sokongan analisis grafik pada D1 serta indikator pada kedua-dua tempoh masa (H4 dan D1) mengunjurkan pasangan ini untuk terus bergerak mengikut trend ke arah sisi di saluran antara 1.2265-1.2500. Baki 40% penganalisis pula sedang menunggu kejayaan pasangan ini melepasi sempadan bawah saluran yang sama serta penurunan pasangan ini ke zon di antara 1.1000-1.2165, dan hanya 20% percaya ia mampu naik sehingga mencapai ketinggian 1.2640. Sasaran bull seterusnya adalah pada 1.2725, dan kemudian pasangan ini akan cuba untuk berada pada paras di antara 1.2865-1.3025;
  • USD/JPY. Pergerakan pasangan ini yang berbentuk V pada minggu lalu telah membahagikan penganalisis kepada dua kumpulan – 50% memihak kepada bear dan mendapat sokongan indikator pada D1, manakala 50% yang disokong oleh indikator pada H4 pula memihak kepada bull. Dalam masa yang sama, kumpulan yang memihak kepada bull percaya perubahan trend pada 6 Mei lalu adalah permulaan bagi trend ke atas untuk jangka masa sederhana. Jika ketegangan yang berlaku antara AS dan China tidak memuncak, pasangan ini mampu melonjak ke paras 109.00 dan kemudian ke paras 112.00.
    Paras sokongan paling hampir berada pada 106.20, 106.00 dan 105.00. Paras rintangan pula — 107.00, 107.45 dan 108.00;
  • Matawang Kripto. Sia-sia saja untuk membuat sebarang ramalan menjelang berlakunya sesuatu peristiwa penting seperti pengurangan penghasilan. Berulang kali telah kita bincangkan mengenai ramalan bermacam guru kripto yang menunggu nilai Bitcoin melonjak ke paras $50,000, kemudian $100,00 sehinggalah kepada $250,000. Namun terdapat juga mereka yang menentang pendapat seperti itu. Sebagai contoh, penganalisis kewangan dan matawang kripto Joseph Young merasakan akan berlakunya penurunan nilai selepas penghasilan dikurangkan, dan kemudian beberapa siri pertumbuhan untuk jangka masa sederhana dan panjang akan berlaku, diikuti dengan penurunan ataupun pergerakan mendatar.
    Seorang lagi penganalisis dan juga pedagang terkenal, Ton Vays pula percaya kenaikan harga pasangan BTC/USD berkemungkinan besar tidak begitu tinggi. “Nilainya mungkin kekal berada di antara $6,000-$10,000. Itulah hakikatnya sehingga penghujung tahun ini”, jelas beliau.
    Bagi ramalan sehingga akhir Mei, spreadnya begitu tinggi - dari paras terendah bulan Mac 2020 di sekitar $4,000 hinggalah ke paras tertinggi bulan Jun 2019 pada paras $14,000. Setakat ini, 65% penganalisis berpihak kepada bull, manakala 35% lagi menyokong bear. Akan kita ketahui siapa pemenangnya tidak lama lagi. Sedikit masa lagi.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami