Jun 27, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. COVID-19 meneruskan serangannya di Amerika Syarikat. Peningkatan insiden baru telah dicatatkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negeri. Bilangan mereka yang dijangkiti kian bertambah di tiga buah negeri yang paling padat penduduknya, dan jumlah kematian pula mengalami lonjakan sejak dua minggu lalu. Pihak berkuasa di Houston (Texas) telah membuat pengumuman bahawa unit rawatan rapi di hospital mereka semakin sesak. Jelas sekali bahawa jangkitan terbaru ini adalah disebabkan oleh penamatan kuarantin pada penghujung Mei lalu. Mungkin mereka perlu memulakan semula tempoh kuarantin walaupun White House dan para gabenor benar-benar enggan kembali menjalani keadaan yang sangat terkawal itu.
    Melihat pada perkembangan ini, sentimen ke atas aset berisiko mula berkurangan, hasil daripada pasaran saham serta bon kerajaan menyusut, namun dolar yang kini mengukuhkan statusnya sebagai matawang selamat utama pula berbeza, nilainya meningkat. Kepercayaan yang diberi para pelabur adalah disebabkan oleh polisi Presiden Trump yang mula meningkatkan tekanan ke atas negara-negara lain dengan sekali lagi mengugut untuk mengenakan tarif dagangan, bertujuan untuk menyokong ekonomi negaranya sendiri. Serangan itu bukan saja ditujukan kepada China, kini sasaran mereka termasuklah EU, Great Britain dan juga Kanada.
    Jika pada permulaan minggu nilai dolar sedikit susut berbanding matawang Eropah, nilainya berjaya pulih sejak hari Selasa 23 Jun. Akibat serangan balas ini, pasangan EUR/USD kembali ke zon sokongan/rintangan 1.1240 di sekitar paras turun naik seawal bulan Mac 2019, dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.1225;
  • GBP/USD. Jika perbezaan jarak antara pasangan EUR/USD semasa menjelang hujung minggu adalah kira-kira 160 mata, penurunan matawang pound British adalah lebih tinggi: 230 mata. Pertumbuhan indeks aktiviti perniagaan Markit sebanyak 60% juga gagal membantu pound, dan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika melihat betapa bimbangnya pasaran terhadap masalah berkaitan Brexit. Walau bagaimanapun, untuk rangkuman minggu ini, pertumbuhan pasangan tersebut dari 22 Jun hingga 24 Jun harus diambil kira, salah satu sebab mengapa ia berlaku adalah penirusan garis swap oleh pihak Rizab terhadap bank-bank pusat supaya likuiditi dapat dikekalkan seperti pada bulan Mac lalu. Disebabkan pertumbuhan ini, hasil akhir mingguan adalah hampir kepada sifar: memulakan pergerakan pada paras 1.2350, pasangan ini mengakhiri minggu pada paras 1.2335 dengan margin minimum sebanyak 15 mata yang berpihak kepada dolar;
  • USD/JPY. Kebanyakan penganalisis (60%), dengan sokongan hampir keseluruhan indikator menjangkakan penurunan pasangan ini ke paras berdekatan dengan 106.00, dan ternyata ramalan itu 100% tepat: pasangan ini mencecah paras 106.05 iaitu paras terendah mingguan pada hari Selasa 23 Jun. Kemudian, pergerakannya berubah dan melonjak ke ketinggian 107.45, diikuti dengan pembetulan dan paras terakhirnya berada pada 107.20, juga memberi sedikit kelebihan kepada dolar dengan 35 mata;
  • Matawang Kripto. Para penganalisis dari syarikat keselamatan siber ClearSky telah membuat pengiraan bahawa sekumpulan penggodam dengan gelaran CryptoCore (juga dikenali sebagai Lerry Turtle) telah mencuri lebih daripada $200 juta sejak beberapa tahun lalu dengan melakukan serangan ke atas bursa kripto serta walet kripto. Harus diingat bahawa keselamatan adalah titik lemah bagi kebanyakan bursa matawang kripto, namun syarikat broker NordFX bukan seperti itu. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, para penganalisisnya memiliki kemahiran luas dalam menangkis serangan penggodam, digabungkan pula dengan bantuan teknologi paling terkini, dana para pelanggan mendapat perlindungan maksimum daripadanya. NordFX tidak pernah digodam sejak 2008, ini termasuklah akaun USD, BTC dan juga ETH para pelanggan.
    Selain daripada berita jenayah, Deutsche Bank membawakan berita yang agak membimbangkan. Para penganalisisnya meramalkan salah satu masa depan matawang kripto adalah senario penuh dengan malapetaka. Mereka berpendapat, alat elektronik yang ada di planet ini akan terjejas teruk akibat letusan sinar matahari pada masa akan datang dan menyebabkan semua bitcoin hilang. Tidak seperti wang fiat, bitcoin tidak boleh diguna tanpa perkakas tambahan serta penggunaan tenaga.
    Sementara itu, tanpa menyedari akan aktiviti solar, matawang kripto utama terus bergerak pada julat di antara $9,000-10,000 untuk enam minggu berturut-turut. Cubaan untuk melepasi paras $10,000 pada hari Isnin 22 Jun sekali lagi gagal, dan selepas itu pergerakannya dikawal oleh bear, menurunkan sebut harganya ke sempadan bawah saluran tersebut.
    Menurut sesetengah penganalisis, penurunan ini adalah disebabkan oleh peluputan awal opsyen bitcoin berjumlah $1 bilion. Kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak COVID-19 yang memberi tekanan terhadap pasaran juga tidak boleh dikecualikan. Pada mata kebanyakan pelabur, bitcoin masih lagi kekal sebagai aset paling berisiko yang perlu dilupuskan terlebih dahulu. Ketika para pelabur menantikan isyarat yang lebih jelas daripada pasaran tradisional, pasaran kripto sudah mula bergoyang seperti gunung berapi. Namun masih belum diketahui ke arah manakah letusannya.
    Walaupun jumlah keseluruhan modal pasaran kripto meningkat kepada $276 bilion pada 24 Jun lalu, bacaan untuk tujuh hari hampir tidak berubah: $263 bilion pada 26 Jun berbanding $266 bilion seminggu sebelumnya. Perkara yang sama berlaku kepada Indeks Fear and Greed Kripto dimana bacaannya berada pada 40 (39 adalah bacaan tujuh hari yang lalu).
    Bagi altcoin terkenal pula, turun naik sebut harga mereka secara umumnya menyamai pergerakan matawang kripto utama. Walau bagaimanapun, jika turun naik pasangan BTC/USD adalah kira-kira 13% untuk bulan Jun, litecoin dan ripple adalah lebih cenderung untuk mengalami penurunan: LTC/USD - 18%, XRP/USD - 17%. Sebaliknya, Ethereum (ETH/USD) adalah lebih stabil, dan kelebaran sisi salurannya tidak melebihi 13% daripada paras tertinggi 2 Jun lalu.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Semakin dekat tarikh pilihanraya A.S. November ini, semakin banyak aktiviti yang dilakukan Presiden Trump dan juga rombongannya. White House sedang dalam pertimbangan untuk mengenakan duti ke atas barangan import dari EU dan juga UK berjumlah lebih daripada $3 bilion, manakala 20 syarikat utama di China telah pun disenaraihitamkan oleh Pentagon kerana disyaki ada kaitan dengan pihak tentera negara China. Selain itu, keadaan di Eropah semakin membimbangkan. Pegawai rasmi ECB telah meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lebih lembap serta permintaan oleh pengguna yang lemah. Menurut ahli lembaga ECB Yves Mersch, “prospek untuk ekonomi di Eurozone pulih masih diselubungi ketidaktentuan”, justeru senario jangka panjang yang telah dibuat mungkin terlalu optimis. Semua ini, bersama-sama dengan pengurangan aset berisiko akibat gelombang kedua COVID-19 harus menjadi tunjang dalam pertumbuhan nilai dolar yang lebih tinggi. Sentimen seperti itu secara khususnya akan kelihatan pada ramalan bulanan serta ramalan jangka sederhana.
    Justeru, pendapat penganalisis terbahagi agak sama rata untuk pergerakan pasangan ini pada minggu depan: 30% memilih pertumbuhannya, 40% - penurunan manakala baki 30% lagi - memilih trend mendatar. Dalam masa yang sama, paras sokongan dan rintangan utamanya adalah sempadan saluran pergerakan pasangan ini sejak dua minggu lalu - 1.1170 dan 1.1350.
    Jika beralih ke ramalan bulan Julai, bilangan mereka yang berpihak kepada dolar bertambah kepada 65%. Pada pendapat mereka, pasangan ini pada mulanya akan turun ke paras 1.1100, kemudian 1.1000, dan akhirnya mencecah paras terendah mingguan 100 mata lebih rendah selepas itu. Harus diambil kira ramalan seperti ini biasanya akan berlaku dalam tempoh dua minggu pertama.
    Sasaran bull adalah pada 1.1350, diikuti paras tertinggi pada 9 Jun iaitu 1.1425 dan akhir sekali pada paras 1.1500.
    Antara peristiwa yang perlu diambil perhatian pada minggu hadapan adalah pengeluaran data pasaran pengguna di Jerman dan juga EU masing-masing pada hari Isnin, 29 Jun dan juga Selasa, 30 Jun. Kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS Stephen Mnuchin serta Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell yang dijadualkan pada 30 Jun juga sudah pasti akan menjadi tumpuan pasaran. Menjelang hujung minggu, kami jangkakan keseluruhan data aktiviti perniagaan serta pasaran buruh di Jerman dan AS akan dikeluarkan, ini termasuklah indikator penting seperti NFP -bilangan pekerjaan baru di luar sektor agrikultur yang ada di AS;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Jun - 3 Julai, 20201

  • GBP/USD. Berkenaan matawang pound British, berita penting yang berisiko menunggu kita pada minggu depan: rundingan mengenai tempoh peralihan mengikut rangka kerja Brexit bersama EU akan bersambung. Mengambil kira anggapan mereka, pendapat para penganalisis terbahagi sama rata seperti yang berlaku ke atas EUR/USD: 35% memilih pertumbuhan, 35% - penurunan, manakala 30% lagi - trend mendatar.
    Analisis teknikal memberikan gambaran yang sedikit berbeza. Hampir 100% indikator trend pada H4 dan juga D1 berwarna merah. Warna merah juga mendominasi keseluruhan pengayun, walau bagaimanapun 15% daripada mereka memberi isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan jualan, dan mungkin juga menunjukkan perubahan trend ke atas. Perubahan tersebut serta kembalinya pasangan ini ke paras tertinggi 10 Jun lalu iaitu pada 1.2810 juga digambarkan oleh analisis grafik. Paras sokongan berada pada 1.2245, 1.2160 dan 1.2070, manakala rintangan - 1.2470, 1.2545 dan 1.2650;
  • USD/JPY. Jika 75% indikator trend pada H4 menunjukkan peningkatan, peratusan yang hampir sama menunjukkan penurunan pada D1. Warna hijau juga mendominasi pengayun pada H4, namun terdapat sebaran warna hijau, merah serta kelabu neutral pada D1.
    Kebanyakan penganalisis berpihak kepada bearish: 65% daripada mereka percaya para pelabur akan menukarkan pelaburan mereka kepada aset selamat seperti yen disebabkan oleh penurunan permintaan aset berisiko dalam skala yang besar. Hasilnya, pasangan ini akan cuba untuk melepasi 106.00 sekali lagi. Sokongan paling hampir berada pada zon 106.75.
    35% penganalisis memilih pengukuhan nilai dolar serta pertumbuhan pasangan ini yang dijangka akan naik ke zon 108.00. Rintangan paling hampir berada di zon antara 107.45-107.60;
  • Matawang Kripto. Trend penurunan dalam pasaran kripto sekali lagi dikaitkan dengan dinamik bursa saham. Menurut sebilangan penganalisis, penjualan aset berisiko dengan andaian bahawa gelombang kedua coronavirus akan berlaku juga telah memberi kesan negatif terhadap matawang kripto. Namun, seperti biasa ada juga yang bersikap optimis. Sebagai contoh, pengasas bersama Gold Bullion International, Dan Tapeiro percaya bahawa sejumlah kecil daripada dana anti krisis berjumlah $4.6 trilion yang diagihkan pihak Rizab Persekutuan AS sejak 3 bulan lalu dalam bentuk bantuan boleh digunakan untuk membeli bitcoin.
    Sejak penghasilan BTC dikurangkan pada 11 Mei, nilainya gagal untuk melepasi paras $10,000 walaupun pelbagai andaian telah dibuat. Ternyata apa yang dikatakan penganalisis dan juga pedagang terkenal Tone Vays berkenaan “nilai bitcoin akan naik jika orang ramai mula membencinya” adalah benar. Mungkin inilah yang sedang dilakukan oleh para spekulator – dengan mengekalkan nilainya pada julat antara $9,000-10,000, mereka menunggu pelabur-pelabur kecil menjual bitcoin dalam skala yang besar disebabkan tiada lonjakan harga, membolehkan para “jerung” membeli coin-coin tersebut dengan nilai rendah dan mengambil alih pasaran. Kemudian...
    Kemudian merekalah yang akan membawa aset kripto utama itu ke paras nilai yang baru. Sebagai contoh, penganalisis di Weiss Ratings, sebuah syarikat analisis di AS percaya bahawa harga matawang kripto utama ini akan mencecah $180,000. Dari segi keselamatan, pergerakan dan juga penggunaan, Bitcoin adalah lebih baik daripada emas, dan mereka percaya ia akan didagangkan kira-kira 20 kali lebih tinggi berbanding nilai sekarang jika bitcoin mengambil sekurang-kurangnya satu pertiga bahagian yang emas miliki.
    Mike Novogratz, ketua bank dagangan kripto Galaxy Digital juga menunggu lonjakan harga bitcoin yang baru. Dalam temubualnya bersama CoinDesk, jutawan itu mengaku bahawa beliau tergesa-gesa menarik pelabur-pelabur institusi ke dalam pasaran aset digital tiga tahun yang lalu. Namun, kini beliau berpendapat, tibalah masa yang sesuai untuk percubaan yang baru: “Ia mengambil masa lebih lama daripada yang kita sangkakan, namun gerak hati saya mengatakan kita akan dapat lihat perkembangan menarik [institusi] dalam tempoh 6 ke 24 bulan".
    Dalam hal ini pengaruh para pelabur institusi adalah di luar keraguan. Menurut anggaran Chainalysis, hanya 3.5 juta coin BTC yang didagangkan sekarang. (Selebihnya tidak bergerak kerana dijadikan pelaburan jangka panjang ataupun telah hilang sama sekali dengan jumlah 18.6 juta). 85% daripada 3.5 juta itu adalah kepunyaan “jerung” yang membentuk trend pasaran mengikut kemahuan mereka.
    Kini berkenaan ramalan minggu hadapan. Mengikut analisis teknikal, sokongan penting dalam bentuk purata pergerakan sepanjang 50 hari telah melepasi paras $9,000. Jika pasangan ini berjaya melepasi paras tersebut, kami menjangkakan kedudukannya akan berada di zon antara $8,500-8,800. Perkara sama turut dipersetujui 30% penganalisis. Manakala 25% lagi percaya trend mendatar selama 6 minggu akan terus berlaku, mengekalkan pasangan ini pada julat di antara $9,000-10,000. Baki 45% penganalisis masih belum hilang harapan untuk melihat bitcoin melepasi nilai $10,000 iaitu paras psikologinya.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami