Mei 28, 2020

Konfederasi Perniagaan Sedunia (WORLDCOB), bersama-sama lebih daripada 3,500 ahlinya dari 130 buah negara telah mengiktiraf syarikat broker NordFX sebagai pemenang Anugerah Perniagaan Cemerlang THE BIZZ.

Penganugerahan Anugerah Perniagaan Cemerlang oleh Konfederasi Perniagaan Sedunia kepada NordFX1

Keputusan yang diambil Jawatankuasa Penilaian WORLDCOB itu dibuat setelah mendapat sokongan daripada ahli-ahli Konfederasi yang aktif serta hasil tinjauan oleh kesatuan antarabangsa dan juga syarikat-syarikat yang terlibat dalam kaji selidik pasaran. Selain itu, bagi mendapatkan maklumat beserta objektif bebas mengenai aktiviti syarikat, para penganalisis WORLDCOB telah meminta data tersebut daripada agensi PR dan rangkaian media terkemuka. Data yang diperoleh lebih daripada 100 dewan perdagangan juga telah diambil kira.

Selepas itu, kesemua data yang dikumpul dianalisis mengikut skala 100 mata oleh Jawatankuasa Penilaian, dengan mengambil kira pelbagai jenis kriteria seperti kepimpinan perniagaan, kualiti perkhidmatan, tahap pengurusan, inovasi, tanggungjawab sosial korporat dan juga pencapaiannya. Syarikat yang memperoleh 90 mata dan ke atas akan dikira sebagai cemerlang dalam perniagaan dan kemudian tercalon dalam kategori Anugerah Perniagaan Cemerlang BIZZ.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah WORLDCOB kami amat berbesar hati. Dengan sukacitanya kami mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan NORDFX kerana telah terpilih sebagai pemenang Anugerah ini. Anda layak menerima pengiktirafan ini, dan saya berharap NordFX akan menjadi sebahagian daripada WORLDCOB, dan berkongsi kejayaan anda dengan yang lain,” – Ucapan tahniah oleh Jesus Moran, CEO Konfederasi Perniagaan Sedunia kepada pihak pengurusan NordFX dan staf mereka.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami